2012-11-25

Cardigan


SOLD OUT!

Aku dah received fax ETA shipment aku.
Insyallah shipment akan sampai Singapore Khamis minggu depan ni (29/11/2012).
Memandangkan kit-kit aku semua cold item, so Singapore team takkan courier barang aku on Friday sebab Sabtu ni first Saturday, courier company tak keje. Jadi sebelum kit-kit aku perish, better dorang courier Isnin (3/12/2012). Kalau sampai Selasa pagi, insyallah aku akan pos skinny jeans korang on the same day. Don't worry, partner aku dah bagitau jeans-jeans korang dia pack asing, takkan kena dry ice punya.

So, this Friday aku akan place new order untuk kit aku.
Setelah dikenalpasti berat kit-kit aku, aku hanya ada space 8kg saje untuk letakkan cardigan korang kalau ada sesape nak kirim. Maknanya dalam lingkungan 44 helai saje. Tu pun sebenarnya 5kg space "pinjam" Singapore punya sebab dorang taknak bawak masuk banyak stok kit, dah hujung tahun agaknya, akaun kebanyakkan agensi sana dah tutup kot so takde orang order kit dah. Jadi, aku ambik 5kg space dorang. Kalau tak aku hanya bawak masuk 16 helai cardigan je.

 

Ini saje selection yang ada.
Kepada yang dah book space siap-siap mintak kaler purple, orange, segala, mintak maaf ye. Ni je color yang partner aku bagi. Dia ada tunjuk jenis cardigan lain tapi cardigan tu jarang sangat. Kalau pakai sleeveless boleh nampak jelas kaler sleeveless kau tu dari belakang. So aku suggest ambik cardigan atas ni je la, lagipun ni la cardigan yang dia bagi aku dulu. Tak jarang pun aku pakai. Sesuai untuk yang bertudung. Kain pun lembut.

Price dia RM35/pc. Free size

Cardigan ni ringan je. Kalau beli 1-3 helai, postage RM10.
Jadi, belilah 3. Jimat sikit duit korang. Aku pun senang nak pos. Hahha.

Kalau sesape nak beli lebih dari 3 email aku ya - aveo757[at]yahoo[dot]com.

Please email aku kiriman anda sebelum Jumaat (30/11/2012)

Ingat, 44 helai je space ya!