2007-06-12

Holaaaaaaaa!


Sorry la beb, aku tak jumpa jalan nak masuk blog ni, tu pasal seminggu tak berhapdet.
But tonite....I'M BEKKKKKKK!

Sebenarnya Rabu lepas aku gi Melaka jadi speaker untuk DNA-thing workshop. Ntah hapa la yang aku membebel kat depan tu, aku tengok sorang-sorang student menganga je. Tak paham sudah, saper suruh tak nak tanya.

Tapi memang best la sesekali jadik lecturer ni. Mengencinggggggg je keje aku dalam lecture hall. HAHAHAHAH..kejiiiiiii. Takde la kencingggg, mana yang aku konfiden tu, aku jawab la, mana yang aku agak cam ingat-ingat lupa tu, aku kencing la kat mana yang patut kasik strong sket point dia.

Aku gi sana ngan lab officer sorang. Dia handle most of the lab training, aku lak handle kat lecture and tolong sikit kat lab. Cuma tangan aku dah kejung sket bab pegang pipettor, buat agarose, extract fish tissue, so tak yah la nak interprem lelebih, kang tersalah demo kang..al-malu jawabnya.

So, Rabu sampai Jumahat memang bizi sangat, kaki aku ni on the way nak balik ke hotel, satu-satu skru tempurung lutut aku tanggal. By the time sampai bilik je, main seret kaki. Nak angkat setapak pun bercinta! Letih gila.

Hari Rabu tu sampai hotel awal, dalam kol 3 lebih camtu. Tak tukar baju apa semua, letak beg, terus masing-masing bukak laptop, bagi Q & A sampai kol 7pm. Gabra ni, dah lama tak bukak buku, alih-alih dah tua-tua kedarah baru nak bagi lecture balik, tak ke berkarat gila paler hotak aku ni.

Sampai tido malam pun, letak notes tepi bantal. Ngeri betul. Tak sangka, umur 30 aku akan mimpi balik macamana masuk exam hall ambik peksa. Sampai berpeluh aku tido walaupun katil aku mengadap aircond. Memang cuak la. Mau tak, yang aku nak bagi speech ni kat budak-budak U together dengan lecturer and tutor dia sekali. Dibuatnya diorang pakat tanya soklan yang mejangkau akal pikiran aku yang berIQ sangat tinggi ni, tak ke mampos.

So semua bejalan lancar. Student ok, lecturer ok, makan sedap, hotel not bad. Walaupun rumah nenek aku cuma 15 minit drive dari hotel tu. Sampai skang nenek aku tak tau yang aku lepak kat sana 3 hari tanpa menjenguk dia 5 minit pun. Takleh aaaaa, nenek aku tu kang bukan tau aku keje ke apa ke, pantang nampak muka aku, mula la dia terus get ready pakai tudung bagai, pastu selamba je 'Jom, kita gi Melaka, soping (shopping)'.

Nak tunggu ke hari Jumahat tu punya la seksa Ya Rabbi. Rindu gila kat laki aku.
Hihihihi...anak tetap jatuh nombor dua, yang pertama tetap laki aku jugak.
Ngeh ngeh ngeh.

Memang bagus sangatla lepas regrouping ni aku takyah travel memana dah except Trengganu. Dah tua-tua ni malas la nak lepak jauh-jauh dari family. Rasanya dah penat aku merayap sana sini. Now, it's time untuk lepak kat opis, dok depan laptop, buat report and manage anak-anak buah dengan tenanggggggggg dan amannnnnnnnnnnn.

Since family laki aku from Trengganu datang sini, so sampai ke hari Ahad aku bizi jadik surirumah pulak. Aku macam tak nampak laptop aku kat mana. So that explains why blog ni tak berhapdet.

Semalam pulak, hajat nak hapdet, tapi aku macam kena kejutan budaya kejap bila masuk opis. Semalam secara official aku pindah 'kompeni' baru. So, kompeni aku yang lama kira dah gone. Nak kata gone tu tak la sangat, nama kompeni tetap ada cuma untuk dummy purpose. Maknanya kompeni aku dulu kan bumiputra status, so kitorang still keep the kompeni for tender purpose sbab tender kena guna bumiputra kompeni. Paham? Tak paham sudah, aku malas nak explain.

So, semalam, masuk 'kompeni' baru, meja baru, bos baru, anak-anak buah baru, sekeliling aku semua baru. So semalam produktiviti aku slow nak mampos sebab belum biasa dengan suasana baru and also dengan workload yang menambun sampai aku tak tau nak start kat mana, dan aku telah memilih keputusan yang bijak untuk bermain mahjong.

Semalam, satu keje aku tak buat. Dan sememangnya aku dah tak tau nak buat apa sebab aku dah tak payah buat sales lagi, sebab semua area aku, aku dah pass kat budak bawah. Aku kena buat monitoring, buat report, buat analysis, buat bodoh, buat-buat pekak bila bos panggil, buat muka taik bila bos kata target team aku tahun ni adelah 12 juta.

Taik. Sangat-sangat mentaik.

Yang pastinya semua orang tengah tunggu new appointment letter this Friday. Tangga gaji yang baru aku dah tau starting aku berapa, (hihihi) sebab bos aku (bos baru) dah tunjuk kat aku berapa gaji baru aku. At least aku tau minimum aku akan dapat berapa which is SANGAT GUMBIRAAAAAAAAAAAA. Kalau dapat minimum pun dah alhamdulillah.

Tapi bak kata mak aku, takde saper gila nak bagi gaji tinggi kalau keje tu senang. Jadik, aku dah sound laki aku awal-awal supaya bear dengan perangai aku seminggu-dua ni. Kalau tetiba aku terpekik tak pasal-pasal tu sila abaikan. Sebab aku tau tebiat aku kalau stress sangat-sangat, samada aku akan bercakap sorang-sorang ataupun tetiba je terpekik macam kena sawan VaVi.

Bos baru aku lagi advance. Sebab kejutan jugak agaknya, hari ni je tetiba dah annual leave. Stressssssssssssssss.

So, skang aku nak buat keje...later!!

p/s : To readers, tima kasih la sebab rajin kuar masuk blog ni, doakan aku sentiasa ada tenaga dan bahan umpatan terkini untuk menghapdet blog.