2008-10-13

Kalau aku buat open house pun aku takleh jemput semua ye, jangan kecik ati.

Kenapa Kak Apple dah lembab update blog?

Bukan sebab aku busy sampai takde masa nak update blog.
Tapi sebab hidup aku dah aman.

Keje pun from home, maka saperkah yang jadik mangsa umpatan aku?

Jawapannya adelah..TAKDE.

Sebab tu blog aku pun selowwww.
Blog aku kan tempat untuk aku memaki.
So sebab takde saper carik pasal dengan aku, takdelah makiannya.

Kawan En Wan yang bini dia berlagak gila tu datang beraya kat rumah. Kalau ikutkan hati memang aku mangga je gate, tapi dah dua hari laki dia call En Wan tanya ada rumah ke tak. Takkan manjang je takde rumah kan. Datang la.

Kali ni dia datang bawak anak.

Ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!

Bukan la nak mengata (standard ayat orang melayu nak mengumpat).
Tapi aku mintak jangan la anak-anak aku macam tu.

Memang kalau dah fitrah budak-budak age 6 year old and below tu memang tak makan saman sikit. Tapi, kalau nak ikutkan cara mak dia tu bercakap, wahh, macam anak dia tu amat bertatasusila tinggi.

Asal orang bukak topik anak-anak je, anak dia je yang lebih.
Anak dia speaking berabuk la.
Anak dia terer main PS2 la.
Anak dia suka skolah, tak macam Redza hari-hari tanya hari ni skolah ke tak.

Sampai En Wan pun geleng kepala tengok perangai anak-anak dia.
Dah la masuk rumah orang terus nak naik atas.
Habis semua almari perhiasan aku dia bukak.
Cuak je aku tengok Noritake aku bergegar-gegar.
Kalau pecah sebijik hari tu, konfem suara aku bergegar satu Putra Heights.

Tak cukup bukak almari aku, selamba badak je ambik remote tukar-tukar channel TV, pastu pasang DVD 3-4 kali. Kejap Otromen, kejap Power Rangers. Buku-buku anak aku semua dia punggah.
Aku memang dah berbulu je.
Bersepah gila rumah aku okkkkk???

Anak aku sendiri sepahkan barang aku leh bantai cukup-cukup, inikan anak yang tak keluar dari perut aku?
Silap-silap mati aku keje kan.

En Wan la manusia paling gabra malam tu.
Dia dah boleh baca gestures aku yang tak redha.

Paling tak boleh bla dia main lawan-lawan ngan anak aku.
Dia boleh sepak perut anak aku kuat-kuat.
Aku dah nak menjerit dah.
Aku pikir air muka laki aku je.
Sabar gak lagi.
Sampai Redza cakap 'Sakit la wakkk'.

Anak aku ni payah nak cakap sakit tapi kalau dia berani kata sakit kat orang yang dia tak kenal maknanya dia memang sakit la tu.

Aku tunggu je kalau-kalau dia hentak anak aku sampai berdarah, memang aku halau satu famili keluar. Jangan bagi sampai aku biadap sangat okkk.

Masa time nak balik lagi aku membara-bara. Nak je aku pijak kaki anak dia.
Mak dia bagi Redza duit tapi anak aku dah terlebih terima pengajaran la pulak. Aku ajar jangan ambik barang dari orang, sampai duit raya pun dia taknak ambik. Ni pun satu hal lak tebiat.

So aku la pegang sampul raya tu.

Anak dia salam aku boleh mintak sampul tu dari aku. Siap tarik lagi.
Aku macam...malas la cakap.

Fine la kalau budak raya mintak duit raya, tu biasa. Tapi kalau sampai sentap-sentap duit kat tangan aku, bila aku cakap ni duit Redza dia tarik jugak. That is too much.
Apa yang ko ajar anak ko kat rumah ni????

Memang kali ni pompuan tu datang rumah aku tak banyak cakap.
Maybe sebab dia pun bengang ngan anak dia.
Misi tak sempurna.

Pastu, hari tu ye ye je nak eksyen ngan aku rumah dia beli lagi gempak kan?

That day datang rumah aku siap bawak kamera, tapi dia tak bagitau.
Sekali laki dia pecah lobang cakap bini dia siap bawak kamera nak snap pic rumah kitorang senang nak design rumah dia sok.

Dan dan muka dia berubah.

Terus kamera tak keluar-keluar sampai ke sudah.
Sure bertekak ngan laki dalam keta masa balik sebab laki dia terlepas cakap.
Aku budjet dia nak buat konon macam ambik gamba klorga, padahal nak ambik gamba rumah aku.

Blah la.
Meluat aku ngan orang macam ni.




Kepada yang tanya bila aku nak buat open house.

Ada aku cakap aku nak buat ke?

Ngahahahahahahhhaa.


Insyallah, setakat ni every year aku buat, cuma aku lom jemput mana-mana blogger lagi. Aku kan bertebiatkan suka letak gamba kat blog. Kang ada gamba satu dua blogger kat open house aku, ada lak yang sentap.

See how la ye.