2015-04-10

Bukan kurus lah.



As ussual, snap kat bilik Redza.

Kerana gambar ni, inbox aku penuh dengan email mintak aku review cepat-cepat pil biru yang aku makan tu.

Ye, aku baca komen kat FB and IG.
Kebanyakkannya cakap aku dah kurus.

SALAH.

Sebenarnya aku bukan kurus pun.
Berat aku turun 4kg je kot.
Now 50kg.
Hilang 4 kilo apelah sangat nampak perubahannya.

Yang menyebabkan aku nampak kurus adelah kerana korang dah lama tak tengok aku pakai baju berpinggang.
Tu je sebenarnya.

Selama ni aku dok lenjan baju longgar and besar.
Sesekali aku pakai baju berpinggang macam ni, memang la nampak "Wowww!! Kurusnya Kak Diiii".
Padahal dari dulu gitu la jugak badan aku.
Cuma korang tak nampak.
Yang nampak En Wan sorang.

Dulu masa zaman free hair, hari-hari aku lenjan pakai baju ketat.
Takde pulak yang kata aku kurus, padahal zaman tu berat aku 47kg.
Eh tetiba berat 50kg pulak yang nampak kurus. Chait!

Hari ni aku pilih untuk pakai baju ni sebab aku ada presentation.
Aku nak nampak lain sikit dari hari-hari biasa.
Nak ambil aura konfiden sikit.
Esok lusa gi jumpa customer aku pakai la balik baju longgar-longgar.


 2008.


Ni baru namanya zaman kurus, 47-48kg.
Ni kat company terakhir aku sebelum aku resign beberapa bulan kemudian untuk run bisnes sendiri.
Masa ni kurus lagi la sebab nak pakai skirt and tube punya pasal kan. Hahahaha.
Dah macam orang sakit lak aku tengok muka aku dulu.
Cengkung semacam.
Oh tapi time ni aku cakap aku gemuk. Siap minum teh orang kampung lagi nak bagi kurus.
Perasan cantik nau la gamaknya cengkung-mengkung macam ni.

Dulu aku berlumba-lumba nak kuruskan badan.
Alasan aku dulu - senang nak cari baju kalau kita kurus.
Which is true jugak la, especially baju office.
Kadang-kadang diskriminasi jugak aku tengok bidang fashion ni.
Kalau baju untuk orang kurus kemain lagi macam-macam pesen.
Tapi kalau baju untuk orang badan besar, pesen ntah hape-hape. Asal jadi baju je konsepnya.
Mungkin sebab tu la ramai orang berlumba nak kuruskan badan.
Baju untuk orang berbadan besar ni apa sangat lah pilihan yang ada.
Of cos cutting-nya pun longgar. Mana cantik sangat nak pakai potongan berpinggang bila badan kita berisi, betul tak?
Maybe sebab tu la fashion designer pun malas nak cipta baju vogue vogue untuk badan besar.
Nak cantik sikit, pegi Ms Read. Kain dia cantik. Tapi potongan tetap besar gitu jugak.

Bila aku decide nak bertudung and tukar cara berpakaian, kurus or gemuk dah takde beza bagi aku.
Gemuk dah tentu aku kena pakai baju longgar.
Kurus pun aku tetap kena pakai baju longgar.

Yang tanya pasal pil biru tu, sorry aku tak berani nak bagi korang makan.
Sebabnya benda tu aku test dulu, KKM pun takde.
Tapi so far alhamdulillah la pil tu ok je ngan aku.
Cuma aku tak berani bagi sesape try dulu.
Kan aku kata, kasik badan aku kerempeng macam Kate Moss baru aku bagi korang try pulak.

Tapi yang bawah ni korang boleh makan.
Aku nak kasik korang makan puas-puas bulan April ni :



Nampak ni?
Ni aku tengah baik hati ni.
Mood tengah elok ni.

Untuk bulan APRIL sahaja, aku open offer ni.
BELI SATU KOTAK EPHYRA (30 sachet) and GET EXTRA 10 SACHETS.
Harga tetap sama.
Tapi extra 10 sachet ni dalam bentuk loose pack (tanpa kotak).

Terhad kepada 200 kotak yang pertama saja ok.
Nak beli sekotak boleh, 2 boleh, 30 pun boleh.
Cukup sampai 200 kotak, aku tarik keluar offer ni.
Untuk maklumat lanjut boleh klik link kat bawak entry ni nanti.

Actually offer ni aku dah bukak bulan lepas tapi melalui special invitation via email.
Ingat tak aku ada buat pop-out window mintak sesiapa yang guna Ephyra isikan email?
Ok, siapa yang isi email hari tu dah dapat this offer pada bulan lepas.
Bermakna, dorang dah kenyang awal dapat extra 10 sachet ni.
Dan, untuk yang commit kepada offer bulan Mac hari tu, bulan ni dorang punya offer lain sikit.
Dorang-dorang ni kena tunggu email dari aku ya.

Tapi untuk korang semua, boleh grab this offer - beli sekotak, free 10 sachet.
200 kotak pertama je. Takleh bagi banyak-banyak. Bankrupt aku.

Next time kalau aku mintak isikan email, isi tau :)





2015-04-07

Lagi sekali salesgirl mintak aku tukar size. Now aku tau kenapa.



Sabtu lepas again, kitorang dapat pujuk mak ikut berjalan.
Aku gunakan alasan mintak mak pilihkan tudung Kak Long.
Kak Long call mintak aku belikan 9 helai tudung kat Ariani. Rumah dia kena banjir yang lepas, habis tudung semua hanyut.
Kebetulan kan Ariani buat sale.
Menjak dah berazam nak benti beli Ariani ni, segaal sms Ariani masuk semua aku buat dek.
Setakat ni masih istiqomah lagi.
Harap berpanjangan sebab aku tak larat tengok melambak-lambak shawl Ariani aku tak pakai.
Semua tudung awninng Thai silk Ariani aku kumpul menjak aku mula pakai tudung, ada la dalam 30 kaler, semua aku dah pass ke mak and bibik lama.
Pastu aku beli baru dalam 5 helai hujung tahun lepas nak pakai waktu emergency.
Letak kat hall, kot-kot la nak kena keluar time KFC Pizza datang deliver, ada la gak tudung untuk aku sarung.
But still, aku jarang gila pakai.
Kadang-kadang aku main lilit tuala je kalau brader-brader delivery ni datang.

Jadi, aku berazam taknak beli Ariani lagi buat masa ni.
IG Ariani pun aku unfollow. Hahahaa. Punyalah nak istiqomanhya. Kalau terjebak jugak memamg syaiton sungguh lah.

Sabtu lepas, dah alang-alang mak setuju nak ikut, kitorang bawak mak makan kat Adam Lai.
En Wan teringin nak makan chicken boxing (ntah betul ntah tak aku eja ni).



Tomyam merah.
Boleh tahan sedap, tapi lagi sedap Absolute Thai.


Chicken boxing.
Tak berapa suka sangat, tapi boleh makan. Bukan tak boleh makan.
Tak berapa lalu kat tekak aku sebab dia manis.
Kicap manis.



Butter prawn all time feveret.
Udang 8 ekor je padahal, tapi tak abis sebab masing-masing sibuk makan sarang telur.
Sedap gila sarang telur dia.
Dah la banyak dia bagi sampai tak nampak lansung udang.
Udang yang terkeluar dalam gamba ni pun aku sengaja keluarkan. Kalau tak, memang nampak telur semata.


Ni paling sedap.
Siakap 3 rasa.
Garing gila!



Macam masuk rumah orang kan anak aku bersalam?
Hahahahaha.

Ni kat Jakel Shah Alam.
Lepas keluar dari Ariani tu singgah Jakel jap. Sebelah je pun.
Takde plan nak beli pun sebenarnya tapi laki aku tu kan kuat menghasut.
"Masuklah Di...Di tak beli kain nak buat baju raya lagi. Abang punya beli siap je nanti"

Ok lah. Aku masuk dengan harapan keluar tangan kosong.



Maunya!

Dua tempat yang aku belum lagi keluar dengan tangan kosong adelah Ariani and Jakel.
Asal masuk je, mesti bawak keluar something.
Memang puaka okeh tempat ni.

Mujur la hari tu masuk Ariani sebab belikan Kak Long and mak tudung.
Kalau tak, aku takkan berani masuk.
Sebab misi aku selalu gagal kalau masuk Ariani.
Memang ada je la yang dorang jek jek sampai aku terbawak balik macam-macam.

Mamat ni pun pandai.
Terus tarik aku ke Italian silk.
Dia cakap murah. Now ada sale, takde GST.
Oklah, aku pun ikut je.



Memang cantik semua Italian silk kat sini.
Harga pun cantik la of cos.
Sepasang RM480, sepasang RM350.
Mula-mula mintak aku beli sepasang je.
En Wan kebetulan berkenan dengan satu kain tu, so aku beli je la sebab laki dah berkenan kan.
Bila aku beli sepasang, dia jek aku ambik lagi sepasang.
Takde keje gila aku nak beli kain sampai beribu. Belum masuk tempah lagi.
Ni kang kalau takde orang nak ambik tempahan, raya ni aku lilit je macam sari. Dah beli mahal-mahal takkan nak peruk je kan.

Tak puas hati aku bolayan, dia tarik manager dia untuk pujuk aku.
Manager dia cakap "You ambik 3, saya bagi RM1000 only".
Tak kuasaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Lama gila dia pujuk aku.
Akhirnya aku berjaya meng-kalah-kan beliau.



Esoknya, aku pi Subang Parade pulak sebab nak top-up Clinique.
Mana-mana pegi pun ramai orang.
GST tak GST ramai aje orang bershopping. Pelik jugak aku.
Memang rakyat Malaysia ni kuat bershopping.
Ni cara-cara takde apa-apa perayaan. Pun mall ramai orang bershopping.
Kalau raya sok, entah camana la lagi.
Aku selama ni memang dapat resit terus simpan, then buang.
Yang selalu check resit En Wan.
Lepas aku bayar, En Wan mintak resit, "Ni tengok ni GST Clinique awak sampai RM42. Ni lepas kalau beli KFC satu bucket tau."

Aku hanya diam membisu.

Tapi kannnnnn, lepas aku bayar, aku dapat voucher.
Terlupa terus Hamba Allah tu dengan GST MST ni semua.
Terus tanya aku "Nak guna tak voucher ni?"

Hmmm..paham sangat dahhhhhhhhh.

Ambik lah bangggggggg.


Ce tengok Rayyan.
Macam paham je kan apa budak tu cakap kat aku?
Ajku tau dia ni jenis perati, digest and bertindak.
Sebab malam tu lepas sampai rumah dia tanya "Mama tak pakai fifium (perfume) beli tadi ke?"
Padahal aku beli krim.
Betapa observe-nya dia sampai dia ingat aku beli apa.




Lepas beli Clinique, En Wan nak guna voucher aku tu untuk beli baju sebab aku taknak pakai voucher dah. Singgah Timberland. Dan di situ aku berkesempatan untuk selfie.
Tu je nak bagitau.

Oh yes, aku ada letak satu gamba kat IG and FB.
Ramai yang cakap blouse ni cantik and beli kat mana.
Ni aku beli online Zawara.
Blouse ni rasanya dah lama dah aku nampak kat IG, tapi takde rasa nak beli pun. Sebab ni blouse macam tunic style. Labuh sampai lutut.
Until satu hari En Wan belek magazine apa ntah and nampak ada model pakai blouse hijau ni and blouse biru yang aku pakai masa pi Jakel tu.
En Wan tunjuk kat aku "Di, cantik blouse ni Di"

Dah laki cakap cantik tu kan.
Esoknya aku terus beli dua-dua sekali.
Aku ni senang je kalau nak shopping baju. Apa yang En Wan cakap cantik tu la yang aku beli walaupun aku tak berkenan kat mata. Tapi blouse Zawara yang aku pakai ni memang cantik. Kain poliester. Harga RM79/pc.



Gamba ni aku letak kat IG.
Pastu ada orang komen kaki aku kecik.

Ok ni aku nak cerita satu benda.

Kan hari tu aku cerita pasal sales Xixily suruh aku ambik spender size L kan sebab dia kata mannequin pun pakai M, takkan la aku size M jugak kottttt.
Dan akhirnya terbukti size L tu besar gelebeh.

Masa En Wan dok try baju ni, sebelah tu ada Dorothy Perkins.
Aku usha-usha kat sana.
Terbekenan dengan satu seluar tu.
Aku pun ambik try. Tapi aku capai salah size, jadi lepas keluar fitting room tu aku cakap aku nak that seluar tapi nak satu size bigger.
Sales tu datang balik kat aku bawak size yang aku nak tapi dia mintak aku try lagi sekali "Kak, cuba try semula. Sebab size yang akak nak ni mannequin pakai".

Aku macam pelik.
Apesal dah 2 kali orang comparekan size yang aku nak dengan size yang mannequin pakai ni?

Tapi takpe. Aku try.
Lepas tu aku keluar dari fitting room dengan masih memakai that seluar sebab nak tunjuk kat En Wan.
Sales tu muka macam terperanjat.

Bila aku pos gamba ni kat IG, ada yang komen kaki aku kecik.
Then masa tu baru aku realized kenapa dah 2 orang sales suruh aku ambik size lagi besar.

Aku punya badan ni memang sebenarnya macam tak seimbang sikit.
Badan aku bahagian atas memang besar sikit kalau nak compare dengan pinggang ke bawah.
Dada aku tak sepadan size badan sebenarnya.
Jeans aku, masih fit size 28.
Dan jeans yang aku pakai dalam gamba ni size 27.
That's why masa aku free hair dulu, aku suka pakai baju ketat, supaya nampak pinggang.
Sebab kalau aku pakai T shirt, memang nampak macam Mak Bedah.
Bila dah bertudung ni, aku takde pilihan melainkan pakai baju yang loose cutting.
Aku rasa sebab tu la Lana Nordin suka pakai ketat. Sebab breast dia besar, kalau dia pakai blouse longgar, orang akan nampak dia macam gemuk. Aku tak rasa dia pakai ketat sebab nak tunjuk breast. Aku rasa dia pakai ketat sebab nak menggambarkan pinggang dia.

Tapi aku takdela macam size Lana tu. Lana tu mantap sangat.

Sebelum mengandung Rayyan dulu berat aku 46-47kg.
Jeans pun size 25.
Ni menjak nak cecah 40 tahun ni metabolisme pun dah slow gamaknya.
Cecah 50kg pun dah rasa satu pencapaian hebat dah. Padahal kalau duduk boleh tahan berlipat ni.

Lepas aku bayar 2 seluar and 2 blouse, ingat nak terus keluar, sekali En Wan mintak voucher.
Rupanya dia tak bayar lagi kemeja yang dia pilih tadi!!
Sanggup dia tunggu voucher aku lagi. Kuang hasam.
Dan akhirnya dia berjaya beli baju dengan hanya pakai voucher.

Tapi kondem GST aku.
Tapi voucher sebat.

Haihhh..seb baik la kau bernama suami.


First time try Sushi King dalam Subang Parade.
Panas la kat sini.
Pastu service slow.





2015-04-06

Life partner vs kawan lelaki




Gituuuuuuuuuu.

Tetiba kat entry aku ada keluar gamba artis.
Tak pasal-pasal.

Tapi, ada kena-mengena dengan apa yang aku nak cerita hari ni.

Tapi mula-mula nak say thank you kat this one reader yang secara tak lansung bagi idea untuk aku tulis entry today.
Reader ni la yang bagi maklumat.
Dia bagi printscreen gambar kat bawah.
Dia tanya if aku dengan kawan-kawan lelaki aku macam ni ke (rapat gila macam gambar bawah), sebab dalam entry aku yang terdahulu, aku cakap bestfren aku lelaki.




Aku tau mesti ada yang pelik macamana sorang lelaki and perempuan boleh jadi so close, tapi tak fall for each other.

Aku tak sure macamana kisahnya si hero and heroin TLU ni, tapi kalau baca komen-komen yang aku highlite ni, nampaknyanya dorang ni rapat sebagai kawan je. Agaknya la.

Tapi aku taknak highlite pasal orang lain.
Sebab aku sendiri ada pengalaman macam ni.

Besides Apeng (Ina), aku ada bestfren lelaki yang sangat close.
Sebenarnya kawan-kawan aku sendiri lagi ramai lelaki dari perempuan.
Dari zaman skolah lagi pun, yang ramai bertepek kat rumah Mak Aji tu adelah kawan-kawan lelaki aku.
Dorang pun dah jadi macam family, masuk rumah bagi salam, terus straighttttttt masuk dapur.
Brsembang ngan aku and Mak Aji Pak Aji kat dapur je. 
Kadang-kadang tu aku suruh kopekkan ikan bilis terus. Dah kau masuk dapur sape suruh kan. Kau ingat masuk dapur ni duduk saje-saje? Nah, ambik ni ikan bilis. Kopek!

Time matriks dulu, asal balik bercuti je, pagi sampai rumah, petang tu start dah berbondong-bondong moto depan rumah Mak Aji.
Kawan-kawan lelaki aku datang bersidai depan rumah.
Ajak masuk ke dalam dorang taknak sebab masa ni ramai dah pandai merokok.
Mak Aji dulu asik tanya aku "Kau ni takde kawan pompuan ke?"

Ada.
Bukan takde.
Tapi kawan-kawan aku semua perangai macam aku.
Yang set-set ayu ni mana la nak berkawan ngan aku.

Dulu Mak Aji berkira-kira sapelah yang antara ramai-ramai bersidai kat depan rumah ni bakal jadi menantu dia.
Nan ado.
Sorang pun tak tersangkut.
Dorang pun tak tersangkut kat aku, aku pun tak tersangkut kat dorang.

Entah la.
Susah aku nak explain benda ni.
Ada orang kata satu benda yang mustahil bila lelaki and perempuan berkawan baik, tapi tak bercinta.
Yes, kebanyakkannya berakhir dengan bercinta, berkahwin.
Tapi tak semua. Maybe 10% tak macam tu.
Aku ni mungkin jugak antara 10% yang ber-betsfren-kan lelaki, tapi habis takat berkawan je. Tak sampai ke pelamin pun.

Punyalah closenya aku dengan kawan-kawan lelaki aku dulu, kalau beli teh O ais ikat tepi, boleh rotate sampai 5-6 orang, takde hal.

Tak kisah lansung nak kongsi straw.

Balik dari tusyen selalunya bas penuh.
Tapi aku naik gak demi nak catch Jade Solid Gold pukul 6pm.
Takde tempat duduk pun takpe sebab aku boleh duduk atas peha member lelaki aku.
Dorang ni pun bangsat gak. Taknak berdiri sebab penat. Kajang ngan Bangi jauh.
So dorang duduk pastu aku duduk atas riba.
Tapi takde la duduk macam dorang tengah meriba aku betul-betul.
Kira macam aku park bontot aku atas riba dorang sikit nak bagi hilangkan lenguh je.


 1993.
Melepak kat mana ntah aku tak tau la ni, tapi kat Kajang, sementara tunggu kelas tusyen start.

Kalau naik motor lagi la. Memang aku pegang pinggang dorang kuat-kuat.
Fokus aku cuma satu je - aku taknak jatuh sorang. Kalau nak jatuh, meh jatuh jemaah.

Mula-mula tu aku tarik baju je. Tapi sebab budak-budak ni kan merempit, jadi kadang-kadang aku tertarik baju dorang kuat sampai tercekik Hamba Allah tu.
Dorang cakap kalau bawak aku naik motor, baju dorang jadi regang sebab aku tarik kaw-kaw.
Last-last dorang suruh je aku pegang pinggang dorang.
Eh, lagi bagus. So that kalau aku jatuh, kau pun jatuh sekali. Kau ingat aku nak biar aku tertonggeng menyembah jalan sorang-sorang?

Aku tak kisah apa pun pandangan orang waktu tu.
In fact now pun aku tak kuasa pikir apa orang cakap pasal aku.
Aku rasa aku honest berkawan dengan dorang and alhamdulillah, kawan-kawan lelaki aku walaupun semuanya bangsat-bangsat belaka perangainya, tapi aku sayang sangat dorang.
Sometimes aku rasa rindu nak melepak dengan dorang like dulu.

Pernah dulu aku MC tak datang skolah.
Time rehat dorang boleh menyusup keluar dari sekolah untuk check aku ada kat rumah ke tak, sakit ke apa.
Yang buat keje gila ni nama dia Amir and Erwan.
Siap belikan kuih yang aku suka beli kat kantin.
Time skolah dulu budak-budak skolah ingat aku ada skandal ngan Amir, sampai sentap-sentap wanita-wanita kat skolah yang syokkan Amir.
Aku dengar pun, alahaiiiii, takde orang lain ke kau nak gossipkan si Amir ni?
Ada ke patut jejaka hot kat skolah nak digossipkan ngan aku. Gila tak lojik. Biar la lojik sikit nak buat cerita pun. Barulah berpanjangan gossip tu. Ni gossip ntah hape-hape, lalu cerita tu pun dipandang sepi. Kah Kah Kah. Bodo.


Aku and Dery (kanan)
1994

Another one is Dery.
Dery ni satu group ngan aku dalam kumpulan pengawas.
Kadang-kadang dia teman aku buat report kat bilik pengawas.
Bila budak-budak junior tanya "Kak Diana ngan Abang Dery couple eh?"
Dery ni jenis selamba sikit. Dia jawab "Haah. Diana. Dery. Anak kita esok nama Daniel kan?'
Yang budak-budak junior ni pun suka la. Ntah hape yang dia suka pun aku tak tau.
Padahal awek si Dery tu ada je kat skolah yang sama.

Aku rasa Dery is antara kawan aku yang sangat rapat.
We share a lot of stories. Cerita dari zaman skolah, zaman U, apa yang dia suka, apa yang tak.

Dia la manusia yang paling rajin hantar surat kat aku.
Every week aku akan dapat surat from USM (dia blaja USM).
Housemate aku ingat Dery bf aku padahal dia dah ada awek kat USM. Tapi malas aku nak explain. Explain pun bukannya paham. Baik aku diam je.
Maybe sebab aku excited gila everytime dapat surat Dery jadi housemate aku semua ingat aku dah ada bf kat Semenanjung.
Padahal aku excited sebab aku rindu kawan-kawan aku.
Dah dia je yang rajin tulis surat of cos la aku excited. Baca surat senyum-senyum. Bukannya sebab bercinta tapi sebab Dery ni suka buat lawak.

Ada satu kali time balik bercuti raya, exbf aku si F tu ada kat rumah.
Kawan-kawan lelaki aku datang beraya semata nak tengok sape bf aku.
Dorang datang beraya, 9 orang, semua lelaki.
Esoknya exbf aku balik Perak.
Orang yang pertama datang kat aku pagi esok adelah Dery.
Dia cakap "I dont like him".
Mati-mati dia tak kasik aku bercouple ngan exbf.
Then the next day another friend Bulat and Suhaizam bagitau diorang tak approve aku ngan bf aku tu.
Siap tak approve kauuu. Hahahaha.
Dorang cakap bf aku 'nampak semacam'.


 1994, dengan classmate.
Melepak kat padang lepas latihan sukan.
L-R : Hanizan (Ketua Pengawas), Dery, Nurul, aku, Bulat and Leong.
Leong ni la yang aku bahankan untuk translate semua lagu-lagu Beyond.


Bila dorang dapat tau apa yang exbf buat kat aku, yang paling marah is Dery and Bulat.
Dery sampai tak bercakap-cakap ngan aku lama jugak sebab aku tak dengar cakap dia selama ni.
Masa tu aku realized aku ada kawan-kawan lelaki yang sangat baik.

Tapi tu la kan, tak semua orang faham konsep rapat and bercinta.
Masa sekolah dulu at one point of time aku terpaksa develop kebencian kat Dery sebab nak jauhkan diri dari dia (padahal aku satu kelas ngan dia), sebab people started pandang aku serong.
Seolah-olah macam aku ni nak kaut semua lelaki.
Dulu Amir, now Dery.
Aku macam....like wadehel la si Dery ni nak aku oiiii???

Mak Aji dulu pun hampir-hampir ready nak bermenantukan si Dery ni. Kah Kah Kah.
Sebab Dery ni very close ngan aku.
Mak Aji tanya "Kau ni berkapel ngan Dery ke?"

Aku macam, huh???
Pehalll.

Rupanya satu petang tu time cuti semester aku keluar pi bersembang ngan member-member kat port kitorang (padang bola tepi flat).
Dery call rumah.  Mak Aji yang jawab. Mak Aji bagitau "Diana dah keluar dengan Jeli pi padang katanya. Dery dah balik cuti ke?"
Dery jawab "Haah, makcik. Baru je sampai ni. Stokin pun tak bukak lagi"

Tak ke sesuatu sangat jawapan dia tu.
Stokin tak bukak lagi dah call carik aku.
Mana la orang tua tu tak pikir yang bukan-bukan.
Padahal kitorang cuma ada gossip yang nak dishare, sebab tu masing-masing excited nak jumpa.

Ada satu kali tu satu kelas gotong-royong mencantikkan bilik darjah.
Lelaki keje pasang langsir. Pompuan keje sapu-sapu lap-lap.
Masa tu Dery tengah panjat kerusi pasang langsir and kebetulan ada sape ntah keluarkan kek.
Aku mengunyah kat tepi mengarahkan si Dery ni cara nak pasang langsir sambil makan kek.
Pastu Dery toleh "Eh, bak la sikit. Suap. Tangan kotor".
Aku selamba je la suapkan.
Pastu budak-budak yang ada dalam kelas senyap.
Semua pandang kitorang.
Macam terparanjat la dah berkapel taknak inform dorang gitu.

Ni la yang aku menyampah.
Suka nau buat andaian.
Tanya la dulu apa sebab aku suap.
Ingat aku sesaje nak suap? Adik aku pun aku suruh suap sendiri okeh.

Bulat is another friend yang aku rasa dia ni macam takde kawan pompuan lain selain aku. Mbahahaha.
Sebab time dia kawen, aku je kawan pompuan antara kelompok kawan-kawan yang dia ajak. Yang lain lelaki.
alau terserempak ngan Mak Aji and Pak Aji tanpa aku ada pun dia akan tetap tegur and bersembang-sembang.

Another one is Mon.
Aku penah bergayut ngan Mon ni 3 jam tiap-tiap malam.
Mentang-mentang masing-masing pun duduk Bangi, borak berjam-jam pun bil berapalah sangat kan.
Padahal sah-sah satu kelas. Kat kelas jumpa, tapi tengah-tengah malam bersembang lagi macam nak rak.
Aku ngan Mon ada password.
Kalau dia nak call, dia akan ring satu kali.
Kalau telefon rumah bunyik satu kali tu aku dah tau dah jap lagi aku kena standby tepi telefon, kang Mak Aji angkat tak pasal aku kang.
Second ring tak sempat bunyik tu nak habis aku dah angkat dulu.
Sesuatu sangat kan?

Housemate aku dulu konfius aku ni ngan Dery ke ngan Mon. Padahal dua-dua pun tak.

Mon ni pemalas menulis jadi dia akan hantar kaset merekodkan suara dia and lagu-lagu yang dia tujukan kat aku. Every month dia hantar kaset suara dia.
Dah satu hal aku nak mendengar suara dia sejam.
Sape ajelah yang gila nak hantar kaset-kaset rakam suara kalau bukan boifren kan?
Tapi dalam kes aku, yang rajin hantar suara, nyanyi, semua KAWAN. Bukan boifren. 
Aku pun taknak kalahhhhh.
Dah kau hantar kaset, aku pun nak la hantar kaset gak.
Rekod suara aku, nyanyi lagu Kau Ilhamku Man Bai ramai-ramai dengan housemate, rekod and bagi Mon dengar. Sumbang-mambang takde hal.
Tu yang best bila kita hanya berkawan.
Takde risau pun adjust suara ke apa ke. Belasah je.

Now semua dah kawen.
Memang dari awal pun masing-masing takde hati kat each other.
Lagi seronok berkawan.
Dengan kawan ni kita jadi lebih terbuka.
Tapi dengan bf/gf, tak semua benda boleh cerita.
Sometimes dengan pasangan, kita terpaksa jadi hipokrit untuk menjadikan keadaan lebih baik.
Nak bagi good impression.
Tapi dengan kawan, lebih bebas bercerita.
Aku tak sure kat orang lain macamana, tapi kalau aku, memang aku lebih terbuka dengan kawan.
Maybe sebab tu jugak la penulisan aku pun transparent. Aku anggap yang baca ni semua kawan-kawan.

Tahun bila ntah aku buat open house, ramai kawan-kawan sekolah (lelaki) yang dapat hadir.
Mak mertua aku tanya "Yang lelaki ramai-ramai tu kawan sape?"
En Wan back-up aku "Kawan Diana, mak. Kawan-kawan Diana semua lelaki".
Seb baik laki aku dah paham and kenal semua kawan-kawan aku.
Sometimes, orang luar susah nak digest situasi ni.
Akan ada nanti orang yang kata "Ada perempuan, tapi nak berkawan ngan lelaki jugak".
Kerana tu lah, semua kawan lelaki aku, family aku mesti kenal.
So that aku tak perlukan approval dan penilaian orang luar tentang diri aku. Cukup family aku tau dengan sape aku berkawan.

Bila ada yang rasa pelik kenapa boleh ber-bestfren-kan opposite sex tanpa ada rasa cinta, aku tak rasa benda tu pelik.
Kalau bercinta dengan kawan baik dianggap tak pelik, kenapa bila kita tak jatuh cinta dengan kawan baik nak dianggap pelik pulak?
Adekah satu kemestian bila kita berkawan rapat dengan opposite sex maka akhirnya dua-dua ni mesti marry each other?

Aku tak terkejut bila nampak hero heroin TLU ni rapat boleh melepak satu bilik (of cos ada orang lain sama dalam bilik tu).
Your soul mate isn’t necessarily the man in your life.
Adakalanya one person can’t meet all your needs.
Of cos, kita sayang suami kita, kita sayang isteri kita, dia pun sayang kita, kita happy bila ada dengan dia.
Tapi kadang-kadang, the greatest love in your life can’t be found with a husband/wife.
Ada pasangan yang boleh share segalanya bersama. Ada yang tak. Penerimaan setiap orang berbeza.
Ada yang dapat pasangan yang berbeza dalam banyak perkara.
Dan perbezaan itulah yang buatkan tak semua benda kita boleh cerita.
Di situlah hadirnya fungsi kawan rapat aka BFF.

Kebanyakkan orang, bila dia berkahwin, dia merasakan pilihan dia dah perfect sehingga ke satu tahap dia rasa bila dah berkahwin, zaman berkawan-kawan ni semua dah tak perlu. Slowly ditinggalkan.
Dan expectation dia terhadap pasangan semakin lama semakin tinggi. Sebab dia dah takde orang lain, hanya mengaharapkan yang satu ni je.
Dia mengharapkan pasangan sentiasa fulfill expectation dia dari segi emosi dan sosial.
Tapi berapa ramai yang mampu buat semua ni?
Kalau mampu good. But what if tak mampu?
And apa akan terjadi sekiranya expectation ni increasingly grow tanpa ada tindakan dari pihak yang lagi satu?
Tak heran la bila wujudnya skandal dalam FB.
Sebab masing-masing baru mula nak cari tempat meluahkan ketidakpuasan terhadap pasangan.
Kalau ada kawan rapat kan bagus.
Kawan yang kenal kita in and out.
Yang bukan hanya tau sokong kita but at the same time tegur kita baik-baik.
Yang kenal both kita dan pasangan. Jadi dia tak bias.
Ni kau luahkan kat orang yang hanya kenal kau. Of cos la dia nampak yang baik je kat kau.
Dan akhirnya dia memburuk-burukkan pasangan kau.
Dan kau pun termakan hasutan.
Pastu terjebak.
Pastu pastu pastu....bla bla bla.

BFF kau pompuan ke, BFF kau lelaki ke, tak jadi masalah kalau masing-masing tau konsep BFF tu sendiri.

Sendiri pikirlah.


Akikah Rayyan.

Depan : Bulat
Tengah : Suhaizam
Belakang : Dery


Yang perempuan tu wife dorang.
Yang lelaki tu semua kawan aku. Hahaha.





2015-04-04

Sebetik



Haihhhh!!
Ni lah yang dikatakan pepatah "Di belakang setiap lelaki yang berjaya, pasti ada wanita".
Kah Kah Kah.

Shock gila aku dapat information ni dari teacher Rayyan.
Hoiii, pampers pun pakai lagi malam-malam ada hati nak mengendeng anak dara orang.
Tapi bab improvement tu memang aku nampak perubahan Rayyan.
Dulu dia mana suka nak study study ni semua.
Menulis pun taknak.
Taunya menyanyi. Sampai stress camana la aku nak ajar Rayyan ni blaja. Kalau nak dikatakan takde contoh, rasanya dalam rumah ni semua orang suka membaca.
Aku ni manjang je dengan buku, tengok tv pun tangan pegang buku.
Pegang je, baca belum tentu.
Redza memang sentiasa dengan homework and latihan bapak dia bagi, so boleh dikatakan asik dengan buku.
Contoh dah ada.
Tapi Rayyan masih taknak ikut.

Dalam sebulan ni dia suka sangat study.
Dia pulak yang angkut flash card and mintak aku ajar dia "Ma, jom kita study".
Pastu kejap-kejap tarik kertas kat printer mintak aku suruh dia tulis apa-apa.
Selalunya aku akan suruh dia tulis B, D, Y, H....random. Saje nak tengok dia ingat ke tak huruf-huruf tu.
Alhamdulillah dah tau semua now.

Yang paling aku terperanjat, kalau azan Maghrib and Isyak mesti dia akan naik ke bilik aku and masuk toilet, cakap "Ma, adik nak solat".
Wahhh, teruja aku.
Tapi jangan tanya la kiblat dia arah mana.
Sukati dia je nak tadah sejadah tu hala mana.
Sukatilah, janji kau perform solat.

Rupanya...inilah rahsia disebalik kerajinan beliau.
Ada BFF rupanya.
Aida namanya.
Siap pegang-pegang tangan lagi dalam kelas.
Abang kau yang skolah omputih tu pun tak pegang tangan dalam kelas okeh?




Ni semalam.
Kalau Jumaat selalunya aku akan start keje tengahari.
Jadi pagi aku spend time dengan dia berjalan-jalan mencarik nasik lemak dan singgah Select untuk bayar cukai.

Rayyan ada satu persamaan yang jelas lagi nyata dengan aku :

1. Berangan
2. Cakap sorang-sorang
3. Menyanyi.
4. Belasah konfiden.

Berangan tu memang rasanya followers FB and IG aku dah paham sangat tahap Rayyan punya berangan. Nak-nak lagi kalau buat fashion show tu kan. Macam-macam gaya dia buat.
Tu the power of berangan la tu.
Aku kecik-kecik pun suka huru-harakan lemari Mak Aji.

Cakap sorang-sorang memang dah nampak dah.
Mula-mula dulu aku cuak jugak budak ni nampak apa yang sampai beria cakap sorang.
Siap bergaduh sorang-sorang tu.
Lama-lama aku nampak cara dia tu sebijik macam aku.
Aku kan sampai skarang still suka cakap sorang-sorang.
Maybe 'kelebihan' tu yang menjadikan aku berani bercakap depan orang kot.
Practice makes perfect kata orang Jawa.

Menyanyi is something yang satu keluarga dah discover dari Rayyan kecik lagi.
Dia memang suka nyanyi especially dalam kereta.
Ni pun penyakit mak dia jugak.

Tapi yang paling power dia punya belasah konfiden tu.
Aku pun kalah.
Rilek je belasah lirik lagu dengan muka penuh yakin.

"Walau sebetik..rindu mence...."

SEBETIK pun SEBETIK lahhhh.





2015-04-03

12 years



Macam biasa, entry aku setiap 1 April akan ada tempias Leslie.
Nak buat camana kan, dapat girlfren setia camni la. Dah 12 tahun pun still gila bayang lagi.
Dan setiap kali anniversary Leslie and birthday Leslie, semangat aku nak repeat HK membara-bara.
Siap gugel nak stay kat Mandarin Oriental HK. Kalau boleh nak duduk satu floor dengan tempat dia terjun dulu.

*mohon lempang kasik sedarkan diri sikit*

Tapi yang turn off-kan aku adelah memikir apa cara aku nak pi HK tu selain naik flight.
Mikirkan tang ni la segalanya akan menjadi kabur tiba-tiba.
Teringin sangat nak pi HK tengok fans dia gather depan Mandarin Oriental setiap kali 1 April.
Tak pun gi HK every 12 September, lepak kat Arena of Stars. Dorang akan tayangkan balik filem-filem Leslie sepanjang bulan kalau tak salah aku.

Tapi tu la dia.
Mikirkan kapal terbang je segala angan-angan jadi gelap.
Takpe. Yang penting angan-angan tu ada.
This time kalau pergi HK lagi, pastikan duduk kat Mandarin Oriental. Aku tak kira.

Hensem gila Leslie ni.
Agaknya kalau yang tekel aku kat LRT dulu muka camni, konfem aku tinggalkan En Wan.
Cewah, memilih taknak kalah. Bajet lawa.
Entah-entah kalau lelaki tu pulak nampak aku, terus petang tu jugak dia beli kereta. Tak naik LRT dah sampai bila-bila. Kah Kah Kah.


Selasa malam. Malas masak.
Sebab petang tu Putra Heights hujan ribut, aku takut nak masak.
Lepas Maghrib hantar Redza pi tusyen and kitorang terus pi Main Place USJ, pekena Absolute Thai.



Mak mertua aku dah tak berapa nak keluar berjalan skarang.
Asal kitorang ajak keluar jalan je mesti dia taknak. Nak duduk rumah. Mesti dia fedap kalau ikut kitorang berjalan asik mentekedarah tak abis-abis.
Pastu anak lelaki dia kalau berjalan mana tau stop.
Selagi tak abis satu bangunan tu dia pusing.

Kalau weekend lagi la mak aku taknak keluar sebab nak layan Asam Pedas.
Padahal boleh je rekod. Taknak jugak.
Jadi, Selasa lepas aku suruh En Wan pujuk mak ikut jugak.
Mujur la time tu tengah hujan. Mak aku ni kalau hujan je dia tutup TV, takut kena kilat katanya.
Aku tau mesti dia boring punya TV takleh bukak, so dia pun join.
Bila dia join tu yang aku suggest makan kat Absolute Thai. Kalau mak aku tak join, aku ajak En Wan pi mamak je.

Nak masuk Absolute Thai ni terpaksa pusing jauh okeh.
Sebab depan Absolute Thai ni ada Toys'RUs.
Asal masuk sini je bawak keluar sekotak Lego. Asal masuk je bawak keluar Lego.
Lego kalau RM50 takpe.
Sekali dia pegang, hah kauuu RM160.
Luruh rerambut-rerambut aku.


Kailan ikan masin.
Ngeri aku nak makan.
Batang besar sangat.


Absolute Thai punya tomyam memang superb.
Dah banyak kali masuk Absolute Thai memang tomyam dia power gila.


Ni hidangan wajib.
Ayam pandan leaves.


Ni sedap tapi aku tak suka kerapu.
Memandangkan siakap takde, no choice ambik yang ni.
Garing gila!
Sampai mata ikan keras macam batu.
Aku kan kalau makan ikan besar-besar camni aku suka makan mata ikan.
Kalau masak steam lagi best sebab mata ikan lembut je.
Bila dah garing sangat macam ni mata tu dah jadi keras. Bahagian lain memang la sedap krup krap krup krap, tapi mata ikan tak dapat makan :(


Tak dapat Leslie, dapat ni pun jadiklah buat gentel-gentel.



Announcement :
Bulan March aku ada letak pop-out kat blog untuk pengguna Ephyra kan?
Pastu ada 200 pengguna Ephyra terawal email.
And korang pun dah tau apa offer aku untuk March, ramai yang dah pun commit.
So aku janji those yang commit to last month punya offer, korang akan dapat new email this month.
Just tunggu je email dari aku ya.

Yang terlepas offer last month (offer tu aku email, tak announce kat blog), make sure rajin bukak blog ni. Nanti aku akan create new pop-out so that you can register.



2015-04-02

Suamiku seorang competitor. Like I care????




Thank you Majalah Ibu & Anak untuk interview ni.

Berani mati betul aku keluar mags dengan muka tak siap.
Sumpah aku baca sekali lalu je artikel ni sebab :

1. Muka tak siap.
2. Muka macam loyang.

Memang nampak jelas muka kepenatan.
Masa ni aku silap susun schedule.
Ada talk yang aku attend for 4 days, dari pagi santak ke malam.
Pastu next day aku setuju untuk diinterview pukul 11 pagi.
Lepas interview ni aku terus zassss jumpa customer pulak.....dengan muka tak siap ni jugak.

Tapi yang best bila En Wan bukak-bukak magazine ni ayat dia "Huishh! Gemuknya!"

Sentap?

Tak lansung.

Itu tandanya sekarang aku dah kurus.
Sikit.
Hahahahahha.

Masa dia shoot ni kalau tak salah bulan Feb.
Berat aku 54kg time ni.
Takde la besar sangat, besor lagi time aku matrik dulu.
Tapi memang terasa la lebihan babat-babatnya.
Nak lagi kalau tahiyat akhir tu kan. Berlipat-lipat lemak kat pinggang.

Tapi bagus jugak bila gamba magazine ni keluar.
Baru la aku nampak beza aku dulu and now.
Baru-baru ni aku up gamba kat IG ada orang komen kenapa nampak kurus kenapa nampak cengkung, ok now aku dah kurus. SIKIT.
Semalam aku timbang 49.8kg. Lebih kurang 50kg la.



Aku sebenarnya sedang meng-guineapig-kan diri dengan mengetest kapsul-kaspul ni.
Yang merah tu sepatutnya lebih power tapi kat badan aku takde efek pulak. So aku stop.
Pastu aku try yang biru.
Yang biru tu aku makan 3-4 hari, hari kelima terus berak-berak.
Best gila.
No, aku tak sekat makan lansung. Alhamdullilah berat turun sikit.
Tapi rasanya aku maintain takat 49-50kg je la kot.
Sebab bila dah susut sikit ni muka aku dah macam orang sakit pulak.
Nama pil ni takde, sebab ni fresh dari lab ni.
Nampak macam berkesan tapi aku tak plan nak releasekan lagi bendalah ni sebab aku tengah fokus on 2 projek. One is Halal Kit and another one insyallah, new biotech-based drink is on its wayyyyyyy.

Tolong doakan Halal Kit ni dapat release tahun ni jugak.
Kitorang tengah cuba untuk jadikan kit ni can test both alcohol and porcine.
Terlalu banyak testing kena buat now sampai rasa nak giveup pun ada.
Cuma aku tak plan macamana nak commercialize kan lagi. Tunggu kit habis testing dulu.
This is something yang akan bagi benefit kat orang awam Muslim macam kita semua. So, tolong doakan ya. Mungkin ada di antara pembaca blog ni yang doa-nya makbul.

Pil berak-berak tu biar aku je la yang test dulu.
Badan aku dah jadi kerempeng macam Kate Moss nanti baru aku produce ok?




Bab paling best sekali adelah bila spy aku printscreen FB post En Wan.
Hahahaha.
Ada hati nak mengutuk aku orang tua ni.
Dia tak tau spy aku ada kat sana.
Tapi aku tau tali barut En Wan pun ada kat FB list aku. Like I care????? *hembus ludah kuku*

Baideway, perhatikan perenggan kedua En Wan.

MENGARAP tu apa?

MenGGarap la oiiiii!

So this is why aku selalu tensi melayan sms/whatsapp dia.
Dia punya ejaan memang ke laut.
Aku heran camana SPM BM dia boleh A.



2015-03-30

Cerita mamat Kuching tu dah habis. Jangan request apa-apa lagi.


Rupanya ramai jugak yang berharap aku sambung cerita mamat Kuching tu.
Petang tadi lepas check email, macam ramai nau yang tak puas hati entry hari ni takde kena-mengena ngan mamat Kuching.
Kau ingat aku tulis cerpen???

Cerita tu dah habis dah. Tak kuasa aku nak cerita satu-satu.

Thank you, tak sangka banyak jugak email aku dapat lepas tulis entry tu.
Ada yang cerita pasal love story dorang, ada yang cerita masalah rumahtangga, and ada yang merempan apesal aku tak abiskan cerita.

Tapi dalam banyak-banyak email tu, email yang aku dapat today paling best.
Sebab dia tulis dalam bahasa Sarawak. Hehe.
Lama dah aku tak bersembang bahasa Sarawak. Dah keras dah lidah aku, tapi kalau kau bercakap ngan aku, insyallah faham lagi.

Silakan baca.
Kalau tak faham, nasib kau lah.



Sometimes, apa yang kita nak tu bukan yang the best untuk kita.
Kadang-kadang bila terlalu perfect di mata kita pun, akan menjadi kepayahan di masa depan.
Just like apa yang reader ni tulis, dia akhirnya jadi tak senang duduk bila bercouple dengan that guy.

Sama la macam apa aku rasa dulu.
Cuma bezanya aku and him tak declare apa-apa official pun. Baru 2 bulan je kot.
Tapi dalam tempoh 2 bulan tu banyak pengalaman baru. Just like macam apa yang aku imagine. Seolah-olah macam apa yang berlaku between aku and him macam dalam skrip novel.
Series aku tak tipu. Aku syak laki ni pun jenis yang baca novel cinta kot.

Tapi bila semuanya terlampau perfect and 'mengikut skrip', lama-lama aku dah boleh bajet what will happen next.
2-3 minggu yang awal tu memang la excited gila sebab segalanya macam kita harapkan.
Macam baca novel. Tapi watak tu keluar ke alam realiti.
Masuk minggu ke 4, 5, 6, macam dah takde magis dah.
Bukan boring.
Tak boring, cuma dah rasa macam biasa.

Sebab segalanya dah jadi rutin.
Of cos la lama-lama jadi biasa.
Dah la takde adegan sentap-menyentap lansung.
Oh ye la, camne nak sentap kan, aku bukannya couple ngan dia pun. Lupa pulak. Hahaha.

Then aku realized, romantik ni hanya akan jadi best bila ia jarang-jarang berlaku.
Sebab tu perempuan suka sangat hadap drama-drama and baca novel cinta.
Sebab in reality, elemen romantik ni bukannya selalu sangat ada.
Jadi bila para wanita sesekali menghadap drama cinta yang sweet sweet ni, semua jadi cair-bair.

Kita baca novel cinta pun bukannya lama. Tempoh bacaan kejap je. Sebab tu semuanya rasa sweet.
Cuba kalau novel tu tebal nak mampus makan 2 tahun baru habis baca.
Dan sepanjang 2 tahun jugaklah kau hadap ayat-ayat sweet dalam novel tu.
Tengok apa jadik.
Muntah okeh, muntah!
Belahak.

Pernah dulu aku bertekak ngan En Wan pasal ni.
Aku question dia kenapa dia biar je aku macam ni lepas bertunang, takde call macam dulu, takde email macam dulu, kalau call pun asikla la nak cakap cepat-cepat.
Dan aku start la membandingkan dia dengan mamat tu. Aku cakap En Wan dah takde effort nak 'pegang' aku.
Menggelabah jugak la En Wan tunang buat hal.
Dia cakap tak adil nak bandingkan dia dengan orang lain dalam keadaan dia tak duduk dekat ngan aku.
En Wan cakap kalau betul nak compare, tunggu dia balik. Biar sama-sama duduk dekat.
Masa tu baru adil nak bersaing. Wah, macho la konon tu.

Pastu aku pikir-pikir balik, betul jugak cakap dia.

Awal-awal nak tekel dulu, bukan aku tak nampak effort dia.
3-4 jam sekali bergayut dari Jepun. Sampai panas telinga aku.
Sekejap meniarap, sekejap terlentang, kejap menonggeng, punyalah lama berborak!
Pernah satu kali tu aku borak sambil tertido.
Dia call lama sangat, aku nak suruh stop tak sampai hati sebab dia call dari Jepun.
Aku layankan aje sembang, last-last aku tido.
Nampak sangat aku ni kalau benda rutin, aku akan jadi cepat boring.
Sedar-sedar je dah siang.

Dulu, kejap-kejap aku dapat bunga dari dia, kejap-kejap dapat Teddy Bear.
Pernah jugak dia poskan lingerie kat aku. Motif pos coli kat aku??

Tu belum lagi bab kirim duit kadang-kadang sampai RM1000, buat belanja katanya.
Dia cakap kesian aku tak dapat shopping sebab gaji kecik.
Tapi tu dulu la before kawen. Now aku tak dah nampak bayang RM1000 tu.

Kalau email ni toksah cakap. Sampai bosan pulak aku nak baca. Sehari sampai 4-5 email.
Kadang-kadang tu email just tulis I LOVE YOU je pun.
Beria aku excited nampak email masuk. Bukak-bukak, la ni je???
Tapi masa tu aku rasa bangga.
Sebab nampak jelas effort En Wan hantar email banyak-banyak kali.
Terasa diri ini hot seketika. Perempuan kan suka lelaki kejar-kejar dia camtu. Hahaha.

Then aku sedar yang En Wan pun buat benda yang sama macam apa yang mamat Kuching tu buat, bezanya waktu tu En Wan jauh.
Dan cara En Wan handle aku tu berbeza.
Bukan dengan cara romantik jiwang-jiwang all the time.
Bukan sentiasa nak bagi aku cair, but lebih kepada kesungguhan untuk jadikan aku wife.
 
Sometimes, apa yang kita rasa macam menepati citarasa, belum tentu akan serasi.
Macam makan ubat.
Pahit, tapi serasi dengan badan, dan boleh menyembuhkan.

Seronok jugak bila bercinta dalam keadaan masing-masing duduk jauh.
Bila sesekali jumpa, chemical sparks!
Malam nikah, orang lain semua layan first nite.
Aku ngan En Wan layan movie! Yeahhhhhhh.
Sebab masa bercinta tak sempat nak bermovie.



2015-03-29

Pipi mak saya seperti...



Wajah Sabtu lepas.
Gembira sebab nak gi makan nasik lemak Pak Abu.

Weekend kali ni sana sini penuh orang bershopping. Sampaikan Giant pun bersusun orang kat kaunter. Habis masa kat beratur je padahal aku nak bayar tak sampai RM200.
Penangan GST lah konon.
Padahal bulan depan dah tentu-tentu kena shopping lagi. Tapi takpelah, at least jimat la RM50-60 kan.

Macam biasa, asal weekend je bontot kitorang panas, takleh duduk rumah.
Kebetulan Sabtu lepas aku sangat in the mood untuk bershopping buku.
Rasa macam koleksi bahan bacaan kat rak aku ni makin menyusut jadi kena tambah supaya aku tak terbangang-bangang dalam rumah sendiri tak tau nak baca apa.

Tapi bila dah masuk mall, nak beli buku je lah konon, terus beli baju-baju Redza and Rayyan.
Beria aku ngan En Wan beli baju anak macamkan esok nak raya.
Lalu kat area baju ni terpandangkan Xixili.
Tetiba teringin nak beli new lingerie.

Dah la masa aku masuk butik Xixili tu salesgirl tu buat dek je.
Lepas belek-belek aku cakap kat dia "E75. Ada new arrival?"

Boleh dia tanya aku balik "You pakai Xixili ke?"

Aku pulak blur apesal kau tanya?
Muka gila kerek minah tu.
Tau la muka aku berselipat time ni, takyah la nak double standard.

Tu satu.
Lagi satu bila aku nak beli panties.
Aku kata aku pakai M, mati-mati dia kata aku pakai L.
Macam dia lak lagi tau size bontot aku.
Padahal dah ukur. L besar. Tapi dia insist jugak aku ambik L.
Padahal semua Xixili aku size M.
Oklah takpe. Spender je kot. Aku pun ambik je la L.
Balik rumah test, hah kauuu. Dah macam spender nenek-nenek.
Gila besar. Boleh tarik sampai ke dada. Tak bernapas terus pusat aku.
Bengkek betul aku ngan Xixili.
Ntah hape yang dia jaki ntah paksa-paksa customer ambik size besar. Seb baik coli pun dia tak suruh aku ambik yang besar. Kang orang lain pakai coli tutup dada, aku tutup sampai muka.



Masa beli toner, sales Clinique ni biasa la promote aku pakai krim tu krim ni. Dia pegang-pegang pipi aku nak check apa ntah. Aku tadahkan aje.
Pastu si Rayyan pun sibuk nak pegang pipi aku jugak. Biasa la kan, dia kan kepoh.

Orang tu pegang-pegang pipi aku tak cakap apa pun.
Si Rayyan pegang pipi aku siap tonyoh-tonyoh pastu cakap "Eiiii... pipi mama ni macam tetek aje".
Elok je depan tu mamat jaga kaunter.
Motif nak cakap pipi mak kau tembun ke apa ni.

Kesian mamat tu sampai tersasul-sasul punch sebab nak mengelakkan dari pandang pipi aku. Kah Kah Kah.



Dah tak tau nak masuk mana, maka masuk Mango.
Sebenarnya aku tak paham apesal ramai suka beli baju kat sini.
Baju sini biasa je kot.
Kain dia pun nipis je. Kalau menggeliat lebih sikit mesti tetas baju kau.
Bukan maksudnya baju-baju sini tak cantik.
Cuma cara orang bercerita tu macamkan baju-baju kat dalam ni kelas nau.
Aku ada masalah sikit nak cari baju kat dalam ni sebab kebanyakan material dia dari kain kejung. Panas lak tu.
Kalau satin silk pulak jenis yang nipis je. Kalau terkangkang sikit mesti tersiat.
Tapi aku rembat gak la dalam 4 helai sebab dah alang-alang masuk and nampak ada 4 helai yang boleh dipakai.

Dulu aku suka pakai blouse kain chiffon.
Especially kalau VOIR memang suka sangat guna chiffon. Dulu takde hal. Sebab tak pakai tudung. Memang suka sangatlah aku pakai baju see thru ni.
Tapi bila dah bertutup ni everytime nak pakai blouse chiffon, kena pakai inner.
Kau kalau duduk UK takpe la jugak nak pakai berlapis-lapis ni kan.
Ni kat Malaysia dengan suhu dah cecah 38C, ni pakai inner berlapis-lapis memang lecak ketiak oi.

Jadi now aku dalam misi beli baju-baju baru yang tak jarang dan tak panas and tak kejung.
Korang kalau tau kat mana nak beli baju macam ni selain Mango and Dorothy Perkins, let me know ya.



Dan tiba-tiba terasa nak makan TGI.
Tapi bila masuk TGI, tengok menu, terus rasa menyesal tak tau nak order apa.
TGI ni takde menu baru ke apa eh?
Series aku tak tau nak makan apa dah bila masuk sini.
Agaknya sebab aku lapar nasik kot.

Dulu kan masa mula-mula blaja masuk TGI aku rasa TGI ni macam eksklusif gila tempat untuk makan dengan bertenang-tenang sambil pandang-memandang mata ke mata. Gitu.
Now jangan kata nak merenung mata laki, aku dapat habiskan setengah pinggan pun dah besar rahmat.
Bawak Rayyan makan kat restoran memang agak ya ampun sikit.
Dia tak berpencak. Tapi banyak mulut.
Time aku duduk baca buku tu takde pulak dia nak bersembang. Elok je aku nak menyuap time tu la dia nak tanya macam-macam.
Rasa nak nangis sebab rasa tercekik sambil mengunyah sambil nak jawab soalan.
Hari tu agaknya dia dah boring tanya soalan macam-macam aku malas nak layan, dia tukar teknik pulak.
Tetiba je dia menyanyi sekuat-kuat hati "..sakitnya tu di sini dalamnya ati ku. Sakitnya tu di sini dalamnya atiku..". Pastu sambung lagu tema Asam Pedas Untuk Dia. Lagu tu pun dia balun nyanyi. Gila tak paham aku.

Orang kiri kanan dah terjenguk-jenguk gerangan sapekah yang bersuara halus dan nyaring.
Orangnya tak nampak. Suara je dengar.


Terus kena marah ngan En Wan.
Tapi muka dia pandang bapak dia tu macam nak tanya "Apesal?"



Aku punya.


En Wan punya. Tak sedap.