PEACE!
Don't worry, aku tak marah pun kat sesaper yang nak bagi komen pasal gamba aku yang nampak separuh tetek tu, series aku tak marah pun. Cuma aku nak bagitau yang korang nampak tu tak sampai separuh pun. Jangan memperkotak-katikkan kebesaran payudara aku okkkk.
Semua orang dialu-alukan bagi apa jua bentuk komen.
Agak-agak kalau komen tu macam cilaka sangat sampai yang takde sangkut-paut ngan entry pun ko nak komen jugak saje nak carik pasal, itu memang tak layak untuk aku layan.
Thanks LEYNA for your comment.
Aprreciate it, seriously.
No hard feeling.
Memang this blog ada comment moderation tapi passwordnya bukan aku sorang je yang tau. Maknanya selain aku, ada orang lain yang boleh baca all comments tak kira aku publish ke tak.
Siapa orangnya biarlah rahsia, yang pasti orang tu bukan Datuk K.
So kalau sok aku mati and blog ni tetiba berhapdet maknanya bukan hantu raya belaan aku yang tulis the entry but a friend of mine.
En Wan pun baca blog ni kadang-kadang.
Kalau ada yang perasan, some of the gamba-gamba yang pernah aku letak kat dalam blog ni aku dah removed. Itu maknanya En Wan bising la tu.
So mana yang tak remove tu maknanya bukan En Wan tak kisah, cuma dia rasa gamba tu masih tak membutakan mata dia.
Well, masing-masing ada pandangan tersendiri. Maybe ada yang cakap certain gamba kat blog ni menjolok mata, certain words yang aku tulis kat sini tak sesuai dibaca, and apa-apa je la lagi.
Terpulangla ok.
Mungkin jugak aku salah sebab terlampau banyak meletak muka aku kat blog sampaikan bila aku letak gamba yang 'agak seksi' (???) ramai yang bagi nasihat. Tapi bila orang nasihat kat kita maknanya orang tu sayang kita kan?
So, aku hanya berpegang pada kata-kata tu.
Just like macam artis-artis kat Malaysia ni la. (wahhh...artiskah kauuu?? Panggggggggggggg!!!)
Disebabkan dia tu dah dikenali, apa yang dia buat semua diperhatikan walaupun dulu dia pakai tube ngan skirt nampak lurah bontot masuk club tapi takde orang kisah pun. Sekarang pakai sleeveless and short dalam rumah pun ada orang pertikaikan.
Aku takde la kata aku macam artis.
Tapi bahananya bila kita memampangkan realiti hidup kita untuk tatapan umum (pehh, bahasa kalah Majalah Tiga okkk), kita akan rasa apa yang kita buat macam ada je salah padahal dulu aku pun buat camni gak tapi takde orang kesah punnnn.
Dulu aku keluar pi Sunway Piramid pun pakai short je. Sejak ada reader tegur aku 'Eh, ni Kak Epal kannnn????' terus short yang aku baru pakai 2 kali tu jadik suar tido.
But frankly, aku bukan sengaja nak tayang tetek, tapi memang itu adelah aku.
Buat apa aku nak tayang tetek dengan sengaja? Ada ke orang nak stim tengok tetek mak orang umur 32 ni?
Mungkin jugak gamba tu aku snap dari atas so nampak macam tetek aku tu membuak-buak.
Padahal buah dada ku besar mangkuk cupcake aje.
Takpe la..jap lagi aku edit gamba tu ok?