2009-07-29

Random



1. Tadi aku pakai baju kurung pi training. Rambut ikat ponytail. Disebabkan kena ngangkut training notes yang berkilo tu, aku pakai slipper dulu sebab kena ulang-alik ke carpark dua kali. Training notes tu aku masukkan dalam paper bag. So aku bawak 3 paperbag sekali trip.

Masuk trip kedua, pakcik cleaner kat ground floor tu tegur "Selamat pagi, nak saya tolong ke?"

"Takpe pakcik, larat lagi ni"

"Dah mula jual kuih raya ye skang ni.."



Apa kau ingat dalam beg plastik ni sample batang buruk?



2. Ada orang bagitau, aku adelah celebriti blogger which kurang tepat gelaran itu. Sekali lagi aku tekankan di sini bahawa aku bukan celebirit (whatever ejaan dia pun) blogger tetapi aku adelah PORN STAR sebab aku kan rajin tayang cleavage (lah katakannnnn).


3. En Wan dengan beraninya mengungkapkan kata-kata :

En Wan : Jari bergerak-gerak pun nak tulis kat blog. Lemak perut tu bergegar-gegar taknak tulis pulak.

Aku : Sebab lemak yang bergegar ni la buat abang nyenyak tido malam tau. Dok peluk lemak ni tak lepas-lepas.

En Wan : Eh, ye ke? Abang ingatkan abang pegang tetek awak.



Cipetlah.
Perut aku besar sangat ke???

Aku tak tau nak gelak ke nak nangis.

Ye, gelaklah kalau rasa nak gelak.