2007-04-15

Aku letih la beb, asik tidooooooo je


Ejen pun 2 x 5 ngan bibik.
Hari Jumaat lepas, dengan hujian petir kilat aku ngan laki aku gi tempuh jam kat komuter Subang Jaya nak fetch dia. 45 minit kitorang tunggu, dari hujan lebat, sampai dah benti, sampai hujan balik. Call tak dapat-dapat. Last-last dia call, kata dia belum kuar lagi dari rumah kawan dia kat Sungai Besi. Paler hanggukkkkkkkkk. Sebab aku dah tersangap-sangap mengantuk, and masa tu hujan lagi, dengan meriba 17 kilo budak gemuk lagi, so kitorang cakap datang esok je la. Suka-suka je suruh orang tunggu tapi dia tak gerak pun lagi. Cantekk muka ko. Aku suruh naik teksi kang.

Malam Jumaat tu aku tido awal gila. Jarang kalau Jumaat aku tido before 10pm, tapi hari tu kol 9.30pm aku dah terlepak atas katil sampai pagi esok. Tak tau pesal, mungkin banyak sangat keje, campur tension lagi, last week, aku letih sangat-sangat. Jumaat tu aku memang dah lembik rasa, lepas appointment ngan customer kol 4.30pm, aku cabut balik umah, tido. Bangun pun bila laki aku kejutkan nak pi fetch ejen sengal tu, pastu aku sambung tido balik.

So, yesterday, ingatkan nak wat keje opis. Tapi Redza ni mana boleh nampak muka aku kat umah, ajak round-round la, gi beli eskrim la, teman dia tengok kartun la. Sudahnya, aku tetido lagi depan tv. Sorgaaaaaaaaaaaaa...

Tengahari, kitorang gi fetch ejen tu and terus bawak pi makan. Bibik tinggal, tak kose aku nak angkut sekali. Tak sempat sampai restoran, dalam keta lagi aku dah kuarkan machine gun aku. Bersembur-sembur aku komplen sampai tak cukup air liur nak cover. Punyala banyak sangat benda aku nak cerita, aku cakap punyala laju sampai tergigit lidah okkkkk. Ni kes bengang sangat la ni.

Disebabkan dalam keta, aku dok depan, so ejen tu tak nampak ekspresi muka aku, just dapat dengat ton suara aku naik turun je. Sampai kat restoran, tak cukup ngan ekspresi muka yang ala-ala Nek Nak, siap tangan naik turun lagi. Lama betul aku tinggalkan dunia pidato, lepas geram la semalam.

Ejen tu banyak kali say sorry, siap kata dia boleh gantikan orang at no extra charge kalau aku nak. Tapi ambik masa sebulan. Ganti orang tu lain citer, yang aku kisahkan skang is kenapakah bibik sebebal itu ko bagi kat aku?

Laki aku citer la kesengalan bibik tu macamana.

1. Dia tak dapat nak bukak window, dia pi umpil ngan screwdriver sampai bengkok window aku, pastu taknak mengaku.

2. Dia pi buang leftover nasi and rambut dia dalam sink sampai tersumbat, pastu tak mengaku. Bila kitorang pam, keluar segala rambut-rambut. Bulu siapa tu? Bulu anak aku?

3. Sometimes, laki aku balik tido masa lunch hour, bila laki aku keluar bilik nak gi keje balik, elokkk je dia terlentang depan tv, tido. Laki aku pulak yang jadik segan nak melintas. Kalau aku, aku sepak je biar bergulung-gulung jatuh tangga.

4. Kalau masak, mesti nak cepat siap. Perasan dia kalau bukak api besar tu cepat masak la. Sudahnya, luar hangus, dalam tak masak, gas aku asikla cepat habis.

5. Basuh dua bijik keta, separuh botol foam habis.

6. Minyak masak 5kg sebulan je tahan. Asal masak je pakai minyak baru. Lepas goreng keropok, salin minyak. Pastu tuang minyak baru nak goreng ikan, lepas goreng ikan, minyak tu dia pi campur ngan minyak goreng keropok tu pulak. Asik la menyalin minyak, tapi minyak yg lama tu tak penah guna balik.

7. Mengemas rumah macam orang buta, apa yang nampak dek mata aje, bawah kerusi semua takyah sapu sebab orang tak nampak kalau ada sampah pun.

8. Kalau menggosok baju, tak pernah sembur air. Agak-agak baju tu payah nak gosok, dia taknak gosok, letak je tepi.

9. Kalau kitorang pi pasar malam, belikan dia mi sup, dia buat muka monyok cakap dia taknak makan, dia nak nasik. Pegi la masak sendiri kalau tembolok ko besar sangat.

10. Kuat tido.

11. Dare to ask bila aku nak unlock channel ARUNA. What the fuckkkk?????

12. Baju yang aku bagi semua dia simpan nak hantar balik Indon, kasik keluarga dia pakai. Dia sanggup pakai baju serbah-serbih kat rumah. Ingat aku nak bawak dia kuar bejalan dengan gaya sakai macam tu? Kem salammmmmmmmmm.

..dan banyak lagi la. Penat aku nak bebel. Bebel benda yang sama je.
So, lepas aku basuh ejen tu, aku bawak dia balik umah. Aku tinggalkan dia kat bawah ngan bibik lantak diorang nak berdiscuss apa pun, aku ngan laki aku beradu kat atas sampai kol 4.30pm. Pastu kitorang hantar ejen tu ke Port Klang. Ejen tu kata dia akan ada kat Mesia sampai 4/5 depan. Dalam tempoh tu, kalau nak buat pertukaran, dia akan uruskan. So, aku cakap aku bagi tempoh seminggu je lagi. Sebab aku pun taknak mati muda. Tak pasal je aku kena darah tinggi.

Lepas habis kat Port Klang, kitorang singgah kat apa ntah nama tempat tu tapi kat Bukit Rimau. Biasa la, laki aku mana leh hidup dengan tenang kalau benda yang dia idamkan tak dapat lagi. So semalam, habis lagi RM500 beli bendalah ni :




Encik Wan memang macam ni. Tu yang aku selalu bising. Padahal lampu ni bersepah-sepah tapi ntah hapa yang dia carik ntah yang payah sangat nak berkenan. Dari kat Bali lagi dia dok carik lampu ni, nak letak kat atas pagar. Dah jumpa, terus senyap. Aku pun lega sket, kalau tak, hari-hari dia dok bercerita pasal mana nak carik design lampu ni. Cukupla bang oiiiii. Rentikan. Rentikannnnnn!
Pagi ni, kol 7am kitorang dua lepak kat mamak, pastu hantar engineer yang penuh dedikasi ini pi opis. Nyampah la okkkk, Ahad pun nak kena tengok machine. Tapi takpe, kerna dia telah berjanji akan membawa pi jalan dan membeli sedikit barangan petang ni...ngehngeh.
Susah la kan dapat isteri yang materialistik. Kepada yang belum kawen, jadikanlah saya ini sebagai pedoman, Jangan sesekali tergoda dengan wanita seperti ini, nescaya anda tergolong dalam golongan orang-orang yang hidupnya akan sengsaraaaaaa!!
HUAHUAHUAH.