2008-10-21

Flaw

Kepada Anon, aku mintak maaf kalau bahasa aku buat kau rasa sakit jiwa. The word "pelacur" memang tak sepatutnya aku guna. But, bagi aku, kalau kau beranggapan orang lain takde perasaan sakit hati bila baca komen kau, aku pun pedulik apa kalau ko rasa sakit hati baca ayat aku.

Fair kan?

Ok, enuff with that.

Seseorang telah menge-tagged aku melalui sms.
Macam mana ko dapat nombor aku?
Konfiden lak tu hantar mesej : "..Kak epal, buat la entry pasal benda-benda yang secret ttg kak epal.."

Dah nama secret takkan akak nak tulis dik oiiiiiiiiiiii.

Tapi takpe.
Aku akan men-reveal apa yang aku rasa malas nak di-secretkan.


1. Perut aku buncit sikit hasil dari mengeluarkan seorang budak itam bernama Wan Muhammad Redza Farrel. Scar juga adelah sangat panjang. Misi nak jadik kalendar girl gagal. Tapi takde
la buncit sangat (defend diri sendiri). Kira kalau aku berdiri tegak, still boleh nampak peps (vocab baru, go figure menatang apa tu) aku tanpa membongkokkan badan. Tak pun kalau dah poyo sangat mati-mati taknak ngaku dah buncit, landing bogel atas lantai pastu test tengok kat cermin saper lagi tinggi, perut ke peps.

2. Dahi aku ada scar hasil enam jahitan accident age 11. Ni bukan salah aku. Pak Aji yang salah sebab drifting kat highway. Masa ni dah pakai Subaru boleh la kalau nak rempit pun. Cuba drift ngan Volkswagen dia zaman muda dulu tengok boleh ke tak. Aku rasa, takyah kata nak speed lelebih, baru nak bakar-bakar enjin je dah runtuh lantai keta tu.

3. Suka cabut bulu ketiak. Sampaikan kalau dah takde bulu kat ketiak yang nak dicabut, aku sanggup korek bulu-bulu yang baru nak hidup terbenam lam kulit tu cungkil kasik keluar. Sebelum dia membesar baik aku hapuskan. Kalau ada sesaper yang sanggup habiskan masa tenung ketiak aku, korang akan nampak banyak gila luka-luka, aku korek sampai berdarah. Dah melecet-lecet tu kan, pastu ko sapu deodorant, pehhhhh cakap kau. Macam letak bam gamat kat mata okkkk. Penah gak try cabut bulu bawah. Tobatttttt. Nak selesaikan 2 bulu je boleh kuar airmata darah.

4. Muka aku alhamdulillah takde jerawat ataupun parut jerawat. Tapi Tuhan tu adil, dia bagi aku parut chicken pox. Ada la lam lima bijik. Satu tu terletak cantik je kat area pipi, so kalau aku sengih sekali imbas macam dimple. Dapat la feeling-feeling Preity Zinta barang seminit dua.

5. Masa aku kawin, tumit belah kanan aku ada wart. Sebab banyak sangat benda nak fokuskan, aku tak sempat nak jumpa doktor ambik ubat. Memang pedih gila babi, nak pulak jadik pengantin kena jalan slow-slow. Memang fake gila muka aku jadik pengantin hari tu nak kena tahan sakit setiap kali berjalan. Dah la pakai high heels. Time solat pun kena duduk. Tak boleh berdiri, sakit. Tapi time beromen sambil berdiri tak pulak rasa sakit kaki.

Tetttttttttttt!!!!

Bila dah list down macam ni, baru aku perasan badan aku banyak defect.
Parut sana sini.

6. Susah nak sendawa. Ko bagi la aku kunyah halia sampai 7 inci pun, tetap angin tu kuar kat bontot, takde de nak kuar kat tekak. Aku pun heran pesal adaorang yang kalau badan berangin je jap-jap sendawa 'ghakkkkkk gherrrkkkkk ghakkkkkkk'. Aku toksah kata nak berdeghak macam tu, nak kuarkan 'erhh' pun tunggu lima tahun.

7. Kuat kentut malam. Bontot aku ni kira bermoral jugak la. Siang-siang hari dia senyap tanpa
sebarang aktiviti. Malam kang ko siappppp. Macam perang sedara aku buat. TAPI, tanpa pencemaran bau dan bunyi. Camne aku buat, biarlah rahsia. Tanya En Wan dia penah tak dengar aku kentut? Bau? Tak dapattttttt.

8. Suka makan tulang rawan ayam, bijik mata ikan, kalau dapat mata ikan jenahak lagi best. Lagi satu kalau ko bakar ikan cencaru tulang dia kalau ko patahkan ada nampak cam tali pusat ke apa menatang ntah. Ha, yang tu pun aku suka. Kira aku ni kategori manusia paling menjijikkan sebab suka makan isi perut segala.


Dah la ye, tetiba banyak pulak kekurangan diri yang aku jumpa.

Saper tau mana nak carik database lagu-lagu rock kapak?





Sebenarnya kan aku sangat la lost malam ni.
Aku tak sentuh satu pun keje aku.
Aku dah rasa macam penat sebab terlampau banyak buat keje and terlampau takut dengan keje.

Macam nak marah orang tapi takde orang yang boleh aku marah.
Nak pulak tengah having my menses lagi la dengan takleh solatnya hati tak tenang.
nak cakap kat En Wan, taknak susahkan hati dia walaupun aku tau dia lagi suka kalau aku lepaskan apa yang aku rasa.
But seriously aku perlukan tempat untuk aku vent, nak rant panjang-panjang kat blog pun bukan leh buat hati aku tenang. Saper melintas aku nak tumbuk biar puasss.

Aku tak suka rasa macam ni.
Aku takut sangat.

Kimak la rasa macam ni!!!!!!!!