2023-04-03

Badan tengah sihat, memanglah rasa medical card tak penting.


Semalam aku nampak seorang kawan dalam FB, update post tentang hari ini (pagi ni) dia akan menjalani pembedahan jantung.
Belum dengar khabar dia lagi so far.
Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik.
Dia bagitau yang semalam dah buat payment untuk kos pembedahan, semuanya RM50K.
Aku terkejut sebab setahu aku dia ni bekerja (dulu).
Aku punya anggapan, orang-orang yang bekerja private atau semi-private selalunya ada takaful. Aku PM dia.
Jadi, gitulah ceritanya.
Memandangkan dia minta aku nasihatkan followers untuk ambil takaful, aku share di sini.
Tak salah aku pernah ada di kalangan blog readers yang tanya perlu tak dia ambil memandangkan company dah cover.
Tak salah aku, aku tanya dia balik "Company cover sehingga 70 tahun atau selama bekerja di sana saja?"

Ini penting untuk korang ambil tahu, ya.
Bukan sekadar happy-happy "Company saya cover semua!".
Itu cerita lain.
Cerita yang lebih penting adalah, sampai bila company cover?
Sebab setahu aku, kebanyakan company yang cover insurans untuk kakitangan hanya cover selagi kita masih bekerja di sana.
Once dah tak kerja, takkan cover lagi.

Lagi satu yang ramai orang salah faham.
Dia plan gini.
Selagi bekerja, pakai yang company cover.
Esok dah pencen, baru ambil medical card.
Berani betul perancangan tu, ya.

Bukan tak boleh, boleh.
Tapi, kita kena tahu satu hakikat.
Semakin kita tua, risiko untuk ada penyakit semakin tinggi.
Walaupun ketika usia pencen masih sihat, premium bulanan kita akan tinggi.
Bayangkan, masa tu pendapatan tetap tak ada, rely dengan duit pencen atau KWSP, nak kena bayar premium tinggi.
Rasanya macamana?
Dah tentulah semakin berat hati nak ambil takaful.
Penyudahnya, tak ambil.

Aku bukan apa, bila tengok that friend keluar duit sampai RM50K, lepas tu dia tulis "Suami cakap lepas ni kita tak boleh makan sedap-sedap and tido hotel mewah-mewah lagi, tau. Kita kena kumpul balik simpanan kita", luluhnya hati aku baca.
Bukan apa. Sedih, sebab kita semua tahu nak membina simpanan bukan senang, ya.
Semakin anak-anak membesar, semakin struggle nak menyimpan sebab banyak benda kita nak spend.
Esok, anak nak kawen, takkan nak tengok je.
Paling tak, RM30-40K nak keluarkan.
Esok anak nak beli kereta, paling tak downpayment kita bayarkan.

Aku percaya that friend also ada perancangan untuk duit simpanannya selama ni.
Tapi bak kata dia, heart attack yang dia dapat tu berlaku dengan tiba-tiba.
Selama ni tak ada tanda-tanda.
Tak salah aku dia pernah tulis antara 3 saluran, 2 saluran dah fully tertutup.

Mengambil takaful bukan bermakna kita minta sakit.
Tetapi menyediakan payung sebelum hujan.
Biar bersedia orang kata.
Hari tu aku ada dengar penjelasan seorang doktor.
Dia cakap ramai kakitangan kerajaan ingat bila ada GL, maknanya kerajaan cover semua.
Tak, ya. Kalau sakit jantung, dan buat angioplasty, prosedur pembedahan tu GL cover.
Tetapi, equipment GL tak cover.
Equipment tu macam stent.
Satu stent dah around RM10K.
Kalau kena pasang 2 stent? Keluarlah RM30K.
Hat ni yang buat mahal.
Kalau medical card, dia cover SEMUA. Itu bezanya.

Ni lagi satu aku nampak hari tu.
Post tentang someone tunjuk komitmen bulanan dia.
Hujung bulan tinggal RM800 katanya.
Lepas tu ada sorang Hamba Allah cakap "Buang je medical card, tak penting".
Nasib baiklah ramai cerdik pandai balas balik komen dia. Senang kerja aku.

Tawakal tu memang benar, bang.
Tapi, tawakal tu datang last kali, selepas berusaha dan berdoa.
Ini usaha pun takde, tau-tau nak tawakal berserah pada Allah. Salah konsep tu.
Badan tengah sihat, memanglah rasa medical card tak penting.
Nak-nak lagi tengah muda ni. Segalanya ok.
Tapi, sakit ni tak perlu tunggu tua sangat.
Rayyan tu 12 tahun baru. Tup-tup terpelot, patah kaki.
Siapa sangka. Gone RM35k.
Nasib baik 3 bulan selepas hospitalization Prudential masih cover bil-bil follow up dengan doktor.

Hari tu first follow up kena buat X-ray, RM380.
Kali kedua follow up buat X-ray lagi, RM300.
Kali ketiga siap kena buat CT-scan, RM1100.
Duit keluar macam air. Nasib boleh claim.
Bulan ni dah start dengan fisio pula.
Hat ni barulah start bayar sendiri.
Satu kali fisio RM170.
Sebelah kaki je dah berpuluh ribu treatment.
Betapa sihat tu mahal harganya.
Dah sakit baru sedar.

Lagi satu kelebihan ada medical card, it helps prevent delays or denials.
Dalam situasi sakit, benda paling last kau nak hadapi adalah menunggu berjam-jam untuk dapatkan treatment.
Again, kalau kita yang sakit maybe boleh tahan. What if anak?
Aku bukan nak cakap apa, ya.
Kat hospital kerajaan queue yang menunggu sangat ramai.
Mereka terpaksa pilih-pilih siapa yang mesti dirawat dulu.
Kalau kau masih boleh berjalan sendiri, besar harapan lambertttt lagi kau dipanggil.
Tu pasal ada yang sampai menunggu dari pagi ke petang tu.
Melainkan kau terbaring, kena papah, maybe cepat sikit.
Jadi ceritanya, medical card boleh elakkan delays in treatment.

Tak, aku bukan perli government hospital.
Tapi ini realiti yang kita kena faham.
Patient dorang sangat ramai!!
Mak Aji and Pak Aji walaupun boleh ke HUKM sebab masing-masing pesara kerajaan, dia tak mahu.
Rela dia keluarkan duit sendiri pergi UKM Specialist.
Sebab malas nak menunggu. Buang masa.
Dah lah masing-masing umur 70an.
Dah bukan umur-umur dia nak menunggu lama ni.
Bak kata Mak Aji, dulu masa muda, masa kerja, tak faham medical card.
Ingat tak penting. Ingat tak perlu sebab kerajaan tanggung.
Bila dah tua baru realize benda ni.
Memanglah ditanggung, tapi bukan semua.
Dan yang paling tak tahan, menunggu tetap kena menunggu.

Tapi ye lah, ini sekadar pandangan peribadi.
Nak pakai, pakai. Taknak pakai tinggalkan.
Cuma kalaulah boleh dipakai, please consider ambil medical card walaupun company tanggung.
You never know sampai bila you akan bekerja di situ.
At least dah ada medical card now.
Katakanlah now umur 30. Bulan-bulan bayar RM150 (contoh).
Company pun tanggung sama.
Lagi 10 tahun you dapat offer tempat lain.
Ketika tu umur dah 40 tahun.
Di tempat lain tiada takaful.
Tak apa. Because you dah ada takaful sendiri.
Tapi kalau usia 40 tahun, baru nak cari takaful, caruman you tak dapat RM150, ya. Dah tinggi sikit.

Aku punya caruman, RM197/sebulan.
Ini lama dah aku ambil ni. Dari muda.
Semalam, aku tanya En Wan kalau aku nak ambil satu lagi medical card dengan tambahan itu ini itu ini, agak-agak berapa.
En Wan buat kira-kira, RM380 sebulan.
Tu cara-cara takde penyakit dan tiada history hospitalization tau.
Tapi sebab umur dah 45, maka itulah harganya.
So gais, fikir-fikirkan.

Lagi satu nak pesan, bila dah ada komitmen medical card, usahakan untuk BAYAR.
Jangan culas, kejap bayar kejap tak bayar.
Jadikan itu satu komitment macamana kau bayar hutang rumah/kereta.
Dapat gaji, ketepikan siap-siap.
Tak pun, buat autodebit terus biar tak nampak duit tu dalam bank, tau-tahu semua komitmen dah langsai ditolak.
Kalau ada lapse, tiba-tiba jatuh sakit, berat sikit nak dapat cover tau.
Jangan kata "Aku dah bayar bertahun-tahun, baru 3 bulan tak bayar, dah taknak cover".
Dia sama je macam hutang bank, tak pun hutang sewa rumah, dik.
Kalau tak bayar 3 bulan atau lebih, kena tarik. Konsepnya sama, jangan bising.