2015-03-04

Kalau rajin, sila subscribe.



Kalau korang bukak blog aku nampak tak line kuning ni?
Ok yang ni untuk korang isikan email (subcribe) supaya aku boleh kenal siapa reader blog and insyallah every week aku nak buat projek dengan korang.
It could be gift, it could be invitation untuk lepak-lepak hi-tea macam aku buat dengan Ephyra kat Little Cafe dulu, or maybe kali ni kita lepak mamak je, penjimatan berganda. Mbahahaha.
Takyah letak sampai 10 email. Insyallah semua ada bahagian. Jangan tamak-tamak, aku Diana Ishak je, bukan Neelofa.

Jangan risau.
Aku bukan nak tengok sape yang beli barang dengan aku.
Aku nak tengok sape yang baca blog aku. Tak semestinya yang ada history beli apa-apa dengan aku.
Aku memang nak kenal reader blog ni, so ni je lah caranya aku nak say thank you.



Ipin ni dah 2 hari tergantung atas ceiling rumah aku. Dah la dia tergantung kat area yang tak boleh nak dicapai. Memang kau duduk la kat situ sampai kecut kan.
Tapi series benda ni menakutkan.
Tengah malam tadi aku bangun nak turun ke dapur. Bukak je pintu si Ipin ni betul-betul tengah tenung aku. Musibat gila.
Pastu kat dinding belakang ada bayang kepala besarrrrrrrrrrrr.
Kalau jantung aku ni boleh tercampak, dah lama tercampak kat laman rumah sebelah. Terus hilang haus aku. Tak jadi gi dapur.

Ni memang keje Rayyan la, apa lagi.
Dia kan suka main benda pelik-pelik. Dah elok-elok bendalah ni bertali, dia pi sentap tali tu terus melekat budak jendul ni atas ceiling aku. Pastu nak suruh aku jolok bawak turun. Memang tak la.



Ok ni baru ada masa nak cerita pasal apa yang aku buat kat utara Selasa-Khamis lepas.
Memang aku ke sana untuk sales trip, ni memang routine la untuk aku naik ke utara nak jengah customer company aku. Dan selalunya kalau pi sana aku akan bawak Pak Aji Mak Aji sekali, kalau tak konfem aku tak tido 3 hari. Ataupun aku tido kat lobby. Aku memang ada masalah nak tido hotel sorang-sorang. Aku lagi rela spend duit ambik bilik besar untuk muat 3 orang, daripada aku jadi tido dalam ketakutan.

Mak Aji ngan Pak Aji memang suka sangat la kalau aku ajak join pi utara nak-nak lagi bila aku umpan dorang pi Padang Besar. Konfem hilang sakit lutut mak aku. Hahahaha.

Selasa pagi tu aku singgah Mydin Jelapang dulu untuk jumpa ngan Apeng.
Ni la roommate aku dulu. Dan dia jugak la yang sanggup beli tiket flight balik Semenanjung semata-mata nak pastikan majlis pertunangan aku tak diganggu oleh pensaiko.
And dia jugak pengapit aku.
Now dia dah bukak kedai untuk baby and ibu mengandung kat Manjung. At the same time dia cikgu jugak kat Manjung.

Punyalah selama ni member aku ni bukak butik ibu mengandung, sikit aku tak pernah terfikir nak letak jubah-jubah aku kat kedai dia. Until masa aku kat Terengganu tu ari dia whatsapp "Apesal kau tak bagitau aku jubah kau nursing friendly?".



Sesape yang kat Manjung atau sekitarnya nak dapatkan Jubah Aqeela, boleh datang butik PaMa Zahra. Online pun boleh. Sebab kat website aku 3 warna dah sold out. Kat Lazada ada lagi 3 warna kot tapi size tak tau apa lagi yang masih ada. Tapi kat Butik PaMa Zahra ada lagi. And lagi satu butik kat JB nama dia Itqan Butik (formerly known as Ashanim Lab Dress). Butik Ashanim ni pemborong pertama yang aku hantar so semua size dia ada.

Lepas melepak 2 jam kat Mydin (Mydin pun jadikkkkk), baru ke Penang.
Kali ni aku lepak kat Seberang Jaya, tak tido dalam pulau pun.
Selalunya aku tido Vistana, tapi hotel tu macam isolated sikit dari mall-mall, kesian pulak kat Mak Aji terperap je dalam bilik kalau aku sehari suntuk kat USM. So aku booked Sunway Hotel Seberang Jaya sebab belakang tu ada Parkson. Sementara aku gi keje kang, at least boleh la dorang shopping kat Parkson. Macamkan KL takde Parkson kan.

Kebetulan adik Mak Aji yang duduk Singapore ada keje di Penang.
Malam tu aku bawak dorang pi Jen Hotel untuk jejak kasih.
Gila horror aku bawak kereta malam-malam masuk town. Dah la jalan kat Georgetown ni semua halus-halus, dengan mata aku yang rabun malam lagi. Sampai nak cecah ke stereng tetek aku punya lah kedepan gila aku tarik seat. Nak bagi nampak jalan kekdahnya. Tu pun berapa kali kena honk sebab orang blakang stress aku bawak slow sangat.
Banyak pulak cengkadak kau kan. Aku stopkan terus terus kereta ni baru tau.

Mata aku memang dah tak berapa awas kalau drive malam, especially kalau jalan kat town. Kalau hiway ok lagi. Nasib baik on the way nak balik tu aku berjaya carik port makan tepi laut bawah jambatan. Apa ntah nama kawasan tu tapi hala nak ke Queensbay.
Dapat pulak gerai bapuk. Memang maveles la layanan dia.
Akak bapuk tu, kemain lagi pakai dress ala-ala Elsa kau.
Tapi best betul la cara dia promote makanan dia.
Akak ni kalau jadi sales company aku pun bagus.
Series tak tipu, dia sangat pandai tarik customer.
Padahal aku lalu je depan gerai dia, ingat kan pi gerai belakang pekena mee udang.
Sambil jalan tu aku benti kejap tengok ikan udang sotong depan gerai dia.
Kaw-kaw dia promote makanan dia.
Dia suggest ikan apa sedap, masak apa sedap, kalau dah makan makanan macam ni jangan ambik lauk macam tu. Kiranya dia tau apa dia jual. Disebabkan dia pandai suggest makanan dan memudahkan aku takyah pikir nak makan apa, maka aku duduk la gerai dia. Settle RM130 makan malam 3 orang.
Kau memang pandai buat sale la kak.
Tapi dress tak menahan. Bare back kau. Seb baik ketiak clear.


Puding sagu gula melaka.

Tak paham kenapa dia nak hidangkan puding yang secotet ni dalam mangkuk sebesar-besar ada.
Padahal puding tu muat je kalau nak disumbatkan dalam mangkuk gula melaka tu.
Ni pesen baru menghidang makanan agaknya.
Makanan sejemput takpe, mangkuk biar macam loyang.


Buah-buahan untuk Mak Aji and Pak Aji

Kalau aku duduk dorang memang tak kuasa aku nak pencuci mulut bagai. 
Orang tua kan suka kunyah-kunyah buah kan, so aku order je lah.


Nasik goreng special.

Memang special sangat ni. Sampai tak tau nak makan apa dulu.
Semua benda ada. dah la nasik goreng dia tu siap ada udang ada ayam bagai.
Ni Mak Aji and Pak Aji punya.


Aku punya kalau masuk hotel memang takkan lari dari Club Sandwich.


Tu semua lunch masa mula-mula sampai Sunway Hotel.
Sampai pun dah pukul 3pm, aku dah malas nak keluar semata-mata nak makan. Baik order je. 
Walaupun makan macam gini je dah RM128, tapi nak memikirkan aku nak mencari parking, nak tunggu order dengan muka aku dah berselipat keletihan, baik aku room service je lah.

Berdepan dengan Sunway Hotel ada hotel baru nama The Light.
Memang cantik hotel dia.
And yang buat aku terperanjat rupanya The Light Hotel ni kepunyaan Pelita Nasi Kandar!
Gila kauuuuuu.
Juai nasik kandaq sampai boleh buat hotel. Bukan hotel bajet-bajet punya okeh. Grand punya hotel weii. Kau ada?

Rabu, keje-keje aku kat USM habis pukul 3pm.
Terus straight gi Kangaq. Duduk kat hotel feveret aku Seri Malaysia.
Pi Perlis ni bukan urusan keje. Urusan hanya untuk shopping kat Padang Besar. Dah alang-alang bawak Mak Aji berjalan pi Penang, meh aku lajakkan terus biar sampai Perlis.
Lagipun aku nak pekena Laksa Kak Su and sotong goreng Linda.

Tapi malam tu macam nak pi Mona pulak.
Sotong Mona pun not bad. Aku meratah sotong sesaje je malam tu.
And malam tu first time aku makan mentarang.
Rupanya lagi puas makan mentarang dari makan lala or kerang. Sebab mentarang ni lagi besar.
Rasa macam kerang jugak cuma besar so puas sikit makan.
Tapi 7-8 ketul RM15.
Kira boleh la tu.



Esok pagi lepas breakfast terus pi Padang Besar.
Punyalah awalnya aku sampai, kedai pun baru nak bukak.
Selalunya kalau aku pi Padang Besar aku akan round dalam arked je. Tapi kali ni jejak jugak aku kat pasar basah sebab maik Aji nak borong mangga.
Adik ipar aku si Siti tu mengidam makan mangga.
Mak Aji cakap ada satu malam tu pukul 3 pagi bangun nangis-nangis nak makan mangga.
Aku boleh imagine camana muka Ibal time ni.
Jangan banyak bunyik la ye, nasib baik bini kau mengidam benda yang boleh senang dapat. Dibuatnya dia mengidam nak makan kambing gurun, mau luruh bulu-bulu kau nak mencarik.

Sebab tu la mak mertua nak sangat ke Padang Besaq dengan misi nak borong mangga.
Murah jugak, mangga yang dah masak RM8 je sekilo. Sampai ompek kilo mak bapak aku borong. Berak mangga la jawabnya si Siti ni kang.

Pastu aku beli ikan bilis gred paling mahal pun baru RM20/kilo!
Mana nak dapat weiii.
Selalunya yang gred paling bagus aku dapat pun dah RM4.80/100g kat pasar tani Putra Heights ni.
Bila makcik tu kata ikan bilis tu RM20/kg tak sampai ati pulak aku nak tawar-menawar.

Boleh la pulak jumpa Pepero.
Sebenarnya aku tak makan Pepero ni, sebab aku mana makan coklat sangat.
Tapi beli untuk Redza sebab harga Pepero kat Jaya Grocer mahal kottt.
Kat Padang Besar aku dapat RM20 untuk sekotak besar yang ada 8 pack kat dalam.
Ok la tu, malas la pulak aku nak tanya dari satu kedai ke satu kedai compare harga.
Janji lagi murah dari harga yang selalu aku beli dah kira bagus dah ni.



Misi aku ke Padang Besar sebenarnya ni.
Memang ni je la pun yang aku beli untuk diri sendiri.
Brooch dan kali ni aku beli terus dengan kotak nak letak brroch. Biar sedap sikit mata aku memandang. Beli hijab pin 4 ketul. Harapnya lepas ni hijab pin aku tak hilang dah lepas duduk dalam kotak. Aku ni beli hijab pin rasanya 10, ujung-ujung tinggal seketul je. Yang lain mana hilang tak tau. Yang aku pelik tu terus hilang meruyup tak timbul-timbul. Dah habis punggah pun tak jumpa-jumpa.

Disebabkan kitorang keluar pagi sangat ke Padang Besar, jadi lepas habis shopping, aku patah balik ke Arau sebab nak collect Laksa Kak Su. Tapau okeh. Mana cukup setakat makan sekali je kat kedai. Makan kat kedai tu makan kat kedai la. Tapau lain cerita.
Beli 5 kilo terus sebab cousin aku mengidam nak makan Laksa Kak Su la pulak.
Seb baik aku kebetulan pi utara, kalau tak, satu hal nak drive jauh-jauh ke Perlis semata-mata nak gi makan.

Dari Arau pukul 2pm, alhamdulillah sampai RnR Elmina pukul 7pm.
Pencapaian yang luar biasa sebab kitorang lepak RnR Gurun sejam.
Takpelah, kita nantikan saje surat saman kalau ada.
Harap-harap takde.



Insyallah, aku dah plan nak buat something untuk pembeli Ephyra tegar. 
Aku tengah kemaskini database untuk identify siapa yang layak.
Pandai la aku carik korang nanti.