2015-04-06

Life partner vs kawan lelaki




Gituuuuuuuuuu.

Tetiba kat entry aku ada keluar gamba artis.
Tak pasal-pasal.

Tapi, ada kena-mengena dengan apa yang aku nak cerita hari ni.

Tapi mula-mula nak say thank you kat this one reader yang secara tak lansung bagi idea untuk aku tulis entry today.
Reader ni la yang bagi maklumat.
Dia bagi printscreen gambar kat bawah.
Dia tanya if aku dengan kawan-kawan lelaki aku macam ni ke (rapat gila macam gambar bawah), sebab dalam entry aku yang terdahulu, aku cakap bestfren aku lelaki.




Aku tau mesti ada yang pelik macamana sorang lelaki and perempuan boleh jadi so close, tapi tak fall for each other.

Aku tak sure macamana kisahnya si hero and heroin TLU ni, tapi kalau baca komen-komen yang aku highlite ni, nampaknyanya dorang ni rapat sebagai kawan je. Agaknya la.

Tapi aku taknak highlite pasal orang lain.
Sebab aku sendiri ada pengalaman macam ni.

Besides Apeng (Ina), aku ada bestfren lelaki yang sangat close.
Sebenarnya kawan-kawan aku sendiri lagi ramai lelaki dari perempuan.
Dari zaman skolah lagi pun, yang ramai bertepek kat rumah Mak Aji tu adelah kawan-kawan lelaki aku.
Dorang pun dah jadi macam family, masuk rumah bagi salam, terus straighttttttt masuk dapur.
Brsembang ngan aku and Mak Aji Pak Aji kat dapur je. 
Kadang-kadang tu aku suruh kopekkan ikan bilis terus. Dah kau masuk dapur sape suruh kan. Kau ingat masuk dapur ni duduk saje-saje? Nah, ambik ni ikan bilis. Kopek!

Time matriks dulu, asal balik bercuti je, pagi sampai rumah, petang tu start dah berbondong-bondong moto depan rumah Mak Aji.
Kawan-kawan lelaki aku datang bersidai depan rumah.
Ajak masuk ke dalam dorang taknak sebab masa ni ramai dah pandai merokok.
Mak Aji dulu asik tanya aku "Kau ni takde kawan pompuan ke?"

Ada.
Bukan takde.
Tapi kawan-kawan aku semua perangai macam aku.
Yang set-set ayu ni mana la nak berkawan ngan aku.

Dulu Mak Aji berkira-kira sapelah yang antara ramai-ramai bersidai kat depan rumah ni bakal jadi menantu dia.
Nan ado.
Sorang pun tak tersangkut.
Dorang pun tak tersangkut kat aku, aku pun tak tersangkut kat dorang.

Entah la.
Susah aku nak explain benda ni.
Ada orang kata satu benda yang mustahil bila lelaki and perempuan berkawan baik, tapi tak bercinta.
Yes, kebanyakkannya berakhir dengan bercinta, berkahwin.
Tapi tak semua. Maybe 10% tak macam tu.
Aku ni mungkin jugak antara 10% yang ber-betsfren-kan lelaki, tapi habis takat berkawan je. Tak sampai ke pelamin pun.

Punyalah closenya aku dengan kawan-kawan lelaki aku dulu, kalau beli teh O ais ikat tepi, boleh rotate sampai 5-6 orang, takde hal.

Tak kisah lansung nak kongsi straw.

Balik dari tusyen selalunya bas penuh.
Tapi aku naik gak demi nak catch Jade Solid Gold pukul 6pm.
Takde tempat duduk pun takpe sebab aku boleh duduk atas peha member lelaki aku.
Dorang ni pun bangsat gak. Taknak berdiri sebab penat. Kajang ngan Bangi jauh.
So dorang duduk pastu aku duduk atas riba.
Tapi takde la duduk macam dorang tengah meriba aku betul-betul.
Kira macam aku park bontot aku atas riba dorang sikit nak bagi hilangkan lenguh je.


 1993.
Melepak kat mana ntah aku tak tau la ni, tapi kat Kajang, sementara tunggu kelas tusyen start.

Kalau naik motor lagi la. Memang aku pegang pinggang dorang kuat-kuat.
Fokus aku cuma satu je - aku taknak jatuh sorang. Kalau nak jatuh, meh jatuh jemaah.

Mula-mula tu aku tarik baju je. Tapi sebab budak-budak ni kan merempit, jadi kadang-kadang aku tertarik baju dorang kuat sampai tercekik Hamba Allah tu.
Dorang cakap kalau bawak aku naik motor, baju dorang jadi regang sebab aku tarik kaw-kaw.
Last-last dorang suruh je aku pegang pinggang dorang.
Eh, lagi bagus. So that kalau aku jatuh, kau pun jatuh sekali. Kau ingat aku nak biar aku tertonggeng menyembah jalan sorang-sorang?

Aku tak kisah apa pun pandangan orang waktu tu.
In fact now pun aku tak kuasa pikir apa orang cakap pasal aku.
Aku rasa aku honest berkawan dengan dorang and alhamdulillah, kawan-kawan lelaki aku walaupun semuanya bangsat-bangsat belaka perangainya, tapi aku sayang sangat dorang.
Sometimes aku rasa rindu nak melepak dengan dorang like dulu.

Pernah dulu aku MC tak datang skolah.
Time rehat dorang boleh menyusup keluar dari sekolah untuk check aku ada kat rumah ke tak, sakit ke apa.
Yang buat keje gila ni nama dia Amir and Erwan.
Siap belikan kuih yang aku suka beli kat kantin.
Time skolah dulu budak-budak skolah ingat aku ada skandal ngan Amir, sampai sentap-sentap wanita-wanita kat skolah yang syokkan Amir.
Aku dengar pun, alahaiiiii, takde orang lain ke kau nak gossipkan si Amir ni?
Ada ke patut jejaka hot kat skolah nak digossipkan ngan aku. Gila tak lojik. Biar la lojik sikit nak buat cerita pun. Barulah berpanjangan gossip tu. Ni gossip ntah hape-hape, lalu cerita tu pun dipandang sepi. Kah Kah Kah. Bodo.


Aku and Dery (kanan)
1994

Another one is Dery.
Dery ni satu group ngan aku dalam kumpulan pengawas.
Kadang-kadang dia teman aku buat report kat bilik pengawas.
Bila budak-budak junior tanya "Kak Diana ngan Abang Dery couple eh?"
Dery ni jenis selamba sikit. Dia jawab "Haah. Diana. Dery. Anak kita esok nama Daniel kan?'
Yang budak-budak junior ni pun suka la. Ntah hape yang dia suka pun aku tak tau.
Padahal awek si Dery tu ada je kat skolah yang sama.

Aku rasa Dery is antara kawan aku yang sangat rapat.
We share a lot of stories. Cerita dari zaman skolah, zaman U, apa yang dia suka, apa yang tak.

Dia la manusia yang paling rajin hantar surat kat aku.
Every week aku akan dapat surat from USM (dia blaja USM).
Housemate aku ingat Dery bf aku padahal dia dah ada awek kat USM. Tapi malas aku nak explain. Explain pun bukannya paham. Baik aku diam je.
Maybe sebab aku excited gila everytime dapat surat Dery jadi housemate aku semua ingat aku dah ada bf kat Semenanjung.
Padahal aku excited sebab aku rindu kawan-kawan aku.
Dah dia je yang rajin tulis surat of cos la aku excited. Baca surat senyum-senyum. Bukannya sebab bercinta tapi sebab Dery ni suka buat lawak.

Ada satu kali time balik bercuti raya, exbf aku si F tu ada kat rumah.
Kawan-kawan lelaki aku datang beraya semata nak tengok sape bf aku.
Dorang datang beraya, 9 orang, semua lelaki.
Esoknya exbf aku balik Perak.
Orang yang pertama datang kat aku pagi esok adelah Dery.
Dia cakap "I dont like him".
Mati-mati dia tak kasik aku bercouple ngan exbf.
Then the next day another friend Bulat and Suhaizam bagitau diorang tak approve aku ngan bf aku tu.
Siap tak approve kauuu. Hahahaha.
Dorang cakap bf aku 'nampak semacam'.


 1994, dengan classmate.
Melepak kat padang lepas latihan sukan.
L-R : Hanizan (Ketua Pengawas), Dery, Nurul, aku, Bulat and Leong.
Leong ni la yang aku bahankan untuk translate semua lagu-lagu Beyond.


Bila dorang dapat tau apa yang exbf buat kat aku, yang paling marah is Dery and Bulat.
Dery sampai tak bercakap-cakap ngan aku lama jugak sebab aku tak dengar cakap dia selama ni.
Masa tu aku realized aku ada kawan-kawan lelaki yang sangat baik.

Tapi tu la kan, tak semua orang faham konsep rapat and bercinta.
Masa sekolah dulu at one point of time aku terpaksa develop kebencian kat Dery sebab nak jauhkan diri dari dia (padahal aku satu kelas ngan dia), sebab people started pandang aku serong.
Seolah-olah macam aku ni nak kaut semua lelaki.
Dulu Amir, now Dery.
Aku macam....like wadehel la si Dery ni nak aku oiiii???

Mak Aji dulu pun hampir-hampir ready nak bermenantukan si Dery ni. Kah Kah Kah.
Sebab Dery ni very close ngan aku.
Mak Aji tanya "Kau ni berkapel ngan Dery ke?"

Aku macam, huh???
Pehalll.

Rupanya satu petang tu time cuti semester aku keluar pi bersembang ngan member-member kat port kitorang (padang bola tepi flat).
Dery call rumah.  Mak Aji yang jawab. Mak Aji bagitau "Diana dah keluar dengan Jeli pi padang katanya. Dery dah balik cuti ke?"
Dery jawab "Haah, makcik. Baru je sampai ni. Stokin pun tak bukak lagi"

Tak ke sesuatu sangat jawapan dia tu.
Stokin tak bukak lagi dah call carik aku.
Mana la orang tua tu tak pikir yang bukan-bukan.
Padahal kitorang cuma ada gossip yang nak dishare, sebab tu masing-masing excited nak jumpa.

Ada satu kali tu satu kelas gotong-royong mencantikkan bilik darjah.
Lelaki keje pasang langsir. Pompuan keje sapu-sapu lap-lap.
Masa tu Dery tengah panjat kerusi pasang langsir and kebetulan ada sape ntah keluarkan kek.
Aku mengunyah kat tepi mengarahkan si Dery ni cara nak pasang langsir sambil makan kek.
Pastu Dery toleh "Eh, bak la sikit. Suap. Tangan kotor".
Aku selamba je la suapkan.
Pastu budak-budak yang ada dalam kelas senyap.
Semua pandang kitorang.
Macam terparanjat la dah berkapel taknak inform dorang gitu.

Ni la yang aku menyampah.
Suka nau buat andaian.
Tanya la dulu apa sebab aku suap.
Ingat aku sesaje nak suap? Adik aku pun aku suruh suap sendiri okeh.

Bulat is another friend yang aku rasa dia ni macam takde kawan pompuan lain selain aku. Mbahahaha.
Sebab time dia kawen, aku je kawan pompuan antara kelompok kawan-kawan yang dia ajak. Yang lain lelaki.
alau terserempak ngan Mak Aji and Pak Aji tanpa aku ada pun dia akan tetap tegur and bersembang-sembang.

Another one is Mon.
Aku penah bergayut ngan Mon ni 3 jam tiap-tiap malam.
Mentang-mentang masing-masing pun duduk Bangi, borak berjam-jam pun bil berapalah sangat kan.
Padahal sah-sah satu kelas. Kat kelas jumpa, tapi tengah-tengah malam bersembang lagi macam nak rak.
Aku ngan Mon ada password.
Kalau dia nak call, dia akan ring satu kali.
Kalau telefon rumah bunyik satu kali tu aku dah tau dah jap lagi aku kena standby tepi telefon, kang Mak Aji angkat tak pasal aku kang.
Second ring tak sempat bunyik tu nak habis aku dah angkat dulu.
Sesuatu sangat kan?

Housemate aku dulu konfius aku ni ngan Dery ke ngan Mon. Padahal dua-dua pun tak.

Mon ni pemalas menulis jadi dia akan hantar kaset merekodkan suara dia and lagu-lagu yang dia tujukan kat aku. Every month dia hantar kaset suara dia.
Dah satu hal aku nak mendengar suara dia sejam.
Sape ajelah yang gila nak hantar kaset-kaset rakam suara kalau bukan boifren kan?
Tapi dalam kes aku, yang rajin hantar suara, nyanyi, semua KAWAN. Bukan boifren. 
Aku pun taknak kalahhhhh.
Dah kau hantar kaset, aku pun nak la hantar kaset gak.
Rekod suara aku, nyanyi lagu Kau Ilhamku Man Bai ramai-ramai dengan housemate, rekod and bagi Mon dengar. Sumbang-mambang takde hal.
Tu yang best bila kita hanya berkawan.
Takde risau pun adjust suara ke apa ke. Belasah je.

Now semua dah kawen.
Memang dari awal pun masing-masing takde hati kat each other.
Lagi seronok berkawan.
Dengan kawan ni kita jadi lebih terbuka.
Tapi dengan bf/gf, tak semua benda boleh cerita.
Sometimes dengan pasangan, kita terpaksa jadi hipokrit untuk menjadikan keadaan lebih baik.
Nak bagi good impression.
Tapi dengan kawan, lebih bebas bercerita.
Aku tak sure kat orang lain macamana, tapi kalau aku, memang aku lebih terbuka dengan kawan.
Maybe sebab tu jugak la penulisan aku pun transparent. Aku anggap yang baca ni semua kawan-kawan.

Tahun bila ntah aku buat open house, ramai kawan-kawan sekolah (lelaki) yang dapat hadir.
Mak mertua aku tanya "Yang lelaki ramai-ramai tu kawan sape?"
En Wan back-up aku "Kawan Diana, mak. Kawan-kawan Diana semua lelaki".
Seb baik laki aku dah paham and kenal semua kawan-kawan aku.
Sometimes, orang luar susah nak digest situasi ni.
Akan ada nanti orang yang kata "Ada perempuan, tapi nak berkawan ngan lelaki jugak".
Kerana tu lah, semua kawan lelaki aku, family aku mesti kenal.
So that aku tak perlukan approval dan penilaian orang luar tentang diri aku. Cukup family aku tau dengan sape aku berkawan.

Bila ada yang rasa pelik kenapa boleh ber-bestfren-kan opposite sex tanpa ada rasa cinta, aku tak rasa benda tu pelik.
Kalau bercinta dengan kawan baik dianggap tak pelik, kenapa bila kita tak jatuh cinta dengan kawan baik nak dianggap pelik pulak?
Adekah satu kemestian bila kita berkawan rapat dengan opposite sex maka akhirnya dua-dua ni mesti marry each other?

Aku tak terkejut bila nampak hero heroin TLU ni rapat boleh melepak satu bilik (of cos ada orang lain sama dalam bilik tu).
Your soul mate isn’t necessarily the man in your life.
Adakalanya one person can’t meet all your needs.
Of cos, kita sayang suami kita, kita sayang isteri kita, dia pun sayang kita, kita happy bila ada dengan dia.
Tapi kadang-kadang, the greatest love in your life can’t be found with a husband/wife.
Ada pasangan yang boleh share segalanya bersama. Ada yang tak. Penerimaan setiap orang berbeza.
Ada yang dapat pasangan yang berbeza dalam banyak perkara.
Dan perbezaan itulah yang buatkan tak semua benda kita boleh cerita.
Di situlah hadirnya fungsi kawan rapat aka BFF.

Kebanyakkan orang, bila dia berkahwin, dia merasakan pilihan dia dah perfect sehingga ke satu tahap dia rasa bila dah berkahwin, zaman berkawan-kawan ni semua dah tak perlu. Slowly ditinggalkan.
Dan expectation dia terhadap pasangan semakin lama semakin tinggi. Sebab dia dah takde orang lain, hanya mengaharapkan yang satu ni je.
Dia mengharapkan pasangan sentiasa fulfill expectation dia dari segi emosi dan sosial.
Tapi berapa ramai yang mampu buat semua ni?
Kalau mampu good. But what if tak mampu?
And apa akan terjadi sekiranya expectation ni increasingly grow tanpa ada tindakan dari pihak yang lagi satu?
Tak heran la bila wujudnya skandal dalam FB.
Sebab masing-masing baru mula nak cari tempat meluahkan ketidakpuasan terhadap pasangan.
Kalau ada kawan rapat kan bagus.
Kawan yang kenal kita in and out.
Yang bukan hanya tau sokong kita but at the same time tegur kita baik-baik.
Yang kenal both kita dan pasangan. Jadi dia tak bias.
Ni kau luahkan kat orang yang hanya kenal kau. Of cos la dia nampak yang baik je kat kau.
Dan akhirnya dia memburuk-burukkan pasangan kau.
Dan kau pun termakan hasutan.
Pastu terjebak.
Pastu pastu pastu....bla bla bla.

BFF kau pompuan ke, BFF kau lelaki ke, tak jadi masalah kalau masing-masing tau konsep BFF tu sendiri.

Sendiri pikirlah.


Akikah Rayyan.

Depan : Bulat
Tengah : Suhaizam
Belakang : Dery


Yang perempuan tu wife dorang.
Yang lelaki tu semua kawan aku. Hahaha.