2019-08-05

Monkey brain



Last week cerita Dayang Senandung keluar kat TV buat kali yang ke 483457 kali.
Tetap aku layankan, padahal tengok dari kecik.
So aku up-kan status ni kat FB.

Itu antara kenangan zaman sekolah.
Orang kata sesekali kena ragging/bully di sekolah, adalah biasa.
Itu bakal jadi kenangan manis untuk kita ceritakan pada anak cucu later.
Yeah right.
Bagi aku, boleh jadi yang bercakap tu orang yang tak pernah kena ragging atau maybe dia yang tukang ragging, that's why dia rasa ragging tu takde apa.
Tunggu esok anak cucu dia kena, masa tu tengok dia meloncat ke tak.

To be fair, kena sakat, kena ragging light-light atau sesekali, that's normal.
However, mesti ada limit.
Yang membuli tak rasa apa, tapi yang dibuli, kalau tak betul-betul kental, boleh jadi trauma berpanjangan.
Jangan main-main dengan bully/ragging.
Tengok apa jadi dengan kes budak UPNM yang kena bully sampai mati tu.
Tu awal-awalnya cuma nak gertak-gertak je.
Aku rasa dorang sendiri tak plan nak membunuh.
Tapi tu la kan, asalnya nak gertak, hujung-hujung membuli.
Bila dah syok membuli, makin berani.
Tau-tau dah jadi kes bunuh.

One of staff aku kat opis ni, abang dia kena schizophrenia kesan dari buli zaman sekolah.
Dia cerita abang dia ni bijak di skolah, tapi kesan dibuli, terus jadi long term mental disorder.

Masa Rayyan tadika, En Wan nampak depan mata, kawan dia suruh Rayyan nganga and secepat kilat dia sumbatkan rumput dalam mulut anak aku.

Itu sejenis gurauan ke?

Entah, aku tak tau pulak kalau itu sejenis gurauan.

Tapi kalau dapat depan mata aku, memang budak tu aku jeritkan.

Aku admit kulit aku memang gelap.
Cuma dulu zaman skolah, memang sangat gelap + berkerak + berselipat.
Maklumlah, tak reti jaga muka.
Habis kuat pun sabun muka guna sabun buku Lux.
Itulah sabun badan, itulah sabun bontot, itulah jugak sabun muka.

1-2 kali kena ejek 'hitam', ok lagi.
Walaupun hati tu terasa lah jugak kan, tapi aku sedar diri memang kulit aku hitam pun, jadi kalau orang ejek aku diamkan je.
Tapi kalau sepanjang tahun, dari skolah rendah sampai ke menengah orang dok highlite kaler kulit kau dah macam takde modal lain, apa kau rasa?
Mujurlah aku champion buat dek, so aku memang buat dek.
Lantak kau lah musibat nak ejek aku apa pun.
Cuma aku pelik, apa yang kau dapat dari mengejek aku non-stop?
Adekah kulit kau jadi semakin putih kalau sepanjang tahun ejek aku hitam?

Aku kan sampai ke tahap dah boleh 'bau' hawa-hawa nak kena kutuk everytime ada perkataan MILO, manggis, Si Hitam [kucing], Dayang Senandung, Afrika, Deepavali, Thaipusam - banyak lagi.
Everytime perkataan ni melintas dalam buku skolah, atau kat mana-mana, dalam tak sampai 10 saat, mesti aku kena ejek.

Boleh dikatakan, everytime nak cuti Deepavali atau Thaipusam, mesti aku kena attack punya.
Macam dah jadi upacara tahunan pulak.

"Pukul berapa kau pi Batu Caves esok?"

"Diana mesti busy malam ni pasang pelita keliling rumah, esok dia nak raya"

Buku teks skolah kita kan always ada artikel berdialog yang bersifat kaum kekdahnya.
Wajib ada conversation antara Ali, Ah Chong dan Muthu.
Kalau part ni, aku terselamatlah sikit sebab mesti yang kena baca budak lelaki.
Tapi sometimes ada artikel tentang Siti, Mei Ling dan Sita.
Bila cikgu cakap "Ok, siapa nak jadi Siti?". "Siapa nak jadi Mei Ling?"

Sampai bab Sita je, mesti ada beruk-beruk yang suggest "Sita bagi Diana baca cikgu, dia paling layak".

Musibat, kan?

Masalahnya aku boleh bangun pulak tu!!
Adoiiiii, dah kenapa la aku merelakan diri.

Orang kata, tak ada siapa boleh buli kita kalau kita tak membenarkan diri kita dibuli.
That's correct, aku setuju dengan statement tu.
Kalau kita benarkan bully berterusan, maka kita tak boleh salahkan orang yang membuli.

Tapi bagi aku, as long as bully tu tak menjadi satu ancaman, aku masih boleh biarkan.
Lagipun aku malas nak panjangkan cerita.
Aku anggap orang yang ejek-ejek ni, dia punya tahap berani tu takat tu je.
Dia berani panggil aku hitam sebab dia putih.
Dia berani ejek muka aku buruk, sebab dia cantik.
Tapi sepanjang aku bersekolah, takde siapa ejek aku bodoh, sebab dia tau dia bodoh. Kahkahkah.

Jadi aku anggap orang yang takde modal lain asyik ejek aku benda yang sama, sebenarnya itu saja yang dia boleh menang sikit dari aku.
Malangnya, I don't care.
Kau lagi putih?
Kau lagi cantik?
Kau lagi popular?
You think I care?
Gasak kau situ.

Yang sebenarnya pembuli nak kita react.
Their goal is to take away our power.
Dia nak tengok kita sedih and takut.
Bila kita buat dek, they will often lose interest.
Lama-lama dorang senyap sendiri.

Tak dinafikan ada juga beruk yang persistent.
Dia jenis tak putus asa, asal nampak muka aku je, mesti nak membahan.
Kadang-kadang aku lalu tepi dia, aku pandang muka dia, cakap "Kesian..." *sambil geleng-geleng kepala*

Seriously, orang macam ni sangat kesian.
Sebab for so many years dia begitu persistent attack aku dengan modal yang sama tak move on-move on as if life dia stuck.
Aku dari kelas bodoh masuk kelas pandai, dari wakil kelas ke wakil negeri, dari pelajar biasa ke pengawas skolah, yang dia gitu jugak tak berubah-ubah.
Tak ke kesian namanya?
Aku kadang tengok dia pun macam "La, kau tak settle-settle lagi ke dengan masalah kulit aku ni?"

Aku admit, awal-awal masa kena ejek dulu, aku hilang keyakinan diri.
That was Darjah 1.
Seawal umur 7 tahun dah kena ejek.
Tapi boleh jadi aku matang awal kot sebab dari skolah tadika lagi aku dah biasa di-double-standard-kan, jadi setakat ejek-ejek ni insyallah aku boleh tahan lagi.

Mula-mula memang sedih, tapi bila lama-lama aku jadi resistant.
Dah tak jadi kudis orang kata.

Aku tak tepis pun, aku just buat dek je.
Sebab aku tau dorang takleh buat apa.
Habis kuat boleh ejek je.
Lainlah kalau dorang dah start pegang-pegang, ugut-ugut.
Yang ni kalau kena dah bolehlah start ask for someone's help.
Tapi as long as you don't feel at risk atau physically threatened, buat dek je lah sudah.

Yang berani ejek-ejek ni hanya datang keberanian bila ada geng.
Time dia sorang-sorang tak berani pun nak cari pasal sebab dia tau kalau ejek orang sorang-sorang nampak macam tak siuman pulak.

Kadang-kadang kelakar pulak aku tengok.
Time dia beramai-ramai, kemain galak ejek aku yang jalan sorang.
Time dia sorang-sorang, aku melintas depan dia boleh pulak dia buat-buat tak nampak.
Ceh, ingatkan berani sangat.

Dan tua-tua gini pun masih ada juga yang seronok jadi pembuli.
Pembuli alam maya katanya.
Tak kisah la apa pun namanya, be it pembuli zaman skolah atau cyber bully, hakikatnya spesis ni spesis acah-acah berani.
Ingat yang suka membuli ni berani sangat ke gerak sorang-sorang?
Dorang jadi berani bila dalam kelompok je.
Kalau sorang-sorang, bijik masing-masing lembik.

Majikan lama aku dulu, HR Manager-nya sejenis pembuli.
Dia always implement rules yang pelik-pelik supaya staff give-up and quit.
Usaha gigih dia membuahkan hasil.
Lepas sorang, sorang resign.
Wah, makin galak la dia buat perangai.
Perasan macamkan berkuasa sangat.
CEO tak apa-apa, dia yang lebih.
Dalam masa sebulan ada lebih dari 15 orang resign.

Masa giliran aku quit, dia bengang sebab dia tau aku quit bukan sebab sress tapi sebab jump pegi a better company.
Mula-mula bukan main lagi press aku macam-macam.
Dari tingkat atas, tetiba je turunkan aku ke tingkat bawah, letakkan ofis aku tepi store.
Bila bakal majikan aku contact dia untuk bayarkan gaji aku 2 bulan sebab dorang nak aku join lebih awal, dia bengang.
Mulalah buat macam-macam syarat tak masuk akal kat bakal majikan baru aku tu.
Padahal kau yang beria nak buat aku resign, bila ada orang nak bayar aku, kau sakit hati.

Tu pasal aku cakap pembuli ni sebenarnya bukan hebat mana pun.
Dia je perasan dia ada power.
Hakikatnya dorang ni la makhluk paling lemah sekali.
Padahal kita tak cuit dia pun.
Kita cuma tunjuk kat dia kita lebih hebat je.
Cara-cara gitu je dah buatkan dia menggelupur.
Yang sebenarnya pembuli ni macam kita juga - tido, makan nasi, pegi skolah - bezanya dorang ada monkey brain, kita takde.