2023-04-15

Kenapa berlaku kes founder-founder terpaksa jual direct.


Sejak minggu lepas aku dah nampak beberapa orang share post-post dari agent dan stokist yang katanya bengang dengan founder bila founder sama-sama menjual kat TikTok, siap buat harga runtuh tak masuk akal.
Aku tak sure siapa founder yang dimaksudkan, dan aku juga tak tahu produk apa yang dorang jual.
Katanya sampai stokist and agen terpaksa jual balik stok dengan harga lelong.
Jual dengan harga rugi sebab stok terlampau banyak.
Harga kos pun takleh cover katanya.
Ada yang tunjuk invoice beli sampai RM200K!
Dua ratus ribu gone macam tu je. Tak balik modal.
Cuma aku pelik bila dia bagitau founder jual 9 barang, RM50.
Like, kau jual apa ni yang murah gila?
How much is your cost kalau selling price pun RM50 for 9 barang?

Rasanya isu agen-founder ni dah lama, kan.
Antara viral dengan tak je.

Konsep distributor sebenarnya adalah -- ambil barang dari principal dan jual pada crowd kita sendiri.
Maksudnya, crowd tu kita kena cari, tak wajib datang dari principal.
Kalau ada customer datang dari principal, that's bonus.
Contoh, masa aku jual Ephyra, aku jual pada crowd pembaca blog.
HQ tak pernah directkan customer mereka kepada aku pun.
Samalah masa jadi distributor biotech supplies.
Aku keluar duit ambil stok, dan cari customer sendiri.

Tapi lama-kelamaan konsep ni berubah.
Agen penuh satu Malaysia, jual barang yang sama.
Yang founder berharap agen dapat jual kepada crowd yang founder takleh nak reach, supaya brand itu semakin meluas.
Founder harap agen rajin buat sale so that kerap replenish stock.
Tapi agen pula berharap founder hulur customer kat mereka.
Agen tunggu order masuk, tak buat sale pun (mostly gitulah).
Jadi, bila founder tunggu punya tunggu punya tunggu agen tak replenish stok, maka dia takde cara lain selain jual direct pada customer.
Because, founder ada komitmen yang lebih besar.
Dia takleh tunggu agen bring in sales. Founder terpaksa gerak.

Selalunya itulah yang terjadi.
Bukan aku menyebelahi founder. Tak.
Cuma aku nak kongsi perspektif seorang founder supaya orang faham kenapa berlaku kes founder-founder terpaksa jual direct.
Tapi, kes founder jual 9 barang RM50 tu, aku tak pasti kenapa.
Yang lebih aku pelik, barang apa yang 9 ketul dijual harga RM50?
Memang jual harga rugi ke camana?
Tak masuk akal pulak harga gitu.
Katanya RM50 tu adalah harga kos agen.
Kalau itu adalah harga kos agen, aku syak founder jual hanya untuk tempoh tertentu.
Maybe dia buat Happy Hour.
Dalam tempoh beberapa jam, dia open sesiapa nak beli akan dapat harga sekian.
To me, itu tak bermakna founder 'breach contract'.
Kerana dia tak buka harga tu sepanjang masa, tetapi for a limited time.

Yang buatkan ramai stokis/agen frustrated maybe kerana mereka-mereka ini mengharapkan crowd founder tu akan pergi to them.
They don't have their own crowd.
Ada agen jenis gini.
Dia ada duit untuk berniaga, tapi dia tak mahu cari sales.
Dia nak kutip order saja.
Rugilah founder kalau macam ni, dah jual harga murah kat agen tapi akhirnya founder kena pass the customer to agen.
Kat mana win-win situation-nya, sedangkan tujuan ada agen adalah untuk meluaskan lagi market ke kawasan/pengguna yang founder tak dapat reach.
Baik founder jual direct, dah tentu-tentu dalam solid margin.

Itu satu hal.
Satu hal lagi yang aku kenot brain adalah harga tadi.
Sampai sekarang aku terpikir berapa kos untuk 9 barang sampaikan boleh jual dengan harga RM50?
I is kenot brain. Jenuh aku mikir dari hari tu.
Produk aku, sampai aku tak reti nak turunkan harga lagi dah because raw material cost sangat tinggi, terpaksa naikkan harga lagi ada.

Kepada agen-agen, atau yang mahu jadi agen, kena faham misi founder mencari agen adalah to reach more customers and expand their reach.
You tak boleh hanya duduk tunggu request masuk semata-mata.
Kena actively seeking out new customers.
Dan founder pula, kena mention ini biar jelas pada agen.
Kadang-kadang founder pun satu hal.
Bukak pencarian agen dengan macam-macam janji -- "anda dapat income minimum RM3000 sebulan!". Konon.
Tapi dia tak bagitau in order nak capat that figure you must do this this this and this.

Aku tak sure how founder-founder lain letakkan syarat pada agen.
Adakah mereka ini ada sales target?
Kalau TAK ADA sales target, maknanya founder boleh jual direct pada customer.
Tapi kalau ada sales target, founder takyahlah jual.
Maksud aku, bila founder dah hire agen, they must diletakkan target.
Agen mesti replenish stok setiap bulan minimum RM10K (contoh).
Agen yang tak hit 2 bulan sales target, terus terminate.
Agen yang replenish stok more than RM10K, bagi dia more discount atau give them insentif like gifts so that they can offer the gifts to their customer.

Budak-budak sales aku ada sistem ni.
Setiap minggu kena hit sekian amount.
You hit target, you dapat komisyen terus.
Komisyen dibayar setiap minggu. Tak payah tunggu hujung bulan.
3 bulan berturut-turut tak hit 80% dari target yang ditetapkan, terminate.
Founder can offer scheme ni juga.
Tapi founder jangan jual direct la lepas tu.
Kau buat marketing je. Lepaskan sales pada agen. See how.

GreenAard pun dah start plan nak lepaskan satu produk kitorang lepas raya nanti, iaitu Makeup Remover botol 50g.
Aku plan nak lepaskan pada agen jual ni.
Kalau existing customer yang jual lagi bagus sebab existing customer umpama 'ambassador' untuk produk tu.
Kitorang taknak jual botol kecil ni secara direct lepas ni.
Sesiapa nak beli makeup remover botol kecil kena beli dengan agen.

Sebab apa makeup remover?

1. Paling senang nak jual sebab benefitnya nampak serta-merta. Yang pernah guna tahulah how effectice makeup remover ni.

2. Botol kecil sangat murah, RM39. Mampu milik. Kalau stokist-stokist kosmetik nak jual pun senang sebab kosmetik selalunya murah-murah, lebih kurang harga makeup remover ni juga.

Staff aku belum keluarkan lagi campaign ni.
Dah alang-alang aku tulis pasal founder-agen punya kes ni, biar aku iklankan dululah.
Kot followers and blog readers berminat nak join our makeup remover squad, silakan DM aku atau email diana@xzizbiotech.com.
Atau KLIK JE LAH SINI
But please bear in mind that, walaupun GreenAard tak jual botol kecil lagi, we still sell botol besar, directly.
Customer yang dah biasa beli botol besar maybe akan terus beli botol besar from us.
Reason kenapa kami nak lepaskan botol kecil adalah sebab dia murah, mampu beli.
Jadi senang kerja you nak promote kat kawan-kaw
Masa nak solat tu cuci mekap, kau promote sekali kat member.
Biar dia tengok depan-depan mata macamana cepat mekap kau tanggal.

"Berapa harga dia?"

"RM39 je"


Konfem dia keluarkan cash terus, sebab murah je.
Kalau botol besar tu harganya RM65. Berat sikitlah nak keluarkan cash jam-jam tu jugak 😁.
Kerja berat ni bagi kitorang je lah buat.
Korang buatkan kerja yang senang-senang, ok?


2023-04-13

Bahan boleh sama, tapi formula and teknik takkan sama.


Semalam aku (kami) dapat testimoni yang best-best dari customer GreenAard.
Tapi aku nak highlite 2. Yang pertama ini:


Tak tahu nak kata seronoknya bila customer refer GreenAard pada public. Alhamdulillah.
Ya, memang Cleansing Gel ni mahal.
Dari awal buat sabun ni pun aku dah calculate kos untuk dapatkan raw material yang aku nak, harganya tinggi.
Kalau nak lawan dengan produk-produk lain, memang GreenAard kalah.
Tapi, misi GreenAard bukan nak lawan brand lain, bukan juga nak jual pada semua orang dan bukan nak jadi produk paling laku keras. Tak.
Misinya adalah untuk ketengahkan formula yang dibina, khusus untuk selesaikan masalah-masalah tertentu.

Dari segi harga, bak kata customer tadi, our's memang pricey.
Yang tu adalah something yang aku akui dan aku tak dapat kurangkan harga semata-mata nak fit in the market bagi semua orang mampu pakai.
Kos raw material Cleansing Gel agak tinggi.
Sebab itu bila orang minta aku tukar packaging (bottle) agak keberatan sebab itu semua akan menambahkan kos yang tak perlu.
Bagi aku, yang penting isinya.
Packaging tu asal dia praktikal -- tak tumpah, boleh tahan perubahan suhu, dan tak mudah pecah -- memadai buat masa ni.

Jangan salah faham tau.
Kami bukan tak terima suggestion customer.
Dulu asal-asal pun Cleansing Gel adalah dalam bentuk bar soap.
Semua orang suka sebab it helps treat skin problem.
Tapiiii, disebabkan dia bar, fitrahnya sama macam sabun-sabun buku yang lain, iaitu bukan lembik bila terdedah pada air.
Lagipun bila dapat bentuk bar, agak susah nak bawa travel.
Lepas pakai nak kena lap-lap dulu dengan tissue paper bagi serap air, baru boleh simpan balik. Leceh.
Selepas ambil kira feedback customer, what we did, kita tukar dari bentuk bar ke gel.
Tapi terpaksa ubah sikit formula and ingredients.
Dulu, bentuk bar ada cranberries seeds tau.
Tapi dalam bentuk gel tak dapat buat sebab seeds tu akan mendap ke dasar.
Jadi, kita ubah sikit formulanya, tapi masih boleh treat skin problem dengan baik. Alhamdulillah.

Aku rasa macam pernah bagitau bahan-bahan yang aku guna dalam Cleansing Gel, kan?
Orang lain pun ada guna, tapi bezanya adalah formula.
Salah satu bahan adalah tea tree oil.
Orang kata, mana-mana tea tree oil pun sama.
Asalkan tea tree oil, boleh je.
Tapi orang lupa it is not the tea tree oil, but the TERPENES iaitu bahan aktif dalam tea tree oil tu.
Berapa banyak TERPENES dalam produk adalah lebih penting daripada berapa banyak tea tree oil yang ditenyeh pada kulit.
Formula TERPENES yang tepat akan membezakan seberapa efektif tea tree oil merawat masalah kulit.

Contohnya macam GC Plus.
Masa mula-mula launch dulu, ada la juga cakap-cakap orang katanya bahan-bahan GC Plus ni sama je macam bahan-bahan yang ada kat produk orang lain.
Ya, betul.
Samalah macam kau buat nasi goreng.
Bahan-bahan yang diguna tak banyak beza dengan nasi goreng tempat lain.
Tapi yang membezakan nasi goreng A dan B adalah formula dan tekniknya.
Berapa banyak cilinya, berapa kali pecah minyaknya, berapa banyak bawangnya, jenis bawang apa yang diguna, berapa banyak garamnya, etc.
Umpama orang yang bagi resepi campak-campak "Ambillah secawan tepung, segenggam cili padi". Katanya.
Hakikatnya cawan kau size apa. Cawan aku size apa.
Genggam kau ikut size tangan kau. Genggam aku ikut size tangan aku.
Kau faham tak maksud aku?
Bahan boleh sama, tapi formula and teknik takkan sama.

Sebab itu GreenAard taknak compete dengan brand lain, especially in terms of price.
Kami tahu kenapa harga kami begitu.
As long as pengguna merasai kebaikkannya, alhamdulillah.
Our mission lebih kepada nak menyelesaikan masalah pengguna.
Tapi idok le sampai sanggup rugi.
Tahun ni kita terpaksa naikkan harga Cleansing Gel selepas 7 tahun in the market.
Ada bahan yang kami import dari luar, jadi kos dah berbeza.
Kami takde pilihan melainkan naikkan harga.
Insyallah, pengguna yang dah tahu kebaikan Cleansing Gel akan terus guna.

Feedback yang kedua adalah Gloei.
Yang ni pun kami banyak dapat feedback yang sama, tapi takpe.
Kita suka tepek yang paling latest ni:

Itu diaaaa berdiskusi tentang saiz tetek, ya.
Tetek jadi pejal (less sagging) selepas ambil Gloei, is not new news to us.
Ramai bagi feedback yang sama, CUMA cepat dan lambatnya berbeza.
Kena tengok faktor usia juga.
Setakat ni, ia berkesan pada aku *sambil tengok tetek sendiri*.

Kalau baca testimoni tu orang kata "Setakat buat testimoni gini, aku pun boleh".
Ya, betul. Siapa-siapa boleh buat.
Tapi aku akan explain dari sudut sains.

Bila seseorang menyusu, tisu breast alami perubahan untuk mudahkan pengeluaran susu.
Jumlah kolagen dalam tisu breast mempengaruhi how these changes occur.
Maka tak heranlah bila ada yang kata selepas minum Gloei, susu jadi banyak dan bengkak susu hilang.
In general, someone yang tahap kolagen dalam tisu breast lebih tinggi akan lambat/kurang kendur.
Malah, breast lebih 'terangkat' walau selepas menyusukan.
Ini semua sebab kolagen provides support and elasticity to the skin, so that boleh bantu kekalkan bentuk dan struktur breast.
So, feedback pengguna tadi pasal tetek dia tak melayut selepas menyusukan baby, terbukti betul.
Her statement is backed by science.

Tentang keloids, to me she is LUCKY sebab nampak perubahan keloid dengan cepat.
Ada orang tak nampak-nampak perubahan sebab terlalu slow.
Actually GLOEI memang boleh rawat keloid TETAPI ambil masa.
Dan kena fahami yang keloid tak hilang 100% kalau setakat dengan Gloei.
Selalunya untuk treat keloid, the most effective treatments adalah laser therapy atau buang secara surgical excision.
Dengan Gloei, it helps improve the APPEARANCE and REDUCE the size of keloids. 
Bukan hilangkan 100%.

Kenapa aku cakap Gloei sebenarnya can helps treat keloid?

Kerana konsepnya adalah -- kolagen memainkan peranan dalam membina semula tisu yang rosak dan memulihkan kulit.
Pegang konsep ini. Lambat atau cepat itu cerita lain.
Pernah ada kajian dibuat (aku lupa link jurnal ni), dorang inject kolagen pada keloid.
Keloid tu jadi lembut dan flat sikit, making it less noticeable.
Dalam erti kata lain, kolagen boleh treat keloid, tapi takat nak bagi dia less noticeable je lah.
Itu pun dah bagus aku rasa sebab keloid ni buurk tau kalau terbonjol.
Dalam perut takpe lagi, kalau kau tangan ke, leher ke camana?

Terima kasih pada customer GreenAard yang sudi guna our product dan sudi pula share pengalaman.


2023-04-11

Dalam keadaan terpaksa memilih antara 2 pilihan yang sama-sama tidak memuaskan, maka pilihlah mana-mana yang offer risiko lebih rendah.


Tertarik aku dengan DM dari dia ☝🏻.
Tentang suaminya yang terpaksa stay walaupun majikannya adalah kombinasi yang buruk-buruk dari pilihan Majikan 1 and Majikan 2 (refer post semalam).

Memang tak banyak yang kita boleh buat kalau terpaksa memilih antara stay atau move.
Nak stay, majikan tak best.
Nak move pun bukannya senang nak dapat kerja sekarang.
Nak pulak kalau komitmen dan besar -- ada loan kereta, loan rumah, credit card, family, etc.
Tak semudah "Cari kerja lain je lah". Sekarang ni zaman meleset pulak tu.
Formula "Last in, first to go" adalah sangat menyeramkan, ya.
Maka, selagi kita boleh stay, staylah di tempat yang sama buat sementara ni.

Tahun 2007, aku terpaksa pilih sama ada nak stay di company lama atau terima offer company lain.
4 tahun di company A, kalau boleh aku nak stay terus kat situ.
Masa tu aku dah Sales Manager, gaji ok, komisyen pun sedap.
Yang tak ok adalah big boss bawa masuk bini and adik ipar ke dalam company.
Padahal company tu ada BOD, tapi suara BOD dah tak didengari.
Bos termakan nasi kangkang agaknya.
Apa adik ipar dia cakap dia ikuttttt je.
Mula-mula tu aku ok je lagi sebab top management masih di situ.
Bila top management dah start resign sorang, sorang, kitorang yang bawahan ni terkontang-kanting jugalah.

Rezeki aku, kebetulan company B offer.
Company B ni semua non-malay. Aku sorang je melayu.
Bermakna, company tu takde surau.
Potensi untuk berlaku racism juga tinggi.
Mikirkan itu pun dah buatkan aku seram.

Company A walaupun chinese company, melayu agak ramai.
Siap disediakan surau.
Dan Company A ada lab untuk aku asah skill.
Tetapi pikir-pikir balik, maybe lepas aku join Company B, they will consider untuk buatkan surau. Who knows, kan?
Buat sementara ni aku boleh je solat masa keluar buat sales. Gitu pikiran aku.

Di Company A, aku hanya fokus buat sales.
Company B offer aku develop new department, which is ini peluang untuk aku grow and buat sesuatu yang berbeza.

Dari segi sales target, di Company A, kena hit minimum RM350K sebulan baru boleh dapat komisyen (sebab dah level manager).
Di company B, minimum RM350K untuk SEMUA sales people tak kira kau executive atau manager. Tinggi gila.
Dah la aku kena create new department.
Belum ada customer database lagi untuk new department.
Tak sure boleh ke tak hit sales target.
Serabut aku mikir nak ke tak ambil offer tu.

Bila aku pikir-pikir balik, takpelah.
Sebab ada probation period.
Aku masih boleh cuba buat dalam tempoh 3 bulan ni.
Kalau tak perform, dia akan sambung atau berhentikan. So why not cuba dulu.
Lagipun aku ada En Wan. Ini backup 😁.
I mean, at least kalau aku tak bertahan, dia bolehlah cover apa-apa yang patut sementara nak cari kerja lain.

Memilih antara dua pilihan yang tak fit dengan kehendak kita can be a challenging situation.
Tapi pilihlah yang lebih rendah risikonya.
Yang paling paling paling kena consider adalah identify the priorities.
Dulu kalau pikir salary and komisyen, Company A offer gaji yang lebih rendah tapi sales target rendah.
Maknanya konfem boleh makan komisyen tetiap bulan.

Company B offer gaji tinggi, dan sales target pun tinggi.
As a sales person, hit sales target lebih penting dari makan gaji basic.
Kalau tak hit sales target, tak lama la kau makan gaji tinggi tu.
Antara 2 pilihan ni dah tentu-tentu Company A lebih ok.
Gaji rendah takde hal, yang penting sales target tercapai sebab komisyen tak statik.
Kau buat banyak, kau dapat banyak.
Tapi yang buatkan aku pilih Company B adalah sebab adik ipar bos tu lah.
Itu je penyebab aku left.

Antara gaji, komisyen dan kesihatan mental, aku pilih kesihatan mental.
Maka, aku left Company A walaupun dah sedap dah kat situ.
Customer kenal aku. Produk knowledge dah hafal.
Projek dah secure macam-macam. Position dah tinggi.
Parking free (sebab company ni ada building sendiri).

Kat Company B, parking bayar sendiri.
Kelana Square parking mahal, ok?
Kena berebut dengan orang lain. Lambat sikit kena park jauh.
Dah lah pegi sana tempuh bapak jem.
Sales target tinggi pulak tu.
Customer kena cari baru. Nak kena study new produk lagi.
Bulan pertama kerja sana, aku siap bawak balik folder invoice sebab nak study produk apa yang selalu dibeli.

Akhirnya aku pilih Company B.
Biarlah kena baca produk, cari new customer asalkan tak hadap adik ipar boss yang toksik.
To me, risiko paling rendah anda dua company ni adalah ketenangan mental.
My mental health is very expensive.
Gaji apa semua jatuh nombor 2.
Aku tak kisah hustle keluar kerja gelap, balik rumah dah gelap balik.
Kena stayback sampai 11 malam buat tender pun takde hal.
Kena datang kerja on weekend untuk closing month pun I am ok.
Tapi kalau mental aku semak dengan perangai orang toksik, aku rela blah.

Kena lihat apa priority.
Having a clear understanding of your priorities can help you narrow down your options.
Dalam membuat apa juga pilihan, pasak dalam kepala, kita tak boleh dapat semua benda yang best-best ikut selera kita.
Ada yang kita perlu berlapang dada untuk terima.
Kalau boleh berlebih-kurang, buatlah.
Mustahil nak dapat semua yang best-best.
Even company yang katanya provide benefit yang best-best pun, ujung-ujung ada orang resign juga.
Because as we grow older, priority dah berbeza.
Masing-masing punya kehendak berubah.
Kalau tak seronok di sesebuah organisasi, leave. Cari tempat lain.
Tapi, kalau leaving the organization buatkan kita berisiko untuk hutang tertunggak, anak bini tak cukup makan -- staylah dulu.
Walaupun kedua-dua pilihan tak perfect, consider which one can meet your most important needs.
Evaluate mana satu yang aligns with your priority needs, and choose accordingly.


2023-04-10

Majikan yang setiap tahun bagi duit raya, wujud!


Tiba-tiba Khairul Aming tunjuk dia bagi duit raya and baju raya kat staff, semua triggered.
Masing-masing mula membanding-bandingkan KA dengan majikan-majikan yang lain.
Dah kenapa tetiba masing-masing baru "sedar" majikan sendiri tak bagus?
Tapi yang pasti, hari ni tetap kau datang kerja, kan?
Tak pulak masing-masing resign.
Try la resign gi minta kerja kat company KA, tengok kau dapat ke tak.

Aku tak tahulah majikan lain.
Tapi setahu aku, ada je majikan yang setiap tahun bagi duit raya, sesekali belanja staff makan, sesekali belanja staff tudung atau baju, bagi bonus, etc.
ADA! percayalah cakap aku. ADA.
Ramai majikan-majikan yang aku kenal, di kalangan kawan-kawan aku sendiri practice benda ni.
Tiap-tiap tahun nak raya bagi duit raya.
Belanja staff makan. Belanja staff tudung.
Belanja gi Ramadhan buffet.
Ada je. Bezanya, majikan yang bukan instafemes lebih ramai dari majikan instafemes.
Takde keperluan untuk dorang highlite apa yang dorang buat di ofis. Itu je.

Kitorang sesama majikan siap bincang "Tahun ni kau bagi berapa duit raya kat staff kau?"

Kawan aku pernah pinjam duit aku demi nak bagi staff duit raya.
Staff tak tahu kesusahan majikan, kan?
Meminjam demi nak gembirakan staff.
Kesian katanya, PKP ramai terkesan.
Kawan aku cakap tak pasti tahun tu dapat bagi bonus hujung tahun ke tak, at least bagilah sikit duit raya.
Meminjam, ya. Meminjam.
Tapi lepas raya, sales dia masuk, dia bayar balik kat aku. Settle dah pun.
Cuma nak bagitau yang majikan ni kalau duit banyak, memang nak bagi kat staff.
Tapi kalau dah tak mampu tu, nak buat camana, kan.
Gaji kau tak delay dah besar rahmat.

Bos aku di Mega Jati Academy pun hari tu belikan tudung bawal untuk semua staff.
Aku pun dapat, walaupun aku bukan staff tetap, hanya attachment saja. Dapat.
Tapi takde orang tahu pun sebab bos MJA bukan instafemes.
Bos XZIZ Biotech pun [hahaha].
Kitorang bukan instafemes.
Ke kitorang kena tunjuk semua ni kot, baru orang percaya majikan seperti wujud?

Tak, aku bukan perli KA. Jauh sekali sakit hati.
I am happy bila cerita-cerita kebaikan majikan di-viralkan.
Biar orang tahu majikan yang bagi hadiah kat staff, wujud.
Cuma pelik dengan sesetengah orang yang bergelar pekerja.
Nampak satu kebaikan yang orang lain buat, segala kebaikan majikannya sendiri dia lupa.
Sedangkan kau bekerja dengan majikan yang "tak best" tu bertahun-tahun.
Malah, hari ni pun kau masih datang kerja di ofis majikan "tak best" tu.
Bertahun-tahun makan gaji di situ.
Gaji tak pernah tak dibayar.
Bonus hujung tahun tak pernah tak dapat.
Nak masuk ofis lambat sikit, boleh.
Nak keluar awal, boleh.
Lunch ambil waktu yang lebih panjang, majikan bagi.
Majikan bagi kelonggaran itu dan ini.
Alih-alih hanya kerana duit raya, lupa segala kebaikan yang kau dapat selama bekerja di situ.

Kena faham, ada majikan yang company tu dia sole-proprietor.
No partners in the business.
Segala urusan kewangan, dia handle.
Ada juga majikan yang company itu ada Board of Directors.
Tak boleh sewenangnya keluar duit bagi gitu tanpa persetujuan BOD.

Dalam keadaan ekonomi tak berapa baik, gaji dapat tiap-tiap bulan adalah satu benda yang perlu disyukuri.
Because perkara utama yang kita nak bila bekerja adalah, dapat gaji.
Ramai yang nak gaji macam kita.
Ramai yang nak kerja dalam ofis beraircond macam kita.
Ramai yang nak jawatan tetap macam kita.
Kau tengok betapa kecoh hari tu ramai doktor kontrak tak dapat jawatan tetap?
Ada yang sejak PKP hari tu diberhentikan sampai sekarang masih bawa Grab.
Berpanas berhujan demi nak mencukupkan belanja.
Semalam aku tengok video rider Food Panda yang duit RM300-nya dibekukan [aku tak pasti apa reasonnya].
Menangis-nangis dia.
Katanya duit tu nak guna untuk raya.
Duit tu nak buat ambil balik kereta yang digadaikan.
Yang kita, sibuk meratib bos tak bagi duit raya.

Kadang aku rasa orang-orang yang tak reti bersyukur ni, elok dapat bos Devil Wears Prada aku dulu, baru datang akai.
Tapi aku sayang bos ni.
Walaupun dia sangat tegas tapi segalanya untuk kerja.
Aku rasa kalau majikan sekarang implement cara dia, mau 2 minggu je tahan.
Silap-silap mak bapak datang ofis serang majikan.

Bos aku yang ni pernah sengaja panjangkan waktu meeting sedangkan dia tahu kawan aku mengejar flight ke Kuching.
Dia buat gitu sebab kawan ni sejenis sambil lewa buat kerja.
Jenis yang time management out.
Menangis-nangis kawan aku bawa kereta ke airport. Pecut selagi boleh.
Nasib baik sempat catch flight.
Tapi lepas tu dia jadi terurus sikit.
Kadang-kadang kena ajar gini baru sedar.

Macam aku jugalah.
Dah kena campak sales report kat muka baru datang akai nak buat report betul-betul.
Jujur, aku tak kecil hati bab ni.
Sebab aku tahu aku yang salah.
Sales report aku agak berterabur.
Lepas kena tu, barulah aku pandai buat.
Dan yang paling best, rupanya aku boleh siapkan proper report dalam tempoh seminggu.
Selagi tak kena, selagi tu aku merungut "Macamana nak siapkan semua ni in a week?".
Banyak nau alasan, kan. Dah kena hempok boleh pun buat rupanya.
Tapi aku tak pernah buat gini kat staff-staff aku.
Sekarang zaman viral. Naya nanti 😁.

Dia macam ginilah, ya.
Dalam mana-mana pekerjaan, ada lebih dan kurang.
Kau takkan dapat semua yang best-best. TAK AKAN.

Majikan A
- bos santai
- bos bagi kebebasan buat kerja
- ofis cantik selesa
- jauh sikit dari rumah, petrol banyak sikit
- parking bayar sendiri
- hari sabtu kena datang kerja
- ofis hour habis at 5pm
- tak allow OT
- cuti tahunan sikit

Majikan B
- bos tegas
- bos jenis micro manage
- ofis biasa-biasa, basic
- dekat dengan rumah, tak perlu lalu tol, jimat petrol
- parking company bayarkan
- sabtu ahad tak kerja
- ofis hour habis at 6pm
- allow OT
- cuti tahunan banyak

Kalau kau jenis nak perfect ikut selera tekak sendiri, percayalah cakap aku, kau akan sentiasa jump dari satu company ke company yang lain sebab sentiasa jumpa perkara yang kau tak puas hati dalam setiap company yang kau kerja.
Bukan tak boleh memilih. Boleh.
Tapi, kalau setakat tak dapat small-small bonus nak melenting, nak sentap -- sila bukak kompeni sendiri.
Baru nanti kau faham struggle-nya.


2023-04-08

Memilih sesuatu yang "mahal" kadang-kadang boleh menyelamatkan kita dari pengalaman yang buruk.


Bunyinya macam berlagak.
Tapi bila dipikir-pikirkan balik, ada betulnya.
Kadang tu bukan jual mahal atau sombong, tapi bila ada pengalaman tertentu, buatkan kita akhirnya pilih untuk "biarlah, asalkan berkualiti".
Memilih sesuatu yang "mahal" kadang-kadang boleh menyelamatkan kita dari pengalaman yang buruk.

Choosing something of high quality can apply to many different aspects of our lives, tak limited pada membeli barang saja.
It could be memilih pasangan, memilih kerjaya, memilih future, etc.
It can also help you avoid toxic people!
Yang ni palingggggggggg penting.
At least penting untuk aku.
Sebab aku paling rimas bila duduk setempat dengan orang yang toksik.
Tak kiralah 'orang toksik' tu ahli keluarga, pasangan, atau kawan-kawan.
Kalau sejenis toksik, aku terpaksa pasang border.
Kadang-kadang aku letak border bukan sebab dia toksik, tapi "aku tak mahu berada di tempat tu lagi".

Some people tak faham yang manusia berubah.
Dan bila seseorang itu berubah, tak bermakna dia lupa daratan, lupa asal usul, atau lupa diri. Bukan.
They just don't want to be in the same place anymore. Tu saja.

Contohnya, nak musim raya ni.
Setiap tahun ada kelompok yang rindu tido rumah kampung berlonggok 5 keluarga.
Ada juga yang dah tak mahu tido berlonggok macam dulu.
Aku adalah yang tak mahu lagi tido berlonggok ramai-ramai.
Walaupun rindu zaman kecil, tapi now aku sukakan privacy.
Tido nak kena dalam bilik, dan kalau boleh tido hotel atau homestay.
Bukan berlagak atau lupa diri.
Aku tak pernah lupa asal usul aku.
Dulu, aku takde pilihan. Kena ikut apa yang mak bapak aku can provide.
Now, dah ada pilihan.
Why not aku pilih something yang lebih baik, betul tak?

Some people merasa bila kita dah tak seperti dulu kita dah berlagak.

Dulu tido berkipas, now nak aircond saja. Berlagak!

Dulu jalan kaki 1km boleh, now pergi tempat dekat pun nak naik kereta. Sombong!

Dulu kecik-kecik makan kat warung boleh. Now dah besar, tak nak. Lupa diri!

Dulu berjemur tengah panas tak merungut. Now duduk dalam rumah takde aircond, terus migrain. Mengada-ngadanya!

Inilah dilema bila kita memilih the best for oulselves.
Tak semua orang mahu faham kenapa kita pilih untuk berubah.
Sedangkan in life, we are often faced with the question of what is best for us.
Maka it is natural bila kita buat pilihan yang paling bagus untuk kita, whether it be in our personal or professional lives.

Aku run own company sejak tahun 2008.
Tahun 2009 adalah tahun pertama company aku ambil pekerja. 2 orang.
Tapi budak-budak ni tak bekerja under aku. Dorang under partner aku.
Pada waktu tu partner aku handle halal analysis.
Budak berdua ni kerja dalam lab.
Aku tak pernah kenal orangnya sebab lab kat tempat lain. Hanya tengok gambar.
Tak pasti bila budak-budak ni quit, rasanya tak sampai setahun.
Reasonnya, yang sorang tu dapat offer kerja kerajaan.
Yang sorang lagi dapat kerja kat private lab di Nilai (akhirnya dia jadi customer aku sebab beli barang-barang lab dari aku).

Aku tanya partner aku, "Akak ok ke budak-budak tu resign?".

Dia kata "It's ok, Diana. Kita masih new. Budak-budak ni dapat tempat kerja yang lebih besar. Biar dia pergi. Yang dapat kerajaan tu I suruh dia pergi. Sebab dia still young. There's so much room for him to grow".

Bila pikir-pikir balik, aku pun dulu kerja di beberapa company.
Maka, tak ada yang salah bila seseorang pilih sesuatu yang baginya, lebih baik. That is no normal!
Lagipun dalam sejarah company megambil pekerja, belum ada lagi pekerja yang resign disebabkan kami bergaduh. No.
Kalau yang kena terminate tu lain cerita.
Yang tu diberhentikan, bukan resign.
Ada lebih kurang 8 orang pernah bekerja dengan company kami, tapi akhirnya resign sebab berpindah tempat kerja.
However kekal berhubung sampai sekarang. Tak gaduh pun.

Kita kena belajar untuk terima hakikat bahawa tak semua orang mahu berada di tempat yang sama selamanya.
Jarang nak jumpa orang stay dalam sesebuah company selama lebih 10 tahun.
Ada memang ada. Tetapi lebih ramai yang berpindah.
En Wan jadi engineer 15 tahun.
8 tahun di kilang pertama, sebagai engineer.
7 tahun di kilang kedua dari engineer sampai naik Asistant Manager.
Lepas tu 7 tahun di company aku.
Now tahun pertama dengan Prudential.
Normallah tu kerja 7-8 tahun di satu company, kemudian jump pi company lain.
Mencari pengalaman baru, mencari environment baru, dan menjawat job scope yang baru. NORMAL!

Aku di Kementerian Sains 1 tahun 7 bulan.
Kemudian di Prudential 9 months.
Kemudian di biotech sales 4 tahun.
Last company biotech aku kerja hanya 7 bulan kemudian terus run own company hingga sekarang.
Tahun ni dah nak masuk 15 tahun.
Sepanjang 15 tahun, a total of 8 orang pekerja dah berpindah ke tempat lain.
Am I mad? No.
Dan aku tak pernah beg them to stay.
Sebab aku tahu mereka berhak memilih.
If growth yang mereka cari, go. I support them.
Cari pengalaman baru, cari bos baru, cari tanggungjawab baru.
That's how you grow. Aku juga grow dengan cara tu.

Sebab itulah bila seseorang memilih untuk berubah dan memilih sesuatu yang lebih terpakai untuk keadaaan semasanya, tak sepatutnya dia dikatakan sebagai lupa diri. Atau tak kenang budi.
Be it soal kerjaya, perhubungan, minat, pergaulan. Semuanyalah.
It seems like there is a conflict between personal choice and societal expectations.
People always harapkan kita stay true to our roots and live according to the norms set by our upbringing.
Masalahnya sampai bila?
Takkan selamanya nak hidup dengan cara yang sama hanya kerana nak kenang asal usul?

Dulu masa kecil, sedara-mara semua sebaya.
Tido berlonggok pun takpe sebab ruang masih besar.
Now masing-masing badan memboyak perut pantat semua, kau nak ajak tido berlonggok ramai-ramai, mau berlaga-laga tetek.
Dulu satu bilik air boleh sumbat 3 kanak-kanak mandi serentak.
Now, nak menunggu masing-masing gilir-gilir mandi, dari Subuh sampai ke Zuhur tak habis.

Maka apa salahnya balik kampung duduk homestay, duduk hotel.
Yang rasa mampu buatlah.
Yang tak mampu atau yang tak mahu, jangan pulak mengata stok-stok tido homestay ni.
Biarlah dia nak mencari keselesaan.
Kalau aku, inilah yang aku cari dulu - my own well-being and mental health.
Kalau ini tak settle, semua benda akan jadi hauk.
Kau nak aku ceria di pagi raya, malam raya tu aku kena tido tenang-tenang, dalam keadaan selesa.
Toilet pun selesa.
Insyallah esok pagi aku sedia bersengseng lengan duduk dapur memasak seharian, no hal.

Everytime raya Bangi gitulah.
Memasak tak habis-habis.
Tapi disebabkan tido dalam bilik sendiri, bilik beraircond, jamban selesa, bilik air berheater -- bangun pagi dengan gembira.
Lepas masak-masak nak berehat-rehat boleh lepak dalam bilik sendiri. Tenang.

Sekarang balik Tganu pun aku mencari keselesaan.
Anak-anak pun dah besar, dorang nakkan keselesaan.
Orang kata macam tak bercampur keluarga.
Biarlah. Pandangan masing-masing.
Yang penting is my peace of mind.
Hati kalau tak tenang, tak seronok, tak selesa -- takde mood nak beraya.
Jangankan aku, dengan semua orang punya mood pun lari kalau aku dah buat perangai.

Menjaga hati orang sekeliling adalah lumrah culture kita, but at the same time, we must be true to ourselves.
Giving up our personal autonomy in exchange for societal approval can be a heavy.
Nak menyeimbangkan antara menjaga hati orang dengan memenuhi kehendak sendiri can be challenging, but is crucial for living a fulfilling life.
Dalam apa juga aspek kehidupan, bila kita always cari approval orang lain, we may find ourselves terpaksa korbankan diri sendiri.
Orang lain aku tak pasti how they handle. Tapi aku dah taknak.
Penat. Penatlah asyik-asyik nak berkorban semata-mata nak fit in.
Sikit-sikit cukuplah.

Ada benda yang kita boleh berkorban.
Kalau dah takde jalan yang lebih baik, maka pilihlah yang kurang risikonya.
Contoh, dalam perhubungan.
Kalau suami jenis baran, dan kau tahu bila dia baran dia mudah naik tangan.
Maka, kalau bersabar lebih baik, pilihlah sabar.
Maknanya, kalau nak terus stay dalam marriage, kau takde pilihan lain melainkan bersabar.
Kalau dengan bersabar boleh elakkan kau dari kena hentak, maka bila dia tengah marah tu kau senyaplah walaupun sebenarnya kau nak bagi pelempang.
Tapi, kalau ada pilihan yang lebih baik daripada stay in the marriage, buatlah.

Yang belum berkahwin, nak set high standards dalam memilih pasangan hidup, pun tak salah.
Meng-set-kan standard boleh elakkan diri dari dapat pengalaman yang buruk.
Buatlah satu standard dalam memilih pasangan.
At least perkara-perkara yang tak align dengan our values tu dapat dijauhkan.
Pilih pasangan hidup is one of the major decisions in life that can significantly impact your happiness.
Mentang-mentang kawan-kawan semua dah kawen, kau pun gelabah lalu grab je sesiapa yang datang.
JANGAN! Buat satu benchmark.
It can save your time and energy trying to "fix" anak orang.

Same goes to memilih kawan.
Kadang-kadang kita dah tak rapat lagi dengan kawan yang pernah rapat suatu masa dulu.
Itu biasa.
Bila environment berubah, it is natural for our interests and goals to shift accordingly.
Penyesuaian kepada persekitaran yang baru is a fundamental aspects yang membolehkan kita berkembang dan berjaya dalam keadaan yang berbeza.

En Wan suatu masa dulu sangat-sangat pemalu.
Dia punya tahap pemalu tu, sampaikan rela dia sesat berpusing dalam kereta mencari jalan.
Nama dia nak stop tanya orang memang tak.
That's how TERUKnya dia punya tahap pemalu.
Masuk mall nak cari kedai, aku jugak yang kena tanya kat kaunter.
Kalau ikut dia, rela dia turun naik tawaf satu mall cari sendiri kedai sampai jumpa.
Letih aku mengikut dia berjalan.
Kalau balik kampung dia, aku yang lagi peramah dengan sedara-mara dari dia sendiri.
Tu kampung dia tau, bukan kampung aku.
Kalau kampung aku lagilah dia tertonggok tak bercakap-cakap.
Tapi now, selepas persekitarannya berubah, jangankan peramah, siap boleh menganjing aku lagi.
Yang paling tak sangka, dia yang dulunya pemalu, now jadi agen takaful gaissss.
Boleh bercakap dengan client, boleh buat presentation depan crowd, boleh bagi speech kat townhall.
I is kenot betullah dia ni. Lawan tokey kauu. Dia tapau habis!


2023-04-06

Result 10 hari dengan GC Plus


Terima kaseyyyyy yang share result 10 hari dengan GC Plus.
Walaupun mungkin ada yang kata result tu belum tentu kerana GC sebab kita semua sedang berpuasa, ok fine. Aku terima.
Tetapi aku bukan sahaja nak highlite tentang weight loss, tetapi juga waist size yang berkurangan sepanjang 10 hari ini dan juga effect GC Plus kepada orang berpuasa.

Kalau tengok gambar ni, dia start dengan berat 95.9 kg, dan pada hari ke-10, beratnya 90.95 kg.
Nampak macam wowwww! Bagusnya GC Plus, kan?
Tapi nanti dulu. Kasi aku cakap sampai habis.

Kenapa aku minta pengguna GC Plus ambil rekod berat badan sepanjang 10 hari?

Sebab, penurunan ANGKA berat badan adalah indicator bahawa badan korang bertindak balas dengan baik terhadap program diet (in this case, GC Plus).
Ada je sebelum-sebelum ni pengguna GC Plus yang katanya ambil GC Plus, bersenam, berdiet, tetapi berat turun 100 gram sepanjang 10 hari.
Kalau ikut lojik, memang tak lojik.
Dah diet, dah bersenam, makan GC Plus lagi.
Mesti ada something wrong somewhere.

10 hari pertama ini penting untuk kami ambil tahu.
Once you dah start berdiet, benda pertama akan keluar dari badan adalah AIR.
Tapi kalau sepanjang 10 hari berat tak berganjak, bermakna badan you retain water.
Badan yang hold water adalah petunjuk untuk macam-macam perkara.
It could be hormon changes, atau you ada ambil routine medication, atau diet yang tak seimbang.
In some cases, masalah buah pinggang dan hati can also cause water retention.

Terutamanya kalau makanan banyak garam.
Banyak sangat makan makanan bergaram (junk food/fast food) boleh buatkan badan simpan air.
Bila badan banyak garam, badan akan bertindak balas dengan cara menahan air dari keluar badan.
Ini untuk balance out kepekatan garam dalam darah.
Sebab garam ni fitrahnya menarik air, jadi bila kita ambil garam berlebihan, badan cuba mencairkannya dengan mengekalkan lebih banyak air.
Dan bila badan simpan air, it can make it difficult to burn body fat.

Kenapa?
Sebab bila badan menahan air, ia berada dalam keadaan dehidrasi.
Bila badan dehidrasi, badan susah nak bakar lemak tersimpan untuk tenaga sebab sel-sel lemak perlu air untuk dimetabolismekan.
So, bila badan dehidrasi, proses fat burning ni terjejas.

Boleh faham dah kan kenapa 10 hari pertama tu penting untuk kami tengok?
Supaya dari situ kami boleh guide apa yang boleh you buat sekiranya berat tak turun-turun.
In other words, orang tak boleh simply cakap "Produk awak tak baguslah. Berat saya tak turun pun?".
Sebenarnya dari rekod tu kita yang boleh tahu apa sedang berlaku dalam badan awak.

Hat tu yang pertama.
Macam pengguna GC Plus ni tadi, hat tu clear.
Sebab penurunan berat (angka), cantik. 5 kg drop in 10 days.
Maknanya badan dia tak hold water, dan dia ada potensi tinggi untuk reduce fat.
Next, kita tengok pula waist size.
Kalau weight tracker GreenAard, kita cuma minta waist size before and after 10 days je.
Tapi this customer tambah untuk check abdomen size sekali.

Kenapa GreenAard minta ukuran lilitan pinggang?

Sebab, lilitan pinggang adalah ukuran untuk menilai berapa banyak lemak dalam badan.
Wanita tak boleh lebih dari 34 inci ukuran pinggang.
Lebih dari tu dikira obesiti (walaupun badan kurus).
Ada orang kurus tapi perutnya buncit.
Asalkan ukuran pinggang (dan perut) lebih dari 34 inch, your are obesiti.
Tapi untuk Asian women, disebabkan frame kita kecil, dikatakan 31 inci adalah borderline.
Bermakna, kalau ukuran lilitan pinggang lebih dari 31 inci, anda adalah gemuk.

Kalau tengok rekod pengguna tadi, 10 hari loss 5 kg weight, tetapi inch loss cuma 1 inch.
Tu nak tunjuk bahawa lemak tak hilang dengan mudah, ya.
Mana-mana yang kata "Saya makan X berat saya turun 10 kg", yes angka penimbang tunjuk you lost 10 kg, tapi 10 kg of apa?
Bukan semuanya lemak.
It could be water, it could fat, it could be your muscle.
Yang pasti, bukan semuanya lemak.
Jadi, jangan happy dulu.
Lambertttt lagi prosesnya ni.

Walaupun hanya 1 inch loss of ukuran pinggang, jangan risau.
Malah, you kena celebrate.
Because that is an indicator badan you sudah mula membakar lemak.
Itu lebih baik dari takde perubahan inci lansung.

Ada juga yang loss 2 inch in 10 days.
Jangna ingat 2 inci ni tak banyak, ya.
Baca kat sini memanglah nampak tak banyak.
Tapi kalau sarung jeans, beza 2 inci tu banyak, ya.
Gila tak happy last month kau pakai size 30, this month can fit 28?
Tu belum sarung Middellyf Shaping Brief.
Boleh kurang 1 inci lagi serta-merta.

"Boleh ke saiz pinggang reduce more than 1 inch in 10 days?"

Ini soalan biasa GreenAard terima time-time raya nak dekat ni.

BOLEH!
Tetapi itu bergantung pada banyak faktor.
Contohnya, apa berat badan permulaan, apa diet yang diambil dan rutin harian.
Apa-apa pun it is important to understand that body fat reduction is a GRADUAL PROCESS.
Perlukan dedikasi dan konsistensi. Bukan proses yang sekejap.

Pengguna GC Plus tadi yang beratnya berkurangan 5 kg in 10 days.
Agaknya based on pengurangan lilitan pinggang 1 inci, berapa berat lemak yang dah turun?

Agak mustahil sebenarnya nak determine accurately jumlah lemak yang hilang kalau hanya berdasarkan pengurangan 1 inci lilitan pinggang.
Walau bagaimanapun, sebagai anggaran kasar, kurang 1 inci lilitan pinggang could indicate a loss of approximately 450 gram lemak.
This is based on the fact that lemak badan disimpan di kawasan perut, maka pengurangan lilitan pinggang can be a good indicator of fat loss in this area.

So boleh faham tak kenapa aku cakap jangan beria-ia sangat happy bila berat turun 10 kg sebulan>
Sebab belum tentu 10 kg tu semua lemak yang turun.
Bila kita nak turunkan berat, dah tentu kita nak lemak yang turun, betul tak?
That's why dari dulu sampai sekarang GreenAard always pesan ukur pinggang ukur pinggang ukur pinggang.
Sebab itu jugalah kita bagi free measuring tape setiap kali beli GC Plus supaya senang nak track lilitan pinggang.

Apa kerja GC Plus dalam hal ni?

Macam yang selalu aku cakap, GC Plus BUKAN fat burner.
Maknanya GC Plus tak membakar lemak secara lansung.
Dalam GC Plus ada HCA (hydroxycitric acid).
HCA menghalang sejenis enzim yang memainkan peranan penting dalam biosintesis asid lemak.
Maknanya HCA menghalang pembentukan sel lemak yang baru.
Bukan membakar lemak tau, tetapi menghalang pembentukan sel lemak yang baru.
Bila pembentukan sel lemak baru terbantut, maknanya pecahan lemak tersimpan meningkat yang membawa kepada penurunan body fat.

Tak faham, kan?
Takpe, aku explain sikit lagi biar paham.

Sel lemak tugasnya simpan tenaga.
Tenaga ni maksudnya lemak.
Lemak disimpan dalam tisu adipos.
Semakin banyak sel lemak dihasilkan bermakna semakin banyak kapasiti untuk menyimpan lemak.
Ini akan mengakibatkan penambahan berat badan.
Kalau pembentukan sel lemak baru terhad, badan terpaksa pecahkan lemak yang tersimpan dalam sel-sel lemak sedia ada untuk memenuhi keperluan tenaga.
Maka, bila HCA dalam GC Plus block enzim yang membentuk new sel lemak, sel lemak sedia ada terpaksa pecahkan isinya ketika badan perlukan tenaga.
Itulah yang menyumbang kepada penurunan body fat nanti.

Bab yang dia kata "perut rasa full" -- this is bukan cakap-cakap kosong.
Ada kaitan dengan fakta sains.

Ingat tak aku selalu cakap pasal GC Plus increase serotonin level?
Yang increase serotonin tu adalah kerja HCA.
Serotonin mengawal mood dan selera makan.
Bila tahap serotonin rendah, kita cepat lapar dan terdorong nak makan banyak (sentiasa rasa nak makan walaupun baru lepas makan).

Satu cara HCA increase serotonin level adalah dengan menghalang enzim yang menukarkan karbohidrat kepada lemak.
Bila aktiviti enzim ni dihalang, lebihan karbohidrat terus disimpan dalam bentuk glycogen.
Maka, paras gula (glukose) dalam darah dicegah dari naik.
Lantas, mencegah turun naik dalam insulin yang boleh menyebabkan keinginan dan makan berlebihan.
Sebab tu bila ambil GC Plus, kurang merasa lapar. So boleh faham, kan?

Aku ni kalau nak suruh cerita pasal GC Plus, memang tak berbuka kau nanti. Panjang.
Jadi artikel saintifik pulak nanti.
Inilah projek yang paling lama aku follow.
Nak membantu customer siapkan projek penyelidikan ni, dengan aku-aku sekali join membaca jurnal dan follow result dia setiap hari.

Kepada yang nak cuba GC Plus, atau sudah pun try GC Plus, kalau nak bertanya apa-apa, silakan.
Weight lost tracker boleh di-download dalam website GreenAard.
Klik HOME dan kemudian klik DOWNLOADABLE BROCHURE.
Track berat badan dan size pinggang, ok?
Tak payah kurus-kurus nau.
Aim pinggang less than 34 inci cukuplah.
Lepas tu boleh stop guna GC Plus.


2023-04-05

Budak-budak sekarang tak minat buat sales and marketing ke.


Semalam aku bersembang dengan 3 orang kawan yang masing-masing adalah business owners yang ada company sendiri, yang ada pengalaman handle staff.
Masalah kami sama iaitu, susahnya nak cari staff yang nak buat sales & marketing.
Kalau aku susah nak cari staff sales, maybe something wrong kat aku lah.
Tapi kalau tiga-tiga pun sama, maknanya ada yang pelik sedang berlaku.
Memang budak-budak sekarang tak minat buat sales and marketing ke camne?

Bukan apa, zaman aku jadi sales dulu, macam senang je company majikan dapat pengganti sales.
Asal ada budak resign je, mesti next week dah ada replacement.
Pernah ada 20 orang sales dalam satu company.
Nak tunjuk punyalah ramai nak jadi sales.
Tapi ramai chinese-lah. Melayu memang dari dulu tak ramai.
Kalau melayu join sales, selalunya after 4-5 years resign and setup company sendiri.

Semalam petang aku bersembang dengan 3 orang kawan ni.
Masing-masing bos, tapi masih buat sales.
Ada la 1-2 orang staff backup sales tapi jenis yang buat kerja follow up.
Bos create path, bring in sales, lepas tu budak-budak ni akan buat kerja follow up.
Maknanya budak-budak sales di ofis tu tak mencari new crowd dan projek baru.
Mereka menjaga existing clients and project.
Dalam erti kata lain, boss sentiasa perlu mencari market baru.

Berbeza dengan zaman aku kerja sales, we went out looking for new customers while taking care of existing customers.
Hari-hari keluar cari customer.
Bukanlah sepanjang hari melilau takde tujuan.
Cara kami adalah, a day before tu dah email and call lecturers/officers yang related dengan projek-projek biotech.
Selalunya aku akan bagitau nak bagi sample kit untuk dia cuba because I need feedback dari pengguna.
Researchers memang suka try sample kit sebab kalau that sample turn out to be good dan harga berbaloi, dorang dengan senang hati switch brand.
Boleh jimat duit geran masing-masing.

Selalunya petang tu aku setkan appointment untuk jumpa the next day.
Jadi takdelah melilau takde tujuan.
Keluar buat sales tu dah ada fixed appointment.
Beli tak beli lain cerita.
Yang penting kita sembang-sembang dulu projek dia apa, demokan kit kita, kasi mesra dulu.
Bila dah pass sample kit, dah tentu akan ada next visit sebab nak follow up, kan.
Jadi dari situlah urusan tu berterusan.

Kalau kit tu working, aku ada chan minta dia kenalkan kepada group lain untuk aku pass sample kit lagi.
From there, makin bertambahlah potential customer aku.
Itu kalau kit tu menjadi.
Kalau tak menjadi, pun ok.
Sebab bila tak menjadi, ada reason untuk aku datang jumpa, kali ni aku demokan terus kit tu depan dia dan rakan-rakannya.
Bila dia tengok aku pun ada lab skill, dia jadi lebih seronok because now dia tahu aku juga faham apa yang dia buat.
We can speak the same language gitu.

That's how we do back then.
Nak kata susah, macam tak.
Nak kata senang sangat pun tak juga.
But alhamdulillah, bolehlah cari makan.
Walau perlu mengejar target, takdelah sampai stress menung-menung.
Selalunya bila aku dah start rasa stress, brain aku expand mencari jalan untuk hit juga target.
Tu yang kadang-kadang kita perlu merasa stress so that kita push our limits.
Kalau santai-santai kerja, the comfort zone tu akan menjahanamkan potensi kita.

Buat sales tapi tak stress, bukan buat sales and marketing namanya.
Stress is a natural response dalam bidang ni.
Bila tak hit target, normallah untuk ada rasa risau kena marah, risau kena buang kerja, risau takde duit, etc.
It is perfectly normal to feel this way.
Mungkin inilah yang buatkan ramai budak-budak muda taknak join sales and marketing.
Takut stress. Takut tak hit target.
Taknak kerja dalam keadaan takut kot.
Boleh jadi sebab itulah budak-budak ni prefer jobs that are not sales-oriented.
Nak kerja dalam working environments that are easier and more routine.
Contohnya duduk dalam ofis buat paperwork, duduk depan PC, tak terikat dengan kerja-kerja sales.
Tapi dia tak sedar, yang bayar gaji dia duduk sedap dalam ofis adalah dari usaha budak-budak sales.
Tapi bila budak-budak sales dapat komisyen dan ditatang lebih oleh majikan, sentap.

Di zaman digital, most urusan business berlaku online.
Dah tak perlu keluar tersekat dalam jem, tunggu customer berjam-jam, jump dari satu building ke satu building yang lain untuk catch appointment.
Melainkan kalau kau bekerja dalam bidang aku dulu, yang memerlukan demo instrument dan kits.
Zaman aku dulu tempat paling hazabedah untuk buat sales adalah UKM, PPUM, UM Medical Fac dan HUKM.
Ya ampunnn, kalau aku ada appointment kat tempat-tempat ni, memang susun jadual cun-cun punya.
Sebab nak mencari parking kat tempat-tempat ni ya ampunn seksa!
Nak-nak lagi PPUM.
Dari zaman aku buat sales pakai skirt belah depan, sampailah tahun lepas Rayyan masuk sana, gitulah juga tempat parkingnya. Hazab.

Sales jobs selalunya memerlukan individu itu meet aggressive sales targets which can be challenging for someone yang baru mula kerja.
The pressure to sell tu buatkan boleh hilang motivasi dan semangat nak pergi kerja.
Sebab tu SELALUNYA dalam mana-mana company, orang sales-lah yang paling bos tak kacau dan paling nampak santai dan tak terikat dengan rules.

Most employer bagi kelonggaran maksimum pada budak-budak sales.
Masuk kerja tak perlu macam orang lain.
Kalau ada appointment dengan customer at 10am, you can go straight from home.
Kalau appointment habis pukul 4pm, you can go back home terus tak perlu masuk ofis.
Kalau discussion dengan customer waktu lunch, kau boleh melepak selama mana yang kau suka.
Kau boleh outstation ke mana-mana yang kau nak pada bila-bila masa.
Majikan tak kisah.
Yang dia tahu, hujung bulan kena hit sales target. Kau tak hit, siap.

Aku suka style kerja ni.
Sebab, bila seorang sales diberi kebebasan untuk bekerja dan mencari sales, kita jadi lebih kreatif.
Kita jadi lebih kreatif mencipta marketing campaign.
Jadi lebih kreatif mewujudkan macam-macam projek and pelan untuk increase sales and customers.

Ada seorang customer aku di UNISEL dulu namanya Dr Syarul (now Prof di UKM).
Dia nak beli gel documentation system (alat untuk tengok DNA).
UNISEL pada ketika tu belum ada this system.
Aku nakkkk sangat letak satu kat sana. Sku pikir-pikir apa cara aku nak buat so that dia beli.
Jadi aku plan nak bagi free guft TV 32 inci bersekali dengan that instrument.
TV tu boleh connect dengan that instrument supaya image DNA tu nampak lebih besar.
Tapi kalau nak guna untuk letak kat Pejabat Am untuk tengok siaran TV pun boleh.

Lalu datang idean nak buat marketing campaign beli gek documentation system dapat TV free.
Aku minta specia price dengan principal kat UK.
Aku bagitau aku nak beli 5 set terus.
Gila berani aku masa ni.
Padahal potential customer yang nak beli baru sorang.
Principal bila dengar kita nak beli sekalgus 5 bijik dah tentulah happy.
Dia bagi price yang paling rendah pernah aku dapat.
Maka dapatlah aku pakejkan jualan tu dengan free TV.
TV 32 inci tau, bukan kecik-kecik, ya.

Bos aku cuak "Boleh jual ke ni Diana. 5 biji ni".
Aku balas "Janganlah cuakkan saya. Saya tengah bersemangat ni". Hahahaa.

Sebenarnya aku pun cuak.
Tapi aku dah ada plan kepada siapa aku nak jual.
Lagipun hadiah TV kauuuu. Siapa tak nak.

Profit dari jualan instrument ni tak lebih.
Sama je macam jual pada harga biasa, cuma kali ni godaannya lebih sebab dapat TV free.
Bila godaan extra, laju berdesup instrument ni habis.
Sebijik at RM92K. Settle 5 biji in 1 month.

Lepas habis jual CEO panggil aku.
Dia tanya, "Kenapa you bagi free item? Tak payah bagi pun takpe sebab keuntungan sama je kalau you tak bagi".

Aku jawab "Memanglah keuntungan sama, tapi kalau tanpa free gift, jualannya lembab. Saya nak instrument ni menjajah banyak lab. Bila ada free gift yang gempak macam ni, orang akan cepat-cepat beli. Bila dah beli, forever dia akan beli kit and reagents dengan kita sebab intrument tu kena pakai kits. Dah tentu dorang akan beli kit and reagent dengan kita sampai bila-bila".

Lepas jual 5 biji instrument, kerja aku cuma buat round setiap bulan untuk ambil order reagent and kit pula.
Bayangkan kalau jual pada harga biasa (tanpa gift TV).
Mau 5 biji tu 5 bulan baru dapat perabis.
Ni dapat jual 5 biji sebulan. Lega.
Bulan-bulan seterusnya, 5 tempat sekaligus masuk order beli the same kit and reagent. Setiap bulan.
Terus hit sales aku tiap-tiap bulan tanpa bersusah-payah lagi.

Aku kan nakkkkkk sangat ajar dan kongsi skill sales and marketing yang aku tahu pada budak-budak muda.
Tapi, entahlah. Takde yang betul-betul passionate dengan kerjaya ni.
Kerja sekadar hadir ke tempat kerja je.
Dissapointed betul aku dengan some of them.
Kita ni bagi kelonggaran bekerja, minimum supervision supaya dorang jadi kreatif dan boleh bekerja tanpa stress.
Tapi makin dibagi kelonggaran, makin santai hidup.
Daripada respond kawan-kawan aku yang lain, staff-staff sales dorang pun tak berapa kisah kalau tak hit target.
Rela makan gaji basic asalkan keja relax.
Hanya menunggu kenaikan gaji tiap-tiap tahun.
Macam tak hungry for more.

Aku takde. Aku kejam sikit.
Nak naik gaji mestilah seiring dengan pertambahan job scope.
Kena hit KPI barulah kita boleh review kenaikan gaji.
Takde hit KPI, mana nak datangnya naik gaji, dik.
  


2023-04-04

Ada sebab kenapa makanan perlu gula, atau perlu minyak.


Memandangkan orang bertanya, sis cubalah terangkan di sini mengikut ilmu yang sis tahu.
Kalau ikut hati sis, sis malas nak melibatkan diri.

Tentang isu makanan berminyak. Betul ke tak sihat?

Ok, gini.
When it comes to healthy eating, selalu ada kekeliruan sama ada makanan tertentu sihat atau tak.
Elok dimakan atau tak. Baik atau tak.
Ramai tertanya-tanya sama ada wujud ke makanan yang "tak sihat"?
Atau boleh ke semua makanan dimakan tetapi perlu makan in moderation?

Walaupun takde list makanan-makanan tertentu yang bagus atau tak bagus dimakan, memang wujud makanan yang higher in empty calories, atau higher in unhealthy fats, atau ada gula tambahan -- tak dinafikan semua ni boleh menyumbang kepada kesihatan yang buruk dari masa ke masa.
Contohnya, snek atau junk food, atau processed food.
Bukannya tak boleh dimakan.
Aku dari kecik sampai ke besor suka Twisties.
Dalam rumah aku jajan-jajan sentiasa ada.
Tapi idok le aku kedarah jajan everyday macam makan nasi.
Kadang tu kunyah sebungkus Twisties kecil.
Selang 2-3 hari, capai lagi sebungkus yang kecil tu.
Alah nipu sangatlah kalau kau makan healthy food manjang.
Yang penting, makanlah secara sederhana. In moderation.

Melabelkan certain makanan sebagai "baik" atau "buruk" can create an unhealthy relationship with food.
Ada yang sanggup tolak nasi, semata-mata kerana orang kata nasi tinggi gula dan boleh menggemukkan.
Dia faham habis kat situ je.
Sedangkan glysemic indeks nasi putih boleh berkurang bila kita basuh beras.
Dan bila nasi dimakan dengan lauk-pauk, glysemic indeks akan menjadi semakin rendah.
Sebab tu nasi secara generalnya dimakan dengan lauk-pauk.
Makan in moderation. Bukannya tolak nasi lansung.

Makanan tertentu mungkin lebih tinggi kalorinya atau kurang padat dengan nutrien, tetapi tak bermakna they should be avoided completely.
Instead, carilah keseimbangan antara pilihan yang lebih sihat.
Maknanya, there is no really food yang "bagus" atau "tak bagus", tetapi "bagus" atau "lebih bagus".

Teringat lecturer food tech aku dulu.
Aku kena tembak di khalayak ramai sebab soalan ni.

Aku: Prof, orang dulu-dulu kalau kuih raya mesti manis-manis. Wajik, dodol. Tapi dorang sihat. Jarang dapat sakit. Macamana tu?

Prof: Orang dulu makan kuih buat pemanis mulut. Kau makan kuih melantak sampai kenyang. Macamana nak tak sakit.


Berdekah satu kelas gelakkan aku.
Eleh, padahal masing-masing pun mentekedarah dodol macam takde besok.
Takpe, takpe, ku korbankan diriku jadi bahan gelak demi ilmu. Gituuuu.

Maksudnya, gula pun tak bersalah. Boleh dimakan.
Dia jadi salah bila kau makan macam takde besok.

Penting untuk diingatkan di sini, makanan "sihat" pun boleh bawa mudarat kalau diambil secara berlebihan.
Semua orang tahu junk food, makan fast food dengan berlebihan can lead to a host of health problems, termasuk obesiti, tinggi kolesterol, diabetes, sakit jantung, etc.
Macamana pulak dengan makanan yang kita considerd as healthy?
Makan banyak-banyak bagus ke?

Jawapannya, belum tentu lagi bagus.
Belum tentu lagi tak membahayakan kesihatan.
Even vitamin C yang dikata bagus tu pun, kalau dimakan dengan berlebihan boleh buatkan seseorang cirit-birit.
Ceritanya, walaupun makanan-makanan yang dilabel sebagai "sihat" sememangnya penuh dengan nutrien penting, kalau kau makan dengan exsessively, tetap bagi impak negatif.

Contohnya karot.
Memanglah beta-carotene bagus untuk kulit sebab ia convert ke vitamin A.
Tapi kalau makan terlalu banyak, boleh dapat carotenemia.
Kulit bertukar jadi kuning atau oren disebabkan beta-carotene yang berlebihan.
Kalau smokers makan karot banyak-banyak, lebih cepat risiko untuk dorang dapat lung cancer.
Bunyinya macam pelik, kan? Dah kenapa makan karot boleh dapat cancer?
But itulah faktanya.

Lagi satu contoh, kacang.
Dalam buku memang dicakap kekacang adalah sumber protein yang sangat baik.
Tapi, kacang tinggi kalori.
Maksudnya, kalau makan berlebihan, badan tetap naik even kau tolak nasi.

Same goes to fruits.
Dalam buku teks kata fruits adalah sumber vitamin dan antioksidan yang bagus, tapi consuming too much fruit can also lead to weight gain.
Sebab apa? Sebab dalam buah ada gula semulajadinya.
Dulu, masa awal-awal aku release GC Plus, ada customer mengadu kenapa berat dia tak berganjak.
Aku tanya apa dia makan setiap hari.
Rupanya everyday buah pressed juice.
Minum sebotol bawa pi ofis.
Aku bagitau dia itulah penyumbang kepada kenapa berat badan dia tak turun walau katanya dah cut makan.
At least kalau makan buahnya, ada la juga serat.
Ini betul-betul minum air gula dalam buah. Everyday pulak tu.

Lagi satu contoh, protein.
Orang taknak makan nasi katanya.
Nak makan protein saja. Protein lambat lapar.
Ya, betul. Tapi, consuming too much protein boleh menyebabkan masalah buah pinggang dan risiko sakit jantung juga.
Makan too much brokoli pun boleh memudaratkan tau.
That's why, the key is moderation.
Too much of healthy food belum tentu baik.
Makanlah a variety of nutrient-dense foods in appropriate portions.

Jangan kita simply cakap "Oh makanan tu banyak gula. Unhealthy!".
Atau "Bergenang minyak dalam sambal. Senang dapat sakit jantung".

Ada sebab kenapa makanan perlu gula, atau perlu minyak.
Tak semestinya menunjukkan bahawa makanan itu tak sihat.
Walaupun betul gula tak bagus untuk badan, ada beberapa makanan yang require sugar for them to form properly.
Contoh, certain baked goods, macam meringue or kek, yang rely on sugar to maintain their structure and texture.
Just because makanan macam ni perlu gula dalam resipinya, doesn't necessarily mean it's unhealthy.
In fact, kalau makan in moderation, these foods can be a part of a healthy diet.
Tak semestinya makanan yang bergula tu takde nutrient lain dalamnya.
Some masih ada protein and fiber.
Sebab itulah, the key to whether a food is unhealthy or not bergantung pada kandungan nutrisinya secara keseluruhan.

Samalah juga dengan minyak masak.
Some foods do need oil to cook perfectly.
Contohnya, sayur yang digoreng.
Kalau goreng tanpa minyak, sayur akan melekat pada kuali.
Bila melekat, susah untuk sayur tu masak dengan sempurna kerana salah satu sebab masakan masak sempurna adalah minyak.
Minyak membuatkan masakan masak sempurna sebab minyak mengalirkan haba dengan baik.
Pemindahan haba lebih cepat melalui minyak daripada melalui udara.
Maknanya, makanan masak lebih cepat dan lebih sekata bila dimasak dalam minyak.
Tak percaya, cuba kau goreng sosej dalam kuali, lepas tu another sosej kau masak dalam air fryer.
Kau tengok mana yang lebih cepat masak dan lebih sedap.

Masak sambal memang perlu minyak yang banyak.
Sebab utama perlu minyak yang banyak adalah untuk preserve sambal.
Kandungan minyak yang tinggi tu halang pertumbuhan bakteria dalam sambal (ini projek aku dalam course Food Technology).
Minyak juga buatkan shelf life sambal lebih panjang sebab wujud penghalang antara pes cili dan udara (ini assignment aku dalam course Food Safety, jangan ada siapa nak pertikaikan. I got high marks in this assignment) *netizen perlu tahu*.
Satu lagi sebab kenapa sambal kena pakai banyak minyak adalah untuk meningkatkan rasa.
Kau cuba tumis sambal tanpa minyak, pastu hidang kat mak mertua.
Tak kena maki dah besar rahmat, ya.
Kalau aku hidang kat Mak Aji, konfem ayat dia "Apa sambal kau rasa macam pantat antu ni?"

Memasak dengan minyak dah jadi standard amalan memasak dari zaman dulu sampai sekarang.
Berabad-abad dah teknik ni.
Walaupun sesetengah orang pilih untuk taknak guna minyak dalam masakan, it is their call.
Takde yang betul atau salah.
Cuma perlu tahu yang sesetengah resipi memang perlu untuk hasil yang sempurna.


2023-04-03

Badan tengah sihat, memanglah rasa medical card tak penting.


Semalam aku nampak seorang kawan dalam FB, update post tentang hari ini (pagi ni) dia akan menjalani pembedahan jantung.
Belum dengar khabar dia lagi so far.
Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik.
Dia bagitau yang semalam dah buat payment untuk kos pembedahan, semuanya RM50K.
Aku terkejut sebab setahu aku dia ni bekerja (dulu).
Aku punya anggapan, orang-orang yang bekerja private atau semi-private selalunya ada takaful. Aku PM dia.
Jadi, gitulah ceritanya.
Memandangkan dia minta aku nasihatkan followers untuk ambil takaful, aku share di sini.
Tak salah aku pernah ada di kalangan blog readers yang tanya perlu tak dia ambil memandangkan company dah cover.
Tak salah aku, aku tanya dia balik "Company cover sehingga 70 tahun atau selama bekerja di sana saja?"

Ini penting untuk korang ambil tahu, ya.
Bukan sekadar happy-happy "Company saya cover semua!".
Itu cerita lain.
Cerita yang lebih penting adalah, sampai bila company cover?
Sebab setahu aku, kebanyakan company yang cover insurans untuk kakitangan hanya cover selagi kita masih bekerja di sana.
Once dah tak kerja, takkan cover lagi.

Lagi satu yang ramai orang salah faham.
Dia plan gini.
Selagi bekerja, pakai yang company cover.
Esok dah pencen, baru ambil medical card.
Berani betul perancangan tu, ya.

Bukan tak boleh, boleh.
Tapi, kita kena tahu satu hakikat.
Semakin kita tua, risiko untuk ada penyakit semakin tinggi.
Walaupun ketika usia pencen masih sihat, premium bulanan kita akan tinggi.
Bayangkan, masa tu pendapatan tetap tak ada, rely dengan duit pencen atau KWSP, nak kena bayar premium tinggi.
Rasanya macamana?
Dah tentulah semakin berat hati nak ambil takaful.
Penyudahnya, tak ambil.

Aku bukan apa, bila tengok that friend keluar duit sampai RM50K, lepas tu dia tulis "Suami cakap lepas ni kita tak boleh makan sedap-sedap and tido hotel mewah-mewah lagi, tau. Kita kena kumpul balik simpanan kita", luluhnya hati aku baca.
Bukan apa. Sedih, sebab kita semua tahu nak membina simpanan bukan senang, ya.
Semakin anak-anak membesar, semakin struggle nak menyimpan sebab banyak benda kita nak spend.
Esok, anak nak kawen, takkan nak tengok je.
Paling tak, RM30-40K nak keluarkan.
Esok anak nak beli kereta, paling tak downpayment kita bayarkan.

Aku percaya that friend also ada perancangan untuk duit simpanannya selama ni.
Tapi bak kata dia, heart attack yang dia dapat tu berlaku dengan tiba-tiba.
Selama ni tak ada tanda-tanda.
Tak salah aku dia pernah tulis antara 3 saluran, 2 saluran dah fully tertutup.

Mengambil takaful bukan bermakna kita minta sakit.
Tetapi menyediakan payung sebelum hujan.
Biar bersedia orang kata.
Hari tu aku ada dengar penjelasan seorang doktor.
Dia cakap ramai kakitangan kerajaan ingat bila ada GL, maknanya kerajaan cover semua.
Tak, ya. Kalau sakit jantung, dan buat angioplasty, prosedur pembedahan tu GL cover.
Tetapi, equipment GL tak cover.
Equipment tu macam stent.
Satu stent dah around RM10K.
Kalau kena pasang 2 stent? Keluarlah RM30K.
Hat ni yang buat mahal.
Kalau medical card, dia cover SEMUA. Itu bezanya.

Ni lagi satu aku nampak hari tu.
Post tentang someone tunjuk komitmen bulanan dia.
Hujung bulan tinggal RM800 katanya.
Lepas tu ada sorang Hamba Allah cakap "Buang je medical card, tak penting".
Nasib baiklah ramai cerdik pandai balas balik komen dia. Senang kerja aku.

Tawakal tu memang benar, bang.
Tapi, tawakal tu datang last kali, selepas berusaha dan berdoa.
Ini usaha pun takde, tau-tau nak tawakal berserah pada Allah. Salah konsep tu.
Badan tengah sihat, memanglah rasa medical card tak penting.
Nak-nak lagi tengah muda ni. Segalanya ok.
Tapi, sakit ni tak perlu tunggu tua sangat.
Rayyan tu 12 tahun baru. Tup-tup terpelot, patah kaki.
Siapa sangka. Gone RM35k.
Nasib baik 3 bulan selepas hospitalization Prudential masih cover bil-bil follow up dengan doktor.

Hari tu first follow up kena buat X-ray, RM380.
Kali kedua follow up buat X-ray lagi, RM300.
Kali ketiga siap kena buat CT-scan, RM1100.
Duit keluar macam air. Nasib boleh claim.
Bulan ni dah start dengan fisio pula.
Hat ni barulah start bayar sendiri.
Satu kali fisio RM170.
Sebelah kaki je dah berpuluh ribu treatment.
Betapa sihat tu mahal harganya.
Dah sakit baru sedar.

Lagi satu kelebihan ada medical card, it helps prevent delays or denials.
Dalam situasi sakit, benda paling last kau nak hadapi adalah menunggu berjam-jam untuk dapatkan treatment.
Again, kalau kita yang sakit maybe boleh tahan. What if anak?
Aku bukan nak cakap apa, ya.
Kat hospital kerajaan queue yang menunggu sangat ramai.
Mereka terpaksa pilih-pilih siapa yang mesti dirawat dulu.
Kalau kau masih boleh berjalan sendiri, besar harapan lambertttt lagi kau dipanggil.
Tu pasal ada yang sampai menunggu dari pagi ke petang tu.
Melainkan kau terbaring, kena papah, maybe cepat sikit.
Jadi ceritanya, medical card boleh elakkan delays in treatment.

Tak, aku bukan perli government hospital.
Tapi ini realiti yang kita kena faham.
Patient dorang sangat ramai!!
Mak Aji and Pak Aji walaupun boleh ke HUKM sebab masing-masing pesara kerajaan, dia tak mahu.
Rela dia keluarkan duit sendiri pergi UKM Specialist.
Sebab malas nak menunggu. Buang masa.
Dah lah masing-masing umur 70an.
Dah bukan umur-umur dia nak menunggu lama ni.
Bak kata Mak Aji, dulu masa muda, masa kerja, tak faham medical card.
Ingat tak penting. Ingat tak perlu sebab kerajaan tanggung.
Bila dah tua baru realize benda ni.
Memanglah ditanggung, tapi bukan semua.
Dan yang paling tak tahan, menunggu tetap kena menunggu.

Tapi ye lah, ini sekadar pandangan peribadi.
Nak pakai, pakai. Taknak pakai tinggalkan.
Cuma kalaulah boleh dipakai, please consider ambil medical card walaupun company tanggung.
You never know sampai bila you akan bekerja di situ.
At least dah ada medical card now.
Katakanlah now umur 30. Bulan-bulan bayar RM150 (contoh).
Company pun tanggung sama.
Lagi 10 tahun you dapat offer tempat lain.
Ketika tu umur dah 40 tahun.
Di tempat lain tiada takaful.
Tak apa. Because you dah ada takaful sendiri.
Tapi kalau usia 40 tahun, baru nak cari takaful, caruman you tak dapat RM150, ya. Dah tinggi sikit.

Aku punya caruman, RM197/sebulan.
Ini lama dah aku ambil ni. Dari muda.
Semalam, aku tanya En Wan kalau aku nak ambil satu lagi medical card dengan tambahan itu ini itu ini, agak-agak berapa.
En Wan buat kira-kira, RM380 sebulan.
Tu cara-cara takde penyakit dan tiada history hospitalization tau.
Tapi sebab umur dah 45, maka itulah harganya.
So gais, fikir-fikirkan.

Lagi satu nak pesan, bila dah ada komitmen medical card, usahakan untuk BAYAR.
Jangan culas, kejap bayar kejap tak bayar.
Jadikan itu satu komitment macamana kau bayar hutang rumah/kereta.
Dapat gaji, ketepikan siap-siap.
Tak pun, buat autodebit terus biar tak nampak duit tu dalam bank, tau-tahu semua komitmen dah langsai ditolak.
Kalau ada lapse, tiba-tiba jatuh sakit, berat sikit nak dapat cover tau.
Jangan kata "Aku dah bayar bertahun-tahun, baru 3 bulan tak bayar, dah taknak cover".
Dia sama je macam hutang bank, tak pun hutang sewa rumah, dik.
Kalau tak bayar 3 bulan atau lebih, kena tarik. Konsepnya sama, jangan bising.




2023-04-02

Dilema Kejayaan dan Persahabatan


Kes 1 (kisah benar)
Bekerja dalam kumpulan.
Misinya, untuk mencapai total group sales.
Tak kisah siapa buat lebih banyak, asal group hit the sales target, dikira berjaya.
Semua faham dan kerja-kerja sales diteruskan.
Sehinggalah suatu masa, big boss memuji seorang sales dalam group tu yang banyak bagi contribution.
Lama-kelamaan sales person itu dipulau oleh kawan-kawan yang lain, for unknown reason.

Kes 2 (kisah benar)
Anak pertama dapat masuk MRSM.
Mak excited. Mak share the news dengan kawan-kawan.
Mak post kat FB persiapan-persiapan anak dari awal hinggalah ke hari pendaftaran.
Tiba-tiba mak tersedar dia dipulaukan oleh kawan-kawan sendiri. 

Inilah dilemma kejayaan dan persahabatan.
Some friends seem to have a hard time celebrating your achievements. 
Kalau group kau berjaya achieve target, the whole group celebrate sama-sama.
Tapi kalau kau sahaja diberikan penghargaan, belum tentu satu group bertepuk tangan.
Sedangkan satu orang dalam ahli kumpulan dapat penghargaan atau pengiktirafan for their work or achievements, adalah perkara biasa.
Logically, that's how it should be lah.
Zaman aku join debate and pantun, itu perkara biasa.
Mesti ada best debater, atau pemantun terbaik.
However dalam sesetengah social setting, ada ahli kumpulan bitter bila seorang sahaja diberi penghargaan.
Penghargaam itu nanti menjadi punca ahli kumpulan yang lain menjauhkan diri daripada orang yang diberi pengiktirafan tadi.

Anak kau dapat nombor 1 dalam kelas?
Good. Ramai ucap tahniah.
Tapi kalau nombor 1 pun anak kau, best debaters pun anak kau, olahragawan sekolah pun anak kau, tokoh pelajar pun anak kau -- very likely kau boleh nampak ramai yang mencebik.

Celebrate kejayaan adalah perkara biasa. 
But when it comes to friendship, it can be tricky.
Ada kecenderungan untuk some people berasa tak selesa bila orang lain exceed their level of achievement, especially di kalangan kawan-kawan sendiri.
Dia macam ni tau.
Orang suka kau berjaya, tapi jangan berjaya sangat, atau jangan lebih berjaya dari dia.
Tak kiralah kejayaan itu kau punya, atau suami kau punya, atau isteri kau punya, atau anak-anak kau punya -- asalkan jangan lebih dari dia.
Mana-mana orang yang tiba-tiba menjauhkan diri dari kau for unknown reason, selalunya sebab kau dah terlebih berjaya dari dia.

Bila orang share kat aku masalah-masalah ni, minta pandangan "Camana saya nak buat ya, kak?" -- No, tak payah buat apa-apa.
Because that is not your problem.
They created a problem based on their own problem of not being satisfied with your success.
Takde kena-mengena dengan kau pun. Biorkan.
Memanglah terasa terasing. Tiba-tiba kawan menjauh.
Tapi eloklah jadi gitu.
Takyah duduklah dengan kawan-kawan gini. 
Kawan mestilah someone you can share good news and bad news. 
Someone yang happy for you when you are happy, someone yang celebrate with you.
Kalau kau sedih atau tengah susah, mereka adalah orang yang bertanya khabar, give kind words and encouragement. 
Kalau kawan menjauh hanya kerana tak puas hati dengan kejayaan kau capai, itu bermakna kau perlukan lingkungan yang lain.

Jangan susah hati bila kawan-kawan macam tu menjauh. 
Itu bukan masalah kau, tapi masalah dorang.
Dorang tu yang kena tanya diri sendiri apa yang kau dah buat yang sampai dorang jauhkan diri?
Kerat jarilah, dorang takkan ada konkrit jawapan.
Sebab jawapannya, dorang jealous kau dapat apa yang dorang tak dapat. Tu je.

Patutnya kita ni kalau ada rasa tak puas hati tengok achievement orang lain, muhasabah diri.
Tanya diri apa sebenarnya masalah aku ni?
Why her success is bothering me?
Apa yang belum settle dalam diri aku?
Apa troma yang aku dah lalui sampaikan aku benci tengok orang lain dapat lebih dari aku?
Tanya. Tanya. Tanya.

Benda ni jadi masalah sebab kau dan dia berkawan. 
Kalau kau adalah some public figure yang berjaya, confirm dia jadikan kau role model.
Tapi sekarang ni kau bukan some random person. Kau adalah kawan dia.
Usually this type of friend, she's been friends with you all this time because she thinks she can beat you in many things.

Benda ni macam ni tau.
Dia tak cantik.
Dia nak beat orang yang lebih cantik dah tentu kalah.
Jadi, dia compare herself dengan kau sebab dia rasa kau pun tak cantik macam dia. Faham?

Dia nak beat dengan orang-orang bijak, segan. Sebab dia tak bijak mana.
Jadi dia jadikan kau rival sebab dia rasa kau level-level dia je.
Sebab tu bila kau success, dia sakit hati.
Bagi dia, kau and dia satu level, tapi kenapa kau akhirnya success sangat. Get it?

Dia nak beat orang have-have, dia sedar dia level marhaen.
Jadi dia jadikan kau saingan sebab kau pun marhaen juga.
Sebab tu bila kau ada apa yang dia takde, dia sakit hati.
Kerana baginya, kita sama-sama marhaen, tak sepatutnya kau lebih.
Nampak tak game ni macamana?

Bila one day your achievement dah another level dan dia tak terkejar, kau serta-merta jadi threat as they fear you might outshine them.
Sebab itulah kau tiba-tiba jadi terasing.
Tiba-tiba kawan-kawan menjauh padahal kau tak buat apa-apa yang jahat.
Benda ni tak nampak, but the vibe tu ada.
You can feel the negative vibes tu.
Zaman aku sekolah dulu, budak tak pandai, budak tak cantik, budak tak famous je yang anti budak pandai, budak cantik and budak famous.
Tapi zaman sekarang, makin kau ada best kualiti and best achievement, makin orang tak suka.
Yang tak seberjaya kau dah tentu tak suka, yang berjaya pun kadang-kadang tak suka bila kau berjaya.
Maka, berpada-padalah bila nak berkongsi.
Tak semua orang suka kau achieve macam-macam.

Aku semenjak berkecimpung dalam blogging, makin lama makin faham dah game ni.
That's why bila media sosial mula meledak dengan IG, Tik Tok, FB, aku banyak cerita hal diri sendiri je.
Even masa Redza masuk Langkawi, aku cerita masa dia masuk je.
Sepanjang dia kat sana, aku jarang bercerita, kecuali time result exam-exam besar macam PT3, SPM. 
Itupun sebab orang bertanya because they kenal Redza.
Cerita Redza naik pentas tiap-tiap semester, aku simpan sorang.
Because orang tak suka cerita-cerita macam ni. 

Rayyan pun sama. Orang nak tengok gambar-gambar Rayyan masa mendaftar hari tu.
Bukan tak ada. Ada. Banyak.
Tapi aku mikirkan, orang takkan suka hal-hal gini.
Cerita 1-2 kali je dah lah. Itupun masuk 2 kali orang menyampah agaknya.

Ada orang kau boleh cerita hal senang, ada orang kau boleh cerita hal susah.
Aku ada kawan khusus untuk cerita hal senang dan susah.
Hal senang, we celebrate together. Hal susah, we cry together. Hal kerja we encourage each other. 
Carilah kawan macam ni. Takyah cerita kat semua orang. Hidup kau pun aman.




2023-04-01

Hormat kepakaran orang lain sama.


Tadi pagi aku up post ni. Di LinkedIn.
Sebab itu aku tulis in English.
Selalunya kalau tulis English, jarang orang nak viralkan tak tentu arah.

Aku faham sangat apa yang student PhD ni rasa.
Sangat kecewanya bila kajian bukan perubatan dianggap low class oleh some medical practitioner.
I just don't understand.
Masa belajar dulu, kami pelajar Biotech kena ambil subject Immunology.
Yang mengajar subject tu adalah our TNC sendiri, iaitu Prof Charlie (Ghazalie).
Dia pesan, nanti cari buku sekian sekian di library untuk rujukan.
One of the student tanya "Banyak ke sikit buku tu kat library? Tak berebut ke dengan budak medic?"

Prof cakap "Budak medic mana belajar immunology? Yang belajar immunology and genetics korang je (biotech)".

Masa kecoh-kecoh kes vaksin hari tu, hero-hero biotech itulah yang buat PCR test.
Dorang yang analisis result.
Tapi ye lah, hero-hero belakang tabir ni selalunya takde title.
Habis kuat pun belajar sampai Masters je.
Yang rajin buat Phd selalunya nak jadi lecturer.

So apa yang aku nak cakap kat sini adalah, walaupun jawatan kita kelihatan superior because of the title yang kita carry, ada part yang kita tak belajar dan kita tidak expert.
Lecturer aku dulu pernah cakap, "Doktor perubatan dan researchers selalu tak sependapat".
Dulu aku dengar sambil lalu je sebab belum faham.
Now, dah laluinya. Dah faham sangat.
Aku tak nafikan bukan semua doktor perubatan menolak pandangan reseachers, tapi those yang menolak ni selalunya sangat extreme.
Dia je yang betul. Bidang dia je yang paling betul.

Especially when it comes to food science.
Ada semacam common perception di kalangan medical doctors that food science (saintis) takde reputasi atau tak se-credible medical professionals.
Aku tak faham kenapa ada persepsi macam ni.
Maybe sebab course medicine tu lebih panjang dari course food science so they feel that they learn more?
Atau mungkin sebab they think they study human anatomy, disease diagnosis, and treatment so they know what is best?
Tapi jangan lupa, in food science, kita juga ada pelbagai disiplin -- biokimia, nutrition, food safety, food technology, food processing -- semua ni bukan subject main-main.
Macamana cara nak bagi shelf life food lebih panjang.
Macamana nak enhance bacteria baik dalam usus.
Macamana nak pastikan sesuatu makanan tu selamat dimakan.
Macamana nak modify makanan melalui genetik (GMO).
Macamana nak develop makanan yang lebih selamat dan sihat untuk dimakan.

Yang buat susu formula dengan DHA, probiotik, Omega bagai tu, semua food saintis.
Ada kebaikan, tak? Ada.
Yang cipta additives and preservatives.
Ada kebaikan tak? Ada.
Yang cipta pemanis alternative like stevia pun food scientist.
Ada kebaikan tak? Ada.

They are the people yang study physical, chemical and biological properties of food untuk produce food yang bagus.
They are also the people yang discover ingredients dan teknologi baru untuk invent new recipes and concept.
Berapa ramai sekarang dah start bisnes guna teknologi retort?
Itu pun teknologi yang dicipta oleh kalangan food saintis.

Janganlah kita ingat dalam kajian food tidak ada ujian keselamatan.
Dalam bidang food, ada food safety.
Dalam food safety, diajar untuk uji sejauh mana ketoksikan sesuatu bahan sebelum boleh diguna sebagai ingredients dalam makanan.
Ada pengiraannya, ada formulanya, ada threshold kena follow.
Alangkan nak keluarkan satu guideline kepada fast food company tentang cara menggoreng fries perlu kepakaran food safety.
Fries kena digoreng pada suhu dan masa tertentu saja untuk elakkan dari pembentukan acrylamide.
Acrylamide ni kalau banyak sangat can be cancerous.
Nampak macam "Alahh, takde bendalah belajar food science ni. Bukannya heavy macam belajar medic".

Tak boleh macam tu.
Hormati sama kepakaran orang lain.
Masa Rayyan kat Avisena hari tu, aku dengar je apa yang doktor suggest tentang treatment sebab itu kepakaran dia.
Aku tak tolak treatment doktor, but at the same time, aku supply dengan supplement lain to help bone growth.
Because dari ilmu yang aku belajar, I know ada benda lain yang kita boleh buat to help expedite the healing.
Doktor Rayyan sebenarnya tak benarkan lagi Rayyan berpijak, tapi aku consult dengan a few physiotherapist.
Aku bawak result CT scan untuk dorang semak.
Fisio kata boleh start.
Physiotherapist made the decision based on their kepakaran too.
Semua orang expert dalam bidangnya.
Kita ambil mana yang terpakai, cukup.
Hanya kerana orang tu takde title hebat tak bermakna dia bukan subject matter expert.

Tapi aku faham juga, some doctors yang mati-mati taknak terima kajian makanan dan alternative medicine (food) ni sebab dorang letih dengan produk-produk yang overclaim.
Disebabkan letih, jadi dorang terpaksa pukul rata yang food science is not evidence-based.
Hat yang overclaim ni pun pembawa masalah juga.
Aku pun naik menyampah. Yang tidak-tidak dia claim.
Kita yang sungguh-sungguh buat produk ni terpalit sama.

8 tahun dengan GreenAard, we never stop educating the audience with the science behind our products.
Walaupun ada influencer cakap nak jual produk tak payah beria sangat explain pasal fakta itu dan ini.
Orang taknak dengar katanya.
Katanya kena pancing customer dengan emosi kerana manusia membeli guna emosi.
Tu pasal balik-balik guna marketing campaign "Suami pancut awal?", "Ms P dah tak ketat, suami dah mula tak lekang di rumah?", "Pakai bengkung X badan turun berat 10kg sebulan".
Campaign yang macam ni diajarnya. Ah sukati.

My campaign to educate people dengan food sains tak berhenti setakat GreenAard.
Ingat tak 2 tahun lepas we come out with our diploma program dengan local universiti?
Ok yang tu program diploma yang akan bergraduate di universiti masing-masing.

There is one more program under Food Safety yang kami buat. Hat ni Profesional Certificate.
The good news is, aku pun baru dapat tahu 2 hari lepas from big bos.
This program is now OTHM certified! ALHAMDULILLAH.
Maknanya this program sudah mendapat kelulusan kerangka Eropah.

Our Profesional Certificate in Food Safety sekarang boleh diambil oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia, dan sijilnya sah diguna pakai di mana-mana!
Ini bukan sampah punya qualification, ya.
Semua kelayakan OTHM diluluskan dan dikawal oleh their Board of Qualifications and Examinations.
Their team members dari kalangan academician from UK HEIs (Higher Education System in England) and also industry experts untuk pastikan program yang dapat kelulusan OTHM capai the highest possible standards of up-to-date qualification contents and assessment.
Insyallah, aku akan bergraduate dengan International Higher Diploma in Food Safety and Halal Operations (OTHM Certified).
Sendiri buat, sendiri la kena bergraduat, kan.
Nanti aku cerita panjang bab ni.
Ada sesiapa nak join? Boleh kita graduate sama-sama.