2010-07-26

Update perut


Gambar ini jelas menunjukkan bahawa objek sangatlah tak boleh menerima kenyataan pinggang dah takde, nak jugak sengetkan badan sikit biar nampak curve kat pinggang padahal pinggang kau sebenarnya dah straight.

Adik-adik mana yang belum pregnant ni akak nak pesan, kalau mental belum cukup kuat nak tengok diri sendiri dah bulat time pregnant sok, tolonglah jangan pasang cermin besar-besar lam bilik ye? Akak ni pun ada rasa nak abugen-kan aje cermin ni.


Inilah perut saya sekarang. Takde la besar mana pun. Tapi bolehlah nak bagi saya mengah walaupun cuma bergerak sekitar dalam rumah je. Berat terkini adelah 53.6kg di mana saya merasakan bahawa berat baby hanyalah 600g, selebihnya tak tau la berat apa. Berat dosa kottt.