2018-09-14

EO, bukan semuanya sama.


Bulan lepas ada follower DM mintak aku buat post pasal Essential Oil (EO), sebab aku selalu ada update kombinasi EO yang aku guna.
That lady baru berjinak-jinak nak cuba.

Essential oil memang mahal.
En Wan selalu kata aku membazir beli EO mahal-mahal padahal pakai untuk wangi-wangi je.
Memang betul, aku beli EO bukan untuk wellness tapi untuk wangi-wangikan bilik saja.
Kalau setakat nak wangikan bilik patutnya pakai fragrance oil pun boleh, tak perlu beli EO yang mahal-mahal.
EO ni mahal sebab proses nak dapatkan oil tu yang susah.
Kalau setakat nak dapatkan oil dari lemon tu senang.
Kita gosok-gosokkan lemon atas tapak tangan pun kadang-kadang dah boleh keluar sikit EO.
That's why kebanyakkan starter pack atau free gift dorang bagi lemon sebab EO lemon senang nak extract.
Semakin senang nak extract maka semakin murahlah harganya.
Kalau susah nak extract, makin mahallah harganya.
Kalau mahal, takkan nak bagi free, ye tak?
Sometimes nak dapatkan 1ml EO pun terpaksa extract banyak raw material, hat ni bersiap-sedialah dengan harganya.



Young n Living (YnL).
Hat ni paling popular sekali sebab agennya ramai.
Mana-mana produk yang ramai agen akan jadi lebih cepat popular.
Tapi belum tentu lagi yang tak ramai agen tu tak bagus produknya, jadi cuba dul.
Kalau bagus, boleh teruskan beli.

Aku banyak beli Young and Living sebab kawan aku yang jual, memudahkan kerja.
Sebenarnya aku dah beli banyak dari yang ada dalam gambar ni tapi some aku pass kat Mak Aji.
Masa Mak Aji and Pak Aji kena penumonia, aku belikan Thyme and Thieves dari YnL, alhamdulillah dah tak batuk-batuk.
Pak Aji tu kalau dulu batuk non-stop sampai merah-merah muka.

YnL memang mahal sikit dari lain.
Again, mahal dan murah bergantung pada banyak mana raw material yang nak diguna.
Kalau brand tu datang dari luar negara dah tentu lebih mahal lagi.
Kalau dijual menggunakan MLM sistem, akan jadi lebih mahal lagi.
Yang itu biasa.

The point is, kena tanya diri sendiri beli EO untuk tujuan apa?
Kalau nak guna untuk wangi-wangikan bilik, apa-apa EO pun boleh.
Tapi kalau untuk wellness kena ambil tahu method yang digunakan, the distillation process, spesis apa yang diextract dan banyak lagi sebab they may not have the same therapeutic properties.



Ini brand Ronella.
Aku tau tentang brand ni dari follower IG yang DM bagitau there's a local brand yang buat EO, and she is one of the agent.
Aku try ambil 5 jenis EO dari brand ni.
Satu lagi belum sampai.

Aku sebenarnya nak sangat EO Pine dari YnL tapi YnL tak bawak Pine masuk Malaysia.
Since Ronella ada Pine, dapatlah aku order.
Trust me, campurkan Pine dengan Citronella, ya ampunnnnn bau dia sangat fresh!
Ni masa tengah menaip ni aku tengah pasang combination 2 EO ni.
Segar je kepala otak, kemain laju type entry. Hahahaha.

Price-wise, Ronella lebih murah dari YnL.
Pilihan boleh tahan banyak juga, tapi banyak lagi pilihan dari YnL.
Tapi satu yang bagusnya Ronella ni, semua EO kau boleh beli sebab sah-sah local product.



Ini EO dari Lovely Lace.
Pilihan tak banyak. Dalam 6-7 jenis je, selebihnya fragrance oil.
Harga boleh tahan mahal juga tapi takpelah sebab bukan hari-hari aku pakai bau yang sama.

Dalam memilih EO, you may come across many types of the same essential oil, contohnya lemongrass.
EO Lemongrass ni semua brand pun ada.
Tapi tak boleh pukul rata semua lemongrass adalah sama.
EO ada version sintetik jugak, bukan semuanya diekstark dari original plant.
Maksudnya, ada certain EO yang dihasilkan dengan menggabungkan beberapa chemical untuk mendapatkan komposisi kimia yang hampir sama.
Bau can be exactly the same, tapi they may not have the same therapeutic properties.
That's why aku cakap tadi, kalau nak gunakan EO just for the sake of wangi-wangi, takde masalah.
Tapi kalau guna untuk kesihatan, perlu jadi cerewet sikit.
Pastikan agen yang menjual EO tahu apa yang dia jual dan kita sebagai customer kena tahu apa yang kita nak.

Kita sebagai customer mesti tahu apa sumber EO tu sendiri.
Sadly, some agen/seller tak ambil kisah product knowledge so kau pandai-pandailah buat research sendiri.
Contohnya, tea tree.



Cuba tengok gambar atas ni.
Dua-dua dari genus Melaleuca.
Melaleuca itself dah bermaksud tea tree.
Semua Melaleuca ada bau yang sama.
Tapi bila spesis berbeza, maka therapeutic properties juga berbeza.

Kalau Melaleuca alternifolia (kiri), kita boleh sapu kat skin untuk penyakit kulit.
GreenAard Cleansing Gel gunakan spesis ini.

Tapi kalau Melaleuca cajuputi (kanan), fungsinya untuk treat infection.
Kalau nak tau, Tiger Balm and Minyak Telon gunakan cajuput.

So boleh faham tak agak-agak apa aku cerita?

Maksudnya, bukan semua tea tree oil boleh rawat penyakit yang sama.
Ada orang bila dengar tea tree oil je, terus tenyeh kat kulit.
Bila takde kesan, marahkan produk.
Padahal kena tau tea tree itself ada macam-macam spesis.
Sebab itulah our GreenAard Cleansing Gel tak dapat kami nak jual murah sangat.
So far paling rendah pun boleh bagi diskaun RM9 je sebab Melaleuca alternifolia yang kami guna imported from Australia sebab spesies terbaik tumbuh di Australia.
Cajuput terbaik pulak dari Malaysia and Indonesia.



YnL pun ada 2 jenis tea tree oil.
Satu Melaleuca alternifolia, and satu lagi Melaleuca quinquenervia.
Yang quinquenervia ni dia punya therapeutic properties lagi tinggi dari alternifolia, dan tak digunakan untuk treat skin problem tapi untuk demam and migrain.
So nampak tak betapa pentingnya untuk kita tahu apa yang kita nak dan apa yang kita jual.
Padahal sama-sama tea tree tapi therapeutic properties yang berbeza.



Ni lagi satu, Chamomile.
Walaupun namanya German Chamomile dan Roman Chamomile, tapi dorang berdua ni are not even closely related species.
Jangan ingat asal namanya Chamomile maka komponen chemical adalah sama.

Kalau untuk rawat kulit, please go for German Chamomile sebab dia ada antibacterial properties.
Kalau untuk treat imsomnia (susah nak tido), silakan ambik Roman Chamomile.
Our GreenAard Gloei gunakan German Chamomile, sebab tujuannya untuk skin.

Lagi satu, walaupun gunakan EO dari genus yang sama dan spesis yang sama, masih belum tentu korang akan dapat progress yang sama.
Kerana tumbuhan ada macam-macam parts.
Ada part pucuk muda, ada part yang tua, ada kulit ranting, ada kulit dahan, ada yang masak muda, ada yang masak ranum, ada yang masak betul.

Ini memang confusing sikit.
Tapi perlu faham, minyak yang diesktrak dari halia muda (contoh) berbeza dengan minyak yang kita dapat hasil ekstrak halia tua.
Even bau pun ada sikit beza, apetah lagi therapetic properties-nya.

Contoh paling mudah our GC Plus.
Awal-awal dulu ada yang tanya kenapa sesetengah bahan yang aku guna sama macam produk lain guna tapi GC Plus lebih mahal?

Mula-mula sekali aku nak bagitau yang herba untuk weight loss tak banyak pun dalam dunia ni.
Around 50 jenis je.
Jadi possibility nak jumpa produk yang ada ramuan sama tu memang sangat tinggi.
Tetapi yang membezakan antara satu produk dengan satu produk yang lain bukanlah semata-mata apa yang digunakan tapi apa method yang digunakan.

Even kalau dapat instruction "Ambil segenggam daun dari pokok manggis".

Chances are, laki aku punya genggam lain, aku punya genggam lain. Tak sama besar.
Kalau laki aku ambik kat bahagian daun muda, aku ambik kat bahagian daun tua, kami akan dapat chemical composition yang berbeza.
That's why kesannya berbeza walaupun dari ramuan yang sama.
Method yang digunakan juga boleh bagi kesan yang berbeza.
Sebab itu, kena cuba dulu baru tahu ok ke tak.
Boleh jadi aku punya lebih bagus [hahahahahha matilanakkkk masuk bakul angkat sendiri].

Contohnya EO, kalau diekstrak menggunakan method cold-pressed, minyak yang keluar baunya lagi fresh dan warnanya lebih cerah kerana bahan mentah tu tak kena heat so kandungan aromatik plant tu kekal.
Tapi some bahan mentah kena guna method steam distilled, contohnya bahan mentah dari akar atau kulit kayu. Maknanya kena guna heat.

Ni ada tips aku nak bagi kalau nak tau samada EO tu pure atau tak.
Ini tips zaman buat kerja lab dulu.

Kau titikkan sikit EO tu atas kertas then keringkan.
Kalau stain oil tu remains, chances are, dalam tu dia ada tambahkan vegetable oils.
Maknanya bukan 100% pure.

Actually, kalau bercampur dengan vegetable oils pun takpe, tak ubah keberkesanan EO tu pun.
In fact dalam most cases, kita kena dilute EO dengan carrier oil.
Cuma rasa tertipu je la bila dia kata PURE walhal dah campur siap-siap dengan vegetable oil kat dalam tu.

Tak ramai yang beli EO untuk wangi-wangikan bilik.
Selalunya orang beli EO untuk fungsi terapiutik.
Memang sepatutnya gitulah, kalau sabit nak wangi-wangi, pakai fragrance oil je sudey.
Tapi aku saje je nak beli EO, kot tetiba datang keperluan nak guna for treatment bendanya dah ada.

So sekian saja ilmu dari seorang yang pernah buat kerja-kerja aduk-mengaduk solution dalam lab.
Tak pandai mana pun, setakat yang boleh ingat je.
Aku bukan agen EO, jadi kalau ada apa-apa pertanyaan lanjut silakan tanya agen EO sendiri.



Tapi kalau nak tanya pasal ni, insyallah GreenAard boleh tolong assist.

Gambar 1 : Hanya guna Dermasole (klinik bagi) selama 1 bulan. Kulit jadi sangat kering. Bila kering, jadi gatal dan garu-garu sampai berdarah, lama-lama jadi makin teruk.

Gambar 2 : Start guna Cleansing Gel. Dermasole cuma apply sekali je sehari buat syarat. Alhamdulillah Cleansing Gel jadikan kulit less dry so tak gatal sangat. Boleh nampak kat situ yang kulit tak kering, nampak lembab sikit. FYI Cleansing Gel ada tea tree oil, olive oil and coconut oil with some other components khas untuk skin problem.

Gambar 3 : Sejak Gloei release, start gabungkan Dermasole + Cleansing Gel + Gloei. Ini penggunaan Gloei for 2 months. FYI Gloei ada German Chamomile and plant with high vitamin C, good for skin. Insyallah harap-harapnya semakin pulih. Nak bagi baik atau tak, urusan Allah, urusan kita usaha je mana yang patut.

Nak tau lebih lanjut, WHATSAPP SINI.