2007-03-27

Selamat datang kasut baru. Oppsss silap. Selamat datang kasutssss baru :D


Hubby aku seperti biasa kalau malam-malam time orang dah nak tidur tu dia pun bukak la folder hikmat dia. Aku dah biasa dah tengok saat dan ketika ini. Kalau dia bukak folder biru, maknanya dia sedang menjadik seorang akauntan. Kalau dia bukak beg dia yang kaler grey-yellow tu dia sedang menjadi seorang arkitek cum interior designer. Kalau dia tot tet tot tet tekan HP tu dia sedang menjadi seorang engineer yang sedang mengeluarkan arahan kepada operator di kilang.

Oh, no..no! Laki aku konfem takde apa-apa skandal okkkk? Takyah nak susah-susah jadik batu api.

**selingan**
Hari tu laki aku cerita dengan sejujurnya kat aku ada sorang janda anak 2 kat opis dia and sorang anak dara syok kat dia. Heboh sekilang. Si janda ni siap bagi-bagi email lagi. Hampassssssssss. Aku tanya 'Abang reply ke email dia?' Dia jawab 'Reply'. Aku pandanggggggggggg je. Pastu dia senyum-senyum kat aku. Jenaka habis la tu?

Kak Laily kat opis dia tu penah bagitau aku budak-budak kat kilang tu asal orang bagitau ada officer baru masuk je, diorang tanya dulu 'ada tak boleh lawan handsome Encik Wan?'. Kalau informer tu kata 'tak', diorang taknak ambik tau pun saper officer baru tu.

Hambooiiiiiiiiiiiiiiiii! Sajaknya masing-masing skodeng laki orang. Encik Wan itu dah 31 . Kertu dah pun. Dan kerempeng okkkk? Peluk konfem tak best. Rasa tulang. Bini dia pulak ada sawan. Kalau datang sawan dia mampos korang semua jadik babi dia kejerkan. Jadi jangan dekati Encik Wan, ada kemungkinan besar dia juga akan menyawan.
**selingan tamat**

Ok sambung.
Tapi semalam dia cuma pegang sehelai kertas putih je, pegang pen sambil duduk kat sofa lam bilik tengok aku tengah siapkan keje opis.

Tetiba dia tanya 'Di nak beli apa bulan ni? Kasut ye? Glass baru?'
Hoh???
Adekah pertanyaan itu datangnya dari suara suamiku?
Atau suara itu kepunyaan hantu belaannya?
Aku teramat konfius lalu berkata 'sila ulang suara'.
'Di nak beli kasut kan bulan ni?'

Uiksss?? Kalau aku yang nak beli kasut apesal ko yang susah hati?
Adekah dia susah hati kalau aku beli kasut?
Atau adekah dia susah hati aku tak mintak dia belikan kasut itu?
Ngahnghangahngah.

Aku pun gi dekat dia, 'Kenapa abang tanya? Abang prepare list apa ni?'Sambil dongak senyum kat aku (masa ni aku berdiri tepi sofa sambil rapatkan pinggang aku kat pipi dia), 'La, kan Di nak beli kasut bulan ni, so abang tulis la, nanti abang lupa'.

'Kasut je? Tulisla sekali eyeshadow baru'. ---------->> ni sempat sampai kat anak tekak je, pastu masuk dalam perut balik.

Wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!Sungguh aku amat menghitung hari bilakah harinya gaji dia masuk. Sebelom ni aku tak penah ambik tau bila gaji dia masuk, bila bonus dia, berapa dia dapat bonus and all. Tapi, demi kasut terchenta, aku akan ingat hari gaji dia bulan ni. Kalau dia tak ingat, aku ingatkan. Kalau dia buat-buat lupa, aku akan buat-buat tak tau bila dia tanya apesal tetiba duit kat wallet dia kurang.