2007-05-17

I'm so electrically charged up!


Pertama
Kepada seorang bekas kawan baik yang dulu sangat baik tapi skang sangat aku geleman nak ingat nama dia (Peej, aku rasa ko tau nama siapa yang aku menyampah nak dengar).
Kepada si Anu ni, aku nak bagitau ko, itupun kalau ko baca blog aku la. Kalau ko tak baca lagi aku suka.

Aku dah cakap dah, kalau aku dah bengang, dah benci, dah tak suka, dah menyampah, sampai bebila pun aku akan menyampah. Dah cukup bagus aku tak maki ko, tak kacau idup ko, tak stalk ko dan tak jugak membambu teman tapi mesra ko yang saiko tu. So, tak payah ko nak call aku, siap nak say sorry.

Apa sori-sori? What the fuck?? Baru skang nak say sorry? Simpan je sorry ko biar berkepam, aku tak hingin. Kalau rasa diri ko bersalah, bagusla. I forgive but I don't forget. Aku dah penat la nak layan perangai ko. Ko kalau dah angau, memang cakap orang lain termasuk kawan baik ko tak pakai dah. Menggelupur sangat nak kawen, silakan. Ko ingat aku kisah?

Toksah berangan nak cerita kemesraan dan kehappeningan kisah chenta ko kat aku. Apa ko sorang je becinta? Aku pun tau becinta gak. So takyah nak story the morning glory kat aku apekah itu chenta. Umur cam aku ni dah tak kosser nak layan kisah cinta ala-ala keberet, banyak lagi bendalah aku nak pikir. Sila brambos.

Ah Beng, lain kali ko jangan tanya aku pasal budak ni. Tak pasal-pasal setengah hari aku hangin.

Kedua

Tadi aku jumpa customer aku. Customer yang best. Lelaki, of course (HAHAHAHA).
Masa aku borak-borak ngan dia tetiba dia tanya 'You got story to tell me or not?'Aku pun cerita la pasal aku tengah melobi satu lecturer ni untuk purchase complete set PCR product. Then dia tanya lagi 'Tell me la, if you have any story to tell'

Hek eleh, apa pulak story yang aku nak cerita ni? Cuak gak.
Pastu dia senyum-senyum 'About the letter...'

Ow-owhhhhhhhh..apekah itu?

'You already tender resignation kan?'

Chait!!!!!
Siapakah gerangannya yang telah mencanangkan tentang hajat hamba untuk benti keje?
Dan apekah musababnya yang ko nak kena pi kecoh kat customer aku?

Aku pun tanya la bertalu-talu mana dia dapat tau. Dia kata 'You will never find oneeeee'

Ok, takpeeeeeeee, Dr. Takpe. I will find out one day.
Lepas tu aku balik.
On the way back tu aku tetiba terpikir, adekah customer aku ni baca blog aku?
Takkan laaaaa.
Tapi ada possibility kan, sebab dari siapa pulak dia dapat tau aku gatal nak benti keje?

DR...U BACA BLOG I KEEE?


KETIGA

Aku decide untuk stay kat kompeni ni.
Hopefully aku akan grow dan terus segar-bugar (memang dah 'segar' sangat dah ni, tunggu kena sound ngan laki aku je). Makin lama aku stay kat sini, keupayaan aku untuk mencarut dan memaki akan menjadi lebih padu sebab aku percaya kecilakabodohan itu akan tetap muncul kat kompeni ni. Mana-mana kompeni pun sama kan.

Cenggini ekk.
Dulu masa aku keje kat Ministry of Science, aku ada apply keje lain sebab aku rasa sengal sangatla keje ngan government. Aku takleh ikut cara diorang. Terlampau protokol tak bertempat. Dan aku juga sangat tak reti nak buat muka takde efek bila kena sound ngan bos. Kalau bos tu cakap benda yang salah, otomatiknya muka aku yang selenga akan bertukar jadik muak kerek.

Aku tak macam ko Zana, ko budak baik, apa bos cakap ko ikut. Aku lak rebel. Kalau aku rasa benda tu tak betul, aku bantai balas balik apa dia cakap. Tak kira la dia bos ke tak, dah benda terang-terang tak betul. So, sebab aku bengang ngan bos aku kat MOSTE tu, aku apply keje lain. Masa tu aku lom kawen lagi. Kebetulan masa laki aku balik cuti winter, aku dapat offer gi intebiu kat Subang Jaya, USJ 7. So, laki aku pun hantar la aku, masa tu mother-in-law (to be) pun ada sekali lam keta.

Biasalakan, dah biasa keje ngan agency yang besar, building gempak, facilities superb (padahal tak pun), so kita tend tu expect lelebih bila apply keje lain. Intebiu kul 2pm. Masa aku sampai depan kompeni yang aku apply ni dah pukul 1.50pm. Kira on time la kan. Tapi aku boleh suruh laki aku patah balik sebab aku tak bekenan ngan building kompeni tu. Cuma double story shop lot. Entrance dia meyakinkan cuma, shop lot? Low klasssssssssssss. Masa tu memang ini la aku pikir. Blom apa-apa aku dah buat assumption, mesti kompeni cikai cap ayam. Eii, taknak.

Kesian, kompeni ni dok la call aku sepanjang hari apsal aku tak sampai-sampai padahal seblom tu aku dah kata ada kat area Subang. Tapi aku tak angkat call. Keji gila.

Selang 2 tahun, entah macamana, laki aku applykan keje kat satu kompeni ni. Untuk pengetahuan sedara-sedari, aku ni QUEEN. Kontrol tak kontrol blakang kira. Tapi tetap QUEEN. Sebab, keje aku pun laki aku yang carikkan. Aku intebiu dia siap hantar sampai depan pintu, siap tunggu aku dalam keta. Betul-betul macam supir.

So, masa kompeni ni call untuk panggil intebiu, laki aku beria-ia suruh pegi. Kebetulan masa tu kitorang dah duduk USJ.

'Post apa ni?'
Sampai post apa pun aku tak ambik tau, tau-tau kena pi intebiu je.

'Sales Exec'

HAAAAAAAAAA???
Apa ni? Nak suruh aku jual barang pulak?

'Kompeni Biotech laaaaa' laki aku cakap.

Ok laaaaaaaa. Aku pun pegi la intebiu.
To my surprise, this is the same kompeni yang aku pegi dulu, yang dah sampai depan pintu, tapi patah balik.

Dan ini jugaklah kompeni yang aku keje skang.
Dari shop lot sampai ke sebijik building 4 tingkat besar gedabak, and insyallah tahun depan we all move ke new building kat area rumah aku yang kalau bawak keta ada la lam seploh minit. Syorgaaaaaaaaa.

Everytime aku bengang ngan kompeni ni, aku dah siap nak blah, mesti ada benda yang buatkan aku terus stay. Just like recently aku kemain lagi nak blah, akhirnya aku tersadai lagi kat sini.

Laki aku cakap maybe memang kat sini rezeki aku.
Hmm, maybe :D