2007-09-05

Selamat jalan romeo..


Hari ni aku gi opis ngan sandal, jeans ngan baju kembang ala-ala makcik umur 40-an.
Mengapakahh??????

Sebab today adelah hari official hand over segala tugas aku kat kompeni ni.
Sebab hari ni aku nak mengangkang luas-luas kemas meja ngan lemari.
Sebab hari ni aku nak turun naik lif angkut barang-barang aku yang berkotak-kotak brambus dari kompeni ni.
Dan sebab hari ni aku nak pi jenjalan ngan bos lama aku gi tengok opis baruuuuuu!!!

Yes, akhirnya aku buat jugak keputusan yang berat nak mampos tak tertanggung lagi sah. Dua minggu aku pikir sampai bleh sambung pikir lam mimpi nak stay or nak blah. Nak tinggalkan gaji yang dah selesa and komfem masuk tetiap bulan untuk expect for something yang belum tau turn over nya berapa. Tapi aku akan pastikan aku kaya raya gila babi, babi pun tak kaya camnih, mengalahkan CEO kompeni ni.

Wakakakka. Belum apa-apa dah riak.

Actually start September ni (Senin lepas) aku dah bukan dalam group ni lagi. Aku ngan KM dah sepakat kuar kompeni and setup new company. Run bisnes sendiri. Alhamdulillah, terkabul jugak doa aku nak kuar dari alam puaka ni.

Bulan ni adelah menjadi potensi yang amat tinggi untuk kopak. Duit nak kena guna banyak ni. Nak cari opis, nak renovate opis, nak shopping barang-barang opis, nak pi daftar nama syarikat lagi, nak bawak masuk stok lagi.

Maybe dalam masa 2-3 bulan ni aku lepak umah je, work from home sebab opis pun nak kena renovate. KM pun dah nak start cuti bersalin. Bestnyaaaaa pose kali ni hanya berhibernasi di rumah sambil membesarkan ukur lilit perut.

Doakan aku sukses!!