2007-12-02

Green apple yang dilelilingi buah oren


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah memberikan aku kesabaran yang tinggi nak menyiapkan lay out baru ni. Sangat-sangat menguji kesabaran. Jangan ditanya berapa hari aku siapkan bendalah yang tak mendatangkan faedah ni. Buat pun sorok-sorok. Al-maklum, En Wan pantang kalau nampak aku terlampau fokus ngan menatang ni sampai makan malam pun kena pospon sebab dah kol 8.45pm aku tak masak apa pun lagi.
Gila la menatang ni. Buat aku lupa diri kejap. Seb baik En Wan tak berapa nak hangin. Itupun sikittt je lagi dia nak wat laptop aku lempar cakera.



Ini tangan aku.

Semalam aku sangat hardworking. Nak wat kacang hijau untuk minum petang. Sebab nak buktikan kat jiran-jiran yang aku buleh masak bubur kacang hijo secepat 20 minit. Elok je pressure cooker aku padam, aku terus bukak lid dia.

Pufffffffffffffffffff!!!
Wap panas kuar.
Gila sakit jari akuuuuuu. Terloncat-loncat aku kat dapur.
Seb baik kepala aku bagi warning pressure cooker tu mahal. Pedih-pedih pun aku pegang gak lid. Kalau ikut sakit ni, lama dah lid tu terlepas dari tangan.

Sebab takut nak tunjuk kat En Wan, aku sapu ngan Colgate pastu masak guna tangan kiri. Tangan kanan terkibai-kibai. Makin pedih boh Colgate. Kalau aku bagitau En Wan on the spot dia berkuntau depan aku sebab dia dah kata taknak minum petang, tapi aku gatal nak wat jugak.

Malam kang nak masak camne? Kalau guna satu tangan jawabnya kol 11 pagi besok pun blom tentu makan.
Lepas maghrib, aku hulur tangan aku kat En Wan 'Tengok tangan Di, tadi kena wap panas bang. Macam nak menggelembung. Mesti esok tangan Di gemuk pastu kulit dia terkoyak. Mesti nanti kalau dah kering dia menggelupas kan?'.
Exaggerate gila akucerita sambil wat muka toye depan dia.
Dan-dan tu dia kuar gi pharmacy. Siap sapukan ubat lagi.
'Dah, Di tak yah basuh pinggan, biar abang buat'.
Mueheheheheh.
Saya sangat-sangat juara meruntunkan perasaan lelaki.
Esok aku akan bekerja kat satu tempat yang tak boleh guna internet selama sebulan. Aku tak dapat bayangkan betapa azabnya sebulan itu.

Sila doakan kebahagiaan aku.