2007-05-27

Bibik lagi


Aku ingatkan cerita bibik aku lari tu habis semalam. Rupanya tengahari semalam sedang aku bersenang-lenang mengadap laptop, door bell aku berbunyi. Ada satu jiran aku nama Salina yang dok dekat-dekat sini tanya 'Diana, maid you hilang ye?'

Aku ingatkan dia prihatin kat aku. Sekali dia cakap 'Maid I pun, semalam. Maid Uji pun, semalam jugak'.

Terus aku suruh dorang laki bini semua masuk. Membuak-buak pulak darah aku.

Kes Salina
Dia sedar bibik dia hilang pagi before gi keje. Dia agak bibik dia hilang tengah malam.
Tapi sebenarnya beberapa hari sebelum tu dia dah suspect bibik dia macam nak buat hal, sebab banyak barang-barang kat rumah yang hari-hari guna like tangga untuk lap sliding door, bibik dia dah simpan. Lepas tu kalau dia susun baju dalam bilik majikan, dah tak sekemas dulu. Then dia selalu perhatikan mana majikan letak kunci almari. Kes nak songlap passport la ni. Bibik dia dah keje 6 bulan, takde handphone.

Kes Uji
Dia ni lagi kesian, bibik baru datang sebulan lebih. Dia sedar bibik hilang masa nak pi keje. So maknanya bibik dia hilang tengah malam jugak. Takde hujung pangkal tau-tau hilang sebab baru je keje sebulan lebih. Tapi ada handphone.

Kes Diana Lopez a.k.a green apple
Bibik hilang pagi lepas aku dah pi keje. Tinggalkan anak aku sensorang. Tapi aku pasti dia tinggalkan anak aku waktu anak aku sedar. Sebab jawapan anak aku sampai skang still konsisten.

'Bibik mana?'.

Redza jawab 'Bibik balik kampung'.

Maknanya anak aku nampak dia keluar bawak beg. And dia tinggalkan anak aku kat rumah sorang-sorang sampai anak aku tertido sendiri depan tv. Pantek perangai.

Salina ngan Uji ni aggresif sket dari aku rupanya.
Semalam dorang dah pi round dari satu rumah ke satu rumah majikan yang ada bibik tanyakan pasal bibik dorang yang hilang. J
awapan maid-maid ni 'Saya tak tau'.
Aku dah agak dah.
Ingat dorang nak bagitau ke?

So Salina ni kata dia pi tanya satu maid ni which dia dapat tau yang the day before bibik dia hilang, one of the jiran nampak bibik Salina dok tekan bell dari satu rumah ke satu rumah.

Aku tanya pesal lak bibik kau tekan bell dari rumah ke rumah?

Salina cakap maybe bibik dia ni nak carik rumah salah sorang maid yang dia sendiri tak pasti duduk rumah mana satu, tu pasal dia dok tekan bell semua rumah.
Seolah-olah macam ada sumthing bibik tu nak bagitau kawan dia.
Cari punya cari rupanya bibik Salina mencari rumah sorang bibik ni yang majikannya ada bukak kantin.

Aku dah suspect lain dah. Aku cam terasa majikan dia ni offer bibik-bibik ni keje kat kantin.
Kalau ikut lojik, maid Salina and Uji ni hilang tengah malam.
Takkan lah diorang bawak beg berbondong-bondong dare to lalu depan pak guard?
So, maknanya, diorang ni mesti tumpang tido mana-mana rumah kawasan ni jugak that nite.
Rumah siapa aku tak pasti. Tapi aku macam syak rumah pengusaha kantin tu.

Itu telahan pertama.
Ok katakan lah majikan kantin tu ta terlibat.
Boleh jadi bibik Salina mencari rumah tu sebab nak say gudbye kat kawan dia memandangkan dia nak lari malam tu.
Kalau majikan kantin tu tak terlibat, maknanta ada orang yang fetch dorang waktu malam, guna kereta dan bawak dorang keluar dari area ni malam tu jugak.

Semalam aku trace ada satu nombor masuk kat phone rumah aku.
Sampai skang kitorang dok call, tapi masuk voice mail.
Aku syak ini nombor yang masuk waktu pagi before bibik aku lari.
Mungkin nombor ni adalah dari someone yang call suruh dia standby kejap lagi nak datang untuk pick up dia.

Sebab, hari yang dia lari tu, aku realized nasik dalam periuk penuh. Maknanya dia bangun pagi terus masak nasi. Maknanya dia ada plan untuk madak lauk pauk.
Pastu baju dalam washing machine belum bersidai, maknanya pagi tu dia basuh baju.
Pastu kat guest room, baju laki aku terbentang atas iron board, maknanya dia tengah gosok baju masa ada orang call dia ajak lari. Dia tak sempat nak habiskan gosok baju tu.
Some of baju dia ada lagi kat bilik.
So, kalau ikut lojik, sumone yang dah rancang nak blah, konfem pagi tu taknak buat apa-apa dah, takde nak basuh baju, takde nak masak nasik, let alone nak gosok baju.
Kalau dia dah plan nak brambos, mesti semua baju-baju dia dah kemas siap-siap. Betul tak?

Persoalannya, siapakah pukimak alam maya yang dah hasut diorang 3 orang ni lari?
And kemana dorang lari sebab laki aku dah call imegresen Pulau Ketam memang nama bibik aku takde terlist antara orang yang kuar dari situ on Jumaat and Sabtu.
Kat mana dorang bawak bibik-bibik ni?
Keje ngan majikan lain kah?
Keje buruh kasar kah?
Dah selamat jadik pelacur kah?

Tapi yang paling buatkan aku nak bertukar jadik incredible hulk was bila si Uji bagitau, bibik dia cerita yang aku tak bagi bibik aku makan.

Babi.

Aku cakap, kalau aku tak bagi dia makan, dia tak sempat keje sampai 6 bulan, bulan kedua je dah mampos mati kebulur.
Padahal, roti sebuku dia sorang je boleh makan sampai 10 keping sekali hadap.
Kalau aku beli sekaya Ahad ni, belum sampai Ahad depan sekaya tu dah habis.
Pagi pukul 6 dah makan nasik.
Kalau aku buat sandwich untuk breakfast, dia yang awal-awal pi asing sangdwich tu untuk bahagian dia.
Mentekedarah macam bela hantu.
Kalau aku pi beli barang dapur dia siap bagi list belikan biskut and segala tok nenek jajan.
Kalau aku pi mamak ke pasar malam ke, pandai pulak memesan makanan.

Celah mana yang dia kata aku tak bagi dia makan?
Oh, mungkin dia maksudkan makan penampar kot.
Kalau aku bagi makan penampar mesti kenyang.

Aku mohon janganlah bibik ni melintas depan mata aku.
Kalau aku nampak kelibat dia kat mana-mana siap! Tak tersadai kat spital, sah terapung kat loji najis aku buat.

Tak bagi makan konon.
Kalau aku tau, aku tak bagi makan nasik.
Aku bagi makan ubat gegat je.