walk on wings, tread in air: Govt staff lembab?? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Govt staff lembab??
2010-02-27



Ada jugak yang tak memahami entry aku semalam.
Nak jugak kata aku mengutuk staff McD tu.
Ntah kat mana la yang aku kutuk.

Kalau aku ada kata 'Pekak nak mampos budak ni' boleh la nak kata aku mengutuk. Ini aku tak cakap apa pun. Aku cuma kuarkan balik dialog semalam yang takde ciri-ciri kutukan pun nak jugakkkkk yang tuduh aku mengutuk. Takpela, sukati.

Mungkin salah aku jugak tak cerita habis.

Aku tak rasa budak ambik order tu pekak.
Tapi budak tu sebenarnya tengah buat keje lain iaitu mengorat member sebelah.
Time aku nak bayar Vanilla shake tu, elokkk je budak tu tengah layan awek sebelah bersembang padahal kereta bersusun kat blakang ni. Camne la muka-muka macam ni tak kena retrench. Dah kena sack sok barulah sibuk nak buat demonstrasi segala. Time orang suruh keje masa tu la ko nak jual minyak ngan awek. Time keje boleh nak menyambil-nyambil. Kalau ko gila multitasking takpe la jugak kan. Ini sampai Vanilla Shake pun tak tau perasa apa. Aku yang mengorder ni pun jadik blur kejap bila dia tanya 'Perasa apa?'

Tapi aku just reply 'Vanila tu bukan perasa ke dik?'.
Dah cukup baik la aku reply macam tu. Takde la sarcastic sangatkan kalau nak bandingkan aku reply 'Bagi saya Vanilla shake perasa kicap Jalen ye, dik'.

BTW, semalam aku nampak ada orang bertekak pasal isu wanita keje kerajaan ke apa ntah kat FB. Entah sape yang kena bambu aku lupa pulak.

Apesal la nak bertekak segala ni wehhh. Siap nak argue wanita tak boleh buat keputusan sebab emo la apa la. Dah makin merepek-repek aku baca isu-isu skarang ni.
Sukatilah nak ramai wanita ke, nak ramai bapuk ke. Janji keje siap sudah. Aku pun heran apesal "keje jadik tergendala bila wanita bersalin" pun nak dijadikan isu besar. Baru sekarang ke wanita bersalin?

Tapi yang aku nak merepek ni bukan sebab wanita bersalin, tapi aku nak bentangkan sikit hujah (kauuuuu) pasal orang yang suka benar kondem pekerja kerajaan (macam aku dulu la). Like staff kerajaan mengangkang je keje, lembab, bla bla bla.

Pada pendapat aku yang penah jadi a part of pekerja kerajaan suatu masa dulu, benda ni bukan masalah lembab beb. Ini masalah protokol.

Aku pun dulu antara yang suka benar mengkondem kerajaan. Bukan kondem siapa pemerintah or yang memerintah but kondem cara keje dalam kerajaan tu sendiri (mana-mana kerajaan pun sama).

Dulu aku heran kenapa asal deal ngan kerajaan je mesti lambat. Tapi bila aku dah join them baru aku tau kenapa.

Bukan dorang sengaja nak melambatkan keje. Contohnya department aku dulu (department lain aku tak tau). Dalam satu department tu ada RA, Pegawai, Kerani, Typist, Ofis Boy bla bla bla. Semua ada job scope yang spesifik. Memang la semua orang ada keje masing-masing, bukan kerajaan aje yang ada tapiiiiiiiiiii dalam kerajaan, cara dia membahagikan keje tu cukup sistematik (maybe la kot).

Tak macam private company like company aku (contoh je la). Kebanyakkan company swasta ni mentadbir agensi sendiri. Jadi, skop pentadbiran tu tak sebesar kerajaan yang mentadbir negara. So, nak kata private agency ni tak berapa ikut protokol tu tak jugak, cuma private company ni tak semuanya have the luxury untuk ambik staff yang ramai. Jadi, bila staff pun terhad, ko takde pilihan melainkan terpaksa menjadi multitasking. So jangan nak perasan ko keje private company maka ko gila multitasking. Ko cuma tak bernasib baik untuk mendapat typist and ofis boy. Cuba kalau ko dapat dorang ni. Konfem ko pun sama naik mengangkang.

Tak macam dalam kerajaan, dia ada duit nak gajikan ramai orang. So bila staff ramai, position pun menjadi lebih spesifik (kalau tak master-master jugak dalam position sendiri aku tak tau la nak cakap apa).

Kalau ko kerani, ko ada keje kau.
Kalau ko pegawai ko ada keje kau.
Like kalau ko nak taip-taip ni, ko pass je kat typist.
Kalau ko nak fotostat ko pass je kat ofis boy. Melainkan ko nak buat sendiri, pun boleh. Takde saper nak marah.

Ada yang kata staff kerajaan ni ngada-ngada. Banyak lemak.
Yes, some memang gila babi banyak lemak macamkan position Penolong Pengarah tu tinggi sangat nak berlagak ngan aku (khas untuk kawan aku yang bangga sangat ngan position Penolong Pengarah dia tu). Tapi, ada jugak yang 'banyak lemak' bukan sebab dia yang nak lemak-lemak tu semua, but semua ni dah tertulis dalam protokol.

Like aku cakap tadi, bukan sebab diorang berlagak taknak buat keje tu semua, tapi sebab dorang ada kemudahan. Kemudahan pekerja yang ramai, so boleh delegate keje tu pada respective person.

Dulu aku heran kenapa bila pegawai takde, takde orang lain yang boleh entertain call/enquiries from luar. Tapi bila aku dah join them baru aku tau kenapa. Ini sebab ada certain issues yang memang that particular person je yang boleh/dibenarkan handle.

Sometimes bengang jugak la bila ko call je nanti dia reply 'Sorry ye, Cik. Pegawai ni bercuti. Saya tak dapat nak bantu'.

Macam pelik je. Takkan takde orang lain boleh bantu?
Tapi itulah hakikatnya.
Memang ada issue yang tak dibenarkan orang lain ambik tau melainkan pegawai tu je. Jadi, kalau anda pernah terkena benda macam ni, tiada benda lain yang mampu dibuat melainkan pasrah atau bolehlah report kat Karam Singh Walia.

But ada jugak yang mengada-ngada taknak ambik tau.
Kalau part keje ni berkira okkk.
Keje kau, kau handle. Keje aku, aku handle.
Tapiiiiiiiiiiii kalau part jaga tepi kain orang, lajuuuuuu je masing-masing masuk grup.

Macam akak kerani tempat aku keje dulu.
Padahal benda tu bukan besar mana pun, takat checkkan status ON of OFF kat database je. Database pun takde password. Boleh aje kalau ko nak check.
Ohhhh taknak okkkkk. 'Bukan keje saya. Saya tak mau memandai-mandai'.
Kalau keje pegawai ni, taknak memandai-mandai. Tapi kalau meja aku ni kejap-kejap ko tawaf nak tengok aku buat apa. Sometimes, orang yang 3-4 kerat macam ni la yang buatkan orang macam aku troma nak join government.

Memangla keje dengan agensi yang berprotokol tinggi ni memang ko takleh memandai-mandai. Tapi tak salah kan kalau ko nak blaja? Kalau nak blaja tu bak kata pepatah nak seribu daya. Lagipun protokol tu kita yang buat. Tak salah kalau kita jugak yang nak merombakkannya. Hahaha.

Memang la nampak macam pelik je bila ko nak blaja benda baru from pegawai. Macam tak caya je bila ada orang yang willing nak buat keje lebih bila gaji ko kat situ jugak tak gerak-gerak. Memang ada okkk. Ada orang yang willing nak blaja, Dan ada jugak orang yang tunggu masa nak kutuk kau. So, pandai-pandailah. Nak pulak kalau pegawai tu laki, ko pompuan. Silap-silap ko kena masuk bila Pengarah sebab dipercayai melakukan skandal dengan pegawai atas dasar nak naik pangkat. Padahal pangkat apa la yang ko boleh dapat kalau pegawai ko tu pun taraf junior. (ni kes aku la ni)

Aku penah gak ngendeng-ngendeng pegawai sebab nak blaja apa yang dia buat. Bukan sebab aku nak naik pangkat pun, tapi rasa seronok bila ko dapat buat benda baru selain dari routine job kau. Rimas okkk balik-balik buat keje yang sama. At least kalau ada orang call tanya pasal status grant dia lulus ke tak, takde la ko asik nak kena pass call kat pegawai je. Takat check database pun nak pass kat pegawai ke? Macamana la pegawai asik tak busy, benda-benda remeh pun dia nak kena handle.

So aku rasa benda-benda macam ni takyah la nak dijadikan issue sangat. Kalau ada yang suka keje kerajaan tu janganlah korang sedap anak tekak je cakap dia keje kerajaan sebab keje kerajaan senang. Mana-mana keje pun kalau ko buat dia jadik senang, maka senanglah dia. Cam keje aku skang, aku rasa nak keje, keje. Taknak keje, aku balik, tido.
Senangkan?

Wakakakakaka hak puiihhhh.

Bagi aku, tak kira la ko keje swasta ke, keje kerajaan ke, kalau ko tak boleh buat keje tetap keje tu takkan menjadi.

So kalau ada sesaper nak tambah point sila la. Kalau ada yang nak bambu pun dipersilakan sebab aku takkan publish punyaaaaaaaaa. Hahaha.

posted by aveo757 @ 8:21 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER