2019-08-07

Activiti dengan blog reader


Hari ni post banyak gambar.

Ahad, aku attend majlis akikah anak kepada blogger/reader Diyana.
Rasanya dia dah berapa aktif blogging tapi IG/FB masih aktif.
Biasa la kan, semakin meningkat usia semakin banyak priority lain yang nak diutamakan.
Kalau aktif memblogging pun, dah tak sama macam awal-awal dulu.
Contoh paling senang yang sedang menulis ni lah.
Dah tak larat aku nak blogging tepek gambar everyday.
Nak merempan pun tak berapa lalu dah.



Diana & Diyana
Bezanya si Diana tu 40an, Diyana sebelah tu 30an.


Ini kali keempat aku jumpa dia.
First time dulu kat open house raya rumah aku a few years back.
Second time dia invite aku untuk review kedai ayam penyet.
Third time kat kedai kakak ipar dia.
Fourth time, Ahad lepas kat rumah dia.

Rumah dia ni corner lot, so dia tanam banyak pokok.
Selalunya dia akan update sayur-sayuran and bunga kantan dia.
Hari tu masa ke sana aku dok scan mana pokok kantan dia.
Nasib baik dia tak free, kalau dia free aku mintak sikit bunga kantan 2-3 batang.



Ni gamba ambik kat FB dia.
Sebenarnya aku nak tunjuk pinata 3 biji bergantung kat pelamin tu ha.
Diyana ni pinata maker.
Kalau tak salah aku, dia je satu-satunya pinata maker kat Malaysia ni.
Kalau ada orang lain pun [entah, aku tak tahu], maybe Diyana ni yang paling successful in pinata making.

Baru-baru ni cucu Agong punya akikah pun ambik pinata dari dia.
Anak TMJ punya birthday party pun ambik pinata dia.
Hari tu dia ajak aku stay untuk Rayyan join pukul pinata, tapi aku nak balik nak tengok Widad kat spital jadi tak dan nak tunggu.



Ni pinata GC Plus aku order dari Diyana juga.
Dah 2 tahun dah ni, helok lagi sebab aku tempah bukan untuk dipukul tapi untuk dijadikan maskot letak kat booth.
Sayang nak pukul, aku punya besar ni.
Kalau kau teringin nak pukul pinata, mintaklah Diyana ni buatkan satu pinata muka ex masing-masing, pastu kau pukul lah puas-puas.
Kalau bagi kat aku, aku bagi pakej pukul dengan pijak sekali.

Boleh follow IG : @pinatapartykl

Cantik-cantik pinata dia buat.
Tapi janganlah expect harganya RM40-50 ya.
Jenuh orang tu nak menggunting lagi, nak membentuk lagi, nak menggam lagi.



Aku 3 beranak duduk betul-betul depan kaunter kambing, boleh?

Boleh tahan sedap kambing ni, lupa pulak nak tanya ambik kat mana.
Lauk-pauk catering dia pun sedap especially ayam masak merah dia, marvelles!



Anak aku ni kalau tak disuapkan, memang takkan habis makan.
Ada je alasan dia dah kenyang la, lauk tak sedap lah.
Yang sebenarnya malas.
Nak suap kat mulut sendiri pun malas.
Kalau disuapkan, sepinggan licin.



Berkilat muka masing-masing. 
Aku tu dah tentu-tentulah sejak azali berkilat.
Yang lagi dua ni dah kenapa makin lama makin senada dengan ton warna aku pulak?



Muka makcik bawang sangatlah yang pink tu.



Dua gambar atas ni sebenarnya blog reader.
Dorang ni kawan Diyana, sama-sama baca blog aku.
So hari tu 3 orang kenalkan diri [satu tak sempat nak ambik gamba].

Masa ni lah Rayyan start tanya "Mama, satu dunia kenal Mama. Mama buat apa sebenarnya?"

Malas aku nak jawab.
Papa dia kata "Mama instagrammer"

Dalam kereta on the way nak balik tu jugak dia mintak aku createkan akaun IG dia.
Dah satu hal pulak aku kena create.
Lepas create IG, dia suruh aku call abang dia jam-jam tu jugak mintak abang dia accept frriend request.
Punyalah nak tunjuk kat abang dia pun dah ada IG.
Aku tengok dia follow Black Pink.
Korea rupanya anak aku ni.



Isnin, memenuhi jemputan Dr Zahira di DIVA Aesthetic Shah Alam.
Dr Zahira ni blog reader juga since her uni days masa buat medic kat India dulu.

Aku cakap dengan En Wan "Kagumlah dengan dia ni. Umur awal 30an dah bukak klinik sendiri".

Pastu En Wan pandang aku "Bukan awak pun bukak company umur 31 ke?"

Eh. Ha'ah.
Lupa pulak.
Dah tua dah aku ni, kisah sendiri pun boleh lupa.



Masa dia invite aku try service dia, dia tanya dulu "Bila last buat facial treatement".

Ya Allah seramnya nak jawab.
Bukan apa, aku takut dia yang seram dengar sebab last aku buat facial treatment sehari sebelum kawen.
18 tahun lepas oiii. Hazabbb.

Seriously, I am not a spa person.
Kali pertama aku buat facial itu lah masa nak kawen and that was the last.
Selebihnya hanya cuci muka kat rumah je.
Itupun rencam.
Ada sabun pakai sabun.
Takde sabun, hand gel pun boleh.
Kadang tu sabun cuci pinggan Joy tu pun aku tenyeh kat muka, asal ada buih konsepnya.
Now menjak ada Cleansing Gel sendiri, pakailah sendiri punya je.

To be honest muka aku takde jerawat, jadi mungkin sebab tu aku tak berapa nak ambik port sangat.
Tapi rutin biasa like toning, mosturising, scrub seminggu sekali and pakai mask tu ada lah.
But serum, night cream, sun screen - semua ni takde.

Hari tu masa dia scan muka aku, cuak juga.
Aku kan jakun sikit mana pernah pegi treatment-treatment gini, jadi agak seram jugak la bila dia mintak aku letakkan muka kat satu device tu untuk dia snap gamba and analyze.

Aku cakap kau, dia punya kamera tu boleh detect segala tok nenek white head, black head, pores, minyak, segala benda yang ada kat muka kau.
Masa tu lah kau boleh tengok apa benda yang ada kat muka kau yang kau tak nampak selama ni.
Aku rasa ini bagus untuk yang ada masalah kulit tak settle-settle, eloklah pi check so that boleh identify the root cause.

Hari tu lepas scan, kulit aku ni rupanya kering.
U-zone and T-zone aku tak berminyak macam most people.
Bila kulit kering maknanya senang nak dapat dead cells so kena rajin scrub muka.
Kalau selama ni aku apply scrub seminggu sekali, maybe dah boleh tambah sikit 2 kali kot.

Skin changes with age.
Makin bertambah umur, kulit jadi lebih nipis and hilang lemak.
Urat muka pun dah senang nampak.
Kalau ada scratch atau luka dah makin lambat nak heal.
Skin begins to wrinkle.
Macam umur aku ni dah 42, kulit pun dah less elastic [maklumlah umur menghampiri menopause].



Macam pinggan lebarnya muka aku ni!

Yang bintik-bintik merah tu adalah pores yang kelihatan besar sikit dari bahagian lain.
Tapi alhamdulillah juga bila Dr kata kulit aku takde black head and white head almost takde.

Tapi aku dah ada wrinkles sikit, maklumlah dah 42 tahun kan.
Cuma wrinkles ni boleh dilambatkan lagi dengan treatment.
Aku ni tak pernah pakai sunscreen.
Aku just pakai mosturiser yang dah ada SPF kat dalam tu.
Dr Ira kata, lagi bagus pakai separate sunscreen sebab protection dia lagi kuat.
Kalau pakai sunscreen lagi lambat wrinkles muncul.

Tapi aku dah ada age spots.
Age spots ni macam brown spots due tu terdedah pada matahari.



Ni dalam bilik treatment sebelum dia start.
Mula-mula dia kasi belai-belai dulu dengan urutan muka segala.
Terlelap sekejap.
Dah la baru lepas lunch, memang sedang elok la dibelai-belai.

Muka aku ni kalau ambik gamba gini macam tak nampak apa-apa kan?
Tapi bila dah letak bawah scan tu ha baru tau apa ada dalam.



Ini sebenarnya video tapi aku terpaksa screencap saja sebab nampak rambut and leher.
Ni namanya Diamond Microdermabrasion.
Dia sedut sel kulit mati and bagi skin texture lebih lembut.
Tak sakit, don't worry.
Cuma kulit jadi slightly red sebab dia sedut-sedut tapi after a few hours back to normal.

Aku tak sure kalau kat spa ada offer this treatment, tapi 18 tahun dulu aku pi spa tak wujud lagi benda ni [or maybe that spa takde this service].
Bila that day dia tunjukkan aku alat yang dia nak gunakan kat kulit aku ni, aku rasa macam aku pernah nampak orang jual this device.
Harga around RM200 kot tapi maybe simple-simple punya, tak macam kat clinic ni.
Apa-apa pun aku rasa this procedure is best discussed with dermatologist atau aesthetician bertauliah macam Dr Ira sebab kita tak tau apa benda yang akan kita sedut, better buat kat clinic la.

Lagipun pada pandangan aku, in-office microdermabrasion guna larger motor and power pun lebih kuat sikit dari at-home treatments, so they penetrate deeper into the skin.

"Mahal!"

Memang la treatment kat clinic mahal sikit banding buat sendiri kat rumah.
Yang tukang buat tu pun profesional, the procedure pun profesional, product clinic selalunya memang mahal tapi insyallah selamat.
Selalunya alatan kat clinic ni akan di-sterilize dulu which is important for safety.

This treatment tak terhad untuk buang kulit mati je tapi boleh juga untuk clearkan pores yang tersumbat and perbaiki fine lines HOWEVER jangan pula ingat satu kali treatment dah nampak result, especially kalau kulit memang rosak teruk, you have to do a series of microdermabrasion treatments.
Tak boleh satu kali je.
Dan tak boleh juga berserah pada treatment semata-mata.
Mesti kena top up dengan good skin care products.
Jangan ingat dah buat treatment maka tak perlu apply sunscreen and mosturiser.
Semuanya perlukan combination penjagaan.



Lepas buat microdermabrasion, sambung pulak dengan Brightening Laser.
Yang ni untuk pigmentation.
Kan tadi aku cakap the scanner detect aku ada age spots.

Mula-mula dia apply dengan cream.
Cream ni akan buatkan muka kau jadi kebas.

Aku tanya "Kenapa nak muka kita jadi kebas?"

Staff dia jawab "Sebab kita nak guna laser kejap lagi. Laser tu panas-panas sikit so takde la sakit sangat kulit".

OMG seram gila oiiii.

Aku dah la cuak bab-bab panas ni.
Panas kat hujung jari pun dah meloncat, ni pulak kat muka.
Mau tak seram?
Muka kalau level Jennifer Aniston takpelah juga kan.
Ini Jenipah Aniton je [panggilan manja Ton], kalau berparut tak ke nayaaaaa.

Iklan : Korang kalau dengar orang panggil "Ton! Ton!", jangan pukul rata nama dia Zaiton ya. Entah-entah Aniston. Kahkahkah.

After a while memang kebas muka aku.
Bila dah kebas, barulah Dr Ira start dengan laser treatment.



Ini pun sebenarnya video.
Kalau tak, boleh dengar bunyi-bunyi sekali.

Process nak remove age spot ni bukan boleh buat satu kali treatment juga.
Benda ni kena buat layer by layer.
Nanti eventually healthy skin akan grow back.

Laser ni tak sakit, tapi boleh rasa mencucuk-cucuk and panas.
Macam kena gigit semut api.
Patutla dia pakaikan krim kebas muka.
Kalau age spot/dark spot lebih banyak atau lebih besar maybe lagi lama kau kena tadah muka kat laser ni.

Masa tengah buat laser ni Dr Ira offer untuk buat treatment hair removal.
Misai aku tu kan dah panjang.
Dia cakap hair removal tu akan buatkan roma yang tumbuh selepas ni akan tumbuh dengan lebih lembut.
Tapi aku tak buat sebab aku tak bagitau En Wan pasal hair removal ni lagi.
Karang dia marah pulak bini dia hilang kehenseman misai dah takde.

Sorry aku takde treatment package untuk ditepek kat sini.
Benda-benda macam ni tak boleh buat pakej.
Kau kena pegi sendiri sana, check skin, from there baru tau apa treatment yang sesuai.

Boleh follow IG : @diva_aesthetic
Atau contact : 0358851849/0176348045 [www.divaaesthetic.my]

Tengah-tengah buat treatment masuk DM ni :



Putihnya Kajol sekarang!
Aku syak dia pun buat brightening laser. Hahaha.