2023-04-10
Majikan yang setiap tahun bagi duit raya, wujud!
Tiba-tiba Khairul Aming tunjuk dia bagi duit raya and baju raya kat staff, semua triggered.
Masing-masing mula membanding-bandingkan KA dengan majikan-majikan yang lain.
Dah kenapa tetiba masing-masing baru "sedar" majikan sendiri tak bagus?
Tapi yang pasti, hari ni tetap kau datang kerja, kan?
Tak pulak masing-masing resign.
Try la resign gi minta kerja kat company KA, tengok kau dapat ke tak.
Aku tak tahulah majikan lain.
Tapi setahu aku, ada je majikan yang setiap tahun bagi duit raya, sesekali belanja staff makan, sesekali belanja staff tudung atau baju, bagi bonus, etc.
ADA! percayalah cakap aku. ADA.
Ramai majikan-majikan yang aku kenal, di kalangan kawan-kawan aku sendiri practice benda ni.
Tiap-tiap tahun nak raya bagi duit raya.
Belanja staff makan. Belanja staff tudung.
Belanja gi Ramadhan buffet.
Ada je. Bezanya, majikan yang bukan instafemes lebih ramai dari majikan instafemes.
Takde keperluan untuk dorang highlite apa yang dorang buat di ofis. Itu je.
Kitorang sesama majikan siap bincang "Tahun ni kau bagi berapa duit raya kat staff kau?"
Kawan aku pernah pinjam duit aku demi nak bagi staff duit raya.
Staff tak tahu kesusahan majikan, kan?
Meminjam demi nak gembirakan staff.
Kesian katanya, PKP ramai terkesan.
Kawan aku cakap tak pasti tahun tu dapat bagi bonus hujung tahun ke tak, at least bagilah sikit duit raya.
Meminjam, ya. Meminjam.
Tapi lepas raya, sales dia masuk, dia bayar balik kat aku. Settle dah pun.
Cuma nak bagitau yang majikan ni kalau duit banyak, memang nak bagi kat staff.
Tapi kalau dah tak mampu tu, nak buat camana, kan.
Gaji kau tak delay dah besar rahmat.
Bos aku di Mega Jati Academy pun hari tu belikan tudung bawal untuk semua staff.
Aku pun dapat, walaupun aku bukan staff tetap, hanya attachment saja. Dapat.
Tapi takde orang tahu pun sebab bos MJA bukan instafemes.
Bos XZIZ Biotech pun [hahaha].
Kitorang bukan instafemes.
Ke kitorang kena tunjuk semua ni kot, baru orang percaya majikan seperti wujud?
Tak, aku bukan perli KA. Jauh sekali sakit hati.
I am happy bila cerita-cerita kebaikan majikan di-viralkan.
Biar orang tahu majikan yang bagi hadiah kat staff, wujud.
Cuma pelik dengan sesetengah orang yang bergelar pekerja.
Nampak satu kebaikan yang orang lain buat, segala kebaikan majikannya sendiri dia lupa.
Sedangkan kau bekerja dengan majikan yang "tak best" tu bertahun-tahun.
Malah, hari ni pun kau masih datang kerja di ofis majikan "tak best" tu.
Bertahun-tahun makan gaji di situ.
Gaji tak pernah tak dibayar.
Bonus hujung tahun tak pernah tak dapat.
Nak masuk ofis lambat sikit, boleh.
Nak keluar awal, boleh.
Lunch ambil waktu yang lebih panjang, majikan bagi.
Majikan bagi kelonggaran itu dan ini.
Alih-alih hanya kerana duit raya, lupa segala kebaikan yang kau dapat selama bekerja di situ.
Kena faham, ada majikan yang company tu dia sole-proprietor.
No partners in the business.
Segala urusan kewangan, dia handle.
Ada juga majikan yang company itu ada Board of Directors.
Tak boleh sewenangnya keluar duit bagi gitu tanpa persetujuan BOD.
Dalam keadaan ekonomi tak berapa baik, gaji dapat tiap-tiap bulan adalah satu benda yang perlu disyukuri.
Because perkara utama yang kita nak bila bekerja adalah, dapat gaji.
Ramai yang nak gaji macam kita.
Ramai yang nak kerja dalam ofis beraircond macam kita.
Ramai yang nak jawatan tetap macam kita.
Kau tengok betapa kecoh hari tu ramai doktor kontrak tak dapat jawatan tetap?
Ada yang sejak PKP hari tu diberhentikan sampai sekarang masih bawa Grab.
Berpanas berhujan demi nak mencukupkan belanja.
Semalam aku tengok video rider Food Panda yang duit RM300-nya dibekukan [aku tak pasti apa reasonnya].
Menangis-nangis dia.
Katanya duit tu nak guna untuk raya.
Duit tu nak buat ambil balik kereta yang digadaikan.
Yang kita, sibuk meratib bos tak bagi duit raya.
Kadang aku rasa orang-orang yang tak reti bersyukur ni, elok dapat bos Devil Wears Prada aku dulu, baru datang akai.
Tapi aku sayang bos ni.
Walaupun dia sangat tegas tapi segalanya untuk kerja.
Aku rasa kalau majikan sekarang implement cara dia, mau 2 minggu je tahan.
Silap-silap mak bapak datang ofis serang majikan.
Bos aku yang ni pernah sengaja panjangkan waktu meeting sedangkan dia tahu kawan aku mengejar flight ke Kuching.
Dia buat gitu sebab kawan ni sejenis sambil lewa buat kerja.
Jenis yang time management out.
Menangis-nangis kawan aku bawa kereta ke airport. Pecut selagi boleh.
Nasib baik sempat catch flight.
Tapi lepas tu dia jadi terurus sikit.
Kadang-kadang kena ajar gini baru sedar.
Macam aku jugalah.
Dah kena campak sales report kat muka baru datang akai nak buat report betul-betul.
Jujur, aku tak kecil hati bab ni.
Sebab aku tahu aku yang salah.
Sales report aku agak berterabur.
Lepas kena tu, barulah aku pandai buat.
Dan yang paling best, rupanya aku boleh siapkan proper report dalam tempoh seminggu.
Selagi tak kena, selagi tu aku merungut "Macamana nak siapkan semua ni in a week?".
Banyak nau alasan, kan. Dah kena hempok boleh pun buat rupanya.
Tapi aku tak pernah buat gini kat staff-staff aku.
Sekarang zaman viral. Naya nanti 😁.
Dia macam ginilah, ya.
Dalam mana-mana pekerjaan, ada lebih dan kurang.
Kau takkan dapat semua yang best-best. TAK AKAN.
Majikan A
- bos santai
- bos bagi kebebasan buat kerja
- ofis cantik selesa
- jauh sikit dari rumah, petrol banyak sikit
- parking bayar sendiri
- hari sabtu kena datang kerja
- ofis hour habis at 5pm
- tak allow OT
- cuti tahunan sikit
Majikan B
- bos tegas
- bos jenis micro manage
- ofis biasa-biasa, basic
- dekat dengan rumah, tak perlu lalu tol, jimat petrol
- parking company bayarkan
- sabtu ahad tak kerja
- ofis hour habis at 6pm
- allow OT
- cuti tahunan banyak
Kalau kau jenis nak perfect ikut selera tekak sendiri, percayalah cakap aku, kau akan sentiasa jump dari satu company ke company yang lain sebab sentiasa jumpa perkara yang kau tak puas hati dalam setiap company yang kau kerja.
Bukan tak boleh memilih. Boleh.
Tapi, kalau setakat tak dapat small-small bonus nak melenting, nak sentap -- sila bukak kompeni sendiri.
Baru nanti kau faham struggle-nya.