2008-06-26

LETIH


Aku nak benti keje la.

Fedup ngan keje yang melambak-lambak. Kalau setakat lambak je aku rasa leh tolerate lagi, ni jenis yang dah la banyak, pastu semua kena siapkan tang tang tu gak. Apa aku takde life lain selain dari dok opis buat keje? Balik rumah pun aku still ada depan laptop. Ok la, aku ada chatting, tapi that's not the main reason kenapa aku dok depan laptop. Dah nama keje ngan komputer, on je la sekali YM kan, agak-agak bentan aku sampai boleh aku vent kat sesaper yang online. Nasib la.

Tapi aku bukan nak benti keje terus, aku nak benti keje kat kompeni skang ni. Lemas aku ngan style keje bos aku. Dia tak la teruk sangat nak bandingkan ngan bos-kote-pendek kompeni lama aku. Bos aku ni ok, cuma dia ala-ala Merryl Streep dalam The Devil Wears Prada. Siapa yang tengok citer tu boleh tau la camne stressnya aku kena bekerja bawah dia. Semuanya urgent, takde benda yang tak urgent. Request masuk hari ni, sok pagi dokumen kena ada atas meja dia. Blom penah lagi aku experience kat kompeni ni, deadline dalam 4 hari lagi ke, minggu depan ke. Takde. Semuanya 'FIRST THING IN THE MORNING, TOMORROW ON MY DESK'. Tu belum tetiba dia wat announcement, esok ada kuiz tak pun test. Ada kompeni korang buat exam day? Kompeni aku sangat berilmiah. Tetiap minggu buat kuiz. Dah la kuiz dia ada sangkut paut dengan apa aku blaja dulu. Dulu yang hari-hari pegi klas, wat assignment pun boleh dapat C flat (C-, aku tak suka sebut C minus, nampak nau bangangnya), inikan yang dah jarang-jarang pegang buku. Ke longkang la.

Sesaper yang adalam list YM aku tu kalau notice kol 2am aku still lagi online, tapi bukan chat pun, saje senang nak tengok email kuar masuk. Yang mana cam shilaker tu siap mesej 'Ko tahajud ke'?

Sejak hari Isnin lepas, keta aku hari-hari minum minyak, full tank lak tu. Dari Shah Alam ke Sepang, pastu gi Nilai, patah balik ke Bangi pastu Cheras, kuar ke Subang balik. Kalau ikutkata setan di hati bukak je pintu rumah aku nak tido kat situ gak. Letih siallll.

Semalam sampai je rumah naik bilik lepak atas katil. Aku duduk je sebab kalau aku start baring tak lama la jawabnya. Kebetulan Redza ikut masuk. Dia sibuk la cerita pasal swimming class, aku pun layan nak bagi mata tak tutup. Tak tau ntah bila masa mata aku bleh tutup tengah2 layan dia sembang, sedar-sedar dah kol 6.30pm, posisi duduk.

LETIH.