Pewittttttttttttttttttt!!
Yes, aku tetap akan blogging setelah berhari-hari di-torture oleh malaun-malaun yang asal aku on YM je dah takde topik lain nak tanya "Asal tutup blog??", "Bukak balik blog", "Update blog".
Memula memang aku malas dah nak blogging balik ni.
Bukan sebab sentap. Dont worry aku takkan sentap punya takat orang komen-komen ni.
Sukati la ko nak komen apa, bukan aku kenal ko pun.
Yang bagi nasihat-nasihat berguna tu thank you, tu je aku boleh reply.
Yang bagi komen macam lancau, aku tak tau nak bagi apa komen yang selayaknya untuk kau, cuma aku faham situasi kau yang tertekan dengan ketidaksempurnaan diri. Tapi kalau dah tau diri tu tak sempurna but masih lagi tak berganjak dari ketaksempurnaan itu dengan mengacau kebahagiaan orang, aku rasa sampai mati pun cop LOSER tu ada kat dahi kau. Tapi kalau kau rasa dengan memaki orang kat blog sudah cukup bahagia, well, aku rasa aku dapat memahami betapa kau sangat kecewa dengan kehidupan kau sebab cara kau mencari 'kebahagiaan' pun sangat la cheap, takat belasah orang kat blog guna anonymous?? Erghh, plissss.
Tapi takpe, teruskan. Good luck..:)
Cuma takyah la hantar komen, ko boleh email je aku terus sebab komen ko takkan dipublish dah sebab kalau aku publish konfem ada tukang maki ko balik. Jadi untuk mengelakkan blog aku ni jadik medan perang, from now on sebarang komen yang menjurus ke arah low IQ, aku takkan publish.
Cuma aku nak bagitau la, kalau takat nak bagi komen like "ada aku kesah ko nak tutup blog?" baik takyah la. Sebab dengan cara ko komen tu pun sebenarnya aku tau ko sangat kesahhhh aku tutup blog sebab tu ko masukkkkkk gak blog aku nak tengok aku camne kan? Tima kasih la kerana mengagumi aku dari kejauhan. Aku sangat terharu.
Disebabkan aku tau ko sangat ingin mengetahui perkembangan life aku, jadik aku takkan block blog ni, dan juga takkan delete. Ko baca la puas-puas dan jangan berhenti mengagumi aku, aku berdoa semoga satu hari nanti ko akan menjadi sehebat aku.
Muahahahahhaha.
Adehhh, aku pulak yang macam nak kena stroke baca ayat sendiri.
Thanks to those yang memberi semangat untuk berblogging.
Actually aku memang lom terfikir nak berhenti pun.
Aku block blog tu sebab aku yakin, manusia yang konon taknak baca blog aku konfem akan tinggalkan komen bila aku bukak balik blog aku. It happened before and ia terjadik lagi tadi.
Pandai la anon-anon ni buat kelakar.
Kelakar yang menjadik lak tu.
Dah la aku sakit perut ni, ada yang gelak sampai terkencet ni kang.
Cukup-cukup la tu dengki ngan orang.
Yang aku tak paham tu sangat la persistent berdengki ngan aku.
Ntah apa yang aku buat sampai dia tak puas hati sangat ntah.
Tapi bak kata En Wan, biarkan je la. Ada sesetengah manusia dapat kegembiraan dengan cara menyakiti orang lain dan dia hanya akan berhenti menyakiti orang bila dia dah dapat apa yang dia nak.
Kalau betul itu satu-satu caranya ko nak bergembira, takpela, aku halalkan.
Elok jugak ko hantar komen-komen macam tu kat aku, setidak-tidaknya aku tau yang ko masih lagi belum achieve apa yang ko impikan, so that aku akan lebih insaf dengan kekurangan orang lain dan bersyukur dengan apa yang aku dah ada.
Ehh, stroke lagi.
Walauwehhh, aku ngantuk sebenarnya ni.
Tapi tengah syok melayan Ustaz Aagim (Ustaz Betterrr Bettterrrr..haha).
Memang jatuh chenta aku ngan Ustaz ni.
Kelakar lak tu.
Oh ok, taknak start cerita pasal ustaz, ustazah, ceramah agama, bla bla bla, kang tak pasal ada orang bukak cerita hukum hudud lak kat sini.
Petang tadi bergotong-royong melihat orang landscape datang tanam pokok. Letih sialllll. Baru tolong tengok, lom tolong tanam lagi. Kalau aku angkat pokok, konfem pokok tu elok je atas tanah, aku yang dalam tanah.
Eh serius, mata takleh bukak.
Nite.