2011-09-21

Best fren katanya.

Sabtu lepas turn beraya rumah kawan En Wan time kat Nagaoka dulu.

En Wan ni bukannya reti bersosial sangat.
Kalau berkawan kat tempat keje tu boleh la.
Nama dia nak bersantai-santai melepak-lepak dengan member-member after ofis hour memnag takde la. Setakat 10 tahun kawen ni, aku jarang tengok En Wan nak melepak dengan member-member. Paling-paling pun dia gi futsal. Tu pun kejap pegi kejap tak.
Memang dia suka duduk rumah je bergentel dengan aku.

Disebabkan dia ni tak bersosial so payah la nak ada kawan.
Kecuali 2 orang ni.
Dari dulu sampai skarang aku hanya boleh ingat 2 nama ni je. Sebab balik-balik nama dua orang ni je yang dia sebut. Azlan and Nasrul.

So that Saturday, hujan lebat pun dia tetap ajak aku keluar beraya rumah Azlan semata-mata nak jumpa dengan Nasrul sebab Nasrul ni keje kat South Africa. Kira nak mengubat rindu la ni. Elok je En Wan sampai, bergamba lebih kurang pastu Nasrul pun gerak balik sebab nak ke airport malam tu. Lain macam je aku tengok kasih-sayang dua orang ni. Dulu kan aku ingat diorang ni gay sebab dah takde nama lain aku dengar balik-balik Nasrul, Azlan, Nasrul, Azlan. But since Azlan ni kawen time blaja, so aku memang spot je la si Nasrul ni jadi partner dia. Padahal time tu En Wan dah bertunang dengan aku pun. Tapi suspek tetap suspek okkk.


Mula-mula dia kenalkan aku kat best fren dia melalui gamba ni.
Masa ni laki aku gigih carik duit lebih sebab nak pinang aku, sanggup membajak sawah. Gaji dia berapa kau teka??

RM370 untuk 8 jam!
Lebih kurang waktu kita bekerja kat ofis je.

Pehhhhh, gila kau RM370 sehari.
Kalau pesawah kat Malaysia gaji rupa gini jugak, konfem takde masalah dokter nak bercinta dengan tukang tanam padi.

Tapi aku tengok gamba ni, pesawah Jepun ni sekali pandang macam kontraktor pun ada kan? Takde rupa keje sawah pun. Tuck in baju dalam seluar lagi.

Kriteria lelaki pilihan. Tiada bulu dada.

Bersawah bersama-sama, berpoya-poya jugak bersama-sama.
En Wan kata masa ni diorang kat Hawaiian apa ntah, tapi dalam perjalanan nak gi mandi.

Hawaiian??
Malam??
Mandi???

Errr..??

Gamba ni adelah bukti bahawa aku menerima En Wan seadanya.
Sebab kalau berpandukan gamba, kau rasa apa yang dia ada?
Takde apa yang boleh ditonjolkan mahupun menonjol.
Yang ada cuma tulang-belulang je.

Yang aku ingat, seluar En Wan pakai tu aku yang pilih.
Wahhh gatal kan aku, belum apa-apa dah pandai pilih-pilihkan seluar pendek untuk tunang.
Tapi tak legend macam dia okkk.
Nampak tak tarikh kat gamba ru?
14/8/2000.
Tarikh besday aku.
Lagi 9 bulan nak kawen.
Masa ni lah dia poskan hadiah harijadi aku - bra and panties!

Haaaaa....terer okk bajet saiz aku.
Muat-muat je terletak.


Ok dah tua dah masing-masing.
Laki aku pun dah makin luas dahi.
Badan je maintain.
Macamana la tak sengsara aku nak maintain berat badan.
Laki aku dah 3-4 tahun tak berganjak-ganjak dari 55kg.
Jadi aku terpaksa bertahan jangan berat aku lebih dari dia.
Kalau tak, camne nak main lambung-lambung kan.