2011-05-24

Step 1 done.



Ok tetiba FB box aku dah macam ruangan Kak Sri Siantan.
Ramai tanya pasal PB. Ni mesti lepas aku buat entry pasal PB tu.

Ada yang tanya pasal penipuan, harga mahal melampau, MLM cekik darah and all.

Tang tu aku rasa aku tak berani nak sentuh.
Sila jangan tersasar dari mesej ye anak-anak.
Aku cerita pasal PB je.
Kalau korang nak sangkut-pautkan dengan klik FB dapat RM100, susu IgG, air mineral ajaib, bla bla bla....itu boleh la buat kajian sendiri. Aku cerita pasal PB sebab itu aku dah guna.

Those yang tanya betul ke tak PB tu boleh shapekan badan. Jawapannya kalau ikut lojik adelah YES.

Apa benda yang kau buat secara constant and disiplin memang akan ada hasil.
Contoh paling senang (tetiba aku menyampah guna word PALING), kaum pribumi yang telinga panjang, leher panjang, etc. Tu semua sebab dia constant pakai pemberat. Rakyat Cina dulu-dulu bentukkan kaki anak-anak pompuan dengan pakai kasut apa eh, lupa lak. tapi kasut tu kecik la, bagi kaki terbentuk comel je. So tak mustahil kalau korang pakai PB ni sok-sok lagi 4-5 tahun ke, tak pakai korset pun badan dah boleh ada shape. Please bear in mind, apa yang kita usahakan tak semestinya nampak hasil sekelip mata, so jangan meroyan ye.

Pasal kurus ke tak tu aku dah explain dari sudut pandangan aku. Tapi aku nak bagitau awal-awal la. Kalau BMI kau dah within range, kau nak turunkan berat badan kau akan ambik masa. Sebab BMI dah ok. Apekebendanya nak diet lagi wehhhh. Maintain boleh, insyallah.


Ok, tukar topik.


Ofis baru hampir siap :)

Aku jejak ofis 2 kali je selama dia renovate ni.
Memang En Wan yang memandorkan bagi pihak aku.


Ni namanya penjimatan kos. Dia la engineer, dia la cleaner.


Dan dia juga interior designer.
Oh, memang saya dari dulu sukakan lelaki yang gila kuasa.


Dia jugak adelah budak angkut barang. Padahal dah upah orang, dia tetappppppp nak enterprem.


Dalam keadaan aircond yang belum dipasang, ko boleh imagine tak betapa tengiknya bau ofis aku ni apabila beberapa jenis ketiak bersatu?


Aku dulu cukup menyampah kalau dari dalam bilik bos boleh nampak staf keje kat luar. Alih-alih En Wan designkan bilik aku ada tempered glass.





First phase sudah siap....


Aku tak paham kenapa kau pilih oren sedangkan logo aku kaler merah??? Belasahhh.
Pintu bilik pun tak pasang lagi.


Kanan bilik gua, kiri bilik meeting.

Ada ke memula En Wan nak design letak tempered glass kat dinding antara bilik aku and meeting room. Gila ape? Baik takyah letak dinding terus.


Sedih je aku tengok bilik aku ni still kosong. En Wan suggest hujung minggu ni beli sofa bed and letak TV siap pasang Astro.

Motif nak sofa bed kat ofis?
Perlu ke DVD player sekali dan alat bantuan yang lain?
Kalau nak beraktiviti-sofabed, blind pasang dulu plis.

Meeting room.
I need a cupboard, magnetic dry-erase board, projector, bla bla bla bla bla pinjam duit?

Aku cakap kau, kalau aku la staff kat sini, inilah spot yang akan aku cop dulu. Gila best dowhhh spot ni. Boleh nampak bilik bos, boleh nampak orang lain lalu lalang, dan boleh juga update blog sepanjang hari.


Kat belakang yang lapang tu adelah untuk staf bermain galah panjang. Insyallah jika proposal aku lulus, belakang tu aku akan start phase 2. Untuk phase 2, kalau lulus aku akan advertisekan vacancy. Doakan ye.

Eh, ada orang nak keje ngan kau ke yang beria nak advertise segala????