2012-04-13

Sakit

Sape laki dia kat sini gila sangat dengan bola??

Adekah laki korang ada penyakit-penyakit macam ni :

1. Balik rumah terus bukak Channel Arena.
2. Lepas habis tengok berita terus bukak balik Channel Arena.
3. Hanya makan malam pukul 11malam sekiranya ada siaran lansung bola kat TV.
4. Kalau pasukan pilihan kalah terus tak makan sampai besok pagi.
5. Hari-hari bukak website bola.
6. Kalau pasukan pilihan kalah terus seminggu tak tengok TV.

Ada tak???

Kalau takde, bersyukurlah.
Suami anda masih sihat.

Tapi laki aku ni dah kronik.
Aku ada rasa macam nak bagi air jampi pun ada jugak kat En Wan ni.
Aku tak tau semenjak bila dia jadi terlampau gila bola sampaikan tengok bola Rayyan pun aku dah naik menyampah.

En Wan ni memang minat bola, in fact dia main bola masa kat sekolah and U. Masa kat ofis lama pun dia aktif dengan futsal. Tapi menjak-menjak kepala lutut makin longgar ni kemain menjadik-jadik pulak dia dengan bola. Agaknya nak main bola dah pancit, so dapat layan bola kat TV jadiklah. Tapi tak agak-agak. Sampai aku takde chan lansung nak tengok cerita aku. Dah la TV bawah bibik-bibik aku conquer tengok cerita dorang. Aku ni terpaksa la hadap iPAD. Tu pun kalau Redza tak pegang. Kalau semuanya dah di-booked, aku ni hadap lah Blackberry tot tet tot tet layan FB. Ni pun skarang Rayyan dah pandai terkam henfon aku. Aku bagi henfon-henfon lama aku kat dia, oh pandaiiii. Memilih. Nak BB gak. Lama-lama sok aku ni melopong tak tau nak buat apa. Duduk la aku sorang-sorang terkuis-kuis.

En Wan punya tahap gila bola, sampai semua ciri-ciri yang aku list kat atas tu semua dia ada.

 
Sms aku and En Wan Sabtu lepas



Sabtu lepas kan ada game Tganu lawan Selangor kan?
Actually masa tu kitorang tengah short holiday, takde la jauh mana. Kat Sepang tu je.
Masuk-masuk je room dia check dulu ada tak channel bola.
Bila tengok takde, terus decide malam tu nak pi stadium. Kau tak hangin??????
Padahal kita tengah bercuti, susah-payah aku book hotel siap tempah spa segala tetiba dia nak pi tengok bola kat stadium. Gila berbulu aku atas bawah.

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kalah.
Pahadan muhuka hengkau!!
Aku malam tu dok layan FB. Memang sedap la aku bahankan En Wan bila tengok budak-budak ni update keputusan kat newsfeed.
Dengan senang hatinya aku tunggu dia balik sebab nak nyanyi-nyanyi lagu negeri Selangor kat dia.
Bukan selalu aku dapat berlagak macam ni wei.
Selalunya kerek gila kata Tganu menang. Sesekali negeri aku pulak menang memang aku tak kasik kau chan. Dah la kau punahkan impian aku nak berspa-spa  berjakuzi segala kan? Hambikkk!

Esoknya tu Ahad, selalunya kitorang beli 2 paper.
Hari tu dia tak beli lansung!!
Dia kata seminggu taknak beli paper and taknak tengok Arena.
Time berita sukan pun dia tukar channel lain.
Gila ke apa dia ni???


Tapi best jugak la sebab seminggu ni kul 9.30 je dia dah tido.
Sebab taknak tengok Arena kan, so silakan lah tido.
Biar aku punyakan TV ni.

Tapi nasib baik last week tu kitorang tengah bercuti. So takde la dia nak merempan macam selalu.
Kalau la hari tu kitorang kat rumah, aku rasa mau berlapar aku malam tu.
Selalunya Sabtu memang kitorang makan kat luar.
So sejak bola sibuk nak main hari Sabtu ni aku ada sikit cuak.
Kot la tetiba pasukan dia kalah malam tu, memang aku jawabnya masak meggi je la.

Kepada kaun Hawa yang suami-suaminya belum sampai ke tahap penyakit macam laki aku, bersyukurlah.
Kepada yang suaminya seperti laki aku, bertabahlah!



Yang pakai BB (ladies), ada tak application ni?
Kalau belum ada, sila ada kan dengan kadar segera sebab sangat best.
Untuk yang selalu lupa bila tarikh period, elokla pakai application ni.

Kalau korang masih plan nak ada anak, boleh click button CONCEIVE sebab dia akan bagi guide hari apa korang patut conceive untuk dapatkan anak laki and anak perempuan (ikut kaedah saintifik). Macam aku dah memang taknak anak lagi, so aku click button AVOID PREGNANCY. Jadi sebab tu dengan semua tarikh-tarikh yang berkaler ijo tu dia ketakkan tanda "NO ENTRY" sebab itu zon-zon subur. Yang tarikh kaler merah tu semua adelah laluan bendera Jepun.

Tapi this month aku datang period lambat gila.
Patutnya 4, tapi datang 7. Tu pun lepas kena urut kat spa.
Tapi alahai....sejemput je.
Pastu dah takde dah.
Esoknya lepas Asar, dia datang balik.
Pastu esok takde dah.
Ntah apa2. Sampai skarang macam tu.
Kebengongan apekah ini pun aku tak tau. Nak menopos ke apa?