2009-08-22

Ana mencari keredhoan suami ana...



Siang tadi.

Aku : Today Ija puasa ok?

Ija : Budazah (ustazah) kata, budak kecik tak boleh kuasa (puasa).

Aku : Tapiiiii, Ija bukan budak kecik. Ija dah sekolah.



Kejap tadi.

Ija : Ma, esok Ija kuasa.

Aku : Ye ke?? Betul??

Ija : Betul. Tapiiiiiii....(ada gak tapi). Budazah kata (kalau nak menipu aku tu sebut nama ustazah ajeee), budak kecik kuasa boleh minum air.

Aku : Betullll. Kalau budak kecik puasa, dia takleh makan. Dia boleh minum aje. Tapiiiii, dia kena minum air putih aje, tak boleh minum Ribena.



Sebab aku malas nak bancuh Ribena, jadi ko togok je la air suam sebulan.
Jimatttt duit belanja kat Giant bulan ni..muehehhe. Boleh beli lagi sepasang baju raya untuk aku.

Tapi ye sangatttt la panglima aku ni nak 'kuasa' esok.
Pagi-pagi bangun je dah mintak sosej.
Aku pun pagi tadi bangun mencari-carik sosej gak kat sebelah aku dah bangun ke belum sosej ni, tapi kena sergah ngan En Wan 'Heiii..puasa la!'

Ohhh..lupa.
Sorryyyyy.
Terus bangun dengan lemahnya ke bilik air.

Oh yes, Khamis lepas aku dah beli baju raya okkkk.
Semangat shopping.
Sebenarnya tak plan pun, memula gi merayap ngan En Wan kat mamak lepak pekena teh tarik. Sekali dia tanya taknak beli baju ke sebab aku je yang tak ready lagi.
So saje jalan2 kat Anggerik Mall, terussss belasah 3 pasang. Selesai.

Aku senang je pilih baju. Tak pegi banyak kedai pun, dalam satu kedai je aku rembat sekali 3. Dah la kedai tu nak tutup dah masa tu. Kalau tengah mood nak membeli, memang senang la. Cuba kalau mood membeli takde tapi dipaksa-paksa jugak beli, jawabnya cuba, letak, cuba, letak, sampai ke sudah tak beli-beli. Dan salesgirl tu pun konfem maki aku dalam hati.

Disebabkan hari ni adelah cuti, jadik En Wan dengan baik hatinya 'Takyah masak hari ni, kita beli je kat stadium'.

Oraitttt.

Biasa la kan, selera jin.

1. Nasik lemak ayam rempah.

2. Ketupat ngan rendang daging minang. Pose baru sehari dah ngengada nak makan ketupat. Ni mesti aku nak mati dah ni tetiba je teringin nak makan ketupat pehal??

3. Roti Jala untuk si 'kuasa'.

4. Samosa daging, yang akhirnya En Wan belasah sorang. Aku ni terpisat-pisat tengok.

4. Air tebu yang memang aku tak layan, layan Teh O lagi best.

5. Gulai kawah yang jugak untuk En Wan.


Apesal dia lagi banyak makan dari aku?
Bukan ke aku yang makan roti je sahur tadi, dia yang tambah nasik 2 kali kemain over eh?

Esok pagi sahur lagi sekali gua goreng ikan masin ngan telor mata. Menangis mak mertua aku kalau dia tau aku layan anak dia camni.

Tapi makkk, bukankah kita sebagai isteri kena mencari redha suami??
Suami saya redhoooooo makan ikan masin.