2023-04-04

Ada sebab kenapa makanan perlu gula, atau perlu minyak.


Memandangkan orang bertanya, sis cubalah terangkan di sini mengikut ilmu yang sis tahu.
Kalau ikut hati sis, sis malas nak melibatkan diri.

Tentang isu makanan berminyak. Betul ke tak sihat?

Ok, gini.
When it comes to healthy eating, selalu ada kekeliruan sama ada makanan tertentu sihat atau tak.
Elok dimakan atau tak. Baik atau tak.
Ramai tertanya-tanya sama ada wujud ke makanan yang "tak sihat"?
Atau boleh ke semua makanan dimakan tetapi perlu makan in moderation?

Walaupun takde list makanan-makanan tertentu yang bagus atau tak bagus dimakan, memang wujud makanan yang higher in empty calories, atau higher in unhealthy fats, atau ada gula tambahan -- tak dinafikan semua ni boleh menyumbang kepada kesihatan yang buruk dari masa ke masa.
Contohnya, snek atau junk food, atau processed food.
Bukannya tak boleh dimakan.
Aku dari kecik sampai ke besor suka Twisties.
Dalam rumah aku jajan-jajan sentiasa ada.
Tapi idok le aku kedarah jajan everyday macam makan nasi.
Kadang tu kunyah sebungkus Twisties kecil.
Selang 2-3 hari, capai lagi sebungkus yang kecil tu.
Alah nipu sangatlah kalau kau makan healthy food manjang.
Yang penting, makanlah secara sederhana. In moderation.

Melabelkan certain makanan sebagai "baik" atau "buruk" can create an unhealthy relationship with food.
Ada yang sanggup tolak nasi, semata-mata kerana orang kata nasi tinggi gula dan boleh menggemukkan.
Dia faham habis kat situ je.
Sedangkan glysemic indeks nasi putih boleh berkurang bila kita basuh beras.
Dan bila nasi dimakan dengan lauk-pauk, glysemic indeks akan menjadi semakin rendah.
Sebab tu nasi secara generalnya dimakan dengan lauk-pauk.
Makan in moderation. Bukannya tolak nasi lansung.

Makanan tertentu mungkin lebih tinggi kalorinya atau kurang padat dengan nutrien, tetapi tak bermakna they should be avoided completely.
Instead, carilah keseimbangan antara pilihan yang lebih sihat.
Maknanya, there is no really food yang "bagus" atau "tak bagus", tetapi "bagus" atau "lebih bagus".

Teringat lecturer food tech aku dulu.
Aku kena tembak di khalayak ramai sebab soalan ni.

Aku: Prof, orang dulu-dulu kalau kuih raya mesti manis-manis. Wajik, dodol. Tapi dorang sihat. Jarang dapat sakit. Macamana tu?

Prof: Orang dulu makan kuih buat pemanis mulut. Kau makan kuih melantak sampai kenyang. Macamana nak tak sakit.


Berdekah satu kelas gelakkan aku.
Eleh, padahal masing-masing pun mentekedarah dodol macam takde besok.
Takpe, takpe, ku korbankan diriku jadi bahan gelak demi ilmu. Gituuuu.

Maksudnya, gula pun tak bersalah. Boleh dimakan.
Dia jadi salah bila kau makan macam takde besok.

Penting untuk diingatkan di sini, makanan "sihat" pun boleh bawa mudarat kalau diambil secara berlebihan.
Semua orang tahu junk food, makan fast food dengan berlebihan can lead to a host of health problems, termasuk obesiti, tinggi kolesterol, diabetes, sakit jantung, etc.
Macamana pulak dengan makanan yang kita considerd as healthy?
Makan banyak-banyak bagus ke?

Jawapannya, belum tentu lagi bagus.
Belum tentu lagi tak membahayakan kesihatan.
Even vitamin C yang dikata bagus tu pun, kalau dimakan dengan berlebihan boleh buatkan seseorang cirit-birit.
Ceritanya, walaupun makanan-makanan yang dilabel sebagai "sihat" sememangnya penuh dengan nutrien penting, kalau kau makan dengan exsessively, tetap bagi impak negatif.

Contohnya karot.
Memanglah beta-carotene bagus untuk kulit sebab ia convert ke vitamin A.
Tapi kalau makan terlalu banyak, boleh dapat carotenemia.
Kulit bertukar jadi kuning atau oren disebabkan beta-carotene yang berlebihan.
Kalau smokers makan karot banyak-banyak, lebih cepat risiko untuk dorang dapat lung cancer.
Bunyinya macam pelik, kan? Dah kenapa makan karot boleh dapat cancer?
But itulah faktanya.

Lagi satu contoh, kacang.
Dalam buku memang dicakap kekacang adalah sumber protein yang sangat baik.
Tapi, kacang tinggi kalori.
Maksudnya, kalau makan berlebihan, badan tetap naik even kau tolak nasi.

Same goes to fruits.
Dalam buku teks kata fruits adalah sumber vitamin dan antioksidan yang bagus, tapi consuming too much fruit can also lead to weight gain.
Sebab apa? Sebab dalam buah ada gula semulajadinya.
Dulu, masa awal-awal aku release GC Plus, ada customer mengadu kenapa berat dia tak berganjak.
Aku tanya apa dia makan setiap hari.
Rupanya everyday buah pressed juice.
Minum sebotol bawa pi ofis.
Aku bagitau dia itulah penyumbang kepada kenapa berat badan dia tak turun walau katanya dah cut makan.
At least kalau makan buahnya, ada la juga serat.
Ini betul-betul minum air gula dalam buah. Everyday pulak tu.

Lagi satu contoh, protein.
Orang taknak makan nasi katanya.
Nak makan protein saja. Protein lambat lapar.
Ya, betul. Tapi, consuming too much protein boleh menyebabkan masalah buah pinggang dan risiko sakit jantung juga.
Makan too much brokoli pun boleh memudaratkan tau.
That's why, the key is moderation.
Too much of healthy food belum tentu baik.
Makanlah a variety of nutrient-dense foods in appropriate portions.

Jangan kita simply cakap "Oh makanan tu banyak gula. Unhealthy!".
Atau "Bergenang minyak dalam sambal. Senang dapat sakit jantung".

Ada sebab kenapa makanan perlu gula, atau perlu minyak.
Tak semestinya menunjukkan bahawa makanan itu tak sihat.
Walaupun betul gula tak bagus untuk badan, ada beberapa makanan yang require sugar for them to form properly.
Contoh, certain baked goods, macam meringue or kek, yang rely on sugar to maintain their structure and texture.
Just because makanan macam ni perlu gula dalam resipinya, doesn't necessarily mean it's unhealthy.
In fact, kalau makan in moderation, these foods can be a part of a healthy diet.
Tak semestinya makanan yang bergula tu takde nutrient lain dalamnya.
Some masih ada protein and fiber.
Sebab itulah, the key to whether a food is unhealthy or not bergantung pada kandungan nutrisinya secara keseluruhan.

Samalah juga dengan minyak masak.
Some foods do need oil to cook perfectly.
Contohnya, sayur yang digoreng.
Kalau goreng tanpa minyak, sayur akan melekat pada kuali.
Bila melekat, susah untuk sayur tu masak dengan sempurna kerana salah satu sebab masakan masak sempurna adalah minyak.
Minyak membuatkan masakan masak sempurna sebab minyak mengalirkan haba dengan baik.
Pemindahan haba lebih cepat melalui minyak daripada melalui udara.
Maknanya, makanan masak lebih cepat dan lebih sekata bila dimasak dalam minyak.
Tak percaya, cuba kau goreng sosej dalam kuali, lepas tu another sosej kau masak dalam air fryer.
Kau tengok mana yang lebih cepat masak dan lebih sedap.

Masak sambal memang perlu minyak yang banyak.
Sebab utama perlu minyak yang banyak adalah untuk preserve sambal.
Kandungan minyak yang tinggi tu halang pertumbuhan bakteria dalam sambal (ini projek aku dalam course Food Technology).
Minyak juga buatkan shelf life sambal lebih panjang sebab wujud penghalang antara pes cili dan udara (ini assignment aku dalam course Food Safety, jangan ada siapa nak pertikaikan. I got high marks in this assignment) *netizen perlu tahu*.
Satu lagi sebab kenapa sambal kena pakai banyak minyak adalah untuk meningkatkan rasa.
Kau cuba tumis sambal tanpa minyak, pastu hidang kat mak mertua.
Tak kena maki dah besar rahmat, ya.
Kalau aku hidang kat Mak Aji, konfem ayat dia "Apa sambal kau rasa macam pantat antu ni?"

Memasak dengan minyak dah jadi standard amalan memasak dari zaman dulu sampai sekarang.
Berabad-abad dah teknik ni.
Walaupun sesetengah orang pilih untuk taknak guna minyak dalam masakan, it is their call.
Takde yang betul atau salah.
Cuma perlu tahu yang sesetengah resipi memang perlu untuk hasil yang sempurna.