walk on wings, tread in air: Siapa yang malu??? Engkau dan engkau jugak. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Siapa yang malu??? Engkau dan engkau jugak.
2009-07-14

Tengahari tadi aku gi Tabung Haji, cawangan kat Bangi.
Terasa macam aku la paling keji lagi hina semorang pakai tudung aku sorang je togel.
Walaupun memula aku rasa macam dah habis sopan sebab aku pakai seluar panjang.
Tapi aku buat muka toye lantak la korang nak pandang-pandang aku.
Semoga dengan pandangan-pandangan itu satu hari nanti aku insaf lalu membeli abaya.

Tapi bukan itu yang aku nak fokuskan.

On the way nak ke car park yang suram di basement yang busuk bau burger basi, aku ternampak sumone yang aku agak menyampah nak tengok, lagi menyampah dari aku menyampah kat exbf aku.

Apesal dia ni ada kat sini?
Ko pun nak pegi haji jugak ke?
Baik ko mintak maaf kat aku dulu seblom pi haji okkk.

Ok, statement aku keji.

Tapi inilah satu-satunya lelaki yang paling konfiden bagi nasihat kat aku "buat la sembayang istiharah" sebab dia rasa aku konfius nak pilih antara En Wan atau dia hanya disebabkan aku penah keluar ngan dia pegang tangan. Takat ko pimpin tangan aku nak lintas jalan adekah bermakna aku cintakan kau???

Aku taknak bincangkan pasal fizikal look dia, sebab kalaupun dia hensem macam nak mati pun, kalau dah bukan taste aku tu tetap la aku tak berkenan. So jangan tanya dia hensem ke tak sebab aku akan jadi manusia paling kejam nanti.

Masa dia belum kena nasik kangkang aku, apa yang dia buat kat aku, pada pandangan mata kasar nampak cam takde apa sangat. Takat perli-perli, calling me names dan memalukan aku di depan wanita-wanita jelita saje.

Apelah sangat takat ejek-ejek kan?
Ejek pun takat panggil hitam (dah biasa), gemuk (dah biasa) dan jugak Ronald McDonald (sebab aku pakai kasut sukan bapak aku sebab aku takde kasut sukan. Jangan tanya apa yang aku sumbat dalam tu semata-mata nak kasik kaki aku fit ngan kasut Pak Aji)



Tapi kalau kau adelah begini









 




dan di make fun kan didepan perempuan begini



apa kau rasa?


Padahal dia takde la hensem sangat pun kalau nak bandingkan ngan laki aku (sory, aku takde pilihan lain. Kang aku bandingkan ngan laki korang kang ada yang cakap aku gatal bijik ngan laki orang pulak). Dan dia juga adelah golongan laki berlagak macho tapi sia-sia. Gi party rumah member berlagak bawak keta padahal keta tu keta orang lain. Tuan punya keta pun tak berlagak, dia lak lelebih, siap kunci keta member tu dia pegang punya la nak tunjuk kat wanita-wanita beauty without brain yang dia tu ada keta seawal umur 19 tahun.

Seb baik aku with brain walaupun tak beauty sangat, at least takde la orang kata aku dah la muka cam tempe, bangang lak tu.

Kalau berdua ngan aku elokkkk je perangai, cakap pun bertapis-tapis. Takde de ko nak tengok dia keji-keji aku. Aku pun sebagai seorang yang tak pernah ada dalam list mana-mana laki walaupun budak-budak laki kelas peralihan, bila dia cakap lemah lembik aku adelah cair lantas jatuh cinta jugak. Malam-malam layan Pilihan BersamaMu Radio 2 tunggu lagu Kasih - Hetty Koes Endang. Memang aku ntah apa-apa, lagu keroncong pun jadik.

Tapi bila dia ada depan member-member dia, lansunggggggggggggg dia tak tegur aku.
Tak tegur tu dah la, gi sama naik perli-perli aku tengah sorong basikal.
Basikal aku bukan basikal baru, ambik dari kampung zaman adik mak aji yang paling bongsu punya, so boleh bayangkan betapa tak gorjesnya basikal aku dengan handle yang lebar terkangkang, bakul pun berkarat, siap ada seat nak carry orang kat blakang. Entah nak carry saper pun aku tak tau la. Kaler pun dah tukar kelabu.




Basikal macam ni la aku pakai. Cuma takde menatang kat tengah yang macam peluru berpandu tu. Tapi elok gak kalau aku letak peluru berpandu kat situ, leh aku tembak dia kasik mandul.

Dia leh jerit dari jauh "Berapa tahun tak basuh basikal oiiiii????"
Pastu gelak-gelak siap tepuk-tepuk lantai dah macam anak lotong aku tengok.

At least aku ada gak basikal, dari kau menapak jalan kaki.
Mengutuk tak agak-agak macamkan ko bawak Ducati.

Memang aku balik rumah dengan meleleh airmata.
Aku bukan sedih kena kutuk, tapi aku sedih apesal ada manusia yang sanggup malukan orang depan khalayak?
Kat mana hati and perasaan diorang?
Dia tak terfikir ke, zaman tu masing-masing still skolah, dah tentu-tentu basikal tu bukan aku yang beli tapi parents aku.
Kalau kau mengutuk basikal aku, secara tak lansung ko mengutuk mak bapak aku.
Walaupun benda tu buruk, bukannya boleh dapat free.
Guna duit jugak.
Tak tau la kalau ada yang beli barang guna air kencing.
Meh aku bekalkan sebotol.

Aku tak tau camne kisahnya tapi masa aku matrik, dia tetiba busy mengayat aku.
At the same time ada sorang lagi budak yang segrup ngan dia pun sibuk nak mengayat sama. Tapi biasalah laki yang macho sia-sia ni apelah sangat kalau buat ayat.
Takat "Balik cuti nanti kita gi makan ABC, eh?"

Nak pulak aku dah dok jauh, and tengah main cinta ngan budak Perak yang boleh tahan muka dan juga gilanya. So aku memang tak berapa nak pandang la member aku ni.

Asal balik semester break je, terus carik aku kat rumah. Kononnnn.
Biasa la ayat standard playboy.

Tiap-tiap malam call aku.
Esok pagi aku tengok dia dah tertonggok depan gate.
Pastu petang kang muka dia lagi.
Siap boleh temankan adik aku balik rumah semata-mata nak buat baik and nak korek pasal aku. Apa-apa aje la.

Until oneday bila dia tau aku dah break ngan budak Perak andnow aku ada En Wan.
And knowing the fact that dia macam dah kalah, dia bagitau aku "Sebenarnya I betting je ngan **** tengok sape menang tekel you".

Ohhh.
Pertandingan la ni?



Kalau kau bertanding berebut pompuan macam ni masuk akal la jugak.

(sebenarnya boleh je aku nak letak gamba lain, tapi takpela, kasik can korang carik alasan nak baca blog aku padahal nak stim-stim tengok minah mat saleh ni)




Tapi bertanding tekel pompuan macam ni???
.....errrrrr



Saper yang sedang menutup kemaluan sebenarnya???



posted by aveo757 @ 12:05 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER