2010-04-06

Travel



Hari ni aku bukak blog setelah dari Jumaat tak bukak-bukak, oh rupanya dah ada komen yang dia publishkan. Mana yang takde tu, jangan ingat aku tak publish ye, aku sendiri tak tau mana dia sorok. Mungkin dia ada agenda tersendiri which pegi mamposlah, aku malas dah nak kelebet mana hilangnya komen-komen korang semua.

Ok, dengar sini ye.

Semalam aku baru balik dari East Coast.
Percutian a.k.a business trip yang paling memenatkan so far.
Dah la semalam tayar keta tetiba pecah kat tepi MRSM Bentong.
Michale Schu pulak tengah drive time tu, seb baik aku tak tercampak lam gaung. Kalau tak mesti sekarang aku anak beranak dah jadi hantu kat hiway Bentong. En Wan la punya keje kan, saper lagi. Tengah-tengah drive boleh la pulak bukak cerita 'Abang jual keta awak eh? Beli keta lain, nak?'

Terus pftzppppppppppppp.
Tayar pecah.
Hambikkkkkkk.

Maka hari ni segala program aku adelah hancos.
Sepatutnya kul 11am kang aku kena gerak ke KL untuk satu appointment, then to Ipoh for another appointment, then to Penang.
Tapi now, aku ada kat rumah lagi sebab tunggu orang tukarkan tayar.
There goes my appointments...

Memandangkan malam ni aku tido sorang kat hotel, hotel yang sama air shower terbukak pukul 2 pagi, makaaaaaaaaaaaa aku telah membeli ubat selsema dengan harapan bolehlah memengsankan diri. Dah la aku sekarang follow cerita Nenek Kebaya. Memang binawe betulla time-time outstation macam ni layan Nenek Kebaya sorang-sorang. Kang, toksah kata mandi bukak pintu bilik air, dengan pintu-pintu bilik sekali aku bukak.

Ditakdirkan ubat selsema tak memberi efek, maka tolonglah online ye. Layanlah aku sampai aku tertido. Sebab esok appointment aku starts at 9am. Bayangkanlah kalau aku takleh tido pastu nak bercakap dengan customer, kang ntah apa yang aku merepek kat depan.

Lagi satu, to those yang nak beli BB aku ni, minta maaf banyak-banyak sebab aku dah beli pun from Digi :) Tetiba decided nak guna sebab aku rasa sangat-sangat selesa guna BB, balik Tganu baru-baru ni laptop tu aku bawak balik saje-saje je. Tak bukak lansung sebab everything aku settlekan dengan BB. Sangat best dan agak batak jugaklah baik-balik ngadap HP macamkan orang lain takde, aku sorang je ada. Tapi, mamposlahkan? Hehe.