2007-10-28

Mari makan di rumah orang










Otw nak ke Bukit Belacan untuk mengisi perut.



Semalam adelah sessi membeli-belah di Sungai Buloh.
Biasa la beli ikan koi lagi, pastu memandangkan rumah aku tak cukup hijau, so kita tambah sepokok dua. Berangkut 3 pasu pokok lam keta sampai aku kena injak seat aku paling depan sekali, ngan meriba Redza. Kalau ada orang sodok keta ni, aku dulu yang menjunam ke depan.

Oh, lupa nak cerita. Last week keta En Wan kena hentam kat blakang. Tempat kejadian di Putra Heights. Laki aku pantang kalau orang bawak pelan tapi bangga dok kat fast lane, so dia push-push nye orang tu. Yang si bahalul kat depan ni tak semena-mena brek ntah apa kena, ulat gonggok melintas gamaknya. So En Wan sempat brek, keta blakang pun sempat brek. Tapi satu jip kat blakang sekali hentam keta kancil blakang keta aku, maka gedegangggggg. Terkebil-kebil jugak la mata En Wan tengok bontot keta dia kena sodok.

Tapi keta depan aku slamat. Pastu dengan pelannya (sepelan dia bawak memula tadi) dia bergerak. Hangin gila aku kat dalam tu. Aku dah sound En Wan awal-awal jangan follow dedekat, jangan push dia. Oh, taknak dengar niiiiii. Pastu sentap. Akuuuuu jugak kena tengking sebab bising sangat. Nasib baik aku bising okkkk, so En Wan takdela dekatkan sangat keta dia ngan keta depan. Kalau aku tak bising lansung tadi mau depan blakang kemik.

So, since keta kitorang tak menyodok sesaper, so keta blakang la kena bayar keta En Wan. Yang keta kancil blakang aku tu lagi kesian, masa tengah kecoh-kecoh tepi jalan tu dia boleh tak teringat nak ambik no plat jip yang hentam dia. Dia pi ambik HP number uncle tu je. Pastu bila kat balai polis dia call uncle ni, uncle ni dah bagi satu no plat tipu. Apa ntah number, tapi bila mekanik check, nombor tu nombor pendaftaran van, bukan jip.

Kiranya last week, seminggu En Wan pakai keta workshop, keta kancil kaler ijo. Terang gila kaler dia. Dah la manual, pastu payah nak start, asap macam nak sembur aedes, bunyik boleh tahan gong gong gong gonggggg. Boleh bangun orang sebelah.

***********************************************************************************

Semalam ngan today open house dan open house lagi.
Malas okkk aku nak gi makan-makan umah orang dengan bawak Redza yang makin aku jegilkan mata makin tak makan saman. Tapi sebab aku kenangkan makan itu adelah free, dan aku pun malas masak, dengan tak pegi pasarnya so fridge kosong, pegi la jugak open house. Semalam ke Rawang, rumah opis mate En Wan. Today rumah aunty dia kat Bukit Belacan. Heavennya dapat jumpa laksa johor. Tak nampak laki dah.

rozie (10/26/2007 10:28:57 AM): bila nak panggil aku dtg mkn2 ni..

green apple (10/26/2007 10:29:50 AM): aku nak pi makan umah ko pun belum tentu dapat, ko nak aku host open house pulak. ko nak masakkan ke?

rozie (10/26/2007 10:31:06 AM): alaa..x yah wat open house laa...wat mkn utk aku anak beranak je..

rozie (10/26/2007 10:31:11 AM): aku x penah g umah ko..
green apple (10/26/2007 10:33:44 AM): ala. boleh...takat makan utk ko ngan ijad tu aku order kat mamak bistro je

green apple (10/26/2007 10:34:09 AM): tapi this week takleh, aku balik bangi

green apple (10/26/2007 10:34:15 AM): next week la, ahad ke

rozie (10/26/2007 10:34:29 AM): this wk pun aku x leh..sbb sedara mara nak dtg umah

rozie (10/26/2007 10:34:38 AM): ahad next wk..?hmm..ok gak..

green apple (10/26/2007 10:35:07 AM): ko masak la lebih...lebih2 kat umah ko sabtu tu aku tapau wat balik...esoknya aku panaskan je

rozie (10/26/2007 10:35:52 AM): canteekkk nyeee..

green apple (10/26/2007 10:36:46 AM): yesserrrrrrrrrrr

Tapi idea aku tu kira boleh pakai jugak la kan?



PERHATIAN EX-UNIMAS + BUDAK BANGI :

AKU TAK SURE LAGI NAK WAT OPEN HOUSE KE TAK. RASA-RASA NAK DATANG TU CALL AKU DULU. KALAU TAK CALL, AKU BAWAK GI BERAYA KAT MAMAK JE, RUMAH AKU TAKDE KUIH. SILA MAKLUM.