2015-03-08

Morie Burger bakal pengganti Spicy Chicken McDeluxe. Series tak tipu!


Dah 3 minggu balik dari Tganu baru ada time nak buat entry pasal ni.
Ni semua sebab tersalah susun jadual, makanya 2 minggu aku full dengan sales trip.
Nak update blog dengan bertenang-tenang pun tak dan, main type apa yang sempat je.

2 hari before CNY aku dah gerak ke Terengganu.
Cina pun tak beria nak balik 2 hari sebelum raya.
Puncanya sebab sehari sebelum CNY aku ada appointment dengan 4 orang kat UMT.
Jadi, sekali harung la balik bercuti. 5 hari jugak aku tersadai kat kampung.
Kali ni balik memang untuk keje and mengangkang kat rumah sebab En Wan takde masa nak melayan kehendak aku nak pi AnW ke, nak pi Pasar Payang ke, apa ke, sebab dia pun ada program ngan exschool mate. Nasib aku bawak buku, kalau tak memang koma aku kebosanan tak tau nak buat apa. Dah la internet access LAJU GILA! Sampai tak keluar apa okeh.



Aku bawak kasut pengawas.
Tapi hari tu macam rasa nak pakai flat shoe sebab senang nak berlari-lari jumpa customer.
Memang selalunya kalau aku pi UMT, aku tend to bersembang ngan customer lama-lama.
Kadang-kadang sampai 2 jam. Jadi selalu lambat untuk next appointment, maka acara lari pecut tu perlu ada. Kalau pakai flat shoe lagi cepat pecutannya.

Kat UMT, kau perasan student yang lalu tepi aku mesti akan pandang kaki aku.
Aku macam biasa la  just senyum balik kat dorang tapi bila dah ramai nau dok pandang kaki, aku pelik la jugak. Apehal ngan kaki aku?
Kejap-kejap aku check kasut aku ni terpijak cewing gum ke apa.
Pastu check seluar kot la kena taik apa ke sebab seluar putih.
Pelik.

Lepas habis 2 appointment stop lunch jap.
En Wan tunggu aku.
Masuk-masuk je kereta dia cakap "Buruk gila pakai stokin hitam dengan flat shoe".

Oh ye ke?
Patut la student dok pandang kaki aku.
Mesti dorang kata ni peghak mana la baru pertama kali beli kasut gamaknya.
Appointment lepas lunch aku terus tukar kasut pengawas.
Memang kasut pengawas jugak la paling legend.
Lenjan la pi mana sekali pun tetap 'in'.



Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Lepas habis keje, En Wan ajak pi makan sotong.
Kali ni tak gi Warung Pok Nong sebab dah pukul 5pm.
Malas tempuh kereta tengah banyak orang balik keje.
So kitorang makan kat warung-warung belakang airport je.
Aku penah pegi warung ni dulu, tahun 2009 kot.
Masa ni aku jumpa Dr Effendy kat UMT. Sembang punya sembang, last-last dia bawak aku pekena sotong kat sini.
Now Dr Effendy dah naik Prof dah jadi TNC dah pun.
Warung ni tetap ada lagi kat sini.

Masa aku sampai, takde orang lagi.
Pakcik tu kata belum time lagi sebab orang baru nak keluar opis.
Sedang elok la aku sampai tengah takde orang.
Dapat la pakcik tu melayan kehendak aku mintak kepok panas, ketam panas, sotong panas.
Taknak makan yang dah siap hidang ni semua, dah sejuk.
Tapi bila sotong sampai, tetap aku kena tiup dulu baru boleh makan. Apa daaa..

Mula-mula nak makan sotong, ikan and kepok je.
Tapi pakcik ni memang terer buat sale la. Boleh la pulak dia recommend aku ambik ketam.
Siap tunjuk aku ketam fresh besau-besau dalam kotak.
Ohhhh, this cannot jadi man. Mesti kena try ni man.
Order la sekor.



Memang gabak!
Isi banyak and manis betul. Fresh la katakan.
Aku kalau makan ketam jarang makan sepit sebab isi bukan banyak sangat pun.
Tapi kali ni, sepit dulu aku rata sebab isi kat sepit dah macam isi kat badan! Tu nampak aku tunjuk tu?
Memang puas hati.

Kalau tak kerana aku blom Asar, memang aku tambah lagi makan ketam 2 ekor.
Sebab masa pun tak banyak, kang nak makan sotong lagi, ikan lagi, kepok lagi, pastu nak balik Manir lagi. So kita makan sekor ketam je la cukup.
Esok-esok balik Tganu makan lagi.


 Yang kat pinggan aku tu bukan sekor, yang tu setengah ekor je.
Lagi setengah kat pinggan En Wan.
Punya la besar tak besarnya ketam ni.


Aku jarang ambik ikan celup, selalunya En Wan.
Tapi bila dia dah ambik tu, aku join sekaki je lah.

Yang best tu, gambar sotong tak ambik.
Bukan sebab lupa, tapi masing-masing gelojoh.
Sotong sampai je terus menggelupur makan.
Dah habis baru "Alamak, sotong tak ambik gamba..."
Takyah la ambik, bukan korang tak kenal sotong kan?


Ni la warungnya kalau korang nak pergi.
Jangan tanya aku camne nak pi sini, sebab aku pun tak tau.
Dua-dua kali aku pi warung ni bukan aku yang bawak.
First, Dr Effendy bawak. Second, En wan bawak.
Aku ni kalau bukan aku yang drive sendiri kereta, memang aku takkan hafal jalan.
Pegi la tanya sesape kat sana nanti kot kenal warung ni ya.
Tapi landmark dia memang belakang airport.



Taraaaaaa!!!!

Acah je.
Mana boleh aku tak ambik gamba.
Ambikkkkkkk.
Tapi yang ni second round. Yang first round memang betul tengah menggelupur makan sampai kupa snap gamba.

Sotong kat sini lain sikit dari Warung Pok Nong.
Kalau warung Pok Nong tu betul-betul dia bagi kau sekor-sekor. Pastu dia bagi kau gunting untuk kau potong sendiri.
Yang warung aku pegi ni dia potong siap-siap. Senang la sikit kau nak makan.
Cumanya, tepung kat warung ni ngan warung Pok Nong beza.
Kat warung ni tepung dia sama macam kau beli pisang goreng. Ada banyak keriuk-keriuk.
Kalau Pok Nong tu tepung dia kerak besar. Aku rasa Pok Nong ni guna tepung gandum kot untuk menggoreng sebab kalau aku goreng pisang kat rumah time tepung beras habis, memang aku guna tepung gandum je. And kerak dia jadik besar-besar.
Tapi dua-dua warung pun sedap.



Menjak mak mertua duduk bersama, memang everytime balik Tganu kitorang akan makan luar je sebab apa benda je pun yang ada dalam fridge yang nak di masak. Dah la kitorang pun malas nak pi pasar kan. Makan je la kat bandar, boleh gak cuci mata.

Malam tu, En Wan bawak pi restoran schoolmate dia - Matt Cafe.
Dua tiga kali Abang Matt ni (motif nak panggil abang? Oh ye la kan, lagi tua dari aku. Kah Kah Kah) datang rumah tiod rumah, tak pernah sekali aku terserempak ngan dia. Padahal dia tido kat guest room berdepan je ngan bilik aku. Punyalah aku ni jenis keluar pagi balik malam punya orang. Insaf sekejap.

Cafe Matt ni ada 2-3 tempat ikut cerita asalnya, tapi now the original Matt cafe hanyalah kat area Kamdar (aku tak tau nama jalan). Yang lain-lain bukan Matt Cafe yang dipunyai oleh si Matt ni.
So korang yang kat KT tu kalau nak pekena ayam goreng superlicious Matt Cafe, gi kat area Kamdar je ok?

Padahal cafe Matt ni tersorok sikit dari jalan besar tapiiiiiiiiiiiiiii orang sentiasa penuh!
Aku cam pelik gak camana orang leh nampak cafe ni eh?
Rupanya kesedapan ayam goreng dia yang buatkan customer keep coming.
Patut la Kak Long aku cakap ayam goreng yang sedap kalau nak makan kena pi Matt Cafe.
Memang malam tu yang datang semua nak beli ayam goreng dia je.

Walaupun kali ni balik Tganu tak dapat makan AnW Batu Burok, tapi bila dapat pekena Root Beer float Matt Cafe ni huihh legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Siap ada Root Beer float okeh!


Malam tu sebagai appetizer aku bedal mee hailam.
Yes, ni adelah appetizer aku.
Aku pedulik apa kau punya appetizer makan karot mentah.

Mee hailam dia not bad.
Kuah dia sedap jugak.
Tapi yang aku suka sebab banyak binatang dalam mee hailam tu.
Dengan ayam, dengan lembu, dengan sotong, dengan udang. Complete.


Nah, ambik ni gamba aku zoom.


Lagi satu tarikan Matt Cafe ni adelah sebab dia ada sudut ala-ala Pizza Hut iaitu salad corner.
Kalau kat KL ni mungkin banyak cafe buat macam ni, tapi ni aku cerita kat KT ya.
Kat KT benda-benda macam ni rare.
So kalau kau nak lepak-lepak makan salad, boleh la gi Matt Cafe je.


Ini lagi rare!
Patut la laki aku suka lepak Matt Cafe.
Siap ada Jeruk Corner lagi.


Ni lah ayam goreng special yang jadi kegilaan peminat Matt Cafe.
Kak Long tau kitorang tengah makan kat cafe ni siap pesan tapaukan 3.
Aku tak rasa ayam goreng dia sebab perut aku dah full gila, tapi Matt buatkan kitorang....



MORIE BURGER!!

Kitorang tak order pun ni, tapi dia buatkan suruh kitorang rasa.
Series, demi Allah, sedap!! Tak tipu. Ni bangsa burger yang kena makan ngan fork and knife. Melainkan kau nak nganga mulut kau sampai tersiat sebab burger ni memang besar.
Rupanya macam ni lah rasa ayam goreng dia.
Bila ayam ni dijadikan burger, rasa dia dah jadik sebijik macam Spicy Chicken McDeluxe.
Aku tak tipu korang, sebab aku kalau makan MekDi, memang akan order Spicy Chicken McDeluxe punya.

Selama ni orang dok suruh boikot McD, boikot McD, tapi tak bagi solution.
Benda yang dah jadi demand, pastu kau nak suruh stop tanpa bagi altenatif, memang lambat la weh orang nak ikut. Silap-silap orang buat dek je.
Ni dah ada Morie Burger ni, kalaulah Morie Burger ni ada kat setiap daerah, insyallah pemboikotan tu boleh berjaya. Setidak-tidaknya, boleh boikot Spicy Chicken McDeluxe dulu buat masa ni sebab dah ada Morie Burger.
Ni tak.
Suruh boikot tapi takde replacement sesedap McD, camne laaaaaaaa orang nak boikot.

Aku harap one day Matt ni akan buat macam Fizo Omar.
Bukak stall burger banyak-banyak and jual Morie Burger.
Kalau dia nak bukak, aku paksa En Wan bukak depan rumah satu stall.


MOC = Matt Ori Cafe

Aku kan suka dengar kisah-kisah orang sukses, so malam tu aku lak yang interview Matt lebih-lebih.
Aku tanya dia sape masak.
Dia rupanya yang sediakan semua rempah and pes.
Dia cakap setiap bulan maybe 2-3 kali dia akan masak speeriuk besar rempah goreng itu, rempah goreng ini, sambal nasik lemak, rempah ayam goreng, bla bla bla.
Kiranya tukang masak dia kat cafe tu hanya sauk sauk sauk je rempah and bahan tumis yang dah siap sedia. And Matt sendiri yang sediakan semua sambam and bahan tumis.
Chef cuma akan masakkan je bila customer order.

No wonder la dia boleh berjaya walaupun dia bukak the new Matt Ori Cafe di tempat tersorok.
Dia cuma jual kedai lama. Tapi dia tak jual kepakaran dia.
Good Good Good!



Ni tokey Matt Cafe iaitu Matt.
Sebelah tu Matt tu is Wang Mak Ridzuang.
3 minggu lepas kitorang datang belum siap lagi western corner, now En Wan kata sebelah kedai dia ni dia ambik lagi satu pintu and bukak khas untuk western food je. Next round balik Tganu aku nak serang western food dia pulak. 


Nak minum air buah gelas besar? Pun ada kat Matt Cafe.
Aku punya gelas kecik je, tu pun tak abis.
En Wan beria mintam gelas besar pastu terpisat-pisat nak abiskan.
Aku pun tak paham jenis tekak macamana yang boleh habiskan gelas besar macam ni.
Ni bukan takat boleh buat minum ni. Nak buat mandi junub pun cukup ni. Bapak besor.


Esok pagi tu kitorang breakfast kat tempat biasa la, kat pekan Manir.
Memang feveret ni.
Tapi kau lambat sikit je, kau dapat senyuman mesra je la. Tak dapat nasik.
Orang kat sana semua bangun awal. Kul 9 pagi breakfast semua dah habis.
Lain la kalau kau beli nasik lemak kat PH ni. Kul 1030am sekalipun kalau sambal parut dah habis, insyallah telur mata still ada. Kalau kat Tganu jangan buat main, kul 1030am tu dorang dah bawak keluar lauk makan tenghari.


Kitorang hari tu sampai 15 minit lepas pukul 9am je, yang tinggal hanya nasik lemak.
Nasik dagang, nasik minyok semua yilekk.
Belum pukul 10am, semua pun dah habis.
Yang datang semua kena patah balik.
Kesian dorang. Aku pun kesian jugak.
Datang beratus kilometer nak makan nasik minyok makcik ni tak dapat. *drama*
Tapi nasik lemak Tganu konfem ada ikan aya. Kira lepas gak la kempunan nak makan nasik dagang.


Ni semua muka-muka yang dapat makan nasik lemak je.
Tu pasal agaknya brader kat tepi tu termenung merenung nasib diri.



Tengahari tu kitorang gi jemputan kawen Wan Manang Songket.
Sape tak kenal Wan Manang nasib la.
Wan Manang punya songket sikit punya terkenal, wakil Sultan Brunei datang sendiri ke rumah dia untuk pilih songket okeh. Don't play-play.
Walaupun bersedara dengan Wan Manang, tetap tak mampu nak beli songket dia.
Harga sedara-mara pun belum mampu milik lagi.

Kalau hari raya, rumah ni rumah wajib pergi. Kalau tak pergi mau sentap Wan Manang ni sebab memang sedara rapat. Aku suka pegi rumah dia ni sebab rumah dia je hidang air kaler hijau. Air klorofil aku panggil. Tapi menjak ada Rayyan ni aku seriau sikit nak bawak pi rumah Wan Manang, kang terkehel barang perhiasan dia satu hal aku nak mengganti.

Majlis kawen nikah anak dia dah masuk Nona dah hari tu kalau tak salah aku.
Tapi yang ni majlis khas untuk sedara-mara and orang kampung je.
Biasa la kan, selalunya kalau kita duduk kat kampung, majlis untuk sedara-mara kita tak buat kat hotel-hotel nanti orang kampung segan nak datang.
Rasanya majlis kat hotel untuk VIP kot.

Mentang-mentang tokey songket kan, pelamin pun ada tempias songket.
Aku dok mundar-mandir depan kotak hantaran check hadiah apa dia bagi. Hahahah. Gila kepoh. Takpe, sedara.
Best wei hantaran dia, Chanel Boy la, jam kalau tak salah aku Rolex la.. pehhhhhh!
Sambil tengok sambil geleng kepala cam tak percaya kedasyatan hantaran zaman sekarang.
Sambil pandang henbeg sendiri...Longchamp yang dah belapuk. Hmm..jadiklahhh.


Tapi yang best sekali kalau pi kenduri kendara ni adelah makan.
Ujung-ujung makanan jugak yang orang akan sebut-sebut.
Kenduri Wan Manang ni makanan dia sangat banyak and pelbagai.
Kalau air ni dah macam-macam jenis. Tapi cendol jugak idaman hati.
Baru je siang tu aku cakap nak carik cendol, tup tup dapat. Free lagik.


Lepas basuh tangan ada orang senyum-senyum lalu sebelah aku.
Macam biasa, aku pun senyum la balik. Biasa la kan, orang kampung kan memang mesra.
Sekali dia tegur "Cepat update blog kau kak..."

Oh dem.
Kat sini pun jumpa reader rupanya. 
Dah la muka aku berselipat dengan tak pakai mekap. Malas.
Rupanya dia ni pun sedara Wan Manang jugak.
Alhamdulillah, bertambah sedara aku. Lupa pulak aku nama dia siapa.


Dah macam kat pasar malam pulak nampak ada stall macam ni.


Orang lain semua beratur ambil cendol makan dalam mangkuk.
Aku anak beranak mintak dalam cawan.
Senang sikit nak bawak balik. Mabahahahaha.


Kau tengok la betapa sakainya anak aku pe kenduri rumah orang.
Orang lain semua berkasut, dia rilekkkk ngan selipar Jepun.
Ni spesis maknya jugak la.
Kemana-mana ngan kasut pengawas.



Esok malamnya kitorang dinner kat sini.
Area Tok Jembal.
Eh tetiba banyak cerita pasal makan kan?

Kak Long aku sendiri tak tau menahu kewujudan tempat ni.
Kitorang pun baru tau sebab gugel hari yang sama.
Not bad jugak tempat ni cuma makanan lambat sampai, maybe sebab orang terlampau ramai.
Semua balik kampung cuti CNY kan, so memang full house.

Konsep kedai dia aku suka.
Macam dalam cerita Swiss Family Treehouse.




Kitorang order eskrim, sotong bakor, ikan siakap 3 rasa, kangkung ikan masin, tomyam putih, telur dadar and nasik goreng kampung.
Not bad jugak rasa dia, sedap jugak. Patut la ramai orang.
Tapi tak sempat nak ambik gamba.
Sebab makanan sampai lambat, by the time sampai semua dah kebulur.



Last but not least.....roti paung.
Seplastik RM2 only.
Macam biasa, beli terus 5 bungkus.
Sorang hadap seplastik.
Makan tengah-tengah panas baru sedap. Nampak tu plastik aku meruwap?
Lima minit je, separuh plastik dah gone aku bedal.
Ni bukan pelahap tau, ni memang standard. Aku, En Wan, Redza semua jenis makan roti paung ngap ngap ngap ngap pastu tersandar.
Kalau makan dah suam-suam tak sedap dah.
Nak lagi best, makan kat tepi oven akak tu terus.
Dengan kau kau sekali tebakor pastu.



Ok, selama 2-3 hari aku letak pop-up-ad kat blog, invitation untuk customer Ephyra.
Thank you kepada yang respond and hantar email. Korang pun dah tau apa offer yang korang dapat.
And now kita tengah identify siapa yang take the offer.
Next month, kita akan email 2nd round offer pulak kepada those yang commit kepada bulan March punya offer.

Now, kita akan balik kepada offer yang asal. Boleh check website http://www.fleurbymrshim.com/products/ephyra kalau nak tau lebih lanjut.

Yang dah subsribe kepada blog ni, thank you.
Aku ada masalah sikit nak plan untuk subscribers sebab yang respond bukan sikit-sikit.
Aku tak sangka macam tu punya banyak yang baca blog ni.
Thank you, insyallah kita akan start bagi email blasting sikit masa lagi.

Happy Sunday!


2015-03-06

Hubungan sesama manusia tu perlu dijaga kalau nak sukses.



Ni status FB aku pagi ni.
In 2 hours, aku terima 13 emails regarding isu 'putus sedara' and 'putus kawan'.
Dan ini menjadikan aku sebagai penyimpan rahsia terbesar setakat ni. Hahahahaha.

Mesti ada yang tak faham kat mana sangkut-pautnya rezeki dengan silaturrahim, kan?

Aku pun mula-mulanya tak faham.
Tapi lepas baca a few books about hadis and juga pengalaman sendiri and kawan-kawan, slowly aku dah faham and tau kat mana relatednya semua ni.

Toksah cerita pasal putus silaturrahim lah.

Kita cerita yang paling simple sekali iaitu how kita menjaga sesuatu hubungan.
Tak kira la hubungan dengan suami/isteri, makbapak, adik-beradik, kawan-kawan, ipar-duai, sedara-mara, and sesama manusia.

Ni pengalaman sendiri masa awal aku setup company, year 2008.
Aku terlampau excited and konfiden gila dengan kemampuan diri untuk hit 1 juta sales di tahun pertama penubuhan syarikat.
Reason yang membuatkan aku konfiden adelah sebab I have been doing this for the past 5 years and aku dah membuktikan aku boleh buat jutaan sales seorang.
Daripada aku buat bos aku kaya, baik aku buat diri sendiri kaya, kan?
Lagipun aku bengang gila dengan ex-bos aku sebab dia berlagak sangat.
Ni bukan bos Devil Wears Prada, tapi bos lain.
Aku sakit hati sangat dengan ex-bos sebab tak bayar komisyen aku walaupun komsiyen cuma 1.2%.
Out of 1.2 million, kau cuma bayar aku komisyen RM12K je, tu pun kedekut taik hidung masin.

Maka dengan mendidih-didihnya aku pulun keje kaw-kaw untuk tunjuk kat dia kalau tak dapat jadi lebih hebat dari dia pun, aku boleh jadi sebaris dengan dia. So kau jangan nak berlagak sangat.
Gitu la konsep aku berniaga dulu.

Orang kalau buat sesuatu dengan niat yang tak betul, contohnya sebab sakit hati dengan kejayaan orang lain atau dengan niat nak berlagak dengan competitor, memang dia takkan berjaya.
Itu memang sesuatu yang Allah dah pesan.
Dalam kes aku, aku setup company sebab aku sakit hati dengan ex-bos and nak beat dia in the market.
Jadi bila aku jumpa customer, kalau customer tanya "Diana, kalau I pakai product you ni dengan instrument yang you jual dulu (jual masa aku keje dengan company lama), boleh run ke tak projek I ni?".
Straight aku cakap "NO".
Aku willing untuk bagi free demo unit yang berharga 50K, untuk customer guna for free and in return dia commit reagent purchase dengan aku selama setahun.
Punyalah aku sakit hati, sampaikan kit aku pun aku taknak ada sangkut-paut dengan instrument company lama. Padahal instrument tu aku yang jual dulu.
Konon macam jijik gila la nak gandingkan kit aku dengan barang-barang dari company exbos.

Yes, aku berjaya close the deal.
In fact tahun pertama and kedua, aku banyak jual instrument yang kaw-kaw.
Setakat instrument harga RM45K tu sap sap soi je.

Walaupun aku senang buat sales, tapi takde kesinambungan.
Aku kena keje keras tiap-tiap hari.
Everyday aku berhempas-pulas cari new sales new sales new sales sampai aku exhausted.
Aku pernah nak giveup sebab terlalu penat.
Sales memang masuk tapi in a hard way.
Masa dengan family tak cukup. Balik rumah untuk makan, lepak kejap, pastu sambung balik keje sampai 2-3 pagi.

Walaupun aku keje keras, sales masuk banyak tapi tetap aku tak dapat hit 1M.
Pelik gila.
Apesal dulu kat company lama, aku keje relax-relax tapi tanpa aku sedar aku dah buat jutaan sales.
In fact, masa aku keje kat company terakhir aku yang bosnya Devil Wears Prada tu, cuma 9 bulan je.
But before aku left the company, aku berjaya securekan deal RM3.5M dari Jabatan Kimia.

Dah la kena keje gila bahabs macam kerbau, tup tup partner aku tarik diri sebab nak ikut husband dia buat PhD kat UK.
Tersandar aku kejap.
Tapi sebab dendam dalam hati tu kan, punya la nak tunjuk kat exbos aku yang aku bakal jadi competitor terhebat dia, aku teruskan jugak run the company.
But macam yang aku cakap tadi la, aku kena keje kuat hari-hari. Aku masih lagi hari-hari keluar mencari customer, mencari new sales.
Sebab niat aku tak betul.
Segalanya jadi susah.
Walaupun aku dapat apa yang aku nak.
Aku nak mewah, yes, DIA bagi. Tapi jalannya payah.

Tahun ketiga baru aku hit 1M.
Bukan sebab aku terer buat sales.
Tapi masa ni DIA dah bukak hijab hati dan mata aku untuk faham di mana silap aku selama ni. Alhamdulillah.

Silapnya, niat.

Niat aku bukak company tu sebab sakit hati dengan exbos.
Bila kita dah start letakkan gap dalam hubungan kita sesama manusia, di situlah segala susah payah akan bermula.
Rezeki bukan disekat oleh Tuhan, tapi kita yang menyekatnya bila hubungan sesama manusia tak dijaga.

Memang selalunya kita akan berpegang pada prinsip nak berjaya kena keje keras, kena ada segala tok nenek strategi, marketing kena bagus, bla bla bla.
Betul memang betul.
Tapi hakikatnya kita tak pernah tau how Allah atur rezeki dan macamana rezeki tu boleh datang bergolek kat kita, tanpa kita keluar susah-payah carik rezeki tu sendiri.

"Sesiapa yang ingin diluaskan rezeki hendaklah dia mengeratkan silaturrahim" (Bukhari)

Penghujung 2009, aku terima banyak sample ikan dari farmers.
Masa tu tengah kecoh kes bagi ikan makan tulang babi.
Kitorang takde lab lagi waktu tu, cuma kitorang sub kan projek tu pada other lab.
One day aku terserempak dengan one of affiliate exbos aku (yang aku dah kenal masa aku keje kat company lama lagi). A chinese guy bertitle Dr.
Sembang punya sembang, this Dr interested nak JV dalam projek halal ni sebab dia pun nampak prospek bisnes ni kat mana.
Mula-mula aku reluctant nak JV sebab company Dr ni ada sangkut-paut dengan company ex-bos aku.
Lama, aku pikir pasal ni. Last-last aku surrender.
Aku cakap kat diri aku, takpelah.
Aku sangat suka dengan projek Halal. This is something yang aku nak kena jaga.
For the sake of business and helping people, kitorang JV.
Aku hilangkan rasa dendam tu walau ambik masa berbulan.

This Dr kebetulan kenal dengan satu Dato' kat Penang. Jenis Dato' kaya gila nak mampus duit belambak tak tau nak buat apa.

The good thing about this Dato' ni, duit dia terlampau banyak. Setakat invest RM100-200K tu macam kentut je. And this Dr pulak baik dengan that Dato'.
Dengan menggunakan kapasiti this Dr, akhirnya lab tu berjaya ditubuhkan dengan satu sen takyah keluar duit aku.
Walaupun the cake is getting smaller sebab kena share profit dengan 2 orang yang lain sedangkan yang lagi 2 tu sleeping partner, takpe.
Sekurang-kurangnya, duit aku takyah keluar, at the same time projek aku still berjalan.

Tanpa aku sedar, JV dengan this 2 people membuka banyakkkkkk lagi peluang lain yang datang secara tiba-tiba dari arah yang tak disangka-sangka.
Because this Dr ramai kenalan.
Dia takde background dalam biotech, tapi dia ada network.
So dia selalu pass new lead kat aku dan akhirnya menyebabkan network aku bertambah sehingga satu masa tu customer pulak cari aku. Aku dah tak perlu susah-payah carik customer.
Masa tu aku start to realize, kalau kita mengelak dari berkongsi rezeki dengan orang lain, itu takkan menambahkan rezeki kita malah kita sendiri sebenarnya yang menghadkan rezeki kita.
Walaupun asalnya penubuhan lab tu menghadkan jumlah keuntungan yang bakal aku dapat, tapi dengan perkongsian tu mencambahkan cabang rezeki yang lain.
Konsep dia senang cerita macam ni lah - kalau yang sikit pun kau tak reti bersyukur, kau ingat kalau Tuhan bagi banyak kau reti bersyukur?

Sebab tu kalau tengok orang yang berjaya, dia sangat menjaga hubungan dengan manusia.
No dengki dengki, no sakit hati.
Oh jangan salah faham.
Aku tak kata aku sukses, belum berjaya pun lagi. Ni ayat penyata general saje.

Aku pernah buat satu workshop untuk customer aku, di mana aku supply kits and reagents, at the same time aku invite satu company lain untuk join sebab aku nak guna instrument dia.
Kalau ikut lojik, gila ke hape, kau nak invite competitor join workshop kau.
Kalau customer tetiba switch beli barang competitor kau camne?

Itu kata kita.
Tapi Tuhan kata "Takkan bergerak satu zarah pun tanpa izin Allah"
Kita just buat apa yang dia suruh, selebihnya DIA uruskan.
Jaga saje lah hubungan dengan manusia. Itu yang DIA dah suruh. Rasulullah saw pun dah pesan benda yang sama.

Alhamdulillah, usahasama aku dengan competitor tu menjadi.
Reagents aku terjual.
Instrument dia pun ada yang beli.
Cukuplah kan. Kau nak kaut semua banyak-banyak pun nak bawak gi mana.

Ada sorang reader penah tanya aku tak takut ke iklankan shawl/jubah orang lain kat blog sedangkan aku pun ada label pakaian sendiri.
Aku relatekan situasi ni dengan makcik jual nasik lemak paru tempat yang selalu aku beli.
Depan stall makcik ni ada another stall nasik lemak.
Dah bertahun dorang berniaga macam tu, tapi dua-dua tak pernah bankrup.
Depan-depan je okeh.
Kita kena pulang balik pada asal - Tuhan tentukan rezeki.
Yang penting usaha dan jaga hubungan dengan manusia.
Kalau dalam hati ada rasa sakit hati dengan orang lain, maka apa jaminannya yang kau akan layan customer dengan baik?

Yang nak iklankan tu pun harus tahu jaga adab dan hubungan juga.
Jangan main "Tumpang lalu....nak iklankan produk".
Baguslah tu, buat lah selalu-selalu.
See if ada kejayaan.

Kalau ada yang saling berdengki dan sakit hati dengan kejayaan orang lain, harap hentikanlah.
Mungkin kau tetap boleh berjaya tapi kita bukan nak berjaya semata-mata, tapi keberkatan pun nak ada sama.
Macam aku dulu berhempas-pulas nak carik sales, yes, aku berjaya dapatkan banyak sales.
Tapi keberkatan tu tak ada sebab tu aku selalu rasa penat dan selalu nak kena push push push supaya hit monthly target.
Aku dah blaja dari kesilapan, kalau nak ambik iktibar dari pengalaman aku silakan.

Satu perkara yang kita kena tahu, silaturrahim merupakan 'nyawa' keberkatan hidup kerana semua energi kehidupan didasari dengan sifat 'Rahim' (kasih sayang).

Mungkin ada banyak benda yang menarik kita ke belakang yang menyebabkan kita susah nak ke depan.

Ada unsettled problem dengan mak bapak?
Dengan adik-beradik?
Dengan colleague?
Dengan jiran?
Dengan kawan?
Dengan acquaintance?

Settlekan dengan baik.

Jangan jadikan mulut kita macam ular yang tau sembur bisa. Lidah yang hanya tau menfitnah, menyindir, menghina - semua ni akan menghancurkan silaturrahim dan keberkatan hidup.
Kalau kita menghina, stop.
Kalau kita dihina, just let it go. Diam dan maafkan saja.
Insyallah rezeki akan semakin 'lebat' kerana memaafkan bukan sekadar kunci yang menjernihkan hati dan membuka rezeki, tapi lebih dari itu.
Ia adalah kunci syurga.




2015-03-04

Kalau rajin, sila subscribe.



Kalau korang bukak blog aku nampak tak line kuning ni?
Ok yang ni untuk korang isikan email (subcribe) supaya aku boleh kenal siapa reader blog and insyallah every week aku nak buat projek dengan korang.
It could be gift, it could be invitation untuk lepak-lepak hi-tea macam aku buat dengan Ephyra kat Little Cafe dulu, or maybe kali ni kita lepak mamak je, penjimatan berganda. Mbahahaha.
Takyah letak sampai 10 email. Insyallah semua ada bahagian. Jangan tamak-tamak, aku Diana Ishak je, bukan Neelofa.

Jangan risau.
Aku bukan nak tengok sape yang beli barang dengan aku.
Aku nak tengok sape yang baca blog aku. Tak semestinya yang ada history beli apa-apa dengan aku.
Aku memang nak kenal reader blog ni, so ni je lah caranya aku nak say thank you.



Ipin ni dah 2 hari tergantung atas ceiling rumah aku. Dah la dia tergantung kat area yang tak boleh nak dicapai. Memang kau duduk la kat situ sampai kecut kan.
Tapi series benda ni menakutkan.
Tengah malam tadi aku bangun nak turun ke dapur. Bukak je pintu si Ipin ni betul-betul tengah tenung aku. Musibat gila.
Pastu kat dinding belakang ada bayang kepala besarrrrrrrrrrrr.
Kalau jantung aku ni boleh tercampak, dah lama tercampak kat laman rumah sebelah. Terus hilang haus aku. Tak jadi gi dapur.

Ni memang keje Rayyan la, apa lagi.
Dia kan suka main benda pelik-pelik. Dah elok-elok bendalah ni bertali, dia pi sentap tali tu terus melekat budak jendul ni atas ceiling aku. Pastu nak suruh aku jolok bawak turun. Memang tak la.



Ok ni baru ada masa nak cerita pasal apa yang aku buat kat utara Selasa-Khamis lepas.
Memang aku ke sana untuk sales trip, ni memang routine la untuk aku naik ke utara nak jengah customer company aku. Dan selalunya kalau pi sana aku akan bawak Pak Aji Mak Aji sekali, kalau tak konfem aku tak tido 3 hari. Ataupun aku tido kat lobby. Aku memang ada masalah nak tido hotel sorang-sorang. Aku lagi rela spend duit ambik bilik besar untuk muat 3 orang, daripada aku jadi tido dalam ketakutan.

Mak Aji ngan Pak Aji memang suka sangat la kalau aku ajak join pi utara nak-nak lagi bila aku umpan dorang pi Padang Besar. Konfem hilang sakit lutut mak aku. Hahahaha.

Selasa pagi tu aku singgah Mydin Jelapang dulu untuk jumpa ngan Apeng.
Ni la roommate aku dulu. Dan dia jugak la yang sanggup beli tiket flight balik Semenanjung semata-mata nak pastikan majlis pertunangan aku tak diganggu oleh pensaiko.
And dia jugak pengapit aku.
Now dia dah bukak kedai untuk baby and ibu mengandung kat Manjung. At the same time dia cikgu jugak kat Manjung.

Punyalah selama ni member aku ni bukak butik ibu mengandung, sikit aku tak pernah terfikir nak letak jubah-jubah aku kat kedai dia. Until masa aku kat Terengganu tu ari dia whatsapp "Apesal kau tak bagitau aku jubah kau nursing friendly?".



Sesape yang kat Manjung atau sekitarnya nak dapatkan Jubah Aqeela, boleh datang butik PaMa Zahra. Online pun boleh. Sebab kat website aku 3 warna dah sold out. Kat Lazada ada lagi 3 warna kot tapi size tak tau apa lagi yang masih ada. Tapi kat Butik PaMa Zahra ada lagi. And lagi satu butik kat JB nama dia Itqan Butik (formerly known as Ashanim Lab Dress). Butik Ashanim ni pemborong pertama yang aku hantar so semua size dia ada.

Lepas melepak 2 jam kat Mydin (Mydin pun jadikkkkk), baru ke Penang.
Kali ni aku lepak kat Seberang Jaya, tak tido dalam pulau pun.
Selalunya aku tido Vistana, tapi hotel tu macam isolated sikit dari mall-mall, kesian pulak kat Mak Aji terperap je dalam bilik kalau aku sehari suntuk kat USM. So aku booked Sunway Hotel Seberang Jaya sebab belakang tu ada Parkson. Sementara aku gi keje kang, at least boleh la dorang shopping kat Parkson. Macamkan KL takde Parkson kan.

Kebetulan adik Mak Aji yang duduk Singapore ada keje di Penang.
Malam tu aku bawak dorang pi Jen Hotel untuk jejak kasih.
Gila horror aku bawak kereta malam-malam masuk town. Dah la jalan kat Georgetown ni semua halus-halus, dengan mata aku yang rabun malam lagi. Sampai nak cecah ke stereng tetek aku punya lah kedepan gila aku tarik seat. Nak bagi nampak jalan kekdahnya. Tu pun berapa kali kena honk sebab orang blakang stress aku bawak slow sangat.
Banyak pulak cengkadak kau kan. Aku stopkan terus terus kereta ni baru tau.

Mata aku memang dah tak berapa awas kalau drive malam, especially kalau jalan kat town. Kalau hiway ok lagi. Nasib baik on the way nak balik tu aku berjaya carik port makan tepi laut bawah jambatan. Apa ntah nama kawasan tu tapi hala nak ke Queensbay.
Dapat pulak gerai bapuk. Memang maveles la layanan dia.
Akak bapuk tu, kemain lagi pakai dress ala-ala Elsa kau.
Tapi best betul la cara dia promote makanan dia.
Akak ni kalau jadi sales company aku pun bagus.
Series tak tipu, dia sangat pandai tarik customer.
Padahal aku lalu je depan gerai dia, ingat kan pi gerai belakang pekena mee udang.
Sambil jalan tu aku benti kejap tengok ikan udang sotong depan gerai dia.
Kaw-kaw dia promote makanan dia.
Dia suggest ikan apa sedap, masak apa sedap, kalau dah makan makanan macam ni jangan ambik lauk macam tu. Kiranya dia tau apa dia jual. Disebabkan dia pandai suggest makanan dan memudahkan aku takyah pikir nak makan apa, maka aku duduk la gerai dia. Settle RM130 makan malam 3 orang.
Kau memang pandai buat sale la kak.
Tapi dress tak menahan. Bare back kau. Seb baik ketiak clear.


Puding sagu gula melaka.

Tak paham kenapa dia nak hidangkan puding yang secotet ni dalam mangkuk sebesar-besar ada.
Padahal puding tu muat je kalau nak disumbatkan dalam mangkuk gula melaka tu.
Ni pesen baru menghidang makanan agaknya.
Makanan sejemput takpe, mangkuk biar macam loyang.


Buah-buahan untuk Mak Aji and Pak Aji

Kalau aku duduk dorang memang tak kuasa aku nak pencuci mulut bagai. 
Orang tua kan suka kunyah-kunyah buah kan, so aku order je lah.


Nasik goreng special.

Memang special sangat ni. Sampai tak tau nak makan apa dulu.
Semua benda ada. dah la nasik goreng dia tu siap ada udang ada ayam bagai.
Ni Mak Aji and Pak Aji punya.


Aku punya kalau masuk hotel memang takkan lari dari Club Sandwich.


Tu semua lunch masa mula-mula sampai Sunway Hotel.
Sampai pun dah pukul 3pm, aku dah malas nak keluar semata-mata nak makan. Baik order je. 
Walaupun makan macam gini je dah RM128, tapi nak memikirkan aku nak mencari parking, nak tunggu order dengan muka aku dah berselipat keletihan, baik aku room service je lah.

Berdepan dengan Sunway Hotel ada hotel baru nama The Light.
Memang cantik hotel dia.
And yang buat aku terperanjat rupanya The Light Hotel ni kepunyaan Pelita Nasi Kandar!
Gila kauuuuuu.
Juai nasik kandaq sampai boleh buat hotel. Bukan hotel bajet-bajet punya okeh. Grand punya hotel weii. Kau ada?

Rabu, keje-keje aku kat USM habis pukul 3pm.
Terus straight gi Kangaq. Duduk kat hotel feveret aku Seri Malaysia.
Pi Perlis ni bukan urusan keje. Urusan hanya untuk shopping kat Padang Besar. Dah alang-alang bawak Mak Aji berjalan pi Penang, meh aku lajakkan terus biar sampai Perlis.
Lagipun aku nak pekena Laksa Kak Su and sotong goreng Linda.

Tapi malam tu macam nak pi Mona pulak.
Sotong Mona pun not bad. Aku meratah sotong sesaje je malam tu.
And malam tu first time aku makan mentarang.
Rupanya lagi puas makan mentarang dari makan lala or kerang. Sebab mentarang ni lagi besar.
Rasa macam kerang jugak cuma besar so puas sikit makan.
Tapi 7-8 ketul RM15.
Kira boleh la tu.



Esok pagi lepas breakfast terus pi Padang Besar.
Punyalah awalnya aku sampai, kedai pun baru nak bukak.
Selalunya kalau aku pi Padang Besar aku akan round dalam arked je. Tapi kali ni jejak jugak aku kat pasar basah sebab maik Aji nak borong mangga.
Adik ipar aku si Siti tu mengidam makan mangga.
Mak Aji cakap ada satu malam tu pukul 3 pagi bangun nangis-nangis nak makan mangga.
Aku boleh imagine camana muka Ibal time ni.
Jangan banyak bunyik la ye, nasib baik bini kau mengidam benda yang boleh senang dapat. Dibuatnya dia mengidam nak makan kambing gurun, mau luruh bulu-bulu kau nak mencarik.

Sebab tu la mak mertua nak sangat ke Padang Besaq dengan misi nak borong mangga.
Murah jugak, mangga yang dah masak RM8 je sekilo. Sampai ompek kilo mak bapak aku borong. Berak mangga la jawabnya si Siti ni kang.

Pastu aku beli ikan bilis gred paling mahal pun baru RM20/kilo!
Mana nak dapat weiii.
Selalunya yang gred paling bagus aku dapat pun dah RM4.80/100g kat pasar tani Putra Heights ni.
Bila makcik tu kata ikan bilis tu RM20/kg tak sampai ati pulak aku nak tawar-menawar.

Boleh la pulak jumpa Pepero.
Sebenarnya aku tak makan Pepero ni, sebab aku mana makan coklat sangat.
Tapi beli untuk Redza sebab harga Pepero kat Jaya Grocer mahal kottt.
Kat Padang Besar aku dapat RM20 untuk sekotak besar yang ada 8 pack kat dalam.
Ok la tu, malas la pulak aku nak tanya dari satu kedai ke satu kedai compare harga.
Janji lagi murah dari harga yang selalu aku beli dah kira bagus dah ni.



Misi aku ke Padang Besar sebenarnya ni.
Memang ni je la pun yang aku beli untuk diri sendiri.
Brooch dan kali ni aku beli terus dengan kotak nak letak brroch. Biar sedap sikit mata aku memandang. Beli hijab pin 4 ketul. Harapnya lepas ni hijab pin aku tak hilang dah lepas duduk dalam kotak. Aku ni beli hijab pin rasanya 10, ujung-ujung tinggal seketul je. Yang lain mana hilang tak tau. Yang aku pelik tu terus hilang meruyup tak timbul-timbul. Dah habis punggah pun tak jumpa-jumpa.

Disebabkan kitorang keluar pagi sangat ke Padang Besar, jadi lepas habis shopping, aku patah balik ke Arau sebab nak collect Laksa Kak Su. Tapau okeh. Mana cukup setakat makan sekali je kat kedai. Makan kat kedai tu makan kat kedai la. Tapau lain cerita.
Beli 5 kilo terus sebab cousin aku mengidam nak makan Laksa Kak Su la pulak.
Seb baik aku kebetulan pi utara, kalau tak, satu hal nak drive jauh-jauh ke Perlis semata-mata nak gi makan.

Dari Arau pukul 2pm, alhamdulillah sampai RnR Elmina pukul 7pm.
Pencapaian yang luar biasa sebab kitorang lepak RnR Gurun sejam.
Takpelah, kita nantikan saje surat saman kalau ada.
Harap-harap takde.



Insyallah, aku dah plan nak buat something untuk pembeli Ephyra tegar. 
Aku tengah kemaskini database untuk identify siapa yang layak.
Pandai la aku carik korang nanti.




2015-03-02

Nasihat dari orang yang pernah berlagak boleh make millions.



Akhirnyaaaaaaaaaa!!!!

Setelah hampir 2 minggu ke sana sini - mula ke Terengganu, balik dari Terengganu cuma ada gap sehari sebelum esoknya ke utara pulak for 3 days, then balik rumah esoknya sambung seminar for 4 days - and today, selesai!

Alhamdulillah.
Akhirnya aku berjaya jugak jadi zombie.
Pfttt.

Gila flat okeh.
Lama aku tak buat keje gila macam ni.
Selalunya ada gak gap seminggu. Ini terus straight non-stop.
Sampai Redza terpaksa tinggalkan note atas meja aku untuk mintak aku printkan maklumat untuk English Week.
Dia pilih untuk buat public speaking masa English Week nanti.
Berani betul anak aku nak bercakap depan orang ramai.
Sah tak ikut genetik bapak dia. Mbahahahaaha.

Kelmarin aku up status ke FB/IG pasal how dengan kesungguhan kita boleh capai apa yang kita nak. 
Pastu ada la sorang reader ni email aku bagitau dia nak sangat keje macam aku.
Berbisnes, travel sana-sini, flexible.

Betul.
Bunyi FLEXIBLE tu memang best.
Gila best.
Sebab masa aku keje makan gaji dulu pun itulah juga yang aku dok berangankan.
Jaki gila tengok bos masuk keje pukul 9.30am. Kadang-kadang kul 10am baru terpacul depan pintu.
Dah la lambat, tapi parking tetap dapat depan pintu. Siap ada orang buatkan air bagai.
Gila tak jaki kau?

Aku dok bayangkan betapa bestnya lah kalau jadi bisnes owner.
Alangkan masa tu aku jadi Sales Manager pun dah best sebab mileage claim pun rate tinggi sikit, komisyen pun rate tinggi dari sales exec, nak apply leave pun senang sikit dah time ni.
Tu baru Sales Manager.
Apetah lagi bisnes owner. Mesti lagi best. Ye la kan, dah nama pun bisnes kau kan. Undang-undang kau yang tetapkan.
Tapi masa tu angan-angan aku cuma setakat "Bestnya kalau ada bisnes sendiri". Takat tu je la.
Takde usaha pun aku buat untuk ke arah tu.

But aku lupa, in fact, ramai yang tak teringat lansung hal ni.
Bila kita dah decide nak ada bisnes sendiri, kita lupa yang kita takkan ada lagi MC, takkan ada lagi EL, takkan ada lagi gaji tetap setiap hujung bulan, silap-silap bonus pun takde.
Lebih perit, sementara nak tunggu bisnes betul-betul stabil, bukan saje kita tak dapat nak claim mileage, malah duit lagi banyak keluar untuk tujuan marketing and ke sana-sini cari customer.

Memang lah best bila dengar cerita orang tu bisnes, ada ofis sendiri, boleh tulis cheque gaji sendiri, nak masuk opis pukul 1pm pun boleh, bla bla bla bla.

NAN ADO!

Tu semua gambaran dalam citer melayu je.

Hakikatnya kalau berbisnes ni, nak-nak lagi kalau baru start bisnes, menangis sorang-sorang tu dah pasti.
Ada yang sampai takleh tido malam memikir mana nak cekau duit bayar gaji.
Demam pun tak berani nak cuti sebab terlampau banyak benda nak disettlekan.
Nak lagi kalau kau self-employed.
Lagiiii la tak boleh nak cuti. Sebab kalau kau cuti, bisnes kau tak jalan.

Bukan aku nak menakutkan, tapi aku dah pernah rasa semua ni dulu.
Elok dah gaji sedap, gatal nak berbisnes.
Pastu kejap-kejap darah naik. Stress punya pasal.
Nasib baik la jugak masa aku start bisnes ni aku ada partner, jadi ada la jugak teman nak menangis sama-sama. Kurang la terasa bebanannya.
Masa tu pandang apa pun dalam rumah semua aku rasa nak jual.
Nak jual kereta tak boleh, sebab kalau takde kereta camne aku nak buat sales.
Masa tu En Wan suggest jual kereta dia je. Dia beli moto second hand gi keje.
Tak sampai ati pulak aku nak tengok laki aku naik kapcai gi keje. Walaupun dia tu sajak jugak la jadi mat rempit. No. No. No. Tak boleh.

Pandang meja makan, rasa nak jual meja makan.
Pandang katil anak, rasa nak jual katil anak.
Pandang rumah, rasa nak refinance rumah.
En Wan masa tu cakap "Tau la keje sales, jual barang. Tapi jangan la sampai satu rumah punya barang pun ko nak jual sekali".

Masa tu bila orang tanya "You keje apa?".
Aku tak tau nak jawab apa.
Sebab 2/3 work scope aku adelah kuli.
On paper je Director. Padahalllllll.
Aku la fotostate flyer 500 helai.
Aku la design mini catalogue.
Aku la print mini catalogue.
Aku la tukang binding.
Aku la tukang distribute.
Aku la jugak buat sales.
Aku la jugak buat akaun.
Aku la tukang sapu pantry.

Gila kuasa betul. Semua position aku sapu.
Bila orang tanya aku keje apa, aku tak tau nak jawab apa.
Malu nak bagitau aku Pengarah Urusan.
Eh geli pulak aku nak menyebutnya. Takde rupa bos lansung.

Baguslah, kalau ada yang pasang angan-angan nak bisnes.
Tapi semangat kena kuat, hati kena cekal.
Jatuh, bangun, jatuh, jatuh, jatuh, tergolek, bangun balik - tu semua memang WAJIB lalui.
Semua yang sukses now ingat dorang tak penah jatuh?
Pernah okeh.
Bezanya, dorang jatuh dan bangun balik.
Jatuh takpe.
Tapi kena bangun balik.
Macam kita kecik-kecik baru blaja nasik beskal.
Setiap kali jatuh, kita bangun balik and try lagi sampai akhirnya boleh merempit dengan jayanya.
Walaupun dah boleh bawak beskal sambil kuak lentang punyalah terer tak terernya skarang kau berbasikal, adakalanya ko akan jatuh tertiarap terkehel kaki.
Bila kau bangun nanti pergerakan kau akan jadi slow sebab kaki terkehel, biarpun slow, move tetap kena move.

Tak semua orang terfikir perkara-perkara ni bila nak jump into bisnes.
Aku pun tak pernah terfikir dulu.
Aku membayangkan kalau aku boleh buat sales berjuta untuk majikan, mesti aku boleh berjuta untuk diri sendiri. Gila berlagaknya.
Sekali hah kauuuu!
Macam nak pitam bila run bisnes sendiri.
Aku pernah muntah dalam kereta masa tengah driving sebab too tired.
Terlampau keje keras, malam tak tido dengan cukup, sampai kesihatan pun terbabas-babas.

Kadang-kadang kita terlampau yakin bila kita boleh buat majikan kita kaya, kita rasa eh why not kita buat diri sendiri yang kaya?
Bukan tak boleh. Bagus kalau kita ada rasa nak kayakan diri sendiri.
Tapi silapnya kebanyakkan kita jump into bisnes dalam keadaan tak cukup bersedia. Termasuklah aku dulu.

Aku hit my first 1 million tahun 2007, masa umur aku 30 tahun.
Masa tu aku tak perasan pun aku dah hit 1 million.
Sebab aku tak pernah ambil tau total sales, sebab majikan aku dulu kan liat nak bayar komisyen, jadi aku mkalas nak ambik tau berapa total sales aku. Kalau tau pun bukannya aku boleh dapat komisyen. Banyak nau cengkadak dia time nak bayar komisyen.
Bila colleague aku bagitau aku the only staff yang hit 1.2 million tahun tu, aku yakin gila aku boleh buat untuk diri sendiri.
Bila aku setup bisnes sendiri tahun 2008, baru aku tau peritnya nak pasarkan produk sendiri walaupun masa tu customer aku adalah customer yang sama time aku bekerja makan gaji.
Sepatutnya takde masalah nak menjual barang.
Tahun 2011 baru aku hit 1 million sales untuk company sendiri.
3 tahun ambik masa.
Tu la dia, berlagak nau nak bisnes sendiri.

Tapi nak bisnes ni pengorbanan paling besar adalah masa, especiallay masa untuk berehat.
Bukan takde rehat lansung, tapi rehat kita dah tak sama dengan rehat time kita keje makan gaji dulu.
Dulu kita rehat pun masih lagi tenang sebab setidak-tidaknya hujung bulan tetap ada gaji.
Kalau stress pun stress memikir apesal bonus dapat sikit.
Tapi bila dah bisnes, nak rehat pun berkira-kira sebab in business time is money.
Kita tak tau hujung bulan masih ada gaji ke tak untuk diri sendiri.
Masa untuk family pun dah tak sebanyak dulu.
Kesian tengok Redza seminggu tak dapat bercakap dengan maknya sampai kena tulis note letak atas meja. Sedih betul aku baca tadi.
Tu belum lagi Rayyan. Hari ni aku balik petang. Rayyan tido.
Dia bangun Maghrib tadi mak mertua aku cakap dia terus bukak pintu tengok kat porch ada kereta aku ke tak.
Dia nampak kereta aku je terus dia berlari naik ke bilik. Terus peluk pastu biasalah meleseh-leseh "Ma, kaki adik sakit. Ma, kepala adik sakit".
Saje la kan nak buat perangai sebab mak ada kat rumah.

Maka, esok aku decide untuk lepak kat rumah sehari.
Orang kalau bisnes tak elok buat perangai cam aku ni sebab nanti jadi habit yang akan melingkupkan bisnes.
Tapi, series, I need a break. Sehari je....

Bestnya, malam ni tido awal. Gud nite frens :)


2015-03-01

Sesuatu yang mengorgasmakan


Aku ada special offer kat customer Ephyra.

Tapi benda ni limited kepada 200 orang pertama saja.

Kalau interested, hantarkan email ke health[at]xzizbiotech[dot]com dengan Subject : Ephyra Limited Offer.

Blank email pun takpe.

Serius no joke, ini offer paling special.

Dan kepada yang commit to that offer nanti, tunggu next month, aku akan email korang directly untuk masuk ke 2nd round of the game.


Thank you.

Busy is good


Hi Frens!

Walaupun lama tak update blog tapi aku tetap rasa macam takde apa je sebab hari-hari aku update FB and IG. Jadi yang follow FB aku mesti tak terasa pun blog tak berupdate kan? Sampai aku sendiri rasa macam aku masih 'hidup' until today dapat PM "Kak Di kenapa tak update blog?".
Lepas tu baru teringat "Oh, lupa nak update blog".

Dah alang-alang update ni aku nak minta maaf kat customer Ephyra yang kebanyakannya dapat respond kurang mesra dari aku. Sorry.
Aku cuba nak reply semesra yang boleh tapi tak sempat nak tulis panjang. Akhirnya semua pun dapat reply "Tq ya. Kita akan pos Thursday".
Gila biadap reply pendek macam ni.

Schedule aku kat utara memang pack.
The only time yang aku free pun was on Wednesday malam. Tu pun by the time aku free, mata aku dah kuyu. Nak pegang henfon pun tak lalu. Kalau kah email ni ada option reply guna voice, memang aku guna. Frust jugak kadang-kadang bila hanya mampu pandang email yang masuk tapi tak dapat nak reply. Masa ni la tetiba aku rasa macam nak hire orang untuk reply email je. Nasib baik tak bawak laptop. Kalau tak, konfem jadi penambah beban kereta je. Sebab series takde masa pun nak bukak laptop.

Alhamdulillah, busy adalah petanda baik.
Ada yang Tuhan nak beri pada kita sebenarnya.
Pandang setiap perkara dengan mata hati dan cari hikmahnya.
So, kalau korang busy doing something, that's good. Rather than busy doing nothing good.


p/s : Ini entry warm-up namanya. Sebab dah lama tak update. Dah lupa skill. Jadi kena kasik warmup dulu.

2015-02-23

Esok la entry panjang sikit. Dah 3-4 hari aku tulis entry panjang. Kali ni biar entry sikit tapi tajuk je panjang. Kah Kah Kah.



Tak sempat nak update new entry.
Semalam sampai dari Tganu, hari ni cuma ada sehari untuk clearkan keje-keje sebelum esok aku kembali outstation.
Utara, until Thursday.

Tadi aku update new pakej untuk Ephyra.
Today officially DI-scount Deal aku tarik keluar.
Tapi yang masih belum guna DI-scount Number jangan risau, boleh je guna.

Gi tengok sendiri apa yang aku sediakan untuk pakej terbaru Ephyra ya.
Jangan sentap-sentap tak dapat gift.
Ni aku dah bagi sehabis baik punya gift ni.
Semua pakej ada gift. Takde yang tak dapat hadiah tak best, semua best.
Yang beli sekotak pun aku datangkan balik gift extra 5 sachet. Ingat tak best ke hadiah extra 5 sachet tu? Best okeh. Jimat 5 hari punya minum.

Klik sini untuk view pakej terbaru Ephyra

Aku dah save apa aku nak tulis new entry. Esok-esok la kot kat hotel.
Hari ni tak sompek.
Bye all, take care. Doakan aku selamat pegi and balik.
Dan berjaya makan pasemboq and laksa Kak Su.



2015-02-22

Magisnya persekitaran


Ada orang cakap beraninya aku pergi umrah awal-awal. 
Aku cakap pergi awal lah bagus sebab Mekah sebenarnya bukan untuk orang tua-tua tapi orang muda sebab tenaga yang diperlukan kat sana bukan calang-calang tenaga. Mana dengan tawafnya, dengan saie-nya, dengan berjalan jauh ulang-alik ke Haram (kalau dapat hotel jauh), tu belum lagi ibadah Haji. Lagi memerlukan tenaga yang banyak. 
Istilah 'pegi Mekah bila dah tua' sebenarnya salah. 
Masa muda badan tengah kuatlah kita buat ibadat umrah/haji. 
Tapi kita kena akur juga dengan jemputan Allah.
Kalau jemputan belum sampai, maka tak dapat juga kita ke sana.
Cuma, jangan beranggapan nak ke Mekah kena tunggu dah tua. 

Aku faham apa sebenarnya yang orang tu maksudkan bila dia tanya aku tak risau ke pegi umrah muda-muda. 
Sebab kalau pegi waktu muda, nanti balik dah susah nak buat keje jahat katanya.
Bukan jahat apa, maklumlah kalau dah pegi Mekah tu orang selalunya akan expect bila kita balik nanti kita lebih baik dari sebelum kita pergi. 
Betul, sepatutnya macam tu lah. 
Tapi, kebanyakan orang selalu rasa bila seseorang tu dah balik dari Mekah, dia patutnya jadi maksum terus.
Kalau macam tu la kekdahnya, betapa beruntungnya la yang belum sampai ke Mekah sebab buat salah pun orang tak berapa nak mengata, "Aku jahil lagi, belum dijemput ke Mekah. Takpelah kalau buat salah pun". 
Benda-benda macam ni la yang buatkan some people hatinya berbelah bagi nak ke Mekah. 

Ada yang takut nak pegi sekarang sebab kalau balik Malaysia nanti belum bersedia nak pakai tudung.
Apa pulak orang kata, Mekah dah sampai tapi kepala tak tutup-tutup jugak.

Nasihat aku, jangan peduli apa orang kata tentang bagaimana kita selepas balik dari Mekah nanti.
Itu urusan Allah. Kita dulukan urusan DIA, DIA akan uruskan yang lain-lain untuk kita.
Takyah nak pikir sangat apa orang bakal kata sebab kita pun tak tau kita sempat balik ke tanahair ke tak. 
Entah-entah mati kat sana. 
Tak sempat pun nak dengar orang mengata. 
Jadi, yang hatinya tergerak nak pergi ke sana, pergilah! Jangan berdolak-dalik. Kalau Tuhan dah hadirkan keinginan nak kesana, tu maknanya DIA menjemput la tu. Ada pelajaran yang DIA nak sampaikan kat kita di sana nanti.

Tapi, nak berubah jadi baik, tak payah tunggu ke Mekah dik. 
Sekarang pun boleh. 
Cuma di Mekah proses kita nak mengubah diri menjadi lebih baik tu lebih mudah kerana keajaiban persekitarannya. 
Salah satu faktornya adalah suasana sekeliling kita.
Di sana, semua orang bertudung. 
Hampir 99% wanitanya berjubah. 
1% je yang pakai seluar (Turki kebanyakkannya). 
Bila kita berada di kelompok orang yang begini, mustahil kita nak pakai seksi kan?
Jangan kata nak pakai seksi, tak pakai stokin keluar bilik pun rasa bersalah ya amat!
Sama la jugak situasinya kalau kita pi kelab malam. Payah nak jumpa wanita berpurdah kat dalam tu. 

Sebab tu orang kata di Mekah kita mudah sangat jadi baik, susah nak marah, hati pun sentiasa tenang. 
Salah satu sebabnya adalah faktor Tanah Haram itu sendiri. 
Itu kan rumah Allah. 
Yang di sana tu semua tetamuNya. 
Pasti DIA hadirkan keajaiban dalam hati tetamuNya untuk sentiasa rasa tenang dan bersangka baik. 

Tapi faktor lain juga adalah kerana di sana kita dikelilingi dengan perkara-perkara yang positif. 
Semua orang menutup aurat. 
Alunan bacaan Quran tak kira masa. 
Orang bersolat 24 jam.
Kalau bersedekah ni dah macam makan nasi. Kiri kanan orang bersedekah walaupun sebijik kurma. 
Aura positif terlampau banyak! 
Dalam agama islam pun kita percaya yang malaikat akan hadir di setiap majlis zikir dan majlis ilmu membawa rahmat Allah.
Apetah lagi di Baitullah! 
Para malaikat datang membawa barakah dalam bentuk rahmat dan maghfirah Tuhan. 
Itulah faktor energy luar biasa yang ada di sana. 

Sebab tu pakar motivasi cakap kalau bercampur dengan orang positif, maka kita pun jadi positif.
Bila bercampur dengan orang negatif, lama-lama kita pun jadi negatif.

Di Mekah, aura positif memang kuat. 
Setakat nak tahajud 12 rakaat tu sap sap soi. Tido sejam je pastu mata terbukak sendiri punya la semangat nak tahajud.
Lepas 3 bulan balik dari Mekah, kena letupkan mercun Cina sepapan baru terjaga.
Tu pun kadang-kadang terbabas. 
Aku la tu. Bukan orang lain. 

Faktor persekitaran memang mainkan peranan kerana manusia secara semulajadi akan menyesuaikan diri dengan persekitarannya. 
Kalau kau duduk dengan orang yang tengah bergosip, mula-mula kau dengar je, lama-lama kau join sekaki. 
Kadang-kadang kita kata "Takpelah aku dengar je. Aku tak campur pun". 
Itu kata kita. 
Tapi kita lupa kita ada hati. 
Hati dalam bahasa Arab adalah Qolbu yang maknanya 'bertukar-tukar'. 
Hati kita bukannya kuat mana pun, sifatnya berbolak-balik. 
Dan ia berupaya untuk serap apa juga input tak kira positif atau negatif tanpa kita sedari. 
Sebab tu kita ada mood swing. 
Pagi ok, tengahari kang sentap, petang merempan pulak. 
Kerana itu, penting untuk kita pilih persekitaran yang baik supaya hati kita sentiasa terlindung dari pencemaran. 

Contoh lain, kalau di rumah, selalunya kita tak berapa nak rajin solat sunat sebelum fardu.
Tapi kalau kita ke masjid, bila orang lain start solat sunat, kita pun sama solat sunat. 
Asalnya kita taknak buat sebab kita tak berapa rajin pun buat kat rumah. 
Tapi disebabkan energy dari persekitaran tu akhirnya membuatkan kita pun solat sunat sama. 

Ini lah manusia. 
Manusia fitrahnya memang membuat keputusan berdasarkan nilai tertentu dan ia dibentuk oleh pemerhatiannya terhadap contoh dari luar. 
Sebab tu ramai parents percaya kalau anak-anak dapat bersekolah di sekolah berasrama penuh, insyallah keputusan peperiksaan lebih cemerlang dari bersekolah di sekolah biasa. 
Kerana persekitaran sekolah berasrama tu sebenarnya yang mempengaruhi. 
Tak pun cuba tengok sebuah keluarga yang abangnya success dalam pelajaran.
Insyallah, adik-adiknya pun ikut success.
Sebab persekitaran mempengaruhi. Kebiasaannya macam tu lah. 

Jangan salah faham. 
Bukan bermaksud kita kena putuskan silaturahim dengan kawan-kawan kita sekarang (sekiranya kawan-kawan sekarang banyak sebarkan aura negatif). 
Jangan putuskan silaturahim. Kawan tetap kawan. Borak macam biasa. 
Kita tetap perlukan satu sama lain sebagai check and balance. 
Memutuskan silaturahim boleh menyekat rezeki. 
Cuma kita perlu buat pilihan yang boleh mendatangkan faedah pada kita. 
Contohnya, kalau kita berbisnes, cuba bincang hal bisnes pada orang yang sama-sama berbisnes. Jangan bercerita pasal bisnes pada orang yang tak minat berbisnes. 
Selalunya orang macam ni takkan bagi pandangan yang positif. 
"Alah, makan gaji pun boleh kaya jugak". 
Terus down dengar.
Tapi kadang-kadang member yang sama-sama berbisnes pun takleh pakai gak. 
"Kau kena suap sikit baru la dapat projek tu". 
Ni pun hampeh jugak. 
Pandai-pandai la pilih ya. 
Pilih member yang positif. 

Kalau kita rasa energy kita tak kuat, maka kita perlu berusaha berada dalam kelompok yang menyebarkan aura positif supaya energy dalaman kita juga positif.
Energy yang baik takkan datang kalau kita tak cari. Kena usaha cari sebab persekitaran mampu mencorakkan dalaman.
Apa yang masuk di kepala, itu lah yang akan keluar membentuk personaliti diri. 


{Diana@mobile}





2015-02-21

Barkat


Gatal pulak jari-jemari aku nak blog about this.
Ni isu yang baru je aku update kat FB tadi.
Dalam pada takde internet tu kan, masa ni la pulak idea aku mencurah-curah. 

Ni isu barkat dan kiriman orang ke kenduri kawen. 

Biasa kita tengok orang datang kenduri kawen bagi salam kaut (hulur duit). Ni biasa. 

Dan biasa jugak kita tengok orang gantikan salam kaut dengan hadiah untuk pengantin. Ni pun biasa. 

Dan tak kurang jugak yang datang sebagai memenuhi undangan, tak bawak apa-apa. Ni pun biasa. 

Yang tak berapa biasa (at least tak biasa di mata aku) adalah apabila orang yang bagi salam kaut tu MINTAK balasan dari tuan rumah. Selalunya MINTAK door gift. 
Kenapa aku cakap dia MINTAK? 
Sebab memang dia gi mintak. 
Dia tanya tuan rumah sendiri "Saya tak dapat door gift lagi". 
Lagi worst, bila yang tak hadir tapi kirimkan duit pun mengharapkan tuan rumah bekalkan barkat/door gift untuk dia. 

Sorry, aku tak berkenan dengan jenis manusia macam ni. 
Yang belum pernah buat kenduri atau majlis makan mungkin susah nak bayangkan situasi ni tapi meh aku bagi kisah pengalaman sendiri. 

Alhamdulillah aku banyak kali jugak buat majlis makan-makan di rumah. 
Open house, birthday party, akikah and majlis makan-makan lain. 
Kadang-kadang kita tuan rumah jadi serba-salah bila nak buat majlis open house bajetnya dah macam buat majlis kawen kan anak. 
Sebab apa?
Sebab nak penuhi expectation tetamu kerana memang ada jenis tetamu yang datang sambil buat audit.
"Patutnya pakailah bekas pemanas, barulah sedap tetamu datang makan". 
"Patutnya sediakan la candy untuk budak-budak. Ni budak-budak datang tak tau nak makan apa". 
"Patutnya sediakanlah party pack lebih sikit dah tau buat birthday party". 

Sepatutnya orang macam ni takyah diajak. 
Tu yang sepatutnya. 

Mana-mana tuan rumah pun kalau buat majlis mengharapkan majlis tu diraikan oleh ramai tetamu and kalau boleh dorang nak buat sehabis baik. 
Makanan biar cukup, makanan biar pelbagai, door gift cukup, khemah selesa, etc. 
Sebab niat kita nak menjamu orang makan. 
Takde tuan rumah yang nak majlisnya ala kadar. Semua kalau boleh nak buat yang terbaik. 
Tapi, tak semestinya yang terbaik tu adalah yang provide door gift bekas kristal berisi Ferrero Roche. 
Tak semestinya nak majlis best perlu ada bekal mangkuk tingkat. 
Salahnya manusia yang bernama tetamu ni adalah kerana kita membanding-bandingkan majlis orang lain.
Disebabkan kita dah biasa pergi majlis kawen yang disediakan door gift/barkat, maka kita anggap semua majlis pun kena sediakan benda yang sama. 

Considerlah sikit kemampuan tuan rumah. 
Tak semua orang ada bajet untuk siapkan barkat for tetamu. 
Tak semua orang boleh sediakan door gift. 
Dia jemput kau datang makan dah besar rahmat kau takyah masak tengahari kat rumah. Lagi nak komplen apesal tuan rumah tak bagi barkat. Aku lempang kang sia-sia je. 

Pernah terjadi di kenduri secara-mara. 
Sedara aku tu bagi doorgift keychain. 
Orang kampung yang tak dapat datang berkirim salam kaut. Bila nak balik, yang bawakkan kiriman tadi bertanya "Eh takkan saya nak pass keychain je kat orang kampung. Dorang kirim duit. Bagi la nasik ngan lauk sejenis". 
Ewahhh, macam tu pulak? 

Bukan menyombong. 
Tapi yang berkirim salam kaut pun kena identify kenapa kau kirim duit.
Adakah duit tu pengganti diri sebab tak dapat datang atau duit tu kau harapkan balasan dari tuan rumah? 
Yes, seeloknya tuan rumah kirimkan sesuatu kembali pada yang berkirim duit. Eloknya macam tu lah. 
Tapi macam yang aku cakap tadi, tak semua orang ada bajet yang besar nak sediakan semua benda. 
Kadang-kadang tetamu yang datang terlalu ramai, tuan rumah jadi serba-salah.
Kang nak dikirim kat orang kampung, apa cerita pulak dengan tetamu yang datang.
Lagi jatuh airmuka tuan rumah kalau tetamu yang datang ke majlis tak dapat door gift.
Takkan nak salam sengih-sengih je kan. 

Yang berkirim duit pun, takyah la jadikan orang lain serba-salah. 
Ni ada yang bertanya balik kat orang yang bawak kiriman tu "Dia tak kirim aku nasik-nasik ke?" 
Oiiiiiiii cantik muka?? 
Kau dah la tak datang, pastu kau expect  pulak tuan rumah kirimkan mangkuk tingkat bagai. 

Budaya ni sebenarnya menuntut kefahaman semua orang. 
Tuan rumah kalau ada bajet, memang dia nak bagi semua. 
Tapi yang tetamu pulak jangan lah terlampau mengharap apa-apa.
Yang datang, janganlah terlampau mengharap dapat bunga telur. 
Yang berkirim duit pulak janganlah terlampau harap dapat ayam masak merah seplastik. 
Tuan rumah sendiri tak menetapkan yang datang ke majlis dia harus bawak duit/hadiah.
Bawak tak bawak semua dapat makan. 
Yang kita dah dapat makan ni boleh tak ada rasa malu sikit nak mintak bunga telur? 

Tu satu hal. 
Lagi satu hal lagi bab barkat.
Rasanya kebanyakan kenduri memang ada disiapkan barkat tapi bukan untuk semua orang.
Selalunya barkat ni untuk sedara-mara and penanggah atau 'orang dapur'.
Tak semua barkat ni dikhaskan untuk orang yang berkirim duit.
Nak pulak kalau yang mengirim tu bukan kategori sedara-mara.
Memang lambat sikit la kau punya queue. 

Kadang-kadang bukan tuan rumah taknak bagi tapi terlupa bagi.
Jangankan majlis kawen, aku buat open house dengan tetamu yang tak sampai 300 orang pun dah menggagau aku nak handle.
Kadang-kadang esoknya tu aku PM sorang-sorang tanya anak kau dapat duit raya ke tak? 
Majlis besar macam kenduri kawen lagi la tuan rumah kalut.
Bukan muka kau sorang je dia nak hadap. Ramai lagi.
Tu belum lagi orang sana panggil bergambar, orang belakang panggil, orang kampung nak jumpa. Hoih, serabut. 
Kita as tetamu ni tolonglah bantu ringankan keserabutan dia.
Salam, ucap tahniah, makan. Dah.

Aku kan kalau buat majlis benda yang aku paling risau adalah orang masuk dapur untuk cedok sendiri barkat. 
Gila mendidih oiiii. 
Tapi nak buat camana, family katanya. 
Bukan tak boleh. Boleh. 
Aku pun suka kalau lauk-pauk aku licin tapi tunggulah sampai majlis habis. 
Yang dijamu adalah tetamu yang datang, bukan orang yang tak dapat datang. 

Atas sebab ni lah maka bajet untuk buat open house raya kadang-kadang sama banyak dengan bajet orang menikah anak sebab semua benda kita kena sediakan supaya orang tak berkata-kata dan hati kita pun tak menggelegak. 
Sometimes, benda macam ni boleh pecahkan ikhlas. 
Kita ni mulanya ikhlas nak bagi orang makan, ujung-ujung dah jadi lebih kepada takut nanti apa orang lain kata kalau itu takde ini takde. 

Pernah dulu jiran rumah lama aku panggil makan-makan.
Dia panggil tak ramai, dalam 5 buah rumah je.
Dia hidang mihun goreng with keropok and kuih-muih raya.
Ada la pulak Hamba Allah ni bisik kat aku "Kata buat open house. Takkan mi je?" 

Aku nak buat open house terus terbantut sebab spesis-spesis macam ni la.
Suka sangat audit majlis orang.
Dah dapat makan mi goreng pun nak komplen. Bagi makan mi kering baru tau. 

Consider la sikit tuan rumah. 
Dia dah banyak keluar belanja untuk jamu tetamu makan.
Jangan la harap lebih dari tu.
Kalau dapat, alhamdulillah rezeki kita.
Kalau tak dapat, janganlah sentap. Kita dijemput pun dah kira bertuah.


{Diana Ishak @ mobile}