2008-08-17

Kuantan


Yes, aku sedang berinternet dalam room kat MS Garden, Kuantan.
Sangat puas hati!!
Walaupun hakikatnya aku bengang sebab pagi-pagi Ahad kol 6.30am aku dah siap
mandi sebab nak rush gi keje.

Apehal nak bangun pagi2 hari Ahad?
Terbayang-bayang waktu ni selalunya aku ngan En Wan main sorok-sorok lam
selimut sampai kol 10am.
Wahhh, bahagia.

Conference microbiology ni sangat la bosan today.
The only topik yang buat mata aku segar was "Dengue : Where do we
go from here?". Thanks Prof, you did a great job di kala mata aku tengah kuyu nak padam. Tiga bijik gula-gula dalam mulut
pun tak boleh bagi mata aku bukak.



Boring..boring..boring....sebab aku bukan budak microb.
Aku pegi Kuantan dengan demam teruknya, runny nose, batuk toksah cakap la, sampai berdarah tekak meneran batuk punya hal. Until now, tengah menaip ni aku tengah terkongkong-kongkong batuk. Tapi aircond tetap full blastttttt.

Jap tadi melepak kat beach Teluk Cempedak.
Bestnya gi beach. Dinner.
Cuma tak best bila ada certain people yang pandang aku ngan muka tak puas
hati siap mencebik sebab aku pakai short skirt.
Mampos ko la , aku dah tak kuasa nak ambik hati dah.
Sukati la ko nak cakap apa.
I dont give a shit at people's perception, ko nak cakap apa pun cakap le.
Sebenarnya ko pun nak pakai kan?

Ok, pasal nak resign tu, memang aku dah resign pun, last day will be 30th of Sept.
Kira skang ni relax sket, just pegi a few conference yang memang dah planned awal-awal dulu. Pastu training exams segala kuiz tok nenek aku dah takyah attend which is very YIHAAAA!!

And skang ni kepala aku terbelah dua, satu settlekan a few pending projects kat company skang, and another half tengah plan apa benda nak buat untuk company baru.
Tak lama aku rest kali ni. 30th Sept tu last day, rasanya 1-2 Oct raya, 6th aku dah masuk tempat keje baru, which is working from home!!!!!

Sila jeles.

Once a week aku akan jenguk ofis untuk meeting and jenguk lab.
The rest, aku akan working from home and jumpa customer.

Sebenarnya takut jugak ni.
Bila dah nama keje from home, takde undang-undang, mula la aku wat undang-undang sendiri. Dan undang-undang aku harusla bertemakan 'I make the rules, I break the rules'.

Kali ni masa aku hantar surat resign, aku tak tipu-tipu dah. Dulu bila bos tanya alasan nak benti, aku cakap nak sambung blaja.
Kali ni, aku terus terang je cakap aku nak start out on my own.

And suprisingly, this bos tak marah pun.
Dia encourage aku siap nak offer capital injection.
Takyah la makcikkk, kang aku terikat ngan ko pulak.

She did counter offer, cuma aku memang dah takde hati perut nak dok sini. Aku dah ada plan sendiri. So, dia offer supaya aku work together dengan dia. Aku ada lab, dia ada product. Ada synergy. Tapi, ni takyah discuss kat sini la kan.
Tapi before aku keluar dari her room, dia cakap 'Diana, it's hard to find a non-typical Malay like you'.

Which is..????




This will be our last trip together, dude.


Ada cerita hangattttttttt nih.
Kat hotel yang aku duduk ni ada a group of tentera, tak sure tentera jenis apa. Pagi tadi masa tengah breakfast, sedang aku khusyuk melaya mihun goreng, ada satu Mat Tentera approached.
'Assalamualaikum, ni Tuan saya yang duduk kat situ (sambil tunjuk) bagi'
Sekali no tepon daaaaaaaaaa.
Tektik zaman Darah Satria la bang. Zaman Badul tekel awek boleh la guna kekdah ni.

Sekali aku tenung-tenung, macam kenal TUAN dia ni.
Puas aku pikir saper laaaaaa.

Tengah lunch KFC baru aku teringat, dia ni kawan aku masa Kem Bina Semangat dulu. Yang buat aku tak lupa muka dia sebab dia yang terlanggar telur aku dulu (telur yang kena bawak mana-mana pegi simbolik kepada our own pride. Kemaklah). Yang buat aku bengang, dia yang langgar aku, telur aku pecah satu hal. Telur dia pun pecah sebab DIA YANG LANGGAR AKU, dia leh maki aku berbakul kat situ sebab bengang pasni dia kena bawak batu bata nak ganti telur.

Being aku yang dulu, yang sangat la menerima apa saje bentuk cacimaki, aku diam je, siap aku lak say sori.

Pastu ada satu time masa Kem Bina Semangat tu jugak la, tetiba je takde angin takde ribut, dia pi jerit kuat-kuat 'Hoi, dah hitam dah. Takyah la pakai cap'.

Pastu gelak-gelak ngan geng dia.
Korang boleh bayangkan tak laki yang rasa dia cam hebat lagi power tapi jenis muka semua berkarat tak hensem tapi ada hati nak gelakkan pompuan?
Ha, cuba bayangkan.
Buruk tak?
Sangat buruk okeh.

Well, memang la aku hitam, tapi aku pakai cap bukan sebab nak bagi kulit aku jadik putih. Aku pun sedar aku hitam, so aku pakai cap supaya aku tak semakin hitam, bodohhhhhh!!

Sorry la, memang aku pemaaf, tapi aku macam rasa nak kenakan orang la.
Aku rasa dia tak ingat aku la si hitam pakai cap tu.

Aku ada rasa nak buat jahat now.
Nak carik tanduk setan jap.