2008-03-28

Doakan En Wan sembuh ok?


En Wan dah balik.
Tapi Jumaat depan another surgery kena buat, kali ni major punya, kasik potonggggggg.
Masa aku tulis entry ni, dia ada tepi aku, tengah lepak kat sofa sambil kat dahi bertampal Cool Fever. Demam. Sejuk, tapi pakai short. Aircond on. Kipas pun on. Boleh?

Ramai kat umah aku tonite, dua-dua mak metua ada sini (En Wan ada mak tiri) and klorga Kak Ngah dia pun ada sini. Semua nak tido sini kot. Sukati. Sila ambik tempat masing-masing. Tempat aku jangan kacau.


Snap la gambar lagi before kuar dari wad. Muka gembira.


Gembira sebab aku belasah nasik En wan lagi sekali tadi. Dah tu ko suruh sangat aku makan nasik kan?? Tapi half je okkk (ayat penyedap diri), sambil tarik nafas, sedut perut.


Rasa lonely sangat tonite.
Tak tau pesal.

Adekah sebab En Wan blom sihat betul?
Adekah sebab aku penat this week dengan keje and terkejar-kejar jaga orang sakit?
Adekah sebab aku rasa stress banyak benda aku kena buat padahal dulu semua En Wan buatkan?
Adekah sebab aku banyak ambik cuti so terbayang keje menambun kat opis?
Adekah sebab aku rasa aku keseorangan buat semua benda sendiri and takde saper care kat aku?

Hoih, aku tanya tu. Jawabla!
Apa ingat aku saje-saje tanya ke?


Ada ke En Wan tengok gambar ni, dia kata 'Baru dua hari masuk wad, dah tak sabar-sabar nak landing atas bird Abang'. Hoihhhhhh. Ko ingat aku dah takde agenda lain nak pikir?????


Masa nak discharge tadi punya la lama tunggu, nak masuk 4 jam aku melangok lam Golden Lounge tunggu nak wat payment. Aku nak bagi duit pun kena tunggu 4 jam ke?
Ntah hapa En Wan ayat nurse-nurse kat atas tu, baikkkk punya bersidai tepi kaunter aku tengok. Pastu amoi tu bawak kitorang lepak kat Golden Lounge.

Gila best!!
Orang lain dok kat depan kaunter, aku leh mengangkang-ngangkang tido atas sofa.
Siap la pulak ada Astro ngan segala teh, kopi. Ini sudah bagus. Tunggu sampai 4 petang esok pun takpe.


Aku sangat letih. Mari kita tido.


Ni pose wajib kalau tengah tido atas sofa. Tak kira la di mana jua aku berada, kalau namanya tido atau temenung atas sofa, satu kaki mesti otomatically terangkat. Good ventilation okk.



Muka boring tengok cerita Nek Nak sambil tunggu no giliran.