2012-06-15

USS - Part 1

Ahad lepas kitorang masuk USS.
Disebabkan kitorang dok JB, so kira 2 kali la kuar masuk Singapore.
But this time cuma aku, En Wan, Redza and Ibal je. Mak Aji ngan Pak Aji dah masuk USS last time so malas nak pegi, nak lepak rumah Ima.

Sejujurnya aku memang takde mood nak masuk USS. Sebab macam tak sampai hati nak berpeleseran kat dalam tu tapi Rayyan tinggal. Macam ada satu perasaan keji "Emak apekah ini????"

Lagipun aku macam dah boleh membayangkan betapa punya berlendir la badan aku kat USS nanti. Kalau kat Disneyland Hong Kong and Movir World Gold Coast dulu lain. Kat sana cuaca dia sejuk, so matahari terik atas kepala pun tak rasa panas sebab sojuk. Tapi sebab En Wan beria-ia ajak "Alang-alang dah sampai Singapore niiiiiiii", masuk leeee. Lagipun cousin-cousin aku ada yang masuk sama.



Kau pernah jumpa perempuan pemalas macam aku, pegi jalan bawak sehelai shawl je?
Ada?
Takde kan?
Hahahahha.
Padahal shawl tu berapa gram sangat la berat dia, punya la taknak beratkan beg sanggup bawak 2 helai je shawl.

Pantang benti kat traffic lite, konfem snap gamba.

Lengang.
Hari Ahad la katakan...


Here we come!!!!!

Kitorang sampai USS, pintu pun belum bukak lagi.
Before pegi USS ni ramai yang pesan jangan bawak keta sebab parking susah.
Tak susah punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Sebab kau datang lambat of cos la susah.
Cuba ikut cam aku, gigih datang awal sampai pintu pun tak bukak lagi.

Tapi tak lama sangat beratur, dalam 10 minit je.
Alhamdulilllah la, sampai sana just on time.

Tapi pelik jugak aku bila ada yang kata, queue gila panjanggggg.
Nak masuk pun berejam.
Nak main satu-satu game sampai sejam beratur.
Rezeki kitorang agaknya hari tu, paling lama beratur kat tempat game pun 15 minit je.

Bukti yang menunjukkan MAC powder memang tak serasi dengan aku.

Ok lah, aku mengaku la aku memang hitam.
Itu tak payah disangkal lagi.

Tapi yang aku tensi tu, masa ni pagi lagi, mendung lagi tapi muka aku dah berlengas.
Macam berat and panas je muka aku.
Sialpalis betul.

Punyalah paranoid.
Sampaikan pop corn pun aku tak berani beli sebab takde tanda halal.
Hahaha. Bodo gila.


 
Masa ni tengah tunggu si Ibal pegi kencing.
Ibal pun satu.
Macam tak pernah masuk Singapore.
Dia kata tunggu sampai 15 minit beratur masuk toilet, sekali masuk takde air. Ada tisu je.
Terus termasuk balik taik, tak jadi berak.

Orang lain semua rilek je masuk USS.
Kitorang cam sakai terlepas.

Masa ni on the way nak masuk Madagascar

Ibal hanya mampu merenung jauh je bendalah ni.
Dia kata "Kalau aku tak tahan berak dah lama aku naik. Ni masalahnya aku sakit perut. Ada yang aku terberak kat atas"
Ala, kau tak payah nak saiko aku la. Kat Hong Kong dulu, roller coaster lagi rendah dari ni pun kau dah mengucap 43 kali.



Madagascar

Motif??
Berseni la kot ambik gamba camni...

Masa ni baru nak bergerak masuk ke dalam gua

Seriesly ni candid muka cuak.
Time ni memang aku baru lepas jerit padahal bukan apa-apa pun, bot tu jerk sikit je.
Macam terhempas sikitttttttttttttt je sebab nak masuk dalam air tapi aku punya pekik tu konfius mat saleh kat blakang.
Ni la yang aku malas sebenarnya masuk theme park.
Aku ni berholiday nak bersukaria ok.
Kalau main game stress-stress macam ni baik aku duduk je diam-diam dalam hotel berhantu tu. Sama je stressnya.









Gambar tak berapa nak clear sebab En Wan sama naik seronok kat dalam tu. Tangan sebelah pegang kamera, lagi sebelah sibuk nak tunjuk sana-sini. Tu yang gamba semua macam parkinson.




Shrek Castle ni aku tak masuk.
Sempat ambik gamba je.
Sebab kitorang aim kena keluar dari USS kul 2pm, so mana sempat nak cover semua tempat.
Kena pi tempat yang penting-penting je.
Lagipun Shrek aku dah jumpa kat Gold Coast tu hari, so kira halal la tak jumpa kat USS.


Jurassic Park.

Masa ni memang dah berdekir kulit-kulit aku semua.
Payung dah bukak.
Aku siap beli payung dulu kat Watson JB before masuk USS.


Masuk-masuk Jurassic Park, layankan Redza naik menatang ni dulu.
Benda ni punnnnnnnnnnnn aku naik boleh terlolong-lolong.
Memang stress la En Wan layankan aku.
Benda ni kan ada button untuk naikkan dia.
En Wan tekan button macam nak rak. Saje je nak bagi aku terpekik-pekik.



Redza pun sama penakut macam aku jugak.
Acu dia pedajalkan dia tekan button banyak-banyak kali.
Turun dari benadalah ni terus taknak kawan Acu dah.
Hahahah.



Lepas turun dari bendalah tu, En Wan nampak menatang ni.
Dia pandang aku.
"NO!!"
Kau nak naik, naik sorang.
Aku belum nak mati lagi.




Tapi tu la kan, dek kerana advenuroussssssss la sangat-sangatnya terus tak sempat nak ambik gamba apa dah. Ni je la pun sebijik dapat dia ambik lepas tu terus macam kena tsunami masing-masing dalam bot.



 
Keluar-keluar semua dah macam ni.
Lencun!!!!!

Dah tau nak naik benda ni, taknak prepare baju spare siap-siap.
Sampai ke petang masing-masing pakai spender basah.
Gila kepam.



Sama la dengan pakcik ni.
Terus pi beli baju Jurassic Park sehelai.
Melayang SGD30 tak pasal-pasal.



Dalam pada ngeri-ngeri tu naik jugak roller coaster.
Tapi tak daya nak naik yang tinggi 14 tingkat tu. Dulu masa zaman muda memang dia naik segala roller coaster. Umur dah masuk 36 ni, naik yang sendu-sendu je dah la. Kang gugur bulu-bulu naik yang extreme. Satu keje pulak aku nak mengutip bulu-bulu dia.



Naik dengan Ibal.
Aku ngan Redza jadi pom-pom girl je kat bawah bantai gelak.
Kau ingat orang lelaki ni berani sangat naik benda ni?
Buat-buat berani je boleh la. Hahah.


Berani kau???
Bayar aku SGD10K pun aku tetap berpikir 300 kali nak naik ke tak.
Dibuatnya time aku naik tu la dia nak jadi macam Final Destination camne?



Nak tengok Optimus Prime kejap...



Jumpa Charlie Chaplin tengah jalan.

En Wan menambahkan bengang aku bila cakap "Apesal tangan awak lagi putih dari muka?"

Memang kelakar sangat la ok.



Masa ni sebenarnya aku menahan diri dari migrain.
Sejujurnya aku rasa theme park like this elok buat kat tempat yang sejuk je la.
Memang series punya berlendir!
Aku nak jalan pun dah tak seronok.
Sebab dengan muka melekit, panas, sakit kepala.
Memang aku tak enjoy sangat kat sini sebenarnya sebab badan jadi tak selesa. Kepala asik ingat nak balik cepat, nak masuk keta cepat, putar aircond kuat-kuat.
Tempat dia best cuma weather tak best.



Dia ni kalau bab-bab aksi over memang serah kat dia je la.
Sivaji the boss pun angkat topi kat dia.



Kau ingat kau je boleh beraksi.
Aku pun bolehhhhhhhhhhhhhhhh.



Ni la tempat yang paling nak dituju



Bila lagi nak feeling-feeling geng Transformers.
Tekan je la apa pun jadi nampak cam real.



Aku tekan dia pun sibuk nak tekan jugakkkk




...ok aku nak tengok Karoot Komedia.
Esok sambung.