2009-07-27

Nasik daun pisang



Semalam tak sihat sebenarnya tapi aku berjaga sampai kul 3 pagi. Entah apa aku buat pun aku tak tau.

Today, still tak sihat sangat, by tengahari aku dah start migrain.
Telan sebijik ubat migrain dan aku sudah boleh melayan cerita Tamil.

Hari ni tak banyak sangat aktiviti aku ngan En Wan.
Nak beli barang dah takde benda dah nak dibeli, so skang tunggu barang sampai je.

Hari ni aku bangun pagi, En Wan dah takde kat sebelah.
Tak penah-penah hari cuti dia bangun lagi awal dari aku.
Rupa-rupanya dia dah pi siram pokok kat rumah baru.
Memang la orang tua ni, semangat tek bertempat padahal malam tadi hujan, nak jugakkkk siram.
Siap boleh terus gi breakfast kat mamak sorang-sorang tu.
Ehh, ini sudah lain macammmmmmmm.
Tapi takpe, kita kena yakin dengan ilmu nasik kangkang kita.

Rumah aku still belum ada rupa rumah orang.


Lampu belum pasang


Porch belum siap


Dinding lom cat sepenuhnya, begitu juga kolam ikan and wakaf lom siap. Anjung nak tutup kolam ikan je yang dah separuh siap.


Wrought iron pagar lom sampai. Lampu pagar pun yilekkkk.


Taman masih dalam posisi padang jarak padang tekukur


Memang aku sangat-sangat tak yakin boleh masuk before puasa.
Ni En Wan la ni.
Kejap-kejap kang dia suruh orang tu pecah sana pulak, pastu kang dia balik rumah belek-belek Home ID, esok kang dia suruh orang tu pecah sini pulak.
Camne nak siap?
Padahal plan asal just nak extend dapur je.
Sudahnya satu rumah dia pecahkan.
Tinggal keta dia je yang aku lom pecahkan lagi.


Lepas penat menemankan En Wan siram pokok, dia ajak aku pi lunch.
Macam biasa, taraf-taraf aku ni layak kat mamak je. Tapi hari ni mamak lain lak.
Kat Puchong.

Layan nasik daun pisang.

Memula tu masa dia ajak makan nasik daun pisang aku macam 'La, bukan pagi tadi makan nasik lemak pun atas daun pisang ke?'

Tapi series yang ni memang lain gila.
Betul-betul nasik ko atas daun pisang takde alas pinggan punya.

Pastu takyah order apa-apa.
Ko duduk kat situ dia terus bentang daun, time tu jugak dia letak nasik.
Pastu from time to time pekerja dia akan lalu kat sebelah kau bawak ikan goreng la, kari, ayam rempah, sotong rempah, bla bla bla. So kalau ko nak ko tahan la diorang.
Semua lauk panas-panas.

Cuma tempat dia memang takde la kaw mana pun, standard restoran mamak.


Memula kitorang tahan orang sayur.


Pastu orang nasik..then aku tahan orang bergedil. Tapi begedil dia terlebih jintan, tak sedap.


Pastu tahan orang ayam, orang papadom, dan orang kari. Masa ni orang sotong lom sampai.


Nak kata sedap sangat tu tak la.
Tapi elok la kalau makanan tu tak sedap, ada alasan untuk makan sikit.
Kerana perut aku macam dah membusung balik.
Sebab last week aku melantak nachos, pizza, macaroni and cheese.......cuba kira berapa lemak tersimpan aku??????