2015-03-02

Nasihat dari orang yang pernah berlagak boleh make millions.



Akhirnyaaaaaaaaaa!!!!

Setelah hampir 2 minggu ke sana sini - mula ke Terengganu, balik dari Terengganu cuma ada gap sehari sebelum esoknya ke utara pulak for 3 days, then balik rumah esoknya sambung seminar for 4 days - and today, selesai!

Alhamdulillah.
Akhirnya aku berjaya jugak jadi zombie.
Pfttt.

Gila flat okeh.
Lama aku tak buat keje gila macam ni.
Selalunya ada gak gap seminggu. Ini terus straight non-stop.
Sampai Redza terpaksa tinggalkan note atas meja aku untuk mintak aku printkan maklumat untuk English Week.
Dia pilih untuk buat public speaking masa English Week nanti.
Berani betul anak aku nak bercakap depan orang ramai.
Sah tak ikut genetik bapak dia. Mbahahahaaha.

Kelmarin aku up status ke FB/IG pasal how dengan kesungguhan kita boleh capai apa yang kita nak. 
Pastu ada la sorang reader ni email aku bagitau dia nak sangat keje macam aku.
Berbisnes, travel sana-sini, flexible.

Betul.
Bunyi FLEXIBLE tu memang best.
Gila best.
Sebab masa aku keje makan gaji dulu pun itulah juga yang aku dok berangankan.
Jaki gila tengok bos masuk keje pukul 9.30am. Kadang-kadang kul 10am baru terpacul depan pintu.
Dah la lambat, tapi parking tetap dapat depan pintu. Siap ada orang buatkan air bagai.
Gila tak jaki kau?

Aku dok bayangkan betapa bestnya lah kalau jadi bisnes owner.
Alangkan masa tu aku jadi Sales Manager pun dah best sebab mileage claim pun rate tinggi sikit, komisyen pun rate tinggi dari sales exec, nak apply leave pun senang sikit dah time ni.
Tu baru Sales Manager.
Apetah lagi bisnes owner. Mesti lagi best. Ye la kan, dah nama pun bisnes kau kan. Undang-undang kau yang tetapkan.
Tapi masa tu angan-angan aku cuma setakat "Bestnya kalau ada bisnes sendiri". Takat tu je la.
Takde usaha pun aku buat untuk ke arah tu.

But aku lupa, in fact, ramai yang tak teringat lansung hal ni.
Bila kita dah decide nak ada bisnes sendiri, kita lupa yang kita takkan ada lagi MC, takkan ada lagi EL, takkan ada lagi gaji tetap setiap hujung bulan, silap-silap bonus pun takde.
Lebih perit, sementara nak tunggu bisnes betul-betul stabil, bukan saje kita tak dapat nak claim mileage, malah duit lagi banyak keluar untuk tujuan marketing and ke sana-sini cari customer.

Memang lah best bila dengar cerita orang tu bisnes, ada ofis sendiri, boleh tulis cheque gaji sendiri, nak masuk opis pukul 1pm pun boleh, bla bla bla bla.

NAN ADO!

Tu semua gambaran dalam citer melayu je.

Hakikatnya kalau berbisnes ni, nak-nak lagi kalau baru start bisnes, menangis sorang-sorang tu dah pasti.
Ada yang sampai takleh tido malam memikir mana nak cekau duit bayar gaji.
Demam pun tak berani nak cuti sebab terlampau banyak benda nak disettlekan.
Nak lagi kalau kau self-employed.
Lagiiii la tak boleh nak cuti. Sebab kalau kau cuti, bisnes kau tak jalan.

Bukan aku nak menakutkan, tapi aku dah pernah rasa semua ni dulu.
Elok dah gaji sedap, gatal nak berbisnes.
Pastu kejap-kejap darah naik. Stress punya pasal.
Nasib baik la jugak masa aku start bisnes ni aku ada partner, jadi ada la jugak teman nak menangis sama-sama. Kurang la terasa bebanannya.
Masa tu pandang apa pun dalam rumah semua aku rasa nak jual.
Nak jual kereta tak boleh, sebab kalau takde kereta camne aku nak buat sales.
Masa tu En Wan suggest jual kereta dia je. Dia beli moto second hand gi keje.
Tak sampai ati pulak aku nak tengok laki aku naik kapcai gi keje. Walaupun dia tu sajak jugak la jadi mat rempit. No. No. No. Tak boleh.

Pandang meja makan, rasa nak jual meja makan.
Pandang katil anak, rasa nak jual katil anak.
Pandang rumah, rasa nak refinance rumah.
En Wan masa tu cakap "Tau la keje sales, jual barang. Tapi jangan la sampai satu rumah punya barang pun ko nak jual sekali".

Masa tu bila orang tanya "You keje apa?".
Aku tak tau nak jawab apa.
Sebab 2/3 work scope aku adelah kuli.
On paper je Director. Padahalllllll.
Aku la fotostate flyer 500 helai.
Aku la design mini catalogue.
Aku la print mini catalogue.
Aku la tukang binding.
Aku la tukang distribute.
Aku la jugak buat sales.
Aku la jugak buat akaun.
Aku la tukang sapu pantry.

Gila kuasa betul. Semua position aku sapu.
Bila orang tanya aku keje apa, aku tak tau nak jawab apa.
Malu nak bagitau aku Pengarah Urusan.
Eh geli pulak aku nak menyebutnya. Takde rupa bos lansung.

Baguslah, kalau ada yang pasang angan-angan nak bisnes.
Tapi semangat kena kuat, hati kena cekal.
Jatuh, bangun, jatuh, jatuh, jatuh, tergolek, bangun balik - tu semua memang WAJIB lalui.
Semua yang sukses now ingat dorang tak penah jatuh?
Pernah okeh.
Bezanya, dorang jatuh dan bangun balik.
Jatuh takpe.
Tapi kena bangun balik.
Macam kita kecik-kecik baru blaja nasik beskal.
Setiap kali jatuh, kita bangun balik and try lagi sampai akhirnya boleh merempit dengan jayanya.
Walaupun dah boleh bawak beskal sambil kuak lentang punyalah terer tak terernya skarang kau berbasikal, adakalanya ko akan jatuh tertiarap terkehel kaki.
Bila kau bangun nanti pergerakan kau akan jadi slow sebab kaki terkehel, biarpun slow, move tetap kena move.

Tak semua orang terfikir perkara-perkara ni bila nak jump into bisnes.
Aku pun tak pernah terfikir dulu.
Aku membayangkan kalau aku boleh buat sales berjuta untuk majikan, mesti aku boleh berjuta untuk diri sendiri. Gila berlagaknya.
Sekali hah kauuuu!
Macam nak pitam bila run bisnes sendiri.
Aku pernah muntah dalam kereta masa tengah driving sebab too tired.
Terlampau keje keras, malam tak tido dengan cukup, sampai kesihatan pun terbabas-babas.

Kadang-kadang kita terlampau yakin bila kita boleh buat majikan kita kaya, kita rasa eh why not kita buat diri sendiri yang kaya?
Bukan tak boleh. Bagus kalau kita ada rasa nak kayakan diri sendiri.
Tapi silapnya kebanyakkan kita jump into bisnes dalam keadaan tak cukup bersedia. Termasuklah aku dulu.

Aku hit my first 1 million tahun 2007, masa umur aku 30 tahun.
Masa tu aku tak perasan pun aku dah hit 1 million.
Sebab aku tak pernah ambil tau total sales, sebab majikan aku dulu kan liat nak bayar komisyen, jadi aku mkalas nak ambik tau berapa total sales aku. Kalau tau pun bukannya aku boleh dapat komisyen. Banyak nau cengkadak dia time nak bayar komisyen.
Bila colleague aku bagitau aku the only staff yang hit 1.2 million tahun tu, aku yakin gila aku boleh buat untuk diri sendiri.
Bila aku setup bisnes sendiri tahun 2008, baru aku tau peritnya nak pasarkan produk sendiri walaupun masa tu customer aku adalah customer yang sama time aku bekerja makan gaji.
Sepatutnya takde masalah nak menjual barang.
Tahun 2011 baru aku hit 1 million sales untuk company sendiri.
3 tahun ambik masa.
Tu la dia, berlagak nau nak bisnes sendiri.

Tapi nak bisnes ni pengorbanan paling besar adalah masa, especiallay masa untuk berehat.
Bukan takde rehat lansung, tapi rehat kita dah tak sama dengan rehat time kita keje makan gaji dulu.
Dulu kita rehat pun masih lagi tenang sebab setidak-tidaknya hujung bulan tetap ada gaji.
Kalau stress pun stress memikir apesal bonus dapat sikit.
Tapi bila dah bisnes, nak rehat pun berkira-kira sebab in business time is money.
Kita tak tau hujung bulan masih ada gaji ke tak untuk diri sendiri.
Masa untuk family pun dah tak sebanyak dulu.
Kesian tengok Redza seminggu tak dapat bercakap dengan maknya sampai kena tulis note letak atas meja. Sedih betul aku baca tadi.
Tu belum lagi Rayyan. Hari ni aku balik petang. Rayyan tido.
Dia bangun Maghrib tadi mak mertua aku cakap dia terus bukak pintu tengok kat porch ada kereta aku ke tak.
Dia nampak kereta aku je terus dia berlari naik ke bilik. Terus peluk pastu biasalah meleseh-leseh "Ma, kaki adik sakit. Ma, kepala adik sakit".
Saje la kan nak buat perangai sebab mak ada kat rumah.

Maka, esok aku decide untuk lepak kat rumah sehari.
Orang kalau bisnes tak elok buat perangai cam aku ni sebab nanti jadi habit yang akan melingkupkan bisnes.
Tapi, series, I need a break. Sehari je....

Bestnya, malam ni tido awal. Gud nite frens :)