2009-07-28

Kenapa la kau sangat berterus terang, Boleh tak tunggu aku mati dulu??



Hari ni (27 July), aku memerap kat ofis sepanjang hari sampai kul 7pm sambil dok bersila atas karpet dok me-readykan handout untuk training today sampai Khamis kat *M*.

Akibatnya, aku sakit belakang and now aku rasa macam tulang belakang aku senget sebab bahu kiri aku macam terjongkit ke atas. Keje lebih masa sket je dah cacat.

And now aku tengah pikir macamana gayanya aku nak mengangkut folder yang each adelah seberat 1kg, sebanyak 25pcs, nak hayak dari parking lot ke main building yang jalan kaki pun seploh minit??

Seploh minit jalan kaki dengan bawak beban 25 kilo adelah penderitaan okkkkk. Dengan konfem aku akan pakai high heel siap bawak handbag. Jangan la patah heel aku. Mana ngan bawak handbag, mana nak mengangkut bendalah berkilo-kilo ni, mana nak mengusung tetek aku yang oh, ok tukar topik.

Sebenarnya aku sangat-sangat penat, badan dah rasa lemau gila sebab dari last week kepala otak aku sangat stress pikir pasal training yang aku akan conduct 3 hari ni. Sepatutnya aku dah kena tido tapi bila baring, rasa tulang invertebrata aku ni macam tegang semacam je, dah cam kejang pulak atas katil. Sumpah sakit gila!!
Tapi kalau En Wan ajak beromen, aku ok jeeeeeeee.

Adehh, memang sakit la.
Sangat-sangat sakit.

Eh, aku baru sedar sejak semalam kan jari kaki aku sebelah ibu jari kaki kiri kadang-kadang bergerak-gerak.

Dalam kepala aku ingat dua benda je.

Satu, aku nak kena parkinson.
SELISIH!!!

Second, aku nak mati.
Sebab lagi 100 hari nak mati ada certain anggota badan kita gerak-gerak kan?

Hmmmmmmm.


Aku : Abang, Di rasa Di nak mati la. Jari kaki Di sometimes berdenyut-denyut.

En Wan : Ape kaitan berdenyut ngan nak mati pulak? (sambil baca paper)

Aku : Ye la, memula dia denyut kat bawah dulu, pastu naik, naik naik sampai tekak.

En Wan : Orang kalau nak mati, dia tak tau dia nak mati la.

Aku : Ehhhh, kalau orang tu beriman, dia boleh tau dia nak mati okkkkkkkkk

En Wan : Hmm..kalau camtu, dah boleh la abang start-start ni.

Aku : Start apa?

En Wan : Start la usha-usha sesaper....


Aku ni cuba taknak menderhaka okkkkk.
Aku cuba dah ni.

Ya Allah, jauhilah aku dari menjadi pembunuh!!