2010-08-16

33rd Besday


Sabtu lepas adelah hari jadi saya. Tapi hari itu kita juga berpuasa. Disebabkan makan pun tak boleh, maka pada hari jadi saya, saya telah membantai membuta dari pukul 11am sampai 3pm.

Mudah bukan?

Elok je lepas zuhur (pukul 3.30pm baru nak zuhur), Mak Aji pun sampai.
Oh, ya. Mak Aji ngan Pak Aji ada kat rumah aku skang sampai la raya. Best la kan mak pak duduk dengan kita. Nak pulak kalau kau jenis pemalas, maka sangatlah berbesar hati ada orang tolong kau kemas rumah, masak and bergossip tanpa had.

Petang Sabtu tu, Mak Aji sampai dengan membawa segala ikan-ikan yang dia dah beli siap-siap kat pasar Kajang (alasan : Pasar kat Putra Heights ikan semua tak senonoh. Padahal ikan tu jugak la yang aku belikan untuk dia buat laksa. Makan sampai tambah 3 kali lak tu).
Sampai-sampai je, terus dia bersilat kat dapur get ready untuk masak berbuka. Menu of the day adelah nasik merah. Tima kasihlah kat aku kan sebab hari tu besday aku, kalau tak, En Wan merasa lagi la makan nasik kerabu benyek kat Pasar Ramadhan.

Nota pengumpatan :
Aku rasa Pasar Ramadhan tahun ni makin ramai amatur-amatur yang melampau bodoh tak boleh masak tapi still nak meniaga. Jumaat lepas kitorang berbuka, ada ke nasik ayam aku dia pi bagi kuah kicap sos tiram?? Sos tiram buta-buta je. Aku ingat kot la dia masak kuah kicap tu. Takde okkk. Sebijik rasa sos tiram fresh dari dalam botol. Binawe.
En Wan pulak cume boleh masuk 4 suap je nasi tomato dia. Dia punya nasik tomato kan, nasik ngan tomato sama banyak. Dah macam sampah kat dalam kotak polisterine tu. Bersepah-sepah tomato yang dia dadu-dadu. Konon kreatif la? Pastu popiah dia lagi cam siapalis. Dah la kulit serapuh-rapuhnya pastu isi kat dalam semua hangus! Tak ke cilaka banat tu?

Haaaaaaaaaaaa...kan puas aku dapat maki!!




Sebelum terlupa, Thank you to Wan Sania sebab poskan serunding ni.
Tima kasih ye, dik. Sangatlah teruja dapat hadiah serunding (aku ni apa aje la yang tak teruja kannnn. Nak lagi kalau makanan).



Kalau dah nama kek besday aku tu, memang tak boleh lain dari blueberry cheese. Alangkan besday orang lain pun aku belikan kek yang selera tekak aku, inikan besday sendiri. Kalau kek ni takde hari tu, memang aku takkan beli kek lain punya. Biar la besday takde kek pun. Tapi kan, aku heran. Apesal mamat ni tulis '33rd DIANA ZIN'???? Apa yang Zin???

Diana Zin?
Tak 'in' okkkk.
Diana Aniston, maybe.


Ini special dari Mak Aji. Awal-awal pagi dia dah buatkan kek ni untuk aku. Macam yang dijangka, tetap blueberry. Cuma bukan cheese cake, tapi butter cake. Gua tak kisah. Kau bagi jem blueberry je pun takpe. Janji blueberry.
Tapiiiiiiiiiiiiiiii, kalau dah nama besday sesape pun dalam rumah ni, konfem la kek tu berpindah tempat, regardless apa nama sekalipun kau letak atas kek tu, tetap lagu besday menjadi 'Pei Pei Pe Yu Yu Ijaaaaaa'.



Saya celebrate besday 8 kali setahun, Korang ada???


Memang gamba dia yang paling banyak sempena besday aku kali ni.

Kitorang start celebrate besday 10 minits before berbuka. Elok je Pak Aji habis baca doa, orang pun azan. Takde de aku nak tiup-tiup lilin kalau Pak Aji ada. Kang dengan aku-aku sekali dia hembus keluar. Aku potong kek buat syarat je, sebab nasik merah adelah sangat tempting. Apa barang berbuka makan kek???


The food


Acu dia pulak berkenan ngan helmet tranformers ni.

Oh, yes. Ada sorang reader aku email bertanyakan tentang helmet yang sama. Laki dia nak beli kalau En Wan pi sana lagi. Rupanya En Wan tidaklah pelik. Ramai jugak yang berminat ngan helmet robot ni. Tapi, En Wan kata setakat ni lom ada lagi member dia yang nak dihantar kat sana. Dia kata lain kali dia pergi nanti dia akan carikkan.

Apa????
Nak pergi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii??????


En Wan gigih pasang lilin menggunakan lilin besday cake, sebab carik lilin lain tak jumpa. Dah la nak menyalakan lilin pun satu hal. Baru perasan rumah ni takde mancis. Mintak lighter kat Ibal 'Weh, mana aku bawak lighter, bulan puasa la!'. Oh, lupa pulak.



Lepas terawikh, masa untuk bermain bunga api. Ntah dengan saper bapak dia beli bunga api, tapi dapatlah segenggam, Tapi, bunga api 4 tahun lepas kot. Lemau semacam je aku tengok. Bakar tak sampai separuh jalan dah habis. Ye ye je nak menjual bungapi tapi jual bung api lemau. Orang-orang macam ni yang patut polis tangkap humban lam lokap 6 kaki bawah tanah. Menipu je keje.

Aku : Ija buat apa tu?

Ija : Ija bakar semut.

Eh, sebijik cam perangai aku time kecik dulu. Aku pun dulu sambil main bungapi sambil bakar siput babi.



Acu terpaksa meyerah diri main bungapi jugak. Tu pun sebab risau tengok anak sedara main bungapi dekat tayar kereta dia.


Yeahhhhhh, tu diaaaa. Tukang pasang lampu sudah mari.

En Wan gigih pasang lampu lip lap.


Ok, yang ni aku malas nak komen. Dia ni memang terencat sikit.


Ohh, engineer tidak puas hati apabila lampu kaler biru tak menyala. Mak Aji di tepi adelah kakitangan sokongan (tukang pass hammer kat menantu)


Maka, dia godek wire-wire kat situ.


Dan taraaaaaaaaaaaaaaaa!! Semua lampu dah menyala. (tapi tak nampak sangat sebab kamera BB ni bodoh)


Dan, beberapa jam selepas itu.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku malas nak susun balik kedudukan dorang, tak larat nak tarik kaki sorang-sorang. Janji tempat aku takde orang masuk.