2015-02-21

Barkat


Gatal pulak jari-jemari aku nak blog about this.
Ni isu yang baru je aku update kat FB tadi.
Dalam pada takde internet tu kan, masa ni la pulak idea aku mencurah-curah. 

Ni isu barkat dan kiriman orang ke kenduri kawen. 

Biasa kita tengok orang datang kenduri kawen bagi salam kaut (hulur duit). Ni biasa. 

Dan biasa jugak kita tengok orang gantikan salam kaut dengan hadiah untuk pengantin. Ni pun biasa. 

Dan tak kurang jugak yang datang sebagai memenuhi undangan, tak bawak apa-apa. Ni pun biasa. 

Yang tak berapa biasa (at least tak biasa di mata aku) adalah apabila orang yang bagi salam kaut tu MINTAK balasan dari tuan rumah. Selalunya MINTAK door gift. 
Kenapa aku cakap dia MINTAK? 
Sebab memang dia gi mintak. 
Dia tanya tuan rumah sendiri "Saya tak dapat door gift lagi". 
Lagi worst, bila yang tak hadir tapi kirimkan duit pun mengharapkan tuan rumah bekalkan barkat/door gift untuk dia. 

Sorry, aku tak berkenan dengan jenis manusia macam ni. 
Yang belum pernah buat kenduri atau majlis makan mungkin susah nak bayangkan situasi ni tapi meh aku bagi kisah pengalaman sendiri. 

Alhamdulillah aku banyak kali jugak buat majlis makan-makan di rumah. 
Open house, birthday party, akikah and majlis makan-makan lain. 
Kadang-kadang kita tuan rumah jadi serba-salah bila nak buat majlis open house bajetnya dah macam buat majlis kawen kan anak. 
Sebab apa?
Sebab nak penuhi expectation tetamu kerana memang ada jenis tetamu yang datang sambil buat audit.
"Patutnya pakailah bekas pemanas, barulah sedap tetamu datang makan". 
"Patutnya sediakan la candy untuk budak-budak. Ni budak-budak datang tak tau nak makan apa". 
"Patutnya sediakanlah party pack lebih sikit dah tau buat birthday party". 

Sepatutnya orang macam ni takyah diajak. 
Tu yang sepatutnya. 

Mana-mana tuan rumah pun kalau buat majlis mengharapkan majlis tu diraikan oleh ramai tetamu and kalau boleh dorang nak buat sehabis baik. 
Makanan biar cukup, makanan biar pelbagai, door gift cukup, khemah selesa, etc. 
Sebab niat kita nak menjamu orang makan. 
Takde tuan rumah yang nak majlisnya ala kadar. Semua kalau boleh nak buat yang terbaik. 
Tapi, tak semestinya yang terbaik tu adalah yang provide door gift bekas kristal berisi Ferrero Roche. 
Tak semestinya nak majlis best perlu ada bekal mangkuk tingkat. 
Salahnya manusia yang bernama tetamu ni adalah kerana kita membanding-bandingkan majlis orang lain.
Disebabkan kita dah biasa pergi majlis kawen yang disediakan door gift/barkat, maka kita anggap semua majlis pun kena sediakan benda yang sama. 

Considerlah sikit kemampuan tuan rumah. 
Tak semua orang ada bajet untuk siapkan barkat for tetamu. 
Tak semua orang boleh sediakan door gift. 
Dia jemput kau datang makan dah besar rahmat kau takyah masak tengahari kat rumah. Lagi nak komplen apesal tuan rumah tak bagi barkat. Aku lempang kang sia-sia je. 

Pernah terjadi di kenduri secara-mara. 
Sedara aku tu bagi doorgift keychain. 
Orang kampung yang tak dapat datang berkirim salam kaut. Bila nak balik, yang bawakkan kiriman tadi bertanya "Eh takkan saya nak pass keychain je kat orang kampung. Dorang kirim duit. Bagi la nasik ngan lauk sejenis". 
Ewahhh, macam tu pulak? 

Bukan menyombong. 
Tapi yang berkirim salam kaut pun kena identify kenapa kau kirim duit.
Adakah duit tu pengganti diri sebab tak dapat datang atau duit tu kau harapkan balasan dari tuan rumah? 
Yes, seeloknya tuan rumah kirimkan sesuatu kembali pada yang berkirim duit. Eloknya macam tu lah. 
Tapi macam yang aku cakap tadi, tak semua orang ada bajet yang besar nak sediakan semua benda. 
Kadang-kadang tetamu yang datang terlalu ramai, tuan rumah jadi serba-salah.
Kang nak dikirim kat orang kampung, apa cerita pulak dengan tetamu yang datang.
Lagi jatuh airmuka tuan rumah kalau tetamu yang datang ke majlis tak dapat door gift.
Takkan nak salam sengih-sengih je kan. 

Yang berkirim duit pun, takyah la jadikan orang lain serba-salah. 
Ni ada yang bertanya balik kat orang yang bawak kiriman tu "Dia tak kirim aku nasik-nasik ke?" 
Oiiiiiiii cantik muka?? 
Kau dah la tak datang, pastu kau expect  pulak tuan rumah kirimkan mangkuk tingkat bagai. 

Budaya ni sebenarnya menuntut kefahaman semua orang. 
Tuan rumah kalau ada bajet, memang dia nak bagi semua. 
Tapi yang tetamu pulak jangan lah terlampau mengharap apa-apa.
Yang datang, janganlah terlampau mengharap dapat bunga telur. 
Yang berkirim duit pulak janganlah terlampau harap dapat ayam masak merah seplastik. 
Tuan rumah sendiri tak menetapkan yang datang ke majlis dia harus bawak duit/hadiah.
Bawak tak bawak semua dapat makan. 
Yang kita dah dapat makan ni boleh tak ada rasa malu sikit nak mintak bunga telur? 

Tu satu hal. 
Lagi satu hal lagi bab barkat.
Rasanya kebanyakan kenduri memang ada disiapkan barkat tapi bukan untuk semua orang.
Selalunya barkat ni untuk sedara-mara and penanggah atau 'orang dapur'.
Tak semua barkat ni dikhaskan untuk orang yang berkirim duit.
Nak pulak kalau yang mengirim tu bukan kategori sedara-mara.
Memang lambat sikit la kau punya queue. 

Kadang-kadang bukan tuan rumah taknak bagi tapi terlupa bagi.
Jangankan majlis kawen, aku buat open house dengan tetamu yang tak sampai 300 orang pun dah menggagau aku nak handle.
Kadang-kadang esoknya tu aku PM sorang-sorang tanya anak kau dapat duit raya ke tak? 
Majlis besar macam kenduri kawen lagi la tuan rumah kalut.
Bukan muka kau sorang je dia nak hadap. Ramai lagi.
Tu belum lagi orang sana panggil bergambar, orang belakang panggil, orang kampung nak jumpa. Hoih, serabut. 
Kita as tetamu ni tolonglah bantu ringankan keserabutan dia.
Salam, ucap tahniah, makan. Dah.

Aku kan kalau buat majlis benda yang aku paling risau adalah orang masuk dapur untuk cedok sendiri barkat. 
Gila mendidih oiiii. 
Tapi nak buat camana, family katanya. 
Bukan tak boleh. Boleh. 
Aku pun suka kalau lauk-pauk aku licin tapi tunggulah sampai majlis habis. 
Yang dijamu adalah tetamu yang datang, bukan orang yang tak dapat datang. 

Atas sebab ni lah maka bajet untuk buat open house raya kadang-kadang sama banyak dengan bajet orang menikah anak sebab semua benda kita kena sediakan supaya orang tak berkata-kata dan hati kita pun tak menggelegak. 
Sometimes, benda macam ni boleh pecahkan ikhlas. 
Kita ni mulanya ikhlas nak bagi orang makan, ujung-ujung dah jadi lebih kepada takut nanti apa orang lain kata kalau itu takde ini takde. 

Pernah dulu jiran rumah lama aku panggil makan-makan.
Dia panggil tak ramai, dalam 5 buah rumah je.
Dia hidang mihun goreng with keropok and kuih-muih raya.
Ada la pulak Hamba Allah ni bisik kat aku "Kata buat open house. Takkan mi je?" 

Aku nak buat open house terus terbantut sebab spesis-spesis macam ni la.
Suka sangat audit majlis orang.
Dah dapat makan mi goreng pun nak komplen. Bagi makan mi kering baru tau. 

Consider la sikit tuan rumah. 
Dia dah banyak keluar belanja untuk jamu tetamu makan.
Jangan la harap lebih dari tu.
Kalau dapat, alhamdulillah rezeki kita.
Kalau tak dapat, janganlah sentap. Kita dijemput pun dah kira bertuah.


{Diana Ishak @ mobile}