2009-05-30

Kaspersky ohhh Kaspersky apesal ko kecik-kecik takmo mampos..



Mula-mula nak say thank you to Azuan Sabri yang tetiba muncul emailkan wallpaper Leslie Cheung.

Thank you so much!!!

Agak-agak kalau rajin lagi, tolong la buatkan wallpaper yang indah-indah penuh gamba-gamba Leslie ok? So ni bukti wallpaper yang you bagi, I dah naik tarafkan ia sebagai penghias desktop.

Today, aktiviti dimulakan dengan bangun pukul 8.30 pagi. Weekend sebegini bila lagi nak bergulung-gulung ngan En Wan kan. Selalunya aku baru menggeliat, dia dah keluar (nampak nau tak pernah siapkan breakfast untuk laki).

Jadi hari-hari cuti sebegini janganlah kita membuang masa dengan bangun pagi-pagi, kerana peluang bergulung secara jemaah begini adelah tidak selalu kita dapati.

Lepas breakfast, which hari ni aku tak rasa nak makan lansung. Minum je.
Then pergi finalizedkan kitchen cabinet aku ngan interior designer.
Then, pi membeli -belah.
Hari ni aku beli external harddisk sebab Kaspersky cilaka babi ni dah buatkan laptop aku lembab nak mampos. Kalau mampos terus pun lagi baik aku rasa. Semalam memang satu hari aku hangin. Tetiba je Kaspersky Internet Security tak function, so firewall and anti-virus aku on-off. Sikittt je lagi penumbuk aku nak sampai kat monitor.

Actually Kaspersky ni menatang apa huh?
Ni sistem pemusnah virus ke sistem penaik darah aku??

Lepas aku install Kaspersky hari tu aku nyer laptop jadi astagaaaaaaaaaaaa lembab!!
Nak tunggu dia settledown tu sempat aku gi mandi sidai baju dua baldi gosok baju segala.

Belum sampai sebulan aku install dah buat hal.
Semalam aku download trial bitdefender which sejak malam tadi aku guna...so far ok la.
Ada sesaper nak bagi tutorial free apa aku nak buat ngan Kaspersky binawe ni? Aku dah uninstall dah.

So now aku tengah transfer semua docs kat harddisk dengan harapan dia menjadi fast and furious selepas ini. Jika tidak fast-fast jugak, kita hempas aje la.

Tapi dalam pada bengang-bengang semalam sempat gak la aku melegakan ketegangan dengan seseorang. Heheh...jeng jeng jengggggggggggggggggg.

Bila orang yang tersangat la overnya menunjukkan rasa minat yang mendalam terhadap seseorang individu yang lain sehingga menyebabkan medula oblongata aku bertindak di luar kawalan lalu meransang salur darah perut bertindakbalas dengan asid-asid secara tidak teratur dan menyebabkan terhasilnya rembesan cecair yang dinamakan muntah belahak.

Tetapi muntah sekali-sekala ada baiknya.
At least asid-asid toksik pun bebas, tol tak?

Ada la this one guy which aku kenal kat FB.
He is a fren of a fren kot..entah la. Dia yang kenalkan diri macam tu.
(dia tak tau aku ada blog and tolong jangan bagi url aku okkk)

Memula dia rajin hanta comment sampai member-member aku hantar komen pun dia tukang reply.
Pastu sibuk tanya,

'Yang tadi tu saper?'
'Yang cakap macam ni tu saper?'
'I tak suka la you kawan ngan dia, dia tu cam kuang ajar je ngan you. I tak suka'.

Pebenda siallll.

Takat ada member-member laki aku yang bagi komen cam cilaka-cilaka manja pun ko yang nak sentap. Kot diorang kuang ajar pun ngan aku, yang ko pehal pulakkkkkk.

Memula tu aku biarkan je la lagi.
Kasik can aku kenal dia dulu, kot la dia ni memang jenis yang ambik berat.
Elok jugak ada yang ambik berat.
I likeeeeeee.

Dush dush dush
kena tendang ngan En Wan.

Alih-alih dua tiga hari ni, asik la sms aku dengan kata-kata jiwang taraf ya ampun babi punya geli. Aku saje je tak delete sms dia biar kalau awek dia ke, bini dia serang aku, aku leh tunjukkan bukti sms pastu sue diorang kat court 100 juta.

Pelik gak ngan orang yang tau guna FB tapi tak tau baca relationship status : MARRIED.

Atau mungkin jugak FB kena tambah another option :
MARRIED BUT AVAILABLE FOR GELI-GELI.


Bodo.