2019-08-13

Raya Haji 2019



7 Ogos lepas, tarikh aku bertunang dengan En Wan 20 tahun yang lalu.
For the first time kitorang celebrate anniversary ni.
Mana ada orang celebrate anniversary bertunang after 18 years kawen? Hahaha.

Yang sebenarnya laki aku takde keje petang nak buat agaknya petang tu.
Dia pi beli kek and celebrate kat opis.
Staff-staff aku pun tercengang-cengang ni sempena apa pulak.
Sebab kalau ada apa-apa anniversary sah-sah dorang tau sebab selalunya every celebration mesti ada promosi GreenAard.
Bila aku bagitau tarikh bertunang, gelak sakan budak-budak.
Apa ke gila majikannya tarikh bertunang pun nak celebrate.



Memandangkan 20 tahun sekali celebrationnya, entah lagi 20 tahun larat lagi tak nak potong kek, maka kita layankan ajelah celebration kali ni.
Yang penting kek Komugi ni sedap - Rainbow kek.
Kek biasa je ni, tapi kek Komugi memang sedap-sedap so walaupun cuma kek biasa, tetap sedap.

Yang sebenarnya aku rasa En Wan excited nak balik raya sebab esoknya [Khamis] kitorang dah balik Tganu.

Alhamdulillah, jalan lengang.
Memang itulah yang aku harapkan, tak larat aku nak bersidai dalam kereta 12-14 jam semata-mata nak balik kampung.
Tak sangka rupanya jem boleh tahan teruk balik raya haji tahun ni, kan.
Adik ipar aku punya abang, dari KL pukul 9 malam hari ni, sampai Kelantan 9 malam esoknya.
24 hours dalam kereta!
Sesungguhnya kesabaran korang memang tinggi.
Kalau aku dah boleh jadi bahan nak bertekak dalam kereta ni.



Yang paling over sekali balik raya tahun ni adalah ini - cooler.

Menjak kes aku migrain teruk raya puasa lepas, kali ni En Wan lebih bersedia.
Taknak bini dia menyepoil-kan program raya.
Jadi sebelum migrain menyerang, dia belikan siap-siap cooler ni, bawak dari rumah!

Nak kata sejuk sangat tu taklah, tapi better dari kipas angin.
Kalau kipas angin biasa tu, kadang panas juga sebab bahang udara rumah mak mertua aku ni memang panas.
That's why raya lepas aku migrain walaupun pakai 3 kipas, sebab udara panas.
This time pakai cooler, better.
Nak pulak En Wan tuang ais ketul terus kat dalam tu, memang bahagia nau rasanya dapat udara sejuk.

Alhamdulillah raya kali ni tak migrain, tapi aku demam.
Asal malam je demam.
Ni tengah menaip ni pun aku tengah demam lagi, tapi gagahkan diri jugak update blog sebab dah alang-alang tengah buat keje sekali.
Maka, tetap tahun ni takde gamba raya sekeluarga di kampung.



Ni port wajib.
Hari tu siapa ntah tanya nama warung sotong yang selalu aku pergi, sardin je aku pi bagitau nama warung ni "KAK SITI".
Kesian budak tu mencari, sampai kiamat pun tak jumpa.

Sebenarnya nama dia WARUNG CIK SU.
Ingat ya nama ni anak-anak sekalian, Warung Cik Su.
Yang sebelah aku tu cucu.

Nak ke Warung Cik Su ni kena melintas depan warung Pok Nong dulu.
Tapi jangan haraplah nak tengok aku queue panjang-panjang semata-mata nak makan sotong.
Memang panjang gila queue kat Warung Pok Nong, gigih-gigih belaka semua yang datang.
Warung Cik Su ni depan sikit dari Pok Nong.





Sotong kat sini boleh tahan besar-besar, RM43 untuk 2 ekor.
Aku sekor, Redza sekor.
Sekor dah kenyang sangat-sangatnya.



Yang sebenarnya, ini tujuan aku pi Warung Kak Su.
Air Batu Jagung dia sangat sedap.
Kat Pok Nong pun ada ni, jadi kalau korang malas queue kat Pok Nong, silakan ke Warung Kak Su, tetap ada menu yang sama ni.
Tak kedekut jagung, agaknya setengah tin dia bubuh ni, memang puas makan.



Cendol En Wan



Bukan main berbirat lagi kulit si Redza balik cuti kali ni.
Berjemur on activity week katanya.
Dia punya lengan baju tu kalau selak dah macam kulit zebra punyalah hitam berkilat belah bawah, tapi badan cerah.
Makan tahun gak nak putih balik ni. Dah lah memang sedia tak putih sejak azali.



Masa nak balik ada 2 reader tegur.
Sempat ambik gamba kenangan.

Aku upkan gamba ni kat IG, then ada sorang lagi bagitau dia pun ada kat warung yang sama, duduk belakang meja aku.
Siap boleh dengar aku menjerit bila kucing melompat atas kerusi katanya.



Cucu paling latest.
Kali ni balik raya sebab ada kenduri akikah si kenit ni sekali.
Aku rasa laki aku dah putih dah, tapi baby ni lagi putih rupanya.
Ko bayangkan kalau aku yang dokong baby ni? 



Ini another tempat wajib singgah - APIT BUKE PINTU.
Dekat je warung ni dengan rumah mak mertua aku.
Tak sempat orang belakang nak rasa aircond, dah sampai.
Tapi toksah pegi time orang balik raya lah.
Memang hazab menunggu order.
Orang terlampau ramai.
Padahal menu dia bukan ada special sangat pun.
Cuma orang nak minum jus buah dia je.
Kalau datang time raya-raya gini, buah potong dalam jus tu sikit je dia letak.
Kalau datang time bukan peak season, memang meriah buah potong dalam jus tu, tak larat nak habiskan.



Kali kedua makan mee rebus Tganu.
Kali pertama raya lepas.
Boleh tahan sedap.



Laki aku tunggu 40 minit, aku ingatkan makan steak ke apa, rupanya maggi udang je pun.
Baik buat kat rumah je kalau setakat nak makan maggi.



Untuk kesekian kalinya pi makan mee kat kedai cina favourite arwah ayah.
Time raya lepas makan kat kedai adik dia, kali ni kedai abang dia pulak.
Both sama-sama di Batu Rakit, selang 1-2 biji warung je.
Aku rasa dulu kedai abang dia ni je yang ada, tapi sebab nak besarkan dah takde tanah, so adik bukak lagi satu kedai berdekatan.
Menu semua sama.
Rasa pun sama.



Mee goreng En Wan



Kuey tiaw Redza
Redza mula-mula taknak makan, kenyang konon.
Sekali bau apek tu menumis, terus rasa lapar tiba-tiba.



Aku will always makan mee sup.
Ada daging, ayam, sotong, udang and telur.
Meriah!

Nak kata sedap sangat tu terpulang pada tekak masing-masing.
Aku suka mee sup dia sebab dia masak chinese style.



Sebelum makanan sampai, dia akan 'hidangkan' mangkuk air panas rendam sudu garfu and piring sos.
Steril lah konon.
Nak makan pun rasa selesa kalau gini caranya.



Kecik je kedainya, very simple.
Tapi kebanyakkan customer adalah orang melayu.
Baik pulak tu membahasakan customer "Encik".
Harap anak-anak dia esok dapat carry this restoran and kekalkan cara masakan yang sama.



Ini lauk raya Mak Aji di Bangi.
Pagi-pagi lagi adik aku dah share gambar makanan kat group.

Makanan raya aku?



Tadaaaaaa!!

Mempersembahkan mee goreng di pagi raya. Hahaha.

Mak mertua aku membebel dari petang raya membawak ke pagi raya pasal makanan raya tahun ni.
Kak Long tersalah plan order pulut kuning and rendang ayam untuk hari Isnin, bukan Ahad.
Padahal hari Isnin aku and Kak Ngah dah balik KL.
Jadi pagi raya kali ni betul-betul syahdu sebab makan mee goreng.
Nasib baik takde lagu raya mengiringi aku makan mee goreng ni.




Ada kepok lekor and telur puyuh bagi mengubat rasa sedih, buat makan-makan dengan mee goreng.
Jadiklahhhhh.





Raya Haji tahun ni, takde gambar raya sekeluarga sebab aku demam.
Aku demam malam harinya lagi, tapi siang dah kebah but masih batuk and selsema.
Nak makan ubat takut tertido, jadi aku bertahan la jugak dengan selsema membawak ke tengahari.
Lepas mandi, dah pakai siap-siap baju raya, aku makan ubat selsema sikit.
Aku sedar-sedar dengar orang tengah marhaban.
Memang tak keluar dari bilik la jawabnya sebab bilik aku kat area hall.
Kalau aku keluar konfem melintas dengan set-set lelaki yang tengah marhaban.
Jadi, aku sambung tido sampai 6.30pm.

Tu pun mak mertua aku kejutkan suruh makan takut lauk habis.
There goes my raya haji.
Pakai baju raya untuk tido saja.



Cadangnya nak bergamba anak-beranak depan pelamin di kecik tu ha. GONE!





Hari tu kitorang korban sekor lembu, jadi dapatlah buat macam-macam lauk untuk kenduri.
Daging buat masak merah.
Tulang buat sup.
Hati and limpa buat goreng dengan sayur kacang.
Ada ikan masin, ulam, sambal belacan, kuih bakar and cream puff.

Ramai juga orang yang datang kenduri rumah mak walaupun mak dah 9 tahun tak duduk situ.
Tapi bila orang nampak ada pacak khemah rupanya dorang tertunggu-tunggu jemputan dari mak.
Nasib baik memang mak sendiri yang pi menjemput.
Ingatkan takde orang nak datang, alhamdulillah more than 100 people datang kenduri.
Aku makan pukul 6.30pm tu lauk dah hujung-hujung je, padahal kenduri start 5pm.

Malam tu, aku demam balik semula.
Tak tau lah apa kena kali ni balik raya demam manjang.
Malam je pulak tu.




Redza main badminton pair dengan cousin.

Memandangkan malam tu aku demam, aku tido awal [padahal siang dah membuta macam nak rak].
En Wan and anak-anak sedara gi main badminton.
Tak tau pukul berapa dorang balik, around 3.50am terjaga En Wan ada kat sebelah.
Dan malam tu first time aku tido menggigil kesejukan tanpa pakai cooler.
Hah kau! Nak sangat sejuk? Terus dapat demam. Tak payah pakai cooler dah berselimut.

Esoknya, sebelum Subuh dah bangun and bersiap nak balik.
Memang dah plan Isnin kena balik awal-awal nak mengelakkan bertembung dengan set-set Kelate.
Kalau orang Kelantan gerak lepas Subuh, around 12 noon dorang dah sampai area Bentong.
So kitorang kena sampai Bentong sebelum 12 noon, kalau tak, memang kenduri 14 jam la jawabnya.

Alhamdulillah pilot aku berjaya menerbangkan kereta beliau, dari Manir 7am, sampai tol Gombak 11am.
Jalan not so lengang sebab masuk area Kuantan dah start banyak kereta tapi masih boleh speed 140km/hr.
Cuma boleh nampak la semua pakat keluar awal.
Sampai rumah terus makan ubat and aku tido until 2pm.
Bangun-bangun tengok En Wan dah siap basuh baju segala.
Lepas Asar balik Bangi.
Now aku di Bangi, demam.
Kita sambung demam di sini pulak.



Esok birthday aku.
So esok, 24 JAM, inilah harga GreenAard.
24 jam sahaja.

Boleh whatsapp SINI.


2019-08-08

Kenal sifat


Memahami sifat-sifat Allah itu wajib untuk kita ambil tahu.
Kerana salah satu punca hati tak tenang adalah kita tak kenal Allah.
Bila kita kenal dan faham sifat-sifat, insyallah kita akan jadi faham dan yakin.
Memahami sifat Allah beri pengaruh besar dalam kehidupan kita.
Kerana percakapannya dan perbuatannya akan terbimbing dengan memahami dan melaksanakan apa yang terkandung dalam nama dan sifat Allah tadi.

Serupalah kalau kita tahu yang bakal suami kita orangnya berkerjaya bagus, bertanggungjawab, solat tak culas, hormat orang tua, loving, rupa pun helok, maka kita jadi tenang.
Berbeza kalau kita tak tahu siapa gerangannya bakal suami kita, hati tu rasa gelisah sikit sebab kita tak kenal bagaimana orangnya.
Begitulah kalau kita tak kenal Allah, maka kita akan selalu rasa gelisah.

Masa aku belajar kupasan sifat Allah [Asma ul Husna], satu sifat Allah explanationnya sampai 3 kali kelas.
Itupun kadang-kadang terbabas juga hati ni, adakalanya datang rasa gelisah dan tak yakin.
Tapi bila ingat-ingatkan balik ilmu yang dah blaja, slowly datang balik rasa tenang.

Apa saja yang kita lalui dalam hidup, kembalikan kepada sifat Allah.

Contohnya, kalau kita faham bahawa Allah itu Ar-Razzaq [Maha Memberi], insyallah kita tenang kerana kita faham satu-satunya yang mampu bagi rezeki adalah DIA.
Kalaulah semua manusia kenal sifat ini, tak akan ada dengki khianat dengan rezeki orang lain.
Ramai orang cemburukan rezeki orang lain kerana dia sangka rezeki adalah sesuatu yang mesti dicari, padahal rezeki adalah sesuatu yang sudah ditetapkan Allah.

Rezeki tetap akan datang samada dicari atau tak.

"Kalau macam tu tak payah lah kerja, nanti rezeki tu datang"

Bukan macam tu.

Yang Allah sediakan adalah rezeki.
Tapi mencari rezeki adalah perintah Allah kerana usaha adalah ibadah.
Ibadah itu yang kita kena buat.
That's why Allah menilai usaha, bukan hasil.
Usaha kita mencari rezeki itu yang Allah pandang, bukan berapa banyak kita dapat.
Banyak atau sikit, berjaya atau tidak, bukan itu yang Allah pandang sebab DIA tahu dah pada siapa DIA bagi tapi yang dilihat adalah apa ikhtiar kita dan samada ikhtiar itu mengikut jalan yang DIA redha.
Kerana mencari rezeki dengan cara yang Allah redha merupakan perbuatan keramat di sisi Allah.

Ada satu cerita tentang Imam Malik.
Dia pergi berdagang [kalau tak salah aku lah], on the way dia berhenti rehat.
Dia bukak bekalan makanan dia and susun kat depan.
Elok je datang kucing berlenggang ambik sepotong daging and dengan santai berlalu pergi.

Terkesima kejap Imam Malik.
Dia terpikir, apesal kucing ni santai sangat ambil makanan dia?
Kucing kalau rembat makanan orang mana berani jalan bertenang-tenang gitu, kan.
So Imam Malik follow that kucing.

Dia nampak kucing tu jatuhkan that daging ke dalam lubang tepi batu.
Bila Imam Malik jenguk dalam lubang rupanya ada ular buta.
Kalaulah bukan kucing tu yang bawa makanan, dah tentu ular tu mati kelaparan.

Kisah ini membuktikan sememangnya rezeki sudah dijamin Allah.
Apa-apa yang melata atas bumi Allah dah jamin rezekinya.
Cuma itulah, manusia yang selalu risau tentang rezeki.
Tak cukup dengan risau, dia berdengki pula dengan rezeki orang lain.
Tu belum lagi dengan perangai yang sanggup buat benda jahat untuk dapatkan rezeki.

Sungguh perihal rezeki ni boleh ubah manusia.
Berubah perbuatannya.
Berubah percakapan.
Ada yang boleh berubah akidah pun!
Sanggup ni jumpa tok bomoh, tok pawang, segala tok demi nak ada kelansungan rezeki.

Ada juga manusia yang depan orang ramai dia macam wali Allah, bukan main helok perangai, soleh sangat nampaknya tapi bila takde orang dia jadi wali setan.
Banyak dah cerita-cerita macam ni kita dengar.
Orang-orang macam ni dia tak kenal sifat Allah - Ar-Raqib iaitu Maha Mengawasi.

Contoh, kalau kita letak CCTV kat rumah untuk awasi bibik dan bibik tu tahu ada CCTV di rumah, mustahil dia nak malas-malas kerja, betul tak?
Dia akan jadi beringat bahawa dia sedang diperhatikan.

Sebenarnya kalau kita semua faham bahawa Allah itu sedang mengawasi, maka kita dengan sendirinya termotivasi untuk jadi baik dan buat baik kerana kita tahu ada yang memerhati.

Begitulah juga kalau kita kenal bahawa Allah itu Al-Bashir, kita jadi tak kisah bila ada yang sedang mengata, memburuk-burukkan atau menghina kita.
Kerana kita tahu bahawa Allah melihat setiap perbuatan manusia dan menghitung setiap perbuatan tersebut.
Jadi tenang-tenang sajalah kalau kita dikutuk atau difitnah - diamkan diri sajalah.
Kalau ada yang tanya, jawab.
Kalau tak ada yang tanya, tak payah susah-susah nak clarify itu ini.
Yakin saja bahawa perbuatan kita akan dihitung Allah, perbuatan dia juga akan dipertanggungjawabkan nanti depan Allah.

Hidup ini adalah ibadah, bukan menurutkan perasaan.
Kalau kita dibenci orang, alhamdulillah, bermakna itu peluang kita berdoa pada Allah.
Kalau kita disenangi orang, alhamdulillah, bermakna kita beroleh kebaikan.
Walaupun kita sorang saja yang percaya bahawa kita di pihak yang betul manakala yang lain tak, pun tak apa.

Ada sorang nabi namanya Nabi Syamun.
Ini satu-satunya nabi yang tak ada pengikut, sampaikan dia mati pun sorang.
Yang kebumikan dia cuma sorang je.

Ada lagi contoh paling terkenal - Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim ni 'bapa' kita.
Masa dia dibakar, takde sorang yang tolong, yang menghulurkan kayu untuk menyemarakkan api memang ramai.
Ada sorang perempuan tua di zaman tu duduk nun kat pendalaman, buta pulak tu.
Bila dengar Nabi Ibrahim nak dibakar, bukan main sedih lagi dia.
Bukannya sedih sebab Ibrahim kena bakar tapi sedih sebab tak dapat sumbangkan kayu!
Tapi Nabi Ibrahim cool-cool je sebab dia tau berseorangan menghadapi kebenaran bukan untuk mendapatkan simpati manusia.

Memang contoh-contoh yang aku bagi ni tentang nabi-nabi.
Mana sama iman nabi nak dibandingkan dengan kita, kan.
Tapi setidak-tidaknya kehidupan kita sekarang jauh lebih baik dari zaman tu.
Dengan limpahan rezeki yang banyak sekarang, sepatutnya menjadikan keyakinan kita pada sifat Allah semakin kuat.

Betullah kata ustaz, bukan semua anugerah menjadi nikmat.
Kita ni dinugerahkan hidup selesa, negara aman, badan sihat, ada kerjaya, belajar tinggi-tinggi, rupanya tak menjadikan kita semakin mengenal Allah.
Maka bolehkah itu dikatakan nikmat, atau musibah?


2019-08-07

Activiti dengan blog reader


Hari ni post banyak gambar.

Ahad, aku attend majlis akikah anak kepada blogger/reader Diyana.
Rasanya dia dah berapa aktif blogging tapi IG/FB masih aktif.
Biasa la kan, semakin meningkat usia semakin banyak priority lain yang nak diutamakan.
Kalau aktif memblogging pun, dah tak sama macam awal-awal dulu.
Contoh paling senang yang sedang menulis ni lah.
Dah tak larat aku nak blogging tepek gambar everyday.
Nak merempan pun tak berapa lalu dah.



Diana & Diyana
Bezanya si Diana tu 40an, Diyana sebelah tu 30an.


Ini kali keempat aku jumpa dia.
First time dulu kat open house raya rumah aku a few years back.
Second time dia invite aku untuk review kedai ayam penyet.
Third time kat kedai kakak ipar dia.
Fourth time, Ahad lepas kat rumah dia.

Rumah dia ni corner lot, so dia tanam banyak pokok.
Selalunya dia akan update sayur-sayuran and bunga kantan dia.
Hari tu masa ke sana aku dok scan mana pokok kantan dia.
Nasib baik dia tak free, kalau dia free aku mintak sikit bunga kantan 2-3 batang.



Ni gamba ambik kat FB dia.
Sebenarnya aku nak tunjuk pinata 3 biji bergantung kat pelamin tu ha.
Diyana ni pinata maker.
Kalau tak salah aku, dia je satu-satunya pinata maker kat Malaysia ni.
Kalau ada orang lain pun [entah, aku tak tahu], maybe Diyana ni yang paling successful in pinata making.

Baru-baru ni cucu Agong punya akikah pun ambik pinata dari dia.
Anak TMJ punya birthday party pun ambik pinata dia.
Hari tu dia ajak aku stay untuk Rayyan join pukul pinata, tapi aku nak balik nak tengok Widad kat spital jadi tak dan nak tunggu.



Ni pinata GC Plus aku order dari Diyana juga.
Dah 2 tahun dah ni, helok lagi sebab aku tempah bukan untuk dipukul tapi untuk dijadikan maskot letak kat booth.
Sayang nak pukul, aku punya besar ni.
Kalau kau teringin nak pukul pinata, mintaklah Diyana ni buatkan satu pinata muka ex masing-masing, pastu kau pukul lah puas-puas.
Kalau bagi kat aku, aku bagi pakej pukul dengan pijak sekali.

Boleh follow IG : @pinatapartykl

Cantik-cantik pinata dia buat.
Tapi janganlah expect harganya RM40-50 ya.
Jenuh orang tu nak menggunting lagi, nak membentuk lagi, nak menggam lagi.



Aku 3 beranak duduk betul-betul depan kaunter kambing, boleh?

Boleh tahan sedap kambing ni, lupa pulak nak tanya ambik kat mana.
Lauk-pauk catering dia pun sedap especially ayam masak merah dia, marvelles!



Anak aku ni kalau tak disuapkan, memang takkan habis makan.
Ada je alasan dia dah kenyang la, lauk tak sedap lah.
Yang sebenarnya malas.
Nak suap kat mulut sendiri pun malas.
Kalau disuapkan, sepinggan licin.



Berkilat muka masing-masing. 
Aku tu dah tentu-tentulah sejak azali berkilat.
Yang lagi dua ni dah kenapa makin lama makin senada dengan ton warna aku pulak?



Muka makcik bawang sangatlah yang pink tu.



Dua gambar atas ni sebenarnya blog reader.
Dorang ni kawan Diyana, sama-sama baca blog aku.
So hari tu 3 orang kenalkan diri [satu tak sempat nak ambik gamba].

Masa ni lah Rayyan start tanya "Mama, satu dunia kenal Mama. Mama buat apa sebenarnya?"

Malas aku nak jawab.
Papa dia kata "Mama instagrammer"

Dalam kereta on the way nak balik tu jugak dia mintak aku createkan akaun IG dia.
Dah satu hal pulak aku kena create.
Lepas create IG, dia suruh aku call abang dia jam-jam tu jugak mintak abang dia accept frriend request.
Punyalah nak tunjuk kat abang dia pun dah ada IG.
Aku tengok dia follow Black Pink.
Korea rupanya anak aku ni.



Isnin, memenuhi jemputan Dr Zahira di DIVA Aesthetic Shah Alam.
Dr Zahira ni blog reader juga since her uni days masa buat medic kat India dulu.

Aku cakap dengan En Wan "Kagumlah dengan dia ni. Umur awal 30an dah bukak klinik sendiri".

Pastu En Wan pandang aku "Bukan awak pun bukak company umur 31 ke?"

Eh. Ha'ah.
Lupa pulak.
Dah tua dah aku ni, kisah sendiri pun boleh lupa.



Masa dia invite aku try service dia, dia tanya dulu "Bila last buat facial treatement".

Ya Allah seramnya nak jawab.
Bukan apa, aku takut dia yang seram dengar sebab last aku buat facial treatment sehari sebelum kawen.
18 tahun lepas oiii. Hazabbb.

Seriously, I am not a spa person.
Kali pertama aku buat facial itu lah masa nak kawen and that was the last.
Selebihnya hanya cuci muka kat rumah je.
Itupun rencam.
Ada sabun pakai sabun.
Takde sabun, hand gel pun boleh.
Kadang tu sabun cuci pinggan Joy tu pun aku tenyeh kat muka, asal ada buih konsepnya.
Now menjak ada Cleansing Gel sendiri, pakailah sendiri punya je.

To be honest muka aku takde jerawat, jadi mungkin sebab tu aku tak berapa nak ambik port sangat.
Tapi rutin biasa like toning, mosturising, scrub seminggu sekali and pakai mask tu ada lah.
But serum, night cream, sun screen - semua ni takde.

Hari tu masa dia scan muka aku, cuak juga.
Aku kan jakun sikit mana pernah pegi treatment-treatment gini, jadi agak seram jugak la bila dia mintak aku letakkan muka kat satu device tu untuk dia snap gamba and analyze.

Aku cakap kau, dia punya kamera tu boleh detect segala tok nenek white head, black head, pores, minyak, segala benda yang ada kat muka kau.
Masa tu lah kau boleh tengok apa benda yang ada kat muka kau yang kau tak nampak selama ni.
Aku rasa ini bagus untuk yang ada masalah kulit tak settle-settle, eloklah pi check so that boleh identify the root cause.

Hari tu lepas scan, kulit aku ni rupanya kering.
U-zone and T-zone aku tak berminyak macam most people.
Bila kulit kering maknanya senang nak dapat dead cells so kena rajin scrub muka.
Kalau selama ni aku apply scrub seminggu sekali, maybe dah boleh tambah sikit 2 kali kot.

Skin changes with age.
Makin bertambah umur, kulit jadi lebih nipis and hilang lemak.
Urat muka pun dah senang nampak.
Kalau ada scratch atau luka dah makin lambat nak heal.
Skin begins to wrinkle.
Macam umur aku ni dah 42, kulit pun dah less elastic [maklumlah umur menghampiri menopause].



Macam pinggan lebarnya muka aku ni!

Yang bintik-bintik merah tu adalah pores yang kelihatan besar sikit dari bahagian lain.
Tapi alhamdulillah juga bila Dr kata kulit aku takde black head and white head almost takde.

Tapi aku dah ada wrinkles sikit, maklumlah dah 42 tahun kan.
Cuma wrinkles ni boleh dilambatkan lagi dengan treatment.
Aku ni tak pernah pakai sunscreen.
Aku just pakai mosturiser yang dah ada SPF kat dalam tu.
Dr Ira kata, lagi bagus pakai separate sunscreen sebab protection dia lagi kuat.
Kalau pakai sunscreen lagi lambat wrinkles muncul.

Tapi aku dah ada age spots.
Age spots ni macam brown spots due tu terdedah pada matahari.



Ni dalam bilik treatment sebelum dia start.
Mula-mula dia kasi belai-belai dulu dengan urutan muka segala.
Terlelap sekejap.
Dah la baru lepas lunch, memang sedang elok la dibelai-belai.

Muka aku ni kalau ambik gamba gini macam tak nampak apa-apa kan?
Tapi bila dah letak bawah scan tu ha baru tau apa ada dalam.



Ini sebenarnya video tapi aku terpaksa screencap saja sebab nampak rambut and leher.
Ni namanya Diamond Microdermabrasion.
Dia sedut sel kulit mati and bagi skin texture lebih lembut.
Tak sakit, don't worry.
Cuma kulit jadi slightly red sebab dia sedut-sedut tapi after a few hours back to normal.

Aku tak sure kalau kat spa ada offer this treatment, tapi 18 tahun dulu aku pi spa tak wujud lagi benda ni [or maybe that spa takde this service].
Bila that day dia tunjukkan aku alat yang dia nak gunakan kat kulit aku ni, aku rasa macam aku pernah nampak orang jual this device.
Harga around RM200 kot tapi maybe simple-simple punya, tak macam kat clinic ni.
Apa-apa pun aku rasa this procedure is best discussed with dermatologist atau aesthetician bertauliah macam Dr Ira sebab kita tak tau apa benda yang akan kita sedut, better buat kat clinic la.

Lagipun pada pandangan aku, in-office microdermabrasion guna larger motor and power pun lebih kuat sikit dari at-home treatments, so they penetrate deeper into the skin.

"Mahal!"

Memang la treatment kat clinic mahal sikit banding buat sendiri kat rumah.
Yang tukang buat tu pun profesional, the procedure pun profesional, product clinic selalunya memang mahal tapi insyallah selamat.
Selalunya alatan kat clinic ni akan di-sterilize dulu which is important for safety.

This treatment tak terhad untuk buang kulit mati je tapi boleh juga untuk clearkan pores yang tersumbat and perbaiki fine lines HOWEVER jangan pula ingat satu kali treatment dah nampak result, especially kalau kulit memang rosak teruk, you have to do a series of microdermabrasion treatments.
Tak boleh satu kali je.
Dan tak boleh juga berserah pada treatment semata-mata.
Mesti kena top up dengan good skin care products.
Jangan ingat dah buat treatment maka tak perlu apply sunscreen and mosturiser.
Semuanya perlukan combination penjagaan.



Lepas buat microdermabrasion, sambung pulak dengan Brightening Laser.
Yang ni untuk pigmentation.
Kan tadi aku cakap the scanner detect aku ada age spots.

Mula-mula dia apply dengan cream.
Cream ni akan buatkan muka kau jadi kebas.

Aku tanya "Kenapa nak muka kita jadi kebas?"

Staff dia jawab "Sebab kita nak guna laser kejap lagi. Laser tu panas-panas sikit so takde la sakit sangat kulit".

OMG seram gila oiiii.

Aku dah la cuak bab-bab panas ni.
Panas kat hujung jari pun dah meloncat, ni pulak kat muka.
Mau tak seram?
Muka kalau level Jennifer Aniston takpelah juga kan.
Ini Jenipah Aniton je [panggilan manja Ton], kalau berparut tak ke nayaaaaa.

Iklan : Korang kalau dengar orang panggil "Ton! Ton!", jangan pukul rata nama dia Zaiton ya. Entah-entah Aniston. Kahkahkah.

After a while memang kebas muka aku.
Bila dah kebas, barulah Dr Ira start dengan laser treatment.



Ini pun sebenarnya video.
Kalau tak, boleh dengar bunyi-bunyi sekali.

Process nak remove age spot ni bukan boleh buat satu kali treatment juga.
Benda ni kena buat layer by layer.
Nanti eventually healthy skin akan grow back.

Laser ni tak sakit, tapi boleh rasa mencucuk-cucuk and panas.
Macam kena gigit semut api.
Patutla dia pakaikan krim kebas muka.
Kalau age spot/dark spot lebih banyak atau lebih besar maybe lagi lama kau kena tadah muka kat laser ni.

Masa tengah buat laser ni Dr Ira offer untuk buat treatment hair removal.
Misai aku tu kan dah panjang.
Dia cakap hair removal tu akan buatkan roma yang tumbuh selepas ni akan tumbuh dengan lebih lembut.
Tapi aku tak buat sebab aku tak bagitau En Wan pasal hair removal ni lagi.
Karang dia marah pulak bini dia hilang kehenseman misai dah takde.

Sorry aku takde treatment package untuk ditepek kat sini.
Benda-benda macam ni tak boleh buat pakej.
Kau kena pegi sendiri sana, check skin, from there baru tau apa treatment yang sesuai.

Boleh follow IG : @diva_aesthetic
Atau contact : 0358851849/0176348045 [www.divaaesthetic.my]

Tengah-tengah buat treatment masuk DM ni :



Putihnya Kajol sekarang!
Aku syak dia pun buat brightening laser. Hahaha.


2019-08-06

Bila dah tak suka


Hari tu aku nampak ada someone letak status kat FB dia something like this :

Bila orang dah tak suka, apa yang kita buat semuanya nampak buruk di mata dia.
Buatlah baik macamana pun, dia akan tetap cari sisi buruk kita untuk dihighlitekan.

Ok first of all, sebenarnya kita semua ada hard wired bias toward negativity.

Contohnya, kalau kita nampak langsir rumah kita bergerak-gerak, mesti kita terfikir "Apa benda kat belakang langsir tu? Ular ke? Tingkap lupa nak tutup ke? Hantu ke?". Betul tak?

Bezanya, some people masih ada space dalam kepala dia untuk mencari sisi positive.
But to some other people, their negative bias lebih strong.
Apa juga yang dia fikir, dia akan bayangkan yang negative dulu.
Dia lebih prone kepada mencari sisi buruk sesuatu perkara.
Entahlah untuk apa, boleh jadi untuk lebih bersedia sebarang kemungkinan kot.

Bila kita cuba ubah hal ni, itu yang jadi masalah kerana kita cuba nak ubah something yang dah di-ingrained dalam diri manusia.
Bukan tak boleh ubah, tapi susah.
Kerana sesuatu yang dah menjadi habit, akan menjadi personaliti.
Bila kita nak ubah personaliti seseorang, kita kena patah balik mencari apa habit dia.
Dah jumpa apa habitnya, kita kena tengok pulak apa yang telah membentuk habit tadi - persekitarannya, keluarganya, kawan-kawannya, pendidikannya, asuhannya, etc.

Jenuh oii.

That's why, nak ubah orang susah.
Lebih mudah ubah diri sendiri.

Kalau kita rasa 'sesak' duduk dalam kelompok yang always ada pandangan negative pada apa yang kita buat, maka kita yang kena move out dari kelompok tu.
Biarlah nampak macam kita yang salah atau kalah.
Apa pun pandangan orang terhadap kita tak penting.
Bukan semua orang ada kebolehan memandang sesuatu dari perspektif yang berbeza.
Most people cannot see it because they have been socially conditioned into believing that "more than one perspective" is wrong, hanya ada satu cara saja of looking at things.
So let them be.

However, memang ada some people yang ALWAYS bersangka buruk atau sengaja mencari-cari buruk tentang apa yang kita buat.

Again, to be fair with them, we all judge other people.
Kita semua ada negative thought, jadi terimalah bahawa being negative is normal.
Tapi adalah TAK NORMAL kalau berfikiran negative all the time.

Orang yang always berpandangan negative atau lebih suka mencari buruk dari baik - macam yang aku cakap awal-awal tadi - ada 'masalah' pada persekitarannya.

Siapa pernah tengok movie Monalisa Smile [lakonan Julia Roberts, Julia Stiles, Kirsten Dunst, Maggie Gyllenhaal]?

Salah satu watak [lakonan Kirsten Dunst] adalah salah satu contoh orang yang quite insecure dengan kehadiran someone yang lebih hebat darinya.
Wataknya dalam ni adalah seorang wanita yang bijak dan berkarakter wanita bijak.
Dia always ada pandangan buruk tentang someone dan dia percaya hanya pandangan dia saja yang betul.

Dalam movie ni, dia antara yang awal kawen di antara kawan-kawan lain.
Kiranya dia lead a perfect life - bijak, cantik, kawen awal.
Malangnya marriage dia tak macam dia harapkan.
Lepas kawen, suami dia kerap outstation, jarang ada kat rumah and refuse to berjumpa dia [tak tau lah apa kena].

Akibat dari itu, dia rasa tertekan.
Everytime nampak ada kawan-kawan lain baru nak bercinta, dia sakit hati.
Dia akan bercerita yang buruk-buruk tentang boyfren kawan tu supaya kawan dia left the boyfren.

Bila dia nampak ada kawan yang lebih popular di kalangan lelaki, dia tuduh kawan tu pelacur.
Bayar lelaki untuk tido bersama katanya.

Bila ada kawan yang nampak lebih outstanding, dia cuba untuk menjatuhkan that kawan.

Hujung-hujung kawan-kawan semua tahu dia sedang ada masalah dengan marriage and parents.
Disebabkan unhappy with her life, maka dia tak nak tengok orang lain happy.

Maybe kita boleh anggap those yang suka mencari-cari buruk orang dan always ada pandangan negative untuk segala yang kita buat - adalah spesis watak Kirsten Dunst ni.
Ada masalah dalam hidup dia yang membuatkan dia berperangai macam tu.

Benda ni kita boleh nampak the flow.

Mula-mula sekali - bad experience.

Their bad past experience buatkan dorang tend to treat others in the same manner.
Pengalaman buruk ni akan buatkan dorang percaya they must treat others dengan cara yang sama yang pernah dia lalui dulu.

Mula-mula tadi, percaya.
Peringkat keduanya - cara berfikir.

Setiap perkara yang kita percaya akan membentuk pula cara berfikir.
Apa yang kita fikirkan bergantung pada apa yang kita percaya.
Bila kita percaya si polan jahat, we can't control our thoughts at this point.
Kita akan terus percaya dia jahat.
Apa benda baik dia buat pun kita tetap cari sisi jahatnya.

Bila fikiran dah always bersangka negative, our action akan jadi negative.

Bila action dah always negative, inilah yang akan jadi HABIT!
This is where they are.
At this point where we realized "Apesal apa yang aku buat dia always nampak buruk?"

Bila habit dah jadi kebiasaan, maka ia akan jadi personaliti.
Habit yang buruk kalau dah jadi personaliti memang payah dah nak ubah.
Boleh ubah, tapi payah.
Yang paling senang sekali, kau angkat kaki, jalan pindah tempat lain.
Biarlah dia nak teruskan bersangka buruk dengan apa yang kita buat.
Jangan dilayan.
Lama-lama esok penatlah dia.
Tapi kalau makin kau tak layan makin dia galak mencari sisi buruk kau, then take that as a compliment.
Itu menandakan you are so important to them sehingga kau menjadi topik yang penting untuk dibahaskan sepanjang masa.



Tahniah kepada yang dapat manfaat dari Gloei.
Terima kasih share feedback.
Offer trial pack ni sampai 9 Ogos saja.
Trial pack ni takkan ada sampai bila-bila.
Ini bukan sebahagian dari pakej yang GreenAard offer.
Kita buat trial pack ni untuk orang try je, kalau lepas ni ada manfaat boleh terus beli pack sebenar 20 sachet.



2019-08-05

Monkey brain



Last week cerita Dayang Senandung keluar kat TV buat kali yang ke 483457 kali.
Tetap aku layankan, padahal tengok dari kecik.
So aku up-kan status ni kat FB.

Itu antara kenangan zaman sekolah.
Orang kata sesekali kena ragging/bully di sekolah, adalah biasa.
Itu bakal jadi kenangan manis untuk kita ceritakan pada anak cucu later.
Yeah right.
Bagi aku, boleh jadi yang bercakap tu orang yang tak pernah kena ragging atau maybe dia yang tukang ragging, that's why dia rasa ragging tu takde apa.
Tunggu esok anak cucu dia kena, masa tu tengok dia meloncat ke tak.

To be fair, kena sakat, kena ragging light-light atau sesekali, that's normal.
However, mesti ada limit.
Yang membuli tak rasa apa, tapi yang dibuli, kalau tak betul-betul kental, boleh jadi trauma berpanjangan.
Jangan main-main dengan bully/ragging.
Tengok apa jadi dengan kes budak UPNM yang kena bully sampai mati tu.
Tu awal-awalnya cuma nak gertak-gertak je.
Aku rasa dorang sendiri tak plan nak membunuh.
Tapi tu la kan, asalnya nak gertak, hujung-hujung membuli.
Bila dah syok membuli, makin berani.
Tau-tau dah jadi kes bunuh.

One of staff aku kat opis ni, abang dia kena schizophrenia kesan dari buli zaman sekolah.
Dia cerita abang dia ni bijak di skolah, tapi kesan dibuli, terus jadi long term mental disorder.

Masa Rayyan tadika, En Wan nampak depan mata, kawan dia suruh Rayyan nganga and secepat kilat dia sumbatkan rumput dalam mulut anak aku.

Itu sejenis gurauan ke?

Entah, aku tak tau pulak kalau itu sejenis gurauan.

Tapi kalau dapat depan mata aku, memang budak tu aku jeritkan.

Aku admit kulit aku memang gelap.
Cuma dulu zaman skolah, memang sangat gelap + berkerak + berselipat.
Maklumlah, tak reti jaga muka.
Habis kuat pun sabun muka guna sabun buku Lux.
Itulah sabun badan, itulah sabun bontot, itulah jugak sabun muka.

1-2 kali kena ejek 'hitam', ok lagi.
Walaupun hati tu terasa lah jugak kan, tapi aku sedar diri memang kulit aku hitam pun, jadi kalau orang ejek aku diamkan je.
Tapi kalau sepanjang tahun, dari skolah rendah sampai ke menengah orang dok highlite kaler kulit kau dah macam takde modal lain, apa kau rasa?
Mujurlah aku champion buat dek, so aku memang buat dek.
Lantak kau lah musibat nak ejek aku apa pun.
Cuma aku pelik, apa yang kau dapat dari mengejek aku non-stop?
Adekah kulit kau jadi semakin putih kalau sepanjang tahun ejek aku hitam?

Aku kan sampai ke tahap dah boleh 'bau' hawa-hawa nak kena kutuk everytime ada perkataan MILO, manggis, Si Hitam [kucing], Dayang Senandung, Afrika, Deepavali, Thaipusam - banyak lagi.
Everytime perkataan ni melintas dalam buku skolah, atau kat mana-mana, dalam tak sampai 10 saat, mesti aku kena ejek.

Boleh dikatakan, everytime nak cuti Deepavali atau Thaipusam, mesti aku kena attack punya.
Macam dah jadi upacara tahunan pulak.

"Pukul berapa kau pi Batu Caves esok?"

"Diana mesti busy malam ni pasang pelita keliling rumah, esok dia nak raya"

Buku teks skolah kita kan always ada artikel berdialog yang bersifat kaum kekdahnya.
Wajib ada conversation antara Ali, Ah Chong dan Muthu.
Kalau part ni, aku terselamatlah sikit sebab mesti yang kena baca budak lelaki.
Tapi sometimes ada artikel tentang Siti, Mei Ling dan Sita.
Bila cikgu cakap "Ok, siapa nak jadi Siti?". "Siapa nak jadi Mei Ling?"

Sampai bab Sita je, mesti ada beruk-beruk yang suggest "Sita bagi Diana baca cikgu, dia paling layak".

Musibat, kan?

Masalahnya aku boleh bangun pulak tu!!
Adoiiiii, dah kenapa la aku merelakan diri.

Orang kata, tak ada siapa boleh buli kita kalau kita tak membenarkan diri kita dibuli.
That's correct, aku setuju dengan statement tu.
Kalau kita benarkan bully berterusan, maka kita tak boleh salahkan orang yang membuli.

Tapi bagi aku, as long as bully tu tak menjadi satu ancaman, aku masih boleh biarkan.
Lagipun aku malas nak panjangkan cerita.
Aku anggap orang yang ejek-ejek ni, dia punya tahap berani tu takat tu je.
Dia berani panggil aku hitam sebab dia putih.
Dia berani ejek muka aku buruk, sebab dia cantik.
Tapi sepanjang aku bersekolah, takde siapa ejek aku bodoh, sebab dia tau dia bodoh. Kahkahkah.

Jadi aku anggap orang yang takde modal lain asyik ejek aku benda yang sama, sebenarnya itu saja yang dia boleh menang sikit dari aku.
Malangnya, I don't care.
Kau lagi putih?
Kau lagi cantik?
Kau lagi popular?
You think I care?
Gasak kau situ.

Yang sebenarnya pembuli nak kita react.
Their goal is to take away our power.
Dia nak tengok kita sedih and takut.
Bila kita buat dek, they will often lose interest.
Lama-lama dorang senyap sendiri.

Tak dinafikan ada juga beruk yang persistent.
Dia jenis tak putus asa, asal nampak muka aku je, mesti nak membahan.
Kadang-kadang aku lalu tepi dia, aku pandang muka dia, cakap "Kesian..." *sambil geleng-geleng kepala*

Seriously, orang macam ni sangat kesian.
Sebab for so many years dia begitu persistent attack aku dengan modal yang sama tak move on-move on as if life dia stuck.
Aku dari kelas bodoh masuk kelas pandai, dari wakil kelas ke wakil negeri, dari pelajar biasa ke pengawas skolah, yang dia gitu jugak tak berubah-ubah.
Tak ke kesian namanya?
Aku kadang tengok dia pun macam "La, kau tak settle-settle lagi ke dengan masalah kulit aku ni?"

Aku admit, awal-awal masa kena ejek dulu, aku hilang keyakinan diri.
That was Darjah 1.
Seawal umur 7 tahun dah kena ejek.
Tapi boleh jadi aku matang awal kot sebab dari skolah tadika lagi aku dah biasa di-double-standard-kan, jadi setakat ejek-ejek ni insyallah aku boleh tahan lagi.

Mula-mula memang sedih, tapi bila lama-lama aku jadi resistant.
Dah tak jadi kudis orang kata.

Aku tak tepis pun, aku just buat dek je.
Sebab aku tau dorang takleh buat apa.
Habis kuat boleh ejek je.
Lainlah kalau dorang dah start pegang-pegang, ugut-ugut.
Yang ni kalau kena dah bolehlah start ask for someone's help.
Tapi as long as you don't feel at risk atau physically threatened, buat dek je lah sudah.

Yang berani ejek-ejek ni hanya datang keberanian bila ada geng.
Time dia sorang-sorang tak berani pun nak cari pasal sebab dia tau kalau ejek orang sorang-sorang nampak macam tak siuman pulak.

Kadang-kadang kelakar pulak aku tengok.
Time dia beramai-ramai, kemain galak ejek aku yang jalan sorang.
Time dia sorang-sorang, aku melintas depan dia boleh pulak dia buat-buat tak nampak.
Ceh, ingatkan berani sangat.

Dan tua-tua gini pun masih ada juga yang seronok jadi pembuli.
Pembuli alam maya katanya.
Tak kisah la apa pun namanya, be it pembuli zaman skolah atau cyber bully, hakikatnya spesis ni spesis acah-acah berani.
Ingat yang suka membuli ni berani sangat ke gerak sorang-sorang?
Dorang jadi berani bila dalam kelompok je.
Kalau sorang-sorang, bijik masing-masing lembik.

Majikan lama aku dulu, HR Manager-nya sejenis pembuli.
Dia always implement rules yang pelik-pelik supaya staff give-up and quit.
Usaha gigih dia membuahkan hasil.
Lepas sorang, sorang resign.
Wah, makin galak la dia buat perangai.
Perasan macamkan berkuasa sangat.
CEO tak apa-apa, dia yang lebih.
Dalam masa sebulan ada lebih dari 15 orang resign.

Masa giliran aku quit, dia bengang sebab dia tau aku quit bukan sebab sress tapi sebab jump pegi a better company.
Mula-mula bukan main lagi press aku macam-macam.
Dari tingkat atas, tetiba je turunkan aku ke tingkat bawah, letakkan ofis aku tepi store.
Bila bakal majikan aku contact dia untuk bayarkan gaji aku 2 bulan sebab dorang nak aku join lebih awal, dia bengang.
Mulalah buat macam-macam syarat tak masuk akal kat bakal majikan baru aku tu.
Padahal kau yang beria nak buat aku resign, bila ada orang nak bayar aku, kau sakit hati.

Tu pasal aku cakap pembuli ni sebenarnya bukan hebat mana pun.
Dia je perasan dia ada power.
Hakikatnya dorang ni la makhluk paling lemah sekali.
Padahal kita tak cuit dia pun.
Kita cuma tunjuk kat dia kita lebih hebat je.
Cara-cara gitu je dah buatkan dia menggelupur.
Yang sebenarnya pembuli ni macam kita juga - tido, makan nasi, pegi skolah - bezanya dorang ada monkey brain, kita takde.


2019-08-02

Lagu


Selamat berpuasa kepada yang start berpuasa Zulhijjah hari ni.
Memandangkan hari ni bermulanya puasa, jadi aku nak rileks-rileks sikit.
Kita bagi post yang light-light saja.

Kebetulan pula ada reader yang mintak aku bagi list lagu-lagu Beyond yang best.
Katanya dia dah terjebak, tapi dia hanya ada satu lagu je [maybe lagu yang aku upload kat blog hari tu].
Dia minta aku suggest lagu-lagu lain untuk dia download.

Kalau tanya aku, SEMUA lagi Beyond best kat telinga aku.
Tapi takpe, aku cuba letakkan telinga aku kat telinga korang.
Kat bawah ni antara lagu Beyond yang first time dengar dah sedap kat telinga.




Song : Wong Ka Kui [lead vocalist]

Lagu-lagu Ka Kui memang jadi evergreen, salah satunya lagu ni.
Lagu ni hasil dari pemerhatian dia pada isu apartheid.
Kalau tengok dalam video ni ada gambar Nelson Mandela.
30 Jun yang lepas ulangtahun kematian Ka Kui yang ke 26.
Adik dia Ka Keung [bassist] revealed video clip ni pernah dipertontonkan depan Mandela 2-3 tahun sebelum Mandela mati and Mandela send ucapan terima kasih secara bertulis pada Beyond.
Malangnya Ka Kui dah lama mati dah masa tu.




Song : Wong Ka Kui

Amani.
Lagu ni dia dapat ilham masa Beyond visit Kenya.
Aku jumpa video with translation sekali, senang nak faham.




Song : Wong Ka Kui 

Kalau tanya aku, ini lagu aku palingggggggggggg suka!
Dalam lagu ni dorang semua menyanyi.
Ahli-ahli Beyond semua boleh menyanyi tapi Ka Kui suara paling best.
Dan lagu-lagu dorang semua ciptaan ahli kumpulan tapi lagu-lagu ciptaan Ka Kui yang paling best.
Tak, aku tak bias. Memang Ka Kui punya lagu sedap-sedap.




Song : Wong Ka Kui 

Ini sebenarnya lagu yang buat Beyond terkenal.
Lagu ni tahun 1988/1989, tajuknya "I really love you", tapi lebih kepada love untuk ibu.
Lagu ni semua ahli Beyond menyanyi.



Song : Wong Ka Kui

Kalau korang pernah tengok movie Yound and Dangerous [Chan Ho Nam and Chicken], mesti tau lagu ni. Ini original sound track Young and Dangerous.




Song : Wong Ka Kui 

"I Like You"

Kalau ada yang tertanya apesal video clip dorang macam lama?
Jawapannya : Ka Kui mati tahun 1993, jadi semua video lagu ciptaan Ka Kui sampai takat tahun 1993. Now dah 2019, wajar sangatlah kalau nampak macam video lama.



Song : Wong Ka Kui 

Lagu ni antara lagu dalam album terakhir Ka Kui dengan Beyond.




Song : Wong Ka Kui 

Ini masterpiece Ka Kui yang jadi hits sampai sekarang.
Tapi ini aku ambik Japanese version.
En Wan suka dengar Japanese version sebab dia faham and boleh nyanyi sekali.
Banyak lagi lagu Beyond yang best-best.
Nanti la aku cari video yang paling best and aku tepek lagi kat sini.
Tu pun kalau ingat lah...


2019-08-01

Kotex



Haa, tetiba ada gambar pad.

Ini bukan paid review pad, ya.
Ini aku yang suka-suka nak review.

Kisahnya Ahad baru-baru ni aku ikut En Wan pi top up groceries.
Dah lama tak pilih pad sendiri, selalunya pesan kat En Wan.
Benda yang buatkan En Wan malas ajak aku pi beli barang, inilah.
Nak beli pad tapi beli banyak.
Kalau pesan kat dia memang dia beli sejenis je, kalau ada pek paling kecik, yang kecik tu lah yang dia beli.

So aku nampak Kotex ada option untuk anti-bacti, odor-care and Batik!


Kotex corak Batik

Yang batik ni aku pernah beli awal-awal masa dia buat Limited Edition dalam bekas tin.
Dalam tu cuma ada 6 pad, corak batik [actually bukanlah batik sangat, aku nampak macam tribal motive].
Dia takde apa yang special dari segi teknikal, cuma corak je berwarna-warni sikit.


Kotex odor-care

Yang odor-care ni ada extract daun sirih.
Dari zaman anak dara lagi dah ada jual pembersih wanita dari ekstrak sirih.
Tapi aku tak rasa dia extract, kalau rebus maybe.
Selalunya daun sirih ni orang guna untuk hilangkan keputihan.

Aku pernah try sekali beli, that was bila ntah, 15 years ago kot.
Masa tu memang ada masalah keputihan, so try la pakai pencuci daun sirih tu.
Tapi tak serasi.
Vagina jadi too dry sampai luka, sampai aku tak nak pakai spender gi keje.
Pedih punya pasal.
Terkangkang-kangkang je berjalan.

Yang sebenarnya bukan aku tak tau pakai pencuci vagina ni tak bagus.
Zaman aku blaja dulu lagi lecturer aku dah bagitau pasal ni.
Cuma kali tu kebetulan terkena keputihan, so nak try la juga.

Orang kata sirih boleh mengetatkan - hat ni aku tak pasti sebab aku tak pernah guna untuk tujuan mengetatkan.
Aku guna untuk tujuan hilangkan keputihan, malangnya tak serasi.

Yang sebenarnya, bahagian bawah tu jangan diganggu dengan pencuci yang pelik-pelik.
Vagina kita ada microflora yang jaga keseimbangan biologi sekitar vagina.
Kalau air sirih tu kau guna hari-hari, microflora ni hilang fungsinya.
Sesekali maybe boleh.

Aku tak pasti Kotex pad odor-care ni apa fungsinya.
Kalau untuk therapeutic, very unlikely.
Aku rasa fungsi dia di sini lebih kepada nak buang bau hanyir darah.


Kotex anti-bacti

Kotex ada anti-bacti pad with extract Eucalyptus.
Yang ni aku teruja. Sangat teruja!

Cerah biji mata aku nampak perkataan Eucalyptus.
Because salah satu bahan dalam Cleansing Gel GreenAard is daun eucalyptus.
Salah satu fungsi utama eucalyptus ni untuk rawat acne [jangkitan bacteria], that's why dimasukkan dalam Cleansing Gel.

Masa aku plan nak buat Cleansing Gel, aku come across satu jurnal tentang Eucalyptus.
Very brilliant research.
Ceritanya this research team instead of produce new product untuk rawat acne, dorang nak cari jalan untuk cari stopkan root cause penyebab acne.

Kebanyakkan ubat jerawat atau ubat-ubat /krim-krim acnedi pasaran ada antibiotic untuk mencegah P.acne [sejenis bacteria penyebab acne].
Maknanya, jerawat dah tumbuh atau acne dah muncul pada kulit, baru kita apply the ubat sebab ubat tu ada antibiotic untuk cegah proliferation of P.acne.

Tapi bacteria punya sifat, semakin dia terdedah dengan antibiotic, dia jadi semakin resistant.
Hat ni memang aku punya research sendiri masa final year project dulu.

Dulu aku check resistancy of bacteria terhadap parakuat [racun rumpai].
Dari research aku tu, aku realized bacteria ni makin kita dedahkan dengan racun, ada yang mati, ada juga yang terus hidup.
Bila ditambah concentration racun, masih ada yang hidup.
So yang hidup ni aku extract DNA-nya, aku jumpa plasmid yang ada resistancy yang sangat-sangat tinggi pada racun.

Maksudnya, kalau kita semburkan racun pada pokok, pokok masih berpenyakit kerana bacteria yang membawa penyakit tu dah develop plasmid yang sangat resistant pada that particular racun.
Sembur banyak mana pun dia tak mati, yang mati pokok kau.
Maknanya kena sentiasa cari jalan untuk produce new racun yang boleh atasi pembiakan bacteria tadi.

Dalam kes acne, the researcher nak cari alternative pathway untuk control acne.
They found out that Eucalyptus berupaya untuk control penghasilan sebum [minyak] dengan cara men-reduce size kelenjar sebum so that can control the spread of acne.
Instead of cari ubat untuk hilangkan jerawat, Eucalyptus terus attack pada root cause iaitu kecutkan kelenjar sebum and kurangkan penghasilan minyak pada kulit.

Brilliant, kan?

Dari situlah aku dapat idea untuk produce Cleansing Gel GreenAard dengan extract Eucalyptus.
Alhamdulillah nampaknya hasilnya promising sebab ramai juga yang bagi good feedback.

So now bila Kotex pun keluarkan pad ada eucalytus, memang terus aku beli.
Sometimes bila kita datang period, vagina akan gatal-gatal.
Maybe pad eucaplyptus ni boleh membantu.
Aku belum try lagi pad ni, tunggu next period cycle, aku guna pastu aku bagi review, insyallah.

Gatal-gatal time period ni memang normal sebab berkuap.
Vagina sedang keluarkan darah, kita pula pakai pad waktu tu, tambah-tambah pulak kita berpeluh, so vagina jadi lembap.
Dalam keadaan ni, ruam and gatal-gatal adalah normal.
Maybe bila pakai Kotex eucalyptus ni boleh la kurangkan itchiness.
Tapi, kalau waktu tak period pun vagina gatal-gatal, hat ni penyakit lain.
Kena pi check dokter.

Oh yes lagi satu.
Kebanyakkan orang terperanjat bila dengar ada perempuan tak basuh pad sebelum buang.

Hakikatnya, membasuh pad bukan satu kemestian.
Tak ada hadis yang suruh basuh pad sebelum buang.
Yang ada cumalah hadis yang menyuruh membasuh darah yang ada pada pakaian yang dipakai.

"Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : Basuhlah dan gosoklah ia dengan air serta siramlah (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut." [At-Tirmidzi]

Tak dinafikan setan memang sukakan benda-benda yang kotor.
That's why kalau pad tak dibasuh pun tak apa asalkan dibungkus dengan baik dan dibuang di tempat yang betul.
Bukan buang merata, tak seal baik-baik, apetah lagi buang dalam toilet bowl.
Jangan pulak buat muka pelik as if orang tu buat salah besar bila dengar dia tak basuh pad sebelum buang.




Selain kumpul pad, aku suka beli wet wipes.
Walaupun dalam henbeg aku sentiasa ada hand sanitizer yang wangi-wangi, tapi mesti nak ada wet wipes sekali.
Maybe aku jenis suka wangi-wangi kot sebab aku pun pengumpul EO juga.
Tak kisah la apa brand pun, asal wangi memang aku beli.

Ini collection EO aku dari 3 brand : YnL, Ronella and Scents [Lovely Lace].
Hari-hari pasang kat rumah, tak habis-habis lagi.
Padahal kat rumah ni ada 2 diffuser - satu bilik aku, satu lagi bilik mak.
EO yang aku pasang kat bilik aku, bilik mak pun akan aku pasang bau yang sama.
Dalam banyak-banyak EO ni, bau Ylang-Ylang paling aku takleh tolerate.

Aku pernah terbaca somewhere from a seller yang jual EO.
Dia kata kalau kita takleh tolerate certain bau EO, itu petanda bahawa kita ada penyakit yang ada sangkut-paut dengan therapeutic ability that particular EO.
Maknanya, aku kena terus pakai EO tu sampai badan aku boleh terima that bau.
Bila badan boleh terima that bau, penyakit aku tu semakin better.

Aku baca pun macam.......err??

Teringat dulu masa zaman belum kawen, that was year 99/2000.
Masa tu orang start jual sejenis air putih [macam air masak].
Katanya air tu akan berubah rasa mengikut kedaan kesihatan badan.
Kalau kita rasa masam, maknanya badan kita ada penyakit A.
Kalau rasa manis, maknanya badan ada penyakit B.

Wallahualam sejauh mana kebenarannya.
Firasat aku mengatakan itu scam level dewa.
Air tu pun dah ntah mana meruyupnya aku tak tau.

Actually kalau kita takleh tolerate dengan bauan EO, tak bermakna kita ada penyakit yang memerlukan kita guna EO tu sampai penyakit kita 'pulih'.
Kalau kau tadah EO yang sama tiap-tap hari, of course badan akan develop resistancy sampai satu tahap badan jadi immune pada bau tu.
Macam orang yang rumah depan loji kumbahan.
Kita lalu punyalah hazab tutup hidung.
Terpikir "Macamana orang-orang kat sini boleh duduk tak apa-apa?"
Itu kerana badan dan resistant.

Some oils have different kinds of potency.
Baunya kadang-kadang overpowering menyebabkan kita rasa sesak.
Kalau tak boleh bau [atau tak selesa], just stop using it.

Aku pernah tulis pasal ni KAT SINI.