2012-12-21
Woof! Woof!
Petuanya adelah buat tak tau.
Biarkan dorang nak komen apa sekalipun, buat dek je la.
Lama-lama sok kan dia sendiri akan nampak dia yang kelihatan sangat "funny" sebab penat memaki hamun tapi takde orang care nak respond.
Orang yang sakit hati dengan kita but at the same time adelah follower ni sebenarnya dia suka dengan apa yang kita tulis/buat/ada cuma dia tak berapa pandai nak bagi compliment. Dia suka tapi dia tak berapa bijak nak bagitau yang dia seronok jadi cara dia bagitau adelah dengan hantar komen-komen yang menyakitkan hati kita tapi menyeronokkan dia. Jadi kita sebagai orang yang bijak-bijak, kena pandai mentafsir maksud disebalik komen negatif tu. Bila kita dapat tafsirkan maksud sebenar yang dia nak sampaikan, mesti kita akan tumpang seronok dengan apa yang dia tulis. Percayalah cakap aku. Tak caya kalu, gi carik balik komen-komen yang dia hantar kat kau and kau cuba pahamkan apa sebenarnya yang dia nak cakap.
Tak perlu nak pening kepala dengan komen-komen orang. Apa sangat yang dia boleh buat. Sebab dia tak boleh buat apa-apa la maka dia just boleh bagi komen. And kita pun boleh buat benda yang sama. Kita pun boleh teruskan buat apa yang kita suka. Dia nak cakap apa kalau kita nak teruskan? Dia takleh buat apa-apa kan? See...fair and square what.
Kan kita dah diajar macamana nak mengawal emosi. Be it dari sudut psikologi ataupun keagamaan kita diajar kalau kita tengah marah, kita ambil wuduk.
Kalau kita tak tenang, kita baca Al-Quran.
Kalau nervous, kita tarik nafas dalam-dalam.
Kalau serabut kita take 5 dulu.
So dalam sudut blogging ni, kalau kita tak suka dengan komen negatif orang, kita buat dek.
Kalau orang tu tak suka dengan blog kita, dia pun boleh buat dek sebenarnya.
Tapi kalau dia tak boleh nak buat dek dengan blog kita, maka sebenarnya dia suka kita cuma dia tak sampai hati nak bagitau dia suka.
Kita sendiri pun kadang-kadang akan rasa fedup dengan keadaan diri. Sometimes kita pun akan bengang dengan diri sendiri like apesal hari ni aku blur sangat?
Apesal hari ni aku asik tertumpahkan air?
Apesal hari ni ink terpercik kat baju?
Apesal hari ni tak perasan pakai baju koyak?
Dem! Dem! Dem!
Kita pun kadang-kadang menyampah dengan situasi diri kita apetah lagi orang luar.
Takkan ada orang suka apa yang kita buat. Kita je yang seronok dengan apa yang kita buat. Orang lain hanya akan seronok sekiranya :
1. Dia pun ada apa yang kita ada (tak kira la kekayaan, kecantikkan, kebijakkan, etc)
2. Dia ada lebih dari apa yang kita ada.
Berapa persen sangat yang suka semua benda tentang diri kita?
ZERO PERSENGGGG.
Tinggal lagi some people pilih untuk buat dek.
And some pilih untuk hentam.
And kita juga boleh pilih samada untuk hentam balik atau buat dek.
Simple.
Pernah dengan peribahasa "anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh".
Dulu pun aku tak paham apesal bukit?