2018-01-27

Rakan sekerja yang tak boleh buat kerja.



Ni someone DM aku kat IG. Aku dah respond pada dia tapi aku nak tulis panjang-panjang kat blog dari sudut pandang aku sebagai majikan dan juga pernah makan gaji.

In any private organisation, time is money.
Bukan mementingkan wang tapi itulah hakikat yang kena telan.
Agensi swasta ni stand alone agency tau. Nak-nak lagi small and growing company yang selalunya dibina dengan modal sendiri. Dah tentu kelansungan syarikat bergantung pada kerjasama staff. Kita bukannya ada grant atau duit ihsan dari mana-mana yang boleh cover kos operasi. Kalau ada pekerja yang tak perform, straight away buang.

Bunyiknya macam kejam, kan. Tapi we are not doing charity here.
After all, semua pekerja akan dibagi probation period. Kalau 3 bulan tak perform, selalunya majikan akan tambah another 3 months untuk tengok kot-kot ada perubahan pada performance staff. Majikan pun bukannya kejam sangat. Kalau boleh kita nak serapkan jugak sebab malas la nak start all over again dengan new stuff, nak buat interview lagi, nak bagi training lagi, semua ni buang masa tau. Kalau dah 6 bulan masih juga tak perform, baik buang je lah. Takde masa nak kesian-kesian. Daripada buang duit 'bela' staff yang 6 bulan pun tak perform, baik duit tu buat tambahkan gaji staff yang sedia ada.

Masa aku makan gaji dulu, aku ada colleague yang macam ni.
Bos aku tak sampai hati nak buang dia. Nak pulak bila sebangsa. Lagi la tak sampai hati. Sebab niat nak tolong anak bangsa sendiri. Tapi dah kalau kerja sambil lewa, 10 kali dok ulang pesan benda yang sama pun tak masuk-masuk gak kat kepala, nak buat apa simpan? Sampai bila nak bela atas dasar kesian? Baiklah kesiankan staff yang sedia ada yang bertungkus-lumus siapkan kerja and ada effort nak majukan diri. Kalau kerja dia pun balik-balik kita kena cover, ntah apa fungsinya ambik dia keje tak tau lah.

Memang ada certain people yang datang keje semata-mata hadir ke tempat kerja je.
Hadir ke tempat kerja dan hadir berkerja adalah 2 benda yang berbeza ya.
Hadir ke tempat kerja ni sejenis yang kehadiran memang tip top, punch card tak pernah merah, datang on time, balik pun on time. Tapi kerja belum tentu jalan.
Hadir bekerja pulak memang datang untuk berkerja, minimum supervision pun keje tetap jalan.

Yang hadir ke tempat kerja ni jenis yang dia datang untuk buat kerja je. Buat je tau. Belum tentu tip top. Salah ke, betul ke, dia tak ambik port. Yang dia tau setiap kali bos bagi task, dia buat. Dia takde effort nak check balik kerja tu sebelum submit pada bos. Bagi dia, "kalau ada salah kau cakaplah nanti aku betulkan". Masalahnya tetiap hari pun kejenya salah. Kadang-kadang dah betulkan pun masih ada yang salah. Salah yang sama dok repeat sepanjang 3 bulan. Jenis ni memang mengharapkan diketuk je. Nak kena sekali ketuk baru sekali jalan. Dua kali ketuk pun, satu kali je jalan. Eloknya libas je terus biar dengan dia-dia sekali jalan.

Aku pun dulu macam reader ni juga. Bila hari-hari bersembang dengan orang yang sama, keluar makan dengan orang yang sama, kerja dengan orang yang sama, kita anggap orang tu macam adik-beradik. Susah dia, susah kita juga. Bila jadi kes-kes macam ni, sebolehnya kita nak kawan tu kekal dalam company. Dan kita pun mula bermain dengan emosi.

"Kesian, dia ada anak-anak.."

"Kesian, dia menanggung mak bapak..."

"Kesian, isteri dia tak bekerja, he's the breadwinner..."

Ok, let's be fair.
Kalau kita kesiankan collague kita, then kena be fair juga dengan majikan.
Majikan pun ada family yang nak dibagi makan. At the same time majikan ada pekerja yang perlu dibayar gaji supaya pekerja boleh bagi family masing-masing makan juga.
Dah kalau majikan kena menanggung pekerja yang mengabihkan boreh, kan ke tak fair pulak pada dia? So kalau kita nak cakap pasal fair, then be fair to all.
Adil pada diri sendiri, rakan sekerja, majikan dan syarikat.

Aku faham bila kita berkawan-kawan ni, kita punya 'sisterhood' bond jadi strong.
Tapi jangan sampai kita tak letakkan keadilan tu sesuai pada tempatnya.
Sebenarnya majikan yang nak buang that pekerja tu pun sedang berlaku adil pada staff-staff yang lain. Kalau dia tak berlaku adil, dibiarkan je staff yang tak perform tu stay pastu staff lain kena tanggung kerja tambahan. Sanggup?

Ada tempatnya bila kita boleh gunakan semangat sisterhood tadi.
Kalau collague kita seorang yang perform tapi tetiba performance merosot, kat sini kita boleh gunakan budi bicara. Kalau nak mintak boss punya consideration time ni lah.
Tapi kalau dari awal sampai ke sudah gitu jugak gaya kerjanya, takyahlah. Kalau dia sayangkan diri dia dah tentu dia improve.





Yang tanya kat mana nak pesan untuk sign buku?
Tu aku tandakan tu kat ruangan NOTA TAMBAHAN.
Tapi takyah pesan pun takpe, aku sign semua je.




2018-01-26

Kalau taknak disalahertikan, maka silakan pendam rasa.


Ok ada ada cerita best. Sebelum aku terlupa, baik aku stop keje aku kejap nak cerita pasal ni.
Wahhhh gitu kau aku punya kepoh!

Semalam ada reader email aku susulan dari entry aku tentang kakak yang pecahkan barang adik time pi umrah. Ingat tak? Kalau tak ingat, pi cari balik entry minggu lepas.
Ok kali ni ceritanya lain. Aku bagi ringkasan je lah ya sebab dia tak bagi tepek email kat blog.

Kisahnya this lady duduk rumah mertua sejak beberapa tahun yang lepas.
Hubungan dengan semua baik-baik je.
2 tahun lepas, mak mertua meninggal dunia. Tapi sebelum meninggal tu memang mak dah letakkan nama tanah (rumah) atas nama suami this reader. Jadi semua pun tau itu dah jadi rumah suami.
Tapi sejak mak meninggal, adik-beradik suami masih lagi anggap itu rumah mak dorang. Datang bila-bila masa suka. Everytime ada adik-beradik datang, kalau kebetulan rumah berkunci takde orang, suami kena marah dengan adik-beradik apesal kunci rumah. Apesal tak letak kunci kat tempat rahsia macam biasa buat selama ni katanya. Dan yang paling dia tak tahan bila bilik-bilik dalam rumah tu sesuka-hati adik-beradik keluar masuk.

Dia kata memang selama ni (masa mak masih ada), bilik-bilik tu akan jadi bilik kakak and abang setiap kali balik. Dia suami isteri pun ada satu bilik juga. Yang cucu-cucu lain tido kat hall. Tapi bila mak dah meninggal, dan rumah tu pun dah jadi milik suami sepenuhnya, dorang laki bini buatkan bilik khas untuk anak-anak. Jadi now, bilik yang free hanya satu je. Yang lain dah jadi bilik anak-anak. Tapi setiap kali adik-beradik suami datang, dorang menonong je masuk bilik yang biasa duduk selama ni. Anak-anak tuan rumah pulak yang kena tido luar.

Same goes to isi rumah. Everytime adik-beradik balik, peti sejuk dah jadi barang wakaf. Semua barang dalam tu main ambik je. Dia memendam rasa sebab tak berani nak cakap. Suami pun tak selesa tapi tak berani nak tegur juga. Suami kata tak berbaloi gaduh adik-beradik atas sebab-sebab macam ni.

Ni aku dah habis ringkaskan dah ni. Kalau ikut email dia, mau 6 screenshot kena letak sini. Panjang gila.

Macam yang aku pernah tulis sebelum-sebelum ni.
Benda-benda macam ni adalah masalah individu yang kurang common sense. Jenis otak ada, akal takde.

In fact, perkataan "balik" dan "datang" pun tak tau beza.

Kalau dulu, masa mak kita ada di rumah tu dan rumah tu masih milik orang tua, setiap kali kita ke sana, namanya BALIK.

Tapi, bila rumah tu dah jadi hak milik orang lain, everytime kita ke rumah itu dah bukan BALIK ya. Dah jadi DATANG.

"Balik rumah mak" dan "datang rumah adik" adalah 2 benda berbeza.
But still ada orang yang payah nak hadam benda-benda macam ni. Sebab dia masih lagi rasa dia ada share dalam rumah tu.

Kalau kita datang rumah adik-adik kita pun, kita tak suruh anak-anak sedara kita tido kat hall.
Aku tak tau la orang lain macamana. Tapi, kalau adik-adik aku datang rumah aku, takde de dia nak memandai-mandai masuk dalam bilik selagi aku tak pelawa padahal terang-terang bilik tu guest room. Apetah lagi nak suruh anak-anak aku tido luar. Tapi macam yang aku cakap tadilah, maybe adik-beradik ipar reader ni terlupa kot yang rumah tu dah bukan rumah mak dorang lagi.

Aku agree dengan cakap suami tu, tak berbaloi nak bergaduh dengan benda yang remeh-remeh sebab adik-beradik pun bukan "balik" selalu. Tapi sebagai tuan rumah dan ketua keluarga, suami kena mainkan peranan untuk jaga kepentingan keluarga juga.

Ok lah fine. Kalau nak tegur semua sekaligus nanti ada yang putus sedara pulak. Why not tegur benda yang basic dulu.

Kalau aku, aku akan tegur bab tinggalkan kunci.
Dah kenapa nak marah-marah tak tinggalkan kunci kat tempat rahsia?
Ini kan rumah orang, bukan rumah mak lagi.
Itu dah jadi rumah adik. Kita boleh ke tinggalkan kunci rumah kita dalam pasu untuk adik-adik yang lain masuk sesuka hati? Tak kan?
Jadi, tak salah kot kalau nak tegur bab ni dulu.

Benda-benda macam ni sebenarnya bukan apa. Sebab dah jadi kebiasaan.
Bila kita sebagai tuan rumah dah membiasakan and allow things like this happen, dah tak boleh nak marah dah. Sebab kita yang tak bertindak. Boleh jadi kalau kita tegur cara baik, insyallah orang akan faham. Atau dari awal-awal dulu lagi dah clear cut "Ini dah jadi rumah saya, jadi kalau adik-beradik lain nak datang sekali-sekala tengok kebun, makan durian, datanglah. Cuma kalau nak datang bagitau lah dulu 1-2 hari sebelum sampai sebab kami bekerja".
Kiranya kita mengingatkan dorang tapi tiada unsur kekerasan dalam tu.

Bab bilik tido tu, hmmm entah lah.
Bagus juga kalau kita nak ajar anak-anak kita hormat orang lebih tua.
Ajar anak-anak untuk share ruang bilik kat sedara-mara yang datang bermalam.
TAPIIII, itu urusan tuan rumah dan anak-anaknya.
Kita sebagai tetamu tak boleh memandai-mandai arahkan anak orang (walau anak sedara) tido luar okeh. Itu gila namanya.

Bab peti sejuk tu banyak kali dah kot aku sentuh. Naik lebam blog aku ni dok cerita pasal peti sejuk.

Life is a risk. Semua benda yang kita pilih untuk lakukan has a margin of risk.
Kalau kita tegur, ada risiko yang perlu kita hadapi.
Kalau kita tak tegur pun, ada jugak risikonya. Risikonya, hadap je lah makan ati sampai bila-bila.

Kita sentiasa ada pilihan. We take some, we avoid some.
Aku faham dilema reader ni.
Dia ni ipar, jadi dia taknak bila isu ni dibangkitkan, dia akan dibenci.
Bukan semua orang sanggup kata adik-beradik sendiri jahat. Dan tentu akan tuding jari kat ipar-duai dulu kan.

Tapi, kalau nak pikirkan apa orang lain akan kata tentang kita, payahlah.
Everyone always judges. Kau tak cari pasal dengan orang pun, orang akan tetap judge.
Jadi kalau kita takut disalahertikan, maka kita kena berpuas-hati dengan situasi sekarang walau memendam rasa. Bersabar sajalah selagi mampu, asalkan tak bergaduh laki-bini.
Tapi kalau rasa tindakan yang kita bakal buat tu berbaloi, maka bersiap-sedia dengan impak yang akan diterima.




Terima kasih yang sudi dapatkan buku ni.
Am so sorry, kebanyakkan yang hantar form mesti kat bahagian 'note' tu tulis panjang lebar. Ada yang mendoakan aku, ada yang mintak aku doakan dia, ada yang mintak aku tuliskan kata-kata semangat kat buku, ada yang cerita macamana lama dia follow blog.
Terima kasih sangat.
Aku tak dapat nak reply panjang-panjang tau. Sebab aku nak kejarkan respond semua form and sign buku. Insyallah aku tulis panjang sikit dalam ruangan autograph tu.

Yang nak buku ni KLIK SINI.

2018-01-25

Buku Blog



Semalam aku naikkan gambaq ni kat both FB and Ig tapi aku tak respond pun pada komen. Bukan sengaja tau, kebetulan memang dari pagi lagi aku tak berapa sihat. Lemau sangat badan sebab kepenatan travel 2 hari dengan program yang pack. Tapi nak taknak memang kena masuk opis sebab nak siapkan keje. Lepas aku up gamba ni, aku terus balik rumah dan tido.

Bangun-bangun baca beratus mesej and email tanya pasal buku ni.
Ok ni aku explain panjang lebar.

Ada yang ingat aku buat novel omputih.
Yang ni aku rasa new reader kot. Kalau blog reader dari zaman tok kaduk mesti tau apesal tajuk buku ni "walk on wings, tread in air".
Tajuk buku ini adalah tajuk blog aku dulu. Zaman aku start blogging, tajuk blog bukanlah "www.dianaishak.com" macam sekarang. Dulu tajuknya adalah macam kulit buku ni. Ini bukan buku omputih :)

Ada juga yang tanya kenapa pink, bukan green?
Green Apple tu nickname je. Tapi favourite color aku adalah pink.

Ok now nak cerita camana boleh terhasil buku ni.

Buku ni sebenarnya idea asal dari salah sorang publisher.
This publisher asalnya bukanlah pembaca blog. Dia follow FB aku bila kejap-kejap nampak orang share status FB aku katanya. Lepas tu dia follow FB. Dari situ dia kata dia suka dengan status-status FB dan terjebak membaca blog.

So one day dia jumpa aku and cadangkan nak buat buku aku. Buku tu adalah petikan kata-kata dari FB status and blog. Kiranya quote book saja. Tapi memandangkan tulisan aku santai dan bahasa pasar, dia suggest untuk fine tune ayat-ayat aku supaya sedap sikit dibaca oleh pembaca awam. Tapi, aku tak berapa setuju. Aku cakap kalau nak extract quote dari blog, aku prefer to keep it as original sebab itulah yang membezakan aku from other writers. Apa yang ditulis di blog adalah Diana Ishak. Kalau nak extract petikan dari blog, pastikan ia adalah original macam dalam blog.

Tapi dia kata dia nak buku ini keluar dari kelompok followers and readers because dia rasa isu yang aku tulis di blog adalah isu-isu yang dekat di hati pembaca. Aku appreciate sangat support dari dia. Aku tau dia nak tulisan aku pergi lebih meluas tapi aku tak rasa penulisan aku kat blog tu sesuai di baca untuk orang yang belum kenal aku. Yang dah kenal aku, dah boleh hadam gaya penulisan yang aku kasar. Kalau nak aku tulis new artikel boleh. Jadi, aku bagi cadangan kat dia, apa kata untuk buku pertama ni, aku ambil idea dia dulu. Maknanya, yang pertama ni aku ambil petikan dari blog and FB saja, taknak ubah apa-apa. Ini khas untuk followers and blog readers www.dianaishak.com saja. Kalau respond ok, baru aku start write artikel khas untuk buku (tak ditulis di blog) yang guna tabahasa yang lebih sopan (gitewww).

Aku sangat berterima kasih and terhutang budi dengan that publisher yang nampak bakat dan potensi penulisan aku. Aku tak pernah terfikir yang blog ni one day akan jadi medium untuk bisnes, dijadikan inspirasi (katanya) apetah lagi nak dijadikan buku. Aku buat blog sebab aku suka bercerita. Sebab tu lah aku sangat upfront dalam menulis. Orang kata “laser” gitu. Tak sangka pula ada yang bagi cadangan untuk bukukan penulisan. Still, aku segan sebenarnya nak bukukan penulisan aku sebab aku bukan profesional writer. Jadi aku buat keputusan biarlah yang pertama ni aku test market di kalangan followers dulu. Bukan apa, taknak merugikan publisher je. Hahaha.

Buku pink ni, ada extraction dari blog and FB and some new quote yang belum lagi aku tulis di mana-mana. Kalau nak tepek semua dari blog, rasanya tebal sangat, karang jenuh pulak nak habiskan. Jadi aku mulakan dengan 86 petikan dulu.

Ada yang tanya nak beli kat kedai mana.
Amboinya tingginya imaginasi masing-masing. Tak beranilah aku nak letak kat mana-mana kedai buku kalau petikan dari blog ni. Buku-buku petikan dari blog macam ni sesuai untuk followers saja, belum boleh dihadam oleh non-followers. Karang kena kecam. Hahaha. Boleh beli kat blog sini je, sebab memang khas untuk pembaca blog pun.

Readers yang berminat nak simpan satu buku ni, boleh order melalui form di bawah.

Buku ni berharga RM28 (tak termasuk pos). Tapi kos pos RM6 je sebab tak berat mana pun.
Tapi dari hari ini 25 Jan sehingga 9 Feb, ada diskaun RM10. Untuk tempoh ini saja, buku ni berharga RM18 (tak termasuk pos). Tapi ada special harga lagi untuk reader yang beli GreenAard.

1. Beli buku sahaja RM18 + pos.

2. Beli produk GreenAard berjumlah kurang dari RM100, boleh beli buku dengan harga RM13 sahaja. Buku free delivery.

3. Beli produk GreenAard berjumlah lebih RM100, buku kita bagi FREE.

4. Untuk yang ada diskaun kod dapat masa YES hari tu, valid untuk guna kalau nak free buku. Tapi syarat masih kekal sama seperti summary kod diskaun masing-masing. Nyatakan kod diskaun dalam ruangan "nota tambahan" di bawah.




Nama
Email
Saya mahu : Buku sahaja, RM18
Buku dan GreenAard
Produk pilihan : 1 x GC Plus, RM90
2 x GC Plus, RM170
1 x Nutrijuice, RM59
2 x Nutrijuice, RM110
1 x Cleansing Gel, RM59
2 x Cleansing Gel, RM110
1 x Makeup Remover 50ml, RM39
1 x Makeup Remover 125ml, RM65
2 x Makeup Remover 125ml, RM120
Combo Deal : 1xGC Plus + 2xNutrijuice, R180
Combo Deal : 1xCleansing Gel + 1xMakeup Remover 125ml, RM115
Basic Value Pack, RM149
Alamat penuh beserta poskod
No Tel
Nota tambahan (jika ada)

2018-01-24

Henfon hilang


Lega dah masuk opis semula.
Isnin and Selasa (semalam) aku takde sini. Pagi Isnin tu hantaq Mak Aji, Pak Aji, Ibal and Siti pi umrah (yang ada dalam list IG aku tau kot ni sebab aku malas nak tepek gambar). Around pukul 12.45pm, aku and En Wan dah zassss ke Penang untuk program yang start pukul 6.30pm. Memang pecut gila-gila. Patutnya boleh sampai awal lagi tapi sepanjang perjalanan kat Perak hujan selebat-lebatnya jadi semua kereta pun slow. Cecah Penang baru cerah. Then, the next day dah ke Perlis pulak for meeting. Habis meeting terus balik KL on the same day. Tapi berbaloi jugaklah balik hari sebab dapat makan nasik daging and tapau laksa kak su 2 kilo. Thank you Rahimi, blog reader yang baik gila belanja semua. Pagi ni masuk opis dengan badan yang masih lagi lemau but no choice, ada banyak keje nak buat.

Ok done. Tu je cerita aku kenapa 3 hari tak update blog.

Tapi cerita yang paling best sekali untuk minggu ni adalah, henfon aku hilang!

Sabtu lepas, kitorang keje. Pulun nak siapkan material untuk ke utara.
Si Redza pun sama naik menolong kat opis. Pastu, esoknya dia nak balik ke Langkawi, dia ajak pi Popular nak beli barang sikit. Jadi, kitorang pun pi Popular IOI Puchong. Plannya, lepas beli-belah, nak terus balik Bangi sebab ada kenduri doa selamat dorang nak pi umrah.

Kat Popular tu, aku, mak and Rayyan duduk setempat. En Wan and Redza bertebaran cari barang. Rayyan kan mana boleh duduk melepak lama-lama ni. Dia boring, dia mintak henfon aku nak tengok YouTube. Sambil-sambil tu aku sembang dengan mak. Pastu En Wan sampai, kitorang 3 beranak ni keluar ke depan lepas depan Popular sementara nak tunggu En Wan bayar kat kaunter. Masa ni aku dah terlupa lansung nak check henfon sebab dok imagine henfon tu ada pada Rayyan. Rupanya Rayyan tertinggal henfon kat dalam Popular. Entah mana dia letak aku tak tau lah. Agaknya masa kitorang sibuk-sibuk check apa yang Redza beli dalam bakul tu, dia pun sama naik menge-check juga. Henfon letak kat tepi, pastu tertinggal.

Aku tersedar henfon takde masa masuk dalam kereta. Aku punya tebiat, masuk je kereta terus keluarkan henfon. Sekali check takde. Tanya Rayyan, mana henfon? Dia buat muka terpisat-pisat "Adik tak tau...". Ah, sudah. En Wan try call, masih lagi ringing.

Kat situlah silapnya kitorang. Sebab try call dulu.

Waktu tu aku yakin henfon tu masih ada kat Popular. Dan aku rasa aku tau kat mana Rayyan tertinggalkan henfon sebab kawasan yang kitorang duduk tu bukannya kerusi atau open area. Dia kat tepi-tepi meja tempat orang susun file. Takde tempat duduk pun kat situ cuma aku tolakka sikit file-file so that mak mertua aku boleh duduk sikit.

Aku berlari masuk Popular. Masuk-masuk je dalam Popular, terus aku call. Masih ringing. Tapi kat tempat tu dah takde henfon. Aku cari keliling-keliling takde. Tapi still ringing cuma aku rasa orang yang nampak phone tu dah silentkan phone. Tapi dia masih dalam Popular. Aku rasa masa aku on the way nak masuk Popular tu En Wan dok call henfon aku dari dalam kereta. So the penyamun dah ternampak phone aku lantas merembat. Pastu dia silentkan phone. Bila aku try call lagi sekali, dah off. Gone lah tu.

Terus call Celcom, mintak block sim.
Dalam kepala aku, terbayang nama Azuddin je. Ni blog reader yang dah become friends. Terus PM dia, mintak dia find my iPhone kejap. Tapi offline dah. Ok fine, takpe. Dia lock-kan phone aku. Walaupun aku berharap sangat phone tu dikembalikan, tapi boleh jadi yang merembat phone aku tu tak pernah guna iPhone so dia tak tau yang kalau once iPhone dah di-lock, sampai kiamat kau takleh guna phone tu. Takde sape nak beli pun kalau kau jual. Kalau kau pulangkan at least boleh aku bagi RM100 kat kau. Tapi sebab kau nak peram, peramlah sampai mati.

Jadi, 24 jam aku tanpa henfon.
Boleh tahan 'aman' juga takde phone rupanya. Takde la kejap-kejap nak check mesej.
Tapi, walaupun henfon hilang, makan tetap berselara. Lepas phone tak jumpa, aku cakap takpelah, malas pikir. Jom lah balik Bangi je meneruskan kehidupan. Aku tak marah Rayyan, aku cuma cakap len kali adik tak boleh pegang lagi henfon mama, ok? Dia angguk perlahan je.
Pastu petang tu masa mandikan dia aku tanya "Adik, kenapa adik letak henfon mama merata-rata?"
Dia jawab "Ma, mama tak boleh tanya lagi adik macam tu sebab adik kan dah mintak maaf".
Oh gitu. Aku pulak yang kena tazkirah.

Sampai rumah Mak Aji, Mak Aji dah siapkan teh tarik and macaroni bakar.
Aku balun tak pelawa sesape pun. Ibal tengok aku makan "Henfon hilang pun boleh selera nak makan lagi. Tak paham betul aku kau ni kak".

Eh, henfon dah hilang tu, hilanglah kan. Abis nak buat camana. Takkan sebab henfon hilang kau nak menung pandang macaroni ni. Baik kau mencekik, ada gak pekdah dari termenung.
Yang En Wan pulak, dia yang over sentap henfon aku hilang. Dia yang takde mood nak makan. Aku tuan punya henfon ni rilek je membalun nasik arab. Ntah hape-hape. Mencekik goes on gitu.

En Wan tak kasik aku beli iPhone. Dia kata aku ni kalau beli benda mahal mesti hilang. Beg Chanel hilang, jam Swarovski hilang, yang ni iPhone hilang. Tak sampai 2 tahun aku pakai 6 Plus tu dah hilang. En Wan suruh aku pakai samsung biasa je. Tapi aku cakap aku nak iPhone jugak sebab data semua simpan kat iCloud, so takde masalah, boleh retrieve balik.

Esoknya tu (Ahad), gi beli baru.
Isnin malam, aku kelebet buku gratitude (list syukur).
Terpandangkan goal yang aku tulis bulan July tahun lepas.



Oh rupanya tahun lepas aku masukkan iPhone 8 dalam goal list. Padahal aku tak tau pun apa beza iPhone 8 dengan 6 sebab aku not a gadjet person. Saja la tulis sebab kebetulan nampak orang dok sembang pasal ni.
Tapi aku tulis buta-buta macam tu je. Patut la henfon hilang.
Moralnya kat sini, berdoa biar spesifik. Sebab Tuhan makbulkan doa sesuai dengan cara kita mengharapkannya. Kalau tak tulis spesifik, maka jadiklah macam aku ni ha. Sebab nak iPhone 8, maka iPhone 6 kena dihilangkan dulu. Tapi Allah Maha Baik, Dia upgrade jadi 8 Plus.
Alhamdulillah, dapat balik data-data yang aku simpan kat henfon lama. Legaaaaa.

Masa kelebet-kelebet henfon, aku terasa yang mahal gila iPhone. Tapi bila dapat balik semua data-data aku terasa berbaloi pulak beli. Kalau tak kerana aku nak balik data-data aku, aku pakai je henfon Samsung Redza. Redza pi skolah bawak phone cokia je. Smartphone tinggal kat rumah. Smartphone Redza tu pun nenek dia hadiahkan.

Hari tu cuti sekolah Redza ada buat 30 days bucket challenge. Homework ni kena guna application Instagram. Kitorang memang tak belikan Redza smartphone. Kalau perlu guna phone untuk urusan kerja atau nak whatsapp member, tukar je simkad tu pakai henfon aku or En Wan. Nama aku nak belikan new phone semata-mata untuk kau siapkan homework memang tak lah. Aku tanya En Wan "Zaman sekarang homework kena guna smartphone. Maksudnya kat sini smartphone tu dah jadi satu keperluan. Macamana kalau parents tu takde smartphone."

Pastu En Wan kata "Maybe masih ada lagi yang takde smartphone. Tapi macam kes Redza ni cikgu pun tau mak bapak ada buat whatsapp group, so maknanya semua pun ada smartphone"

Hmm. Betul juga.
Maybe cikgu-cikgu dah study background pelajar.

Aku terkenangkan zaman aku blaja dulu. Sepanjang aku di U, aku tak ada henfon dan takde komputer. Kawan-kawan rumah aku semua ada komputer. Aku takde. Dan aku sorang je yang takde henfon dalam rumah tu. Nak buat tesis, aku tumpang PC kawan. Tunggu dorang habis buat keje, baru aku guna. Kadang tu dah tengah malam, baru aku boleh guna. Nak tunggu En Wan call, aku tanya dulu dorang pukul berapa dorang tak guna henfon so that En Wan boleh call.

Kenapa aku tak beli komputer or henfon?

First, mak bapak aku takde duit sebanyak tu untuk bagi kat aku.
Bukanlah takde duit lansung, tapi nak mengeluarkan duit yang banyak hanya untuk aku sorang sedangkan adik-adik aku yang lain pun tengah blaja sama, itu bukan pilihan terbaik.

Kedua, Mak Aji kerja di kawasan universiti (UKM). Aku tak boleh kelentong dia.
Some of kawan yang aku tau yang sama-sama blaja di sana, dorang dapat 'kelentong' mak bapak masa mintak duit nak beli komputer. Mak bapak tak semuanya tau komputer bukannya satu kemestian. Macam aku, mak aku kerja di universiti. So dia tau kat mana-mana library universiti mesti ada komputer lab. Apesal kau nak beli komputer lagi?

Kalau aku nak mintak beli henfon, dia akan cakap kat mana-mana universiti ada public phone. Tak pun, boleh pinjam henfon kat pejabat, apesal kau nak beli henfon lagi? Kalau aku still argue lagi, dia akan contact orang-orang di sana untuk check samada apa yang aku adu tu betul ke tak. Scary gila ok. Universiti dengan universiti kan ada good connection, so network mak aku boleh tahan besar.

Yang lagi best, sepupu dia HR Manager kat tempat aku. Husband kepada sepupu dia tu pulak lecturer yang mengajar aku. Oh lagi la tak boleh nak kelentong. Jadi sebab tu la aku takde henfon dan takde komputer time blaja. Kalau lah waktu tu ada kerja yang mesti disiapkan guna smartphone, terpaksa aku menggoda lecturer untuk lulus. Eh.






10 days 1.6kg loss tanpa kawal makan. 
Seluar dah tak ketat.
Buasir dah makin ok sebab tak sembelit lagi.
A good start.
10 hari mesti turun at least 580g ya. 



2018-01-20

Depression is real


Semalam aku dapat email dari sorang reader. Dia cerita tentang masalah depression yang ahli keluarga dia hidapi. Ahli keluarga mati disebabkan masalah depression. Actually aku ada dapat DM juga dari sorang follower. Dia mintak aku cerita pasal depression gak. Aku tak sure if ini dari orang yang sama atau tak. Kalau boleh aku nak tepek email dia kat sini tapi dia dah request supaya aku jangan letak.

Actually 2-3 tahun lepas aku balik kampung Muar ikut Pak Aji beraya. Gi beraya rumah makcik Pak Aji. Nenek ni yang aku kenal dia memang peramah. Orang Jawa katakan. Tapi hari tu dia macam 'menyombong' je dengan kitorang. Padahal Pak Aji tu anak sedara dia. Tetiap tahun tak pernah lupa ziarah makcik dia ni. Mak Aji pun pelik apesal macam nak taknak je. 5 minit pertama, Pak Aji ajak bersembang, dia senyum pun tak, angguk pun tak. Aku dah mula rasa pelik. Apehal nenek ni orang datang beraya dia buat muka gitu. Pastu dia tanya Pak Aji "Mak kau tak cakap apa-apa?". Muka masih kejung. Pak Aji jawab "Takde. Apa ceritanya ni. Cerita kat saya". Gitu dia gaya-gaya kaunselor nak korek rahsia.

Belum dia jawab, anak dia pun turun. Tadi anak dia mandi kot. Terus Mak Aji bisik "Bila kena ni?".

Anak dia jawab "Bulan puasa hari tu kena balik".

Rupanya semenjak arwah suami dia meninggal, dia on-off kena macam tu. Dokter kata depression. Tapi arwah atuk tu dah meninggal lama dah. Nenek tu kata "Aku dah malas nak buat apa-apa. Solat malas. Puasa malas. Mandi malas".

Pastu Pak Aji cakap kat nenek tu pelan-pelan "Ini setan semua ni. Tak boleh macam ni. Kena lawan. Bla bla bla bla bla....".

Rupanya depression ni memang teruk. Kalau ikut saintifik, ada kaitan dengan chemical brain. Tapi kalau ikut perubatan Islam (Pak Aji geng perubatan Islam), ini ada kaitan dengan gangguan jin juga. Seelok-eloknya berubatlah dua-dua cara. Macam kes nenek ni, boleh jadi seiring dengan umur, ada potensi dapat gangguan kat otak. At the same time, boleh jadi juga dia terkena badi.

Yang pasti, salah satu punca depression is thyroid problem. Yang ni aku tau sebab aku blaja. Certain people yang ada thyroid issues akan dapat depression (hypothyroid). Sebab kelenjar thyroid ni tak release hormon yang secukupnya. Hormon ni kerjanya rembeskan serotonin dalam badan. Serotonin ni akan bantu kita rasa tenang, at the same time kurangkan rasa lapar. Bila serotonin rendah dalam badan, itu puncanya datang tekanan perasaan. That's why those yang nak ambik GC Plus, aku tanya dulu ada apa-apa sakit tak. Kalau ada thyroid problem aku tak galakkan ambik sebab dia ada gangguan hormon. Hormon tu akan menyebabkan dia always stress, bila always stress akan rasa sentiasa nak makan. Jadi, no point ambik GC Plus.

Yang tu dari sudut sains. Kalau dari sudut Islam pulak, ada kaitan dengan gangguan jin.
Macam yang aku tulis dalam previous entry, ini ada kaitan dengan masalah hati (rohani) juga ni. Ada kecelaruan hati, nafsu dan akal. Bila hati lemah, hubungan dengan Allah jadi rapuh. Bila hubungan rapuh, kehidupan jadi sempit. Segala masalah seakan-akan takde jalan keluar.

Walaupun aku blaja kaitannya dengan sains, tapi dalam masa yang sama aku percaya yang gangguan jin memang ada kaitan dengan depression. Contohnya Pak Aji. Pak Aji takde masalah depression, alhamdulillah. Tapi beberapa tahun lepas Pak Aji selalu rasa pening, sakit kepala, terasa yang lantai berpusing. Kalau dia kena attack, memang sampai muntah belahak terberak-berak. Aku pernah teman Pak Aji gi klinik. Mak Aji suruh aku temankan sebab dia kata kalau dokter tu cakap aku paham sikit dari bapak aku. Aku tanya dokter kot-kot Pak Aji dapat vertigo. Ataupun mata problem menyebabkan pening-pening. Dokter check habis semua. Darah tinggi takde, jantung ok, urin ok, darah ok, mata telinga semua ok. Kitorang buat thorough check, takde apa.

Masa open house rumah aku, Pak Aji kena attack. Dia pening sampai takleh berjalan. Kitorang papah dia ajak duduk kat tepi tiang (dalam rumah). Tetiba dia muntah-belahak. Berlari Mak Aji ke dapur ambik besen nak tadah muntah. Seriously, Pak Aji muntah dengan banyak gila, half of the besen. Pastu keluar sekali warna merah macam darah. Kejap pastu dia kata nak terberak. Mak Aji teman dia buang air, masuk sekali berdua dalam toilet. Mak Aji kata, Pak Aji berak banyak gila sampai kena flush 3 kali. Aku terpikir ini penyakit apa ni? Ko just imagine, dia muntah setengah besen, pastu berak dengan banyak. Celah mana dalam badan dia tersimpan benda-benda yang keluar ni? Banyak gila tau tak.

Dah berubat cara sains tak jumpa jalan keluar, Pak Aji try cara perubatan Islam.
Ustaz yang ubatkan Pak Aji tu jiran dalam komuniti Pak Aji tinggal. Dia kata ada 18 ekor jin kat badan Pak Aji. Meremang bulu roma aku dengar. Yang pelik tu bapak aku ni 5 waktu solat kat masjid. Siang malam baca Quran. Masih boleh lagi jin melekat?
Rupanya, jin ni kalau nak suka kat kita, tak payah jadi jahat. Jadi baik pun dia suka juga. Ustaz kata kemungkinan sebab bapak aku ni suka jalan sorang-sorang waktu malam. Dulu Pak Aji gi surau malam-malam, walaupun tengah malam (qiamulail) berjalan kaki. Gamaknya jin ni dok perati je bapak aku pulang balik sorang, jadi dia nak geng. Lepas berubat, alhamdulillah hilang penyakit tu.

Badi mayat pun boleh jadi punca terkena depression. Orang yang terkena badi mayat selalunya akan selalu bermimpi arwah dan kadang-kadang terbayang-bayang muka arwah. Bila asyik mimpi buruk tiap malam, dah tentu stress. Nak tido pun naik takut. Bila takut nak tido, dah tentu kurang tido jadinya. Ini akan menambahkan lagi stress. Bila stress sangat, mulalah semua benda jadi malas nak buat - malas nak mandi, malas nak bangun, malas nak makan, malas nak solat. Memang ada certain kes badi mayat yang susah nak ubati sampai membawa ke mati. Tapi boleh jadi ajalnya dah sampai. Badi mayat tu penyebab saja.

Aku tak jumpa hadis atau dalil tentang "balik dari ziarah jenazah kena mandi dulu". Kalau ada sesape jumpa, boleh bagitau aku. Tapi yang aku tau (ni diajar oleh ustaz), balik dari ziarah jenazah sebelum masuk rumah kita, baca Alfatihah, ayat Qursi and 3 Qul. Kalau bacaan smooth maknanya ok. Kalau bacaan tersangkut-sangkut eloklah jangan masuk rumah dulu.

Tapi memang sedihlah kalau mati akibat depression. Kes bunuh diri semuanya akibat tekanan perasaan. Macam Leslie aku tu, depression dalam diam. Entah apa la masalahnya sorang pun tak tau, jumpa-jumpa je dah mati bunuh diri. Aku takde idea nak bagi pandangan cara nak atasi masalah ni sebab depression ni boleh dikatakan sejenis gangguan mental juga. Orang yang ada gangguan mental tindakannya beyond logic. Kalau tak perati betul-betul, kita tak perasan dia ada tekanan perasaan. Maybe orang-orang terdekat boleh nampak perubahan ni. Agak-agak perangai lain macam je, cepat-cepatlah bawak jumpa dokter. Especially bila dia dah nampak tanda-tanda nak cederakan diri sendiri atau kejap-kejap sebut pasal nak mati - eloklah pegi hospital cepat. At the same time ikhtiar cara lain juga.

Kalau ada ahli keluarga yang bunuh diri sebab depression, harap-harap tak ada lah ahli keluarga lain yang jadi tertekan sebab ini pulak. Karang, tak berkesudahan masalah yang sama. Semua orang pernah rasa sedih. Perkara normal je tu kalau sesekali hadapi masalah/ujian. Tapi depression is a real illness. Dia bukan sedih biasa-biasa. Once dia datang, kau punya rutin harian semua tunggang-langgang. Semua fungsi out. Tapi good thing is ia treatable. Bunuh diri memang devastating news lebih-lebih lagi kalau terjadi kat keluarga sendiri. Kesannya pada keluarga yang ditinggalkan can be severe and far-reaching. Bukan senang nak teruskan hidup nak pulak kalau ada mulut-mulut longkang yang berbisik-bisik bila kita melintas depan dia "Abang dia ni la yang bunuh diri tu..". Eh, karang kau pulak yang aku bunuh.

Alangkan ahli keluarga mati natural pun kita sedih, inikan pulak mati bunuh diri. Efeknya dah tentu traumatic. Yang mati tu dah tentulah mati. Yang masih hidup ni jauh lebih tertekan sebab merasa loser-nya bila tak mampu nak prevent someone dari bunuh diri. At the same time rasa marah pada si mati sebab buat keputusan bodoh yang memalukan ahli keluarga lain sepanjang hayat. Orang luar pulak dah tentu buat assumption yang keluarga ini bermasalah dan tak mesra sampaikan ada yang bunuh diri. Penyakit yang melibatkan emosi like takut, risau, sedih, marah, yang keterlaluan membuka peluang untuk setan kuasai diri. Faktor gangguan jin ni kita tak boleh tolak mentah-mentah sebab memang ada sangkut-paut dengan masalah jiwa. Jadi, kalau notice diri ada tanda-tanda depression, please do the necessary.

To this reader, maybe apa yang aku nak cakap ni tak membantu banyak. Tapi yang dah takde kita tak boleh buat apa. Urusan dia dah habis. Takyah kenang-kenang sangat. Tapi urusan kita masih berjalan lagi. Kalau panjang umur, banyak lagi benda yang kita nak tempuh. Toksah habiskan masa dengan termenung mikir apa orang lain kata. Mulut orang ni takkan berhenti kalau kita melayan. Jadi diamkan buat tak reti, lama-lama dia senyap sendiri. Jangan malu nak jumpa psikitiari, kaunselor atau ustaz. Mana tau mungkin asbab kejadian ni ada seribu hikmah lain yang Tuhan nak bagi kat kita.





Yang tanya apa beza Basic Value Pack dengan Combo Pack, ok bezanya ini :

Basic Value Pack :
1 x GC Plus (RM90) - cukup sebulan
1x Nutrijuice (RM59) - cukup 2 minggu
1 x Cleansing Gel sample (free)
Jumlahnya RM149

Combo Pack
1 x GC Plus (RM80) - cukup sebulan
2 x Nutrijuice (RM50 setiap satu) - cukup sebulan
Jumlahnya RM180

Boleh nampak beza kat mana, kan?
Sesuai dengan keperluan korang, pilihlah pakej yang lebih tepat.

Whatsapp sini kalau nak beli

2018-01-19

Otak dan akal adalah 2 benda yang berbeza



Dari email seorang reader, aku extract isinya saja and tepek kat FB semalam untuk tanya pendapat awam pulak. Kalau rasa nak tengok apa komen-komen yang aku dapat boleh baca kat FB aku, aku public-kan post. KLIK SINI.

Actually masalah reader ni tak sesusah mana SEKIRANYA yang request tu pangkatnya adik-adik atau anak-anak. Yang ni senang, sebab selalunya bila kita kata tak boleh, dorang akan akur. Yang jadi masalah bila pen-request datang dari kalangan pangkat orang-orang tua, kakak and abang. Hat ni yang payah. Nak terima, tak boleh (ada alasan-alasan kukuh). Tapi nak tolak lagi la tak boleh. Bukan apa, selalunya pangkat-pangkat yang lagi tua ni, bila request ditolak oleh kita-kita yang lagi muda dari dia, kita dianggap tak hormat pada dia. Jadi aku faham kenapa reader ni susah hati.

Point nombor 1 tu, kalau request datang dari kalangan adik-beradik, no hal.
Rumah aku pernah jadi rumah untuk urusan pinang-meminang-bertunang adik perempuan En Wan.
Nasib baik lah aku ni blogger, ada bukti nak bagi tunjuk kat korang. KLIK SINI.

Kalau adik-beradik aku and En Wan nak buat majlis nikah kat rumah kitorang takpe, aku memang on je. Tapi kena bersyarat lah. Bukan apa, sebab aku ni tetiap tahun buat open house. Jadi aku faham sangat "side effect" selepas majlis. Bukan semua orang sanggup tunggu sampai habis majlis nak tolong kemas-kemas. Karang tuan rumah jugak tertonggeng-tonggeng berkemas sorang-sorang.

Mak mertua aku is a living proof. Rumah dia kat kampung tu pernah jadi rumah buatkan majlis kawen orang. Mak kata elok je habis majlis, semua pun meruyup hilang ntah mana. Rumah jadi tunggang-terbalik. Yang berserak dalam rumah satu hal. Yang kat luar rumah satu hal lagi. Dah satu keje pulak mak kena jirus porch, kutip sampah dalam longkang, kutip pinggan-pinggan yang orang bawak keluar untuk makan kat buaian. Kan dah jadi menyusahkan namanya tu? Elok-elok kita ni nak buat baik, dah jadi jahat sebab menyumpah-nyumpah dia. Dia punya request kena tolak dia kata kita berkira, tak hormat tetamu. Yang dia menyusahkan tuan rumah dia tak pikir pulak.

Memanglah tuan punya majlis boleh cakap dia uruskan caterer. Semua kos majlis dia keluarkan.
Ya, betul. Secara mata kasar memanglah nampak macam tu.

Tapi kena ingat, yang masuk dalam rumah ni, bukan semuanya makan kat khemah depan rumah.
Ada yang makan dalam rumah. Tu belum lagi yang ramai-ramai dalam rumah ni keluarkan pinggan, mangkuk, cawan, jug dan segala tok nenek perkakas nak buat makan-makan sesama sedara-mara kat dapur. Belum lagi dengan makanan berkecah, dengan susun-atur perabot rumah yang berubah tempat, belum lagi dengan bilik tido, dengan bilik air punya cerita. Karang korang semua balik, yang menonggeng angkat perabot aku. Yang menyapu mengemop aku. Yang nak mengelap menyusun balik pinggan-mangkuk berlambak-lambak tu aku.

Tu baru cerita kat hall je tau. Belum aku check lagi bilik-bilik tido, bilik-bilik air. Karang kau sedap je pi honeymoon, aku lakibini demam seminggu penat mengemas rumah. Ini bukan open house tau. Ini nak buat keje kawen. Hoiiii, memang kalau request ni sampai kat telinga aku di kalangan bukan adik-beradik, aku right away say NO. Kalau adik-beradik, boleh. Tapi aku punya syarat memang panjanglah. Jangan pulak kata aku berlagak. Aku dah bagi tumpang rumah buat majlis kau dah besar rahmat tau. Jadi, kena sama-sama kerah tenaga. Jangan ingat buat kat rumah orang maka kurang sikit rumah kau berkecah. Amboiiii, cantek muka? Kalau taknak rumah sepah, len kali buat kat hotel.

Yang 'tanggung kos majlis' tu selalunya majlis saja. Habis takkan ko datang betul-betul hari majlis. Kurang-kurang 2-3 hari sebelum dah start berkampung dalam rumah kita. Dah tu makan minum 2-3 hari tu sape pulak punya kos? Ni majlis nikah tau. Bukan sikit-sikit orang datang berkampung. Kadang-kadang dorang ni tak pikir semua tu. Dia tau dia punya nak jimat kos je. Karang bila kita suarakan pasal ni dijawabnya "Makan je lah apa yang ada. kami tak kisah". Ya ampunnnnn. Susah nau nak read between the lines ke?

Kita ni yang benornya tak berkira pasal makan. Tapi cubalah consider sikit tuan rumah. Tuan rumah berkerja. Mana nak penat hal keje, balik rumah tengok rumah bersampuk-haruk dengan orang and barang yang penuh. Kalau tuan rumah mewah, bolehlah tetamu makan mewah. Kalau tuan rumah tak berapa nak mewah, takkan nak dibagi mencekik telur mata siang malam? Tuan rumah pun tau malu jugak. That's why tumpang rumah orang untuk buat majlis nikah sebenarnya should not even be thought.

Point nombor dua.
Siapa yang follow blog, FB atau IG aku mesti tau rumah aku memang always jadi tempat menerima tetamu di kalangan adik-beradik, saudara-mara dan anak-anak sedara. Aku memang tak kisah nak terima tetamu. Tapi syaratnya, rumah aku mesti ada orang baru boleh datang tido. Kalau takde orang, silakan pi tido tempat lain. No such thing aku nak tinggalkan kunci kat rumah jiran ke, kat dalam kasut ke, kat dalam mailbox ke, untuk allow kau masuk dalam rumah tumpang tido. Tak boleh!

Rumah aku memang takde duit or barang kemas.
Aku jenis tak simpan duit dalam rumah. Dalam purse aku pun habis kuat RM50-100 je. Selalunya kurang dari tu. Lebih-lebih, aku bayar pakai debit atau credit card. Emas memang aku tak pakai. Jadi, bukanlah sebab emas atau duit yang aku pikirkan. Tapi aku taknak membuka peluang kepada perkara-perkara yang akan melemaskan jiwa raga aku.

Bukan apa, katakanlah ada barang dalam rumah hilang. Mungkin barang tu dah lama hilang tapi aku tak sedar. Bila teringat nak cari, dah tak jumpa. Tak ke orang pertama yang aku tuduh adalah kau? Kalau betul kau ambik, memang aku marah. Kalau bukan kau yang ambik, aku dapat dosa kering. Dan pulak, dah tentu ada benda-benda dalam rumah kita yang kita tak suka orang sentuh. Dengan anak-anak sendiri pun kita sound "Jangan berani-berani sentuh barang ni!". Bila orang nak tumpang dalam rumah, kita jadi susah hati mikir kot ada yang memandai-mandai alihkan barang itu ini, kot ada yang memandai keluarkan pinggan-mangkuk yang kita sendiri jarang pakai. Tu belum lagi memikirkan cara dorang menjaga rumah. Ada beza tau kalau kita berkemas dengan orang lain berkemas. Bagi dia, dah cukup kemas dah. Tapi mata kita sakittttt menengok. Jadi, sebelum aku naik hantu balik rumah tengok rumah aku tak seperti yang aku tinggalkan, lebih baik aku say NO.

Ini bukan soal sayangkan harta ya. Ya, aku cukup maklum harta dunia ni tak bawak masuk kubur. Tapi, dosa pahala bawak masuk tau. Jadi, selagi aku boleh elakkan sebarang pertambahan dosa kering, aku cuba elakkan. Aku takkan say NO macam tu je. Kasar sangat bunyiknya tu. When I say no means aku akan cakap baik-baik "Minta maaflah. Tak berapa selesa nak bagi orang masuk rumah masa saya takde. Tapi kat Putra Heights dah ada hotel. Cuba call hotel check ada bilik kosong ke tak".

Cukup berhemah tak ayat aku?

Tapi jangan terkejutlah kalau ada yang masih juga tak boleh terima bila kita menolak dengan cara baik. Sebab bagi dia, bila dia mintak, kita kena bagi jugak. Memang ada jenis manusia macam ni ya. Jenis ni bak kata P Ramlee "Kecik-kecik tak mau mampos, dah besar menyusahkan orang".

Point nombor tiga.
Bab makan, insyallah setakat ni aku tak berapa kisah sangat.
Sebab tu kat rumah aku kena ada stok :

1. karipap
2. popia (dua-dua ni mak buatkan)
3. keropok lekor
4. keropok keping
5. sardin
6. telor
7. ikan bilis
8. fishball (ready-made)
9. mushroom (dalam tin)
10. spageti.

Ini sepuluh benda aku always top-up. Jangan dibiarkan 'kering' lama-lama sebab rumah aku almost every week ada orang datang sebab mak duduk sekali. Jadi anak-anak sedara En Wan rajin datang. Kalau kebetulan aku masak special, dapatlah makan special. Kalau nak datang tak cakap, memang antara 10 barang ni je la yang jadi rezeki kau hari tu.

The thing is, my concern bukanlah pasal makan. Makan insyallah takde masalah. Kalau penat sangat nak masak, aku call Pizza Hut je. Yang jadi masalah tu bila ko datang tengah-tengah waktu orang nak tido. Pastu tanya pulak apa makanan ada sebab lapar. Haaaaa....yang ni memang nak kena lah dengan aku. Kau datang dah la malam-malam buta. Lagi mau tanya pasal makan. Kalau sesape buat macam ni kat aku, aku hantar location Mamak Ali Maju je. Mamak bukak 24 jam. Gi makan sana dulu, lepas mencekik karang baru kau datang rumah. Kalau takde adab dengan aku, aku bagi balik benda yang sama. Tengok kau hangin ke tak.

Lagi satu, aku sendiri tak berapa selesa orang datang rumah time selepas 10 malam.
Selepas 10 malam adalah waktu berehat. Kalau macam En Wan, waktu ni la baru dia nak start baca paper, waktu ni la aku baru nak start tengok apa-apa cerita best kat TV. Kadang time ni la aku tengah tengok-tengokkan Rayyan blaja. Yang kau pulak nak datang time-time macam ni. Menjamu orang makan takde hal. Yang jadi hal tu bila aku kena layan kau bersembang. Dah nama tetamu datang kan, mestilah nak kena layan. Ni esok ni aku nak keje ni. Kadang tu dia dah nampak aku terabak-rabak menguap, masihhhhhh lagi nak bukak dari satu topik ke satu topik. Karang kalau tak dilayan kata kita takde adab dengan tetamu. Yang dia tu sopan sangat lah dengan adab sampai tak nampak bijik mata aku dah merah tahan ngantuk ni.

Tetamu datang malam-malam buta like this selalunya jadi time raya. Kalau kat kampung, kadang-kadang kita dah bentang tilam kat hall nak tido. Tau-tau ada orang bagi salam. Boleh pulak dia cakap "Eh dah nak tido? Raya-raya takkan nak tido awal".
Raya memang sehari ke camne ceritanya ni? Macamkan takde besok nak datang beraya. Dah pukul 10.30 malam kottt.

Sometimes aku pelik. Takkan lah tak boleh pikir, ni dah malam. Orang dah nak tido. Orang ada anak kecik. Orang penat balik keje. Esok orang ni nak bangun awal nak uruskan anak-anak ke sekolah. Jangan pikir mata kau je. Kau lainlah spesis burung hantu kuat berjaga malam.

Entahlah. Kalau nak cakap pasal adab datang rumah orang rasanya sampai bila-bila takkan habis. Manusia memang ada otak. Tapi tak semua ada akal.




Ni kalau sesape nak check dari mana datang point korang, korang boleh klik kat MY REWARDS.
Situ boleh nampak breakdown setiap point :)
Jangan risau, kami tak tipu point anda. 

2018-01-18

Malas and tak ada masa



Selalunya kalau nak buat sesuatu pembaharuan kita mesti nak drastik. Nak buat terus yang the best. Selagi belum best taknak buat. Baik dalam apa pun, kebanyakkannya mesti nak terus buat yang gah. Kalau tak, taknak buat lansung.

Contohnya bila tiba-tiba datang dia punya semangat nak exercise. Kalau boleh jam tu jugak nak cari kasut baru, nak cari sports bra, nak cari joggers, lenggings baru, stokin baru. Nak serba lengkap baru ada semangat nak gi gym katanya. Buat 3-4 bulan, pastu jem.

Nak kurus pun gitu gak. Kalau roh kurus merasuk badan, terus nak diet teruk. Taknak sentuh nasi lansung katanya. Pakai bengkung siang malam. Dengan harapan lusa kurus. Bila tak nampak perubahan dalam masa seminggu, giveup.

Samalah juga macam ibadat. Bila iman dia datang menderu terus berkobar-kobar nak buat semua benda sekaligus. Dhuha nak terus buat 4 rakaat, tahajud nak buat terus 12 rakaat, baca Quran nak baca sehari 4 helai, puasa nak selang sehari. Tak sampai sebulan, mengaji ke mana, tahajud ke mana.

Nak buat apa pun walau ibadah, perlu masa. Tak perlu nak buat yang gempak-gempak terus. Selalunya, bila kita berangan nak buat yang gempak-gempak, akhirnya kita tak buat lansung. Sebab kita dok menunggu waktu yang sesuai, tunggu punya tunggu, tetap tak jumpa masa sesuai. Penyudahnya gone.

Kalau tergerak nak exercise, sarung je t shirt, seluar track biasa, kasut sukan - terus jogging. Tak perlu nak ada sportsbra baru boleh jogging. Pakai apa yang ada dulu. Kendian nanti beli.

Nak sedekah tak payah tunggu banyak duit. Beli pisang goreng RM5, letak kat pantry, tulis "Jemput makan pisang". Done. Sedekah juga namanya.

Buat dulu dengan apa yang kita ada. Nanti lama-lama dengan sendirinya akan meningkat menjadi lebih baik.

Dulu bila dengar orang kata cubalah untuk khatam Quran sebulan sekali, aku rasa berat sangat nak buat. Macam banyak gila nak baca dalam sebulan. Mana nak kerja lagi, mana nak uruskan hal rumah lagi, celah mana nak khatam sebulan sekali? Aku anggap dah pencen esok la baru ada masa kot. Tak pun tunggu hari cuti baru boleh baca Quran nampak gayanya ni. Eh takde makanya! Time cuti aku bantai membuta, tengok TV, keluar jalan-jalan.

Sebenarnya nak mengaji tak perlu aim untuk baca banyak helai terus. Yang penting mengaji dulu, bukan khatamnya yang nak dipikirkan. Untuk yang baru nak berjinak-jinak, mulakan dengan 5-10 ayat saja pun boleh. Tapi buatlah dengan rutin. Jangan letakkan beban pada diri sendiri. Allah lebih suka ibadah yang sedikit tetapi rutin dari ibadah yang banyak tapi jarang-jarang buat.

Solat sunat pun macam tu jugak. Tak jadi salah kalau awal-awal ni nak buat Dhuha setakat 2 rakaat. Asalkan rutin. Tahajud pun sama. Tahajud memang amalan yang susah nak dibuat. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hanya dua je tapi tak semua orang mampu laksanakan. Apatah lagi waktunya pada waktu malam dan selepas tidur. That's why  Allah menjanjikan ganjaran yang besar to those yang sanggup bangun dari tidur semata-mata nak tahajud.

Tapi, kalau rasa liat sangat mata tu nak terbukak pukul 4 pagi, apa kata lepas Isyak tido kejap. Tido setengah jam pun tak apa. Sebab tahajud ni bermaksud solat sunat pada waktu malam selepas tidur. Bila terjaga, terus bangun buat Tahajud. Tak payah tunggu tengah malam. Paling afdal memanglah dibuat waktu tengah malam, tapi yang penting buat dulu ikut mana yang kita mampu. Itu lebih baik daripada tak buat lansung. Inilah punca kenapa kita susah nak tahajud sebab kita nak tunggu mata tu terjaga tengah malam. Bila tak terjaga, kita giveup. Dan tak buat lansung. Sedangkan Islam tak pernah zalim kat kita, kita je yang suka zalim kat diri sendiri.

Even orang yang rajin bangun malam untuk tahajud pun, kalau dia tak larat sangat hari-hari berjaga dari pukul 3 pagi, sesekali dia boleh 'berehat' dengan buat tahajud awal sikit pukul 10 malam lepas nap Isyak. Tak ada paksaan dalam memilih waktu, cuma untuk orang-orang yang biasa bertahajud, makruh hukumnya kalau dia tinggalkan tahajud. Allah bagi time period yang panjang dari lepas Isyak hingga sebelum Subuh supaya kita ada kelonggaran untuk tak perlu berjaga malam selalu. Kalau itupun belum mampu menggerakkan kita untuk tahajud, wajarlah ada rasa malu.

Jadi parents memang penat. Aku tak terkecuali. Kadang-kadang lepas Maghrib aku tetido dengan telekung masih dipakai. Selalunya terjaga balik around 9-9.30 malam. Kalau jadi kes-kes macam ni, aku akan bangun untuk Isyak and terus tahajud. Dah alang-alang tu kan. Takyah tunggu tengah malam. Kat opis lepas solat tak mengaji. Kat rumah aku cuba rutinkan setiap kali lepas solat. Tapi kalau letih sangat, lepas solat aku baring sambil baca apa-apa surah yang aku tau. Tau-tau je dah padam.

Jangan jadikan urusan dunia dan anak-anak sebagai penghalang untuk kita beribadah. Penat memang penat. Allah pun dah kata dunia memang tempat untuk kita berpenat, nak rehat tunggu dah mati esok. Islam itu mudah. Buat sikit-sikit dulu sambil berdoa diberikan kekuatan untuk buat lebih banyak. Dalam henfon try install Quran apps tapi jangan di-install saja. Sambil baring, bukak kejap apps tu baca sikit. Orang kata kalau baring sambil membaca ni boleh jadi ubat tido. Takpelah kalau tetido pun. Kan bagus kita baca Quran sampai tertido dari tido time orang lain tengah baca Quran.

Yang sebenarnya kita takde lah sibuk mana pun. Cuma kita tak letakkan priority ibadah tu ke depan berbanding urusan lain-lain. Allah tak tanya hasil berapa banyak kita khatam setahun. Tapi Allah tengok pada usaha kita.



Iman manusia wajar ada turun naik. Bila iman turun, kualiti solat wajar berkurangan, tapi jangan tinggalkan lansung. Aku tak ingat bila kali terakhir aku malas solat. Tapi memang pernah. Sebab tu, setiap hari biasakan buat qada solat. And lagi satu, free hair, bertudung dan cara kita berpakaian adalah bukti sejauh mana kita mahu belajar jadi taat pada perintah Allah, tak ada kaitan dengan solat. Ada orang free hair, tapi solat fardu tak tinggal.
Ada yang bertudung litup tapi solat lompong.
Tapi masing-masing ada usaha untuk meninggalkan kejahatan.
Yang sorang usaha untuk jaga solat, yang sorang usaha untuk jaga aurat.
Jangan tengok buruknya, tapi carilah cantiknya.
Insyallah, setiap apa yang kita buat kerana Allah, akan dimudahkan.
Tapi yang paling penting, apa pun keadaan kita waktu tu, baik rambut kaler ke, pakai skirt belah sampai nampak seluar dalam ke, baju see thru ke - solat usahakan buat. Kerana satu hari nanti solat itulah yang akan bawa kita pada hidayah Allah.

Ada perempuan bila rambut berkaler, otomatik dia taknak solat. Sebab orang kata mewarnakan rambut tak sah solat jadi dia tak solatlah. Jangan macam tu!
Buat je apa yang kita boleh buat dulu.
Aku pun dulu sejenis rambut merah juga. Pakaian aku hmmmm....yang tau tu tau lah. Apa aje yang orang tak kata. Orang buat muka pelik bila aku masuk masjid nak tumpang solat dengan pakai skirt. Ya, aku tau aku tak beradab masuk masjid pakai macam tu, tapi aku nak bersolat. Mana yang lebih penting?

Masa aku rambut merah, bukan takde orang perli-perli aku "Solat ke ni?".
Tapi aku solat aje. Aku tak kisah orang nak perli pun.
Bukan aku hadap dorang, dorang yang nak sangat hadap aku hari-hari. Eh.

Masa aku ada kerja kat Kota Bharu, on the way balik, aku tumpang solat kat satu surau ni. Aku tak ingat nama surau. Masa tu dah pukul 6pm kalau tak salah. Ni time aku free hair. Lepas solat, aku turun ada sorang pakcik tengah sapu-sapu kat tangga solat, dia tegur aku. Cakap Kelantan. Dia tanya aku dari mana (obviously lah bukan orang sana kan sebab daring nau aku masuk surau dengan rambut merah). Aku cakap aku dari KL, datang sini ada kerja kat KB. Singgah tumpang solat kejap. Pakcik tu cakap "Hmmm..baguslah. Kerja macamana sibuk pun jangan tinggal solat."

Sikitttttt pun dia tak pandang slack kat aku. Sikit pun dia tak kondem pakaian aku. Dia lebih fokuskan pada solat aku. Sampai sekarang aku memang ingat pakcik tu. Aku harap itu benar-benar orang la. Sebab masa aku masuk surau tu, takde orang. Eh seram pulak.

Malas solat ni penyakit common.
Dalam Islam, malas adalah sejenis penyakit hati.
Kalau dah namanya penyakit, mesti ada punca penyakit dan gejala penyakit, kan?

Kalau buat sesuatu yang kita suka, dah tentu tak malas. Tak makan pun tak apa, sebab kita suka nak buat. Tapi kalau kena buat sesuatu yang kita tak suka atau tak selesa, itulah penyebab kenapa kita tend to menunda-nunda kerja. Jadi kesimpulannya punca malas adalah bila kita tak sukakan sesuatu perkara. Jadi, bila kita malas bersolat itu tandanya bukan saja kita tak suka bersolat malah solat itu sendiri kita tak suka. Tak ada ubat untuk malas kecuali paksa diri untuk buat.

Malas ni penyakit hati/rohani. Bukan penyakit jasmani. Kalau ada sakit fizikal tapi rohani kuat, apa pun kekurangan fizikal pada diri tak jadi penghalang. Tapi, kalau ada penyakit rohani (malas), badan sihat pun akan rasa sakit. Jadi, nak mengubat penyakit malas bukan jumpa dokter, tapi jumpalah ustaz atau motivator.

Aku lupa dari hadis mana tapi pernah terbaca salah sorang sahabat Rasulullah saw cakap "Aku pernah tak terdaya menjalankan solat tahajud selama 5 bulan hanya kerana 1 dosa yang aku lakukan".
Jadi maksudnya kat sini, dosa menjadi punca datangnya rasa malas bersolat.
Kadang-kadang kita tak buat dosa besar pun. Dosa kecil yang kita pandang remeh tapi dibuat secara konsisten pun boleh menyebabkan datang rasa malas untuk solat.

Solat kena buat. Macamana penat pun mesti buat. Kalau baby yang belum pandai berjalan tu, boleh je letakkan tepi sejadah kita, biar dia golek-golek situ (alas la jangan letak buta-buta atas lantai pulak). Baby ni dia nak nampak muka mak je. Asal nampak muka diam lah dia. Kalau dia nangis pun, biarkan je. Ada kat tepi kita je kan, bukan pi mana. Solat lah 5 minit, biar dia melalak situ. Lepas solat angkat lah.

Dulu, walaupun aku ada bibik, tapi everytime aku balik dari keje aku akan bawak Rayyan naik ke bilik. Selalu aku buat gitu lah. Time dia belum pandai meniarap, aku letakkan je atas katil. Pastu aku solat. Time dia dah pandai merangkak, aku letakkan je atas lantai, tutup pintu bilik biar dia jangan merangkak keluar. Pastu aku solat. Kejap je. 5 minit done. Bila dia dah pandai jalan, aku ingatkan dia akan merayap jauh. Rupanya tak. Asal aku solat je dia senggayut belakang badan aku. Bertabahlah.

Penat memang penat. Sekarang ni pun walau anak dah besar-besar tetap penat. Penat memang takkan habis. Balik keje nak sambung masak nak sambung malam ajar anak buat homework. Jadi parents memang penat takkan habis. Tapi janganlah sampai takde masa nak solat. Itu tanda-tanda musibah paling awal bila kita tak diberikan kekuatan untuk beribadah. Gosok baju can wait. Masak can wait. Makan can wait. Makan pukul 8 dengan makan pukul 11, namanya tetap makan. Tapi solat jangan tinggal.





Customer ni pernah setahun tak period. 
Sebelum makan GC Plus, period terkhir dia Oct 2017. Start makan GC Plus December (tak tau tarikh bila dia start). On 21 Disember, period datang. Hari ni 18 Jan, period lagi.
Maknanya period cycle dah kembali normal, insyallah.
Cuma aku nak pesan, baik-baik ya bila period dah teratur bermakna kesuburan meningkat. Kalau nak merancang secara biology, jangan salah kira. Dah ramai dah yang ter-mengandung balik lepas ambik GC Plus. 


2018-01-17

Macamana nak kenal bulu-bulu sebenar



Ini status aku semalam. Saja naikkan status ni supaya aku teringat nak cerita pasal ni kat blog.
Ini cerita dari reader blog. Emailnya panjang gila. And ada 2-3 cerita dalam tu, kalau nak tepek email kat sini rasanya agak berserabut sikit sebab ada cerita-cerita lain. Jadi aku extract untuk cerita part ni saja.

Aku pernah tulis di blog dulu yang isu hasad dengki ni jangankan terjadi di kalangan orang luar, alangkan dengan adik-beradik dan sepupu-sepapat sendiri pun berlaku isu macam ni. Bezanya, kalau terjadi di kalangan darah daging, kita ambil langkah untuk absorb dan diamkan diri (memendam rasa, maybe?) sebab air dicincang takkan putus katanya. Habis kuat pun, buat luahan hati macam reader ni.

Dalam kes reader ni, aku rasa kakak dia jadi 'berani' sebab dia merasa diri dia kakak, jadi lebih 'berkuasa'. Kalau dia adalah adik, mesti dia tak berani nak kata macam tu. Dan boleh jadi kakak rasa jeles...??

Rasa jeles memang always ada pada mana-mana manusia, tinggal lagi samada boleh dikawal atau tak. Rasa jeles tu berpunca dari one very basic desire iaitu mahukan apa yang orang lain ada.
Boleh jadi kakak dia belum mampu pergi umrah so that dia jeles dengan adik.
Atau mungkin dia jeles dengan rumah adik yang cantik.
Boleh jadi juga jeles sebab mak bapak lebih sayangkan adik.
Mungkin juga dia stress anak dah pecahkan banyak barang dan dia tak mampu nak ganti jadi dia marahkan orang lain demi nak lepaskan geram.
Semua ni ada possibility.

Tapi memang ada jenis manusia yang bila jeles dengan someone, dia cuba untuk kurangkan kualiti yang ada pada orang tu atau menjahamkan whatever the other person possess in order to make things seem fair. Disebabkan dia takleh nak compete, maka dia put them down. Tu pasal terkeluar ayat "Yang dia tinggalkan rumah sape suruh!". Actually ayat tu bukan suruh angkut rumah sekali pi berjalan tapi lebih kepada "Lain kali kalau sayang sangat dengan harta benda, jangan pi mana-mana. Duduk rumah je!".
Nampak tak ada spin di situ?

Tapi di sebalik perangai kakak ni, aku nampak satu perkara yang obvious kat sini.
Selalunya, bila sesebuah rumah ada orang tua (mak atau ayah), otomatik adik-beradik dan saudara-mara akan anggap itu rumah makbapak. Secara tak lansung dia rasa ada share dalam rumah tu. That's why dia tak jaga adab sebagai tetamu dan takde rasa bersalah bila barang-barang rumah orang rosak dek kerana dia.

Aku rasa terlampau ramai yang masih belum faham. Bila kita tegur anak dia "Eh, jangan sentuh pasu tu nanti pecah", dia rasa kita sayang sangat dengan harta dunia. Dia rasa kita berlagak semua barang dalam rumah tak boleh disentuh. Lepas tu mula la dia buat cerita kita lupa daratan. Katanya kita ni bila dah senang lupa diri. Kita berkira dengan adik-beradik. Yang buruk-buruk semua kat kita. Mulalah nanti keluar ayat "harta dunia bukan boleh bawak mati". Ha'ah memang betul. Harta dunia ni memang aku sengaja beli sebab nak bagi anak kau pecahkan.

Some people memang nak orang berlebih-kurang dengan dia memanjang. Dia always rasa orang yang banyak duit ni ape sangatlah setakat terpecah 1-2 barang, kan boleh beli lagi.
Berjalan berhabis ribu-ribu takkan takde duit nak beli pasu baru, ye tak? Gitu la agaknya pemikiran dia.
Dia tak terfikir pun Hamba Allah tu bekerja keras untuk beli kelengkapan rumah. They bought it with their hard earned money. Adalah wajar kalau rasa sedih barang-barang berkecai anak kau kerjakan. Adalah patut kalau nak mintak ganti. Takkan semua benda kita nak orang halalkan. Amboi senangnya hidup?

Ini bukan isu "harta dunia tak boleh dibawa mati".
No. Itu bukan ceritanya.
Ceritanya kat sini - mana rasa hormat kita sebagai tetamu? Adab kat mana?
Jangan ingat kita adik-beradik, atau saudara-mara dari susur-galur yang sama, maka kita boleh berlebih-kurang kat semua benda.
Tak payah say sorry pun tak apa.
Nak ambik barang dalam rumah orang, ambik je.
Nak selerakkan rumah orang takpe sebab mak bapak kita duduk dalam rumah tu.
Mak bapak duduk dalam rumah tu tak bermakna itu jadi rumah mak kita jugak.

Benda-benda macam ni common sense. Semua patut boleh pikir kot bila datang rumah orang kena faham yang rumah tu adalah rumah adik DAN adik ipar. Dah la datang rumah tak bagitau, pastu buat rumah macamkan ada share. Tak terpikir ke bila kau balik nanti, dorang laki bini bergaduh sebab si suami sakit hati kita datang rumah dia buat macam rumah sendiri. Kesian adik kita memendam rasa. Nak diluahkan takut kau terasa hati pulak. Kau tu bukan boleh ditegur. Karang sentap. Yang jadi mangsa adik. Asyik nak menjaga hati orang je kejenya. Dengan laki dia pun dia nak pendam rasa, dengan kau pun dia nak pendam rasa. Please ya, seiring dengan usia, biar datang sekali dengan pakej bijaksana. Jangan makin tua makin bodoh. Ini statement general, bukan khas untuk kes reader ni saja.

Orang kata kalau nak tau 'bulu-bulu sebenar' kawan mahupun adik-beradik/saudara-mara, tunggulah bila kita susah. Pepatah dulu kata "kawan semasa senang ramai, kawan time susah sikit".
Itu dulu.
Zaman sekarang ni, nak tengok bulu-bulu sebenar tunggulah bila kau naik pangkat, naik gaji, bisnes maju, jalan-jalan overseas, anak pandai, suami hensem, isteri cantik, beli kereta baru, renovate rumah. Time tu nanti kau tengok siapa yang ke depan ucapkan tahniah.
Pepatah dulu tu dah boleh tukar kot. Ganti dengan "Semasa senang pun tak ramai kawan, semasa susah ramai tukang sorak pulak".

Jangan terperanjat kalau yang tumpang seronok kebanyakkannya datang dari unexpected people. Yang katanya kawan dan orang-orang terdekat belum tentu lagi seronok.
Kalau suatu masa dulu ada someone lebih bijak dari kau dan keputusan examnya lebih cemerlang, orang macam ni lah selalunya yang akan beria-ia menafikan apa yang kau capai sekarang.
Ada yang tak boleh terima hakikat bahawa dia pandai tapi kau akhirnya lagi berjaya.
Ada juga yang tak boleh terima hakikat kau dan dia sama-sama pandai tapi apesal hidup kau lebih mewah dari dia.

Ada sorang blogger pernah bagitau aku, dia tak ramai kawan. Hidup dia hanya dengan suami dan anak-anak. Sejak dia semakin dikenali, kawan-kawan menghilang. Buat birthday party anak pun kawan-kawan tak datang. Buat open house, kawan-kawan tak datang. Buat gathering tak ajak dia. Dia tak tau kat mana silap dia. Aku cakap "Silapnya sebab kau rich and famous".

Duit memang boleh contaminate frenship.
Especially bila kita share di media sosial pergi bercuti, makan sedap-sedap, beli barang baru, etc.
Perbezaaan kedudukan kewangan memang bagi kesan pada frendship. Especially bila kau earn a lot of money, perbandingan status sosial memang berlaku. Someone with less money akan selalu tertanya-tanya berapa banyak duit kawan dia ada. Nampak macam kawan-kawan dah semakin menjauh padahal tak jauh mana pun. Kawan-kawan tu masih menyekodeng life kau lagi.
Senang je nak tengok kawan-kawan mana yang jeles dengan kau. Kalau beberapa orang kawan tak pernah nak 'munculkan' diri tapi dia sesama dia elok je bersembang, percayalah cakap aku, dorang tu ada persamaan iaitu jeles dengan kau.

Kenapa aku cakap kawan tu jeles?
Sebab, kalau dia ada problem dengan kau, dia akan berani to be upfront. Especially kalau salah tu datang dari kau. Tapi kalau secara tiba-tiba dia menjauhkan diri, itu maknanya iri hati. Kerana hanya orang yang iri hati sahaja tak ada alasan yang konkrit kenapa dia iri hati. Sebab itulah dia simply pilih untuk taknak kawan kau lagi.

Dulu zaman skolah, benda yang jadi punca jeles satu je : cantik.
Kalau kau pandai orang tak heran sangat. Tapi kalau kau cantik, kau akan dibenci. Tapi sekarang ni, punca jeles yang pertama duit. Yang kedua social media. Seriously, this can cause powerful feelings of envy, especially kalau Hamba Allah tu kejap-kejap upload gambar yang best-best. Boleh depression Hamba Allah yang lain melihatnya.

Sebenarnya dalam kebanyakkan keadaan, life kita semua sama je. Cuma orang pendengki ni always assume life orang lain is happier or better. Bila dia assume life orang lain better, secara tak lansung dia akui life orang tu lebih hebat. Pengakuan dia tu sebenarnya yang menyebabkan life dia semakin sengsara. Ni namanya self-torture. Self torture adalah sejenis penyakit mental ok? Sila berubat.






Yang ada point beribu-ribu ni jangan peram lama-lama sangat tau. Sebab point ada expiry. Rugi nanti :)



2018-01-16

Lelaki vs Bapuk



Jawapannya : Yes, aku tau pasal dorang tapi tak minat nak tau lebih lanjut.
Setakat ada orang share artikel pasal dorang ni, kalau kebetulan lalu kat newsfeed, aku baca. Tapi kalau nak gugel sengaja nak cari and baca, memang tak.

Yang sorang tu aku tak tau apa condition dia. Pernah nampak in real life kat beberapa siri Mood Republik tour. Memang cantik. Cantik yang over gitu. Kenapa aku cakap cantik yang over? Sebab gaya dia dress up tu over sikit dari wanita tulen. Che Ta yang gojes tu pun tak over bersiap macam dia. Jadi kat situ pun dah nampak ketidaktulenan beliau.

Yang lagi sorang tu aku 'kenal' lebih sikit dari yang tadi sebab dulu pernah viral kejap kes dia kembali ke pangkal jalan. Jadi, aku banyak dapat info pasal dia dari artikel-artikel yang orang share. Cuma now aku pun tak tau apa kisahnya beliau, yang aku nampak iklan dia berjujuk kat highway.

Pertama sekali, aku tak tau dorang ni lelaki atau khunsa.
Kalau khunsa isunya lain, tapi kalau lelaki yang menyerupai wanita hukumnya sah nyata dosa besar. Takde dakwa-dakwi lagi kat situ. Cerita habis.

Khunsa lain cerita. Kalau ciri-cirinya lebih banyak ke arah perempuan, maka tak menjadi salah kalau  dorang nak buat pembaikan alat kelamin (bukan tukar alat sulit tau tapi memperbaiki). Maksudnya kat sini, kalau ciri-ciri tu lebih kepada perempuan, maka dokter boleh hilangkan ciri-ciri yang mengaburi sifat kewanitaannya. Caranya, samada operate ataupun buat hormon terapi. Yang ni tak dikira sebagai mengubah ciptaan Allah, tapi lebih kepada mengubati.

Lelaki lembut dan bapuk adalah dua benda berbeza.

Lelaki lembut tapi masih mengekalkan gaya kelelakian, ini masih kita namakan lelaki. Maybe macam Dato' Alif Syukri tu kot. Dia lelaki tapi lembut. Lembut tak bermakna pondan.

Kalau lelaki yang suka sangat bergaya macam pompuan ni apa tujuannya?
Mustahil sangat nak completely change gender by nature. Memang takkan berubah pun. Boleh pasang tetek je. Habis kuat pun tukar luaran, tapi dalaman masih kekal dengan fitrah asal. Kromosom kau tetap XY. So why change? Teknologi kita will never be so good sampai boleh transform lelaki jadi perempuan. NEVER.

Sometimes aku tertanya-tanya juga lelaki-lelaki yang macam ni, kenapa perlu tukar jantina, atau kenapa perlu pakai pakaian wanita? Kalau kau seorang lelaki lembut, just act whatever you want in your gender lah. Kau suka memasak? Menjahit? Design baju? Mengait? Menyolek? Buat je lah. Silakan. Tapi kenapa mesti berpakaian macam perempuan? Kenapa mesti nak pasang tetek? Kenapa mesti nak mekap?
Same goes to tomboy. Nak sangat jadi macam jantan, pegilah bina otot. Tapi tak payah la sampai nak berlagak macam lelaki. Ada je pompuan yang badan maskulin, otot ketak-ketak, tapi tak pun pakai macam jantan all the time. Yang badan tak berapa nak macam jantan ni pulak sibuk bergasak rebut awek. Eh, kau ni.

Aku respek people for who they are, tapi tukar jantina atau bergaya seperti perempuan/lelaki tak sesuai dengan jantina asal is unnecessary. Dulu masa zaman blaja ada a few junior kategori lelaki lembut. Jenis yang kejap-kejap selit hujung rambut belakang telinga. Kalau ajak bersembang pasal perfume memang masuk aje. Semua jenis perfume dia tau. Kadang-kadang datang bilik jual tudung and kain pasang. Aku boleh je layan bersembang dengan lelaki lembut, tapi kalau bapuk, entahlah. Takde lagi kawan aku di kalangan bapuk.

Tapi tu lah, sekarang ni aku tengok makin menjadi-jadi lelaki yang berlagak macam perempuan. Yang best tu, kita-kita ni juga yang enjoy tengok aksi dorang. Ni semuanya bakal jadi punca. Dorang ni aku percaya orang baik-baik. Tak jahat. Hanya jahil. Tapi kita-kita ni jauh lebih jahil. Bilamana kita tau itu salah tapi kita menyokong tanpa sedar. Bila kita melayan, mereka jadi seronok untuk kekal begitu. Contoh, kita komen "Cantik la...", "Lawalah dress yang u pakai tu..", "Cantiknya mekap..." - benda-benda macam ni jadi encouragement. Ini bukan soal dengki atau sakit hati. Berperawakn seperti wanita dan mengubah jantina tu dosa besar and haram. Kalau tak boleh membawa dia ke pangkal jalan, janganlah kita jadi pendorong untuk dia terus macam tu. Kalau rasa tak boleh nak nasihat, tinggalkan. Jangan kecam jangan keji dan jangan pulak support.

Perubahan memang ambil masa. Kita pun tak expect dorang ni berubah ke pangkal jalan serta-merta. Macam bertudung juga. Tak boleh terus drastik. Tapi setidak-tidaknya bertahaplah. Same goes to lelaki yang suka nau jadi perempuan ni. Nak berubah, slowly tapi ada mesti improvement.

Everyone has their own choice tapi jantina memang kau tak boleh pilih. Aku tau ada some transgender cakap "Saya berperasaan seperti wanita".
Itu memang ciri manusia. Manusia memang suka dengar kata hati dari akal.
Sedangkan perasaan boleh jadi juga hasutan syaitan. Hanya bersangka-sangka saja. Tapi sebenarnya batil.

Dia punya cerita nak bagi paham macam ni.
Kalau kau ada penyakit, kita diagnose and ubati penyakit tu. Tapi kalau kau RASA kau perempuan sedangkan ciri-ciri saintifik sah menunjukkan kau adalah lelaki, no tak boleh. We don't try to treat people who THINK they are the other gender. Kalau setakat perasaan je macam wanita tapi yang lain-lainnya masih jelas kelelakian, then kau adalah lelaki. Kalau kau masih buang air melalui zakar, keluar air mani, hormon kelelakian lebih dominan, ada kelenjar testis and kromosom XY - rentikanlah perangai nak jadi pompuan. Jangan dilayan sangat perasaan nak bermekap and pakai baju pompuan segala.

Jantina ni macam umur. Kita tak boleh ubah umur kita secara biologi. Macam tu jugak dengan jantina. Walaupun zaman teknologi ni boleh pasang tetek, boleh buang zakar, boleh cucuk hormon - hanya kerana kau boleh ubah tak bermakna tindakan tu betul. It's pointless.
Kita ni makhluk yang paling bijak atas muka bumi, tapi kita jugaklah yang trying to argue with biology. Dah kenapa?

Jangan harapkan masyarakat je faham situasi kita, tapi kita pun kena cari punca kenapa masyarakat tak boleh terima kita macam tu. Kita yang kena berubah. Kalau kita berubah, persekitaran akan berubah sama. Kita yang kena melangkah keluar. Nak berubah kepada kebaikan bukan hanya berubah cara berpakaian saja. Kawan-kawan pun kena ubah. Cari kawan-kawan yang akan mendekatkan kita dengan kebaikan. Dah tau nak berubah jadi lelaki tulen, rentikanlah berkawan dengan perempuan. Dah tau diri kita tu mudah terpesona dengan kecantikan, jadi jauhkan dulu dari accessories supaya kita tak tergoda dengan mekap, dengan henbeg, dengan dress, dengan high heels. Takkan ke mana kalau mulut je kata nak berubah tapi kita masih dok kat situ lagi. Masih lagi bergaul dengan orang-orang yang tak membantu kita menjadi lebih baik. Masih lagi cuba-cuba nak sentuh barang-barang perempuan. Sama macam merokok. Kalau mulut je kata nak benti tapi kau masih lagi melepak dengan grup perokok, tak lama la kau punya azam tu. Kalau kita tak bantu diri kita, jangan harap orang lain boleh bantu.

.
.
.
.
.
.


Thank you! Pastikan dah create akaun ya semua, sebab bila-bila masa je kalau tergerak, kita akan buat Redeem Point Offer.

2018-01-15

Valid lagi ke bagi suami pegang duit?



Dari dulu lagi ini memang soalan ni hot. Ramai tanya apesal aku bagi En Wan pegang duit-duit aku.
Actually, tak payah bagi duit korang kat suami pegang pun. Sebab dalam Islam dah cakap duit isteri, hak isteri. Even nafkah yang suami bagi pada isteri pun isteri boleh nafkahkan (bagi) pula pada sesiapa yang dia suka. Apetah lagi duit gaji isteri. Dah tentu 100% hak isteri. Jadi, pegang ajelah duit sendiri, takyah bagi suami pegang pun tak apa.

Dulu masa awal-awal kawen, memang aku bagi En Wan pegang duit gaji aku. Sebab masa tu baru nak membina hidup. En Wan tau aku ni sejenis yang suka perabiskan duit aku untuk orang. Aku tak beli apa-apa untuk diri sendiri pun tak apa, janji aku dapat beli untuk En Wan and family aku sendiri. Disebabkan takut 'buang-buang' duit, aku sendiri yang serahkan duit gaji aku (termasuk kad ATM) kat En Wan. En Wan ni sejenis yang 'berkira'. Jadi aku yakin dia takkan buang-buang duit macam aku.

Kitorang tak mengamalkan konsep buat harta sendiri-sendiri. Alangkan aku nak balik rumah mak bapak aku sorang-sorang pun En Wan suruh tunggu dia. Balik sekali. Padahal Bangi tu sepelaung je dari rumah aku.

Kebanyakkan benda memang kitorang share. Rumah sewa yang kitorang duduk dulu pun share duit deposit. Beli kelengkapan rumah waktu tu, En Wan keluarkan duit sebab aku tak kerja lagi. Tapi bila aku dah start kerja, aku bayar balik half dari semua kelengkapan rumah. Aku taknak merasa 'menumpang' harta orang, walaupun itu duit laki aku. Aku nak merasa ada share dalam rumah tu jugak. Kalau kelengkapan rumah memang kitorang share. Tak semestinya 50-50. Asalkan share. Contoh kalau beli sofa set, kalau sama-sama berkenan, bayar sama rata. Kalau dia berkenan lebih, dia bayar 55%, aku bayar 45%. Tapi semua share, takde cerita "Sofa tu aku beli, meja makan tu dia beli". Ataupun "Kau yang nak, kau bayar la sendiri". Melainkan dia buat surprise, memang yang tu kau bayar la sorang kan. Contohnya surprise senyap-senyap book Star Cruise tahun lepas. Yang tu ko bayar sorang. Nak suprise sangat.

Lecturer aku pernah pesan "Biasakan esok kalau dah kawen, segala benda beli dengan kongsi. Selalunya bila kita berkongsi, peluang nak bergaduh sampai berpisah tu rendah. Sebab selalunya punca berpisah adalah bila pasangan start mengungkit sumbangan yang dia bagi lebih".

Walaupun Islam letakkan kewajipan sediakan tempat tinggal, pakaian, makan minum dan keperluan asas tu pada suami, tapi bergantung pada budi bicara isteri juga. Kalau isteri rasa nak kongsi, tak salah. Yang salah, bila isteri kongsi tapi lepas tu mengungkit. Jadi, aku pilih untuk kongsi duit gaji. Kalau bulan tu bil letrik tinggi, aku bayarkan bil air and astro. Kalau barang basah En Wan dah cover, nanti barang kering kat Giant aku bayar. Kalau En Wan top up minyak, aku top up TnGo. Tapi ni semua tak ada syarat. Maknanya tak semestinya bila dia isikan minyak kereta, aku mesti jugak bayar TnGo. Dah kalau kebetulan aku takde, takkan nak suruh aku transfer duit sekarang jugak supaya boleh beli TnGo kott. Not necessary macam tu. Kiranya, pandai-pandai sendiri ambik peranan.

Aku tak ada kumpul aset senyap-senyap. Yang aku kumpul senyap-senyap adalah savings saja. Itupun bermula dengan sangat sikit sebab gaji pun tak banyak mana masa tu. RM20 simpan ASB pun pernah. Dulu kan takde online saving. Sardin je aku masuk ASB hulur RM20 untuk simpan. Aku tak ada tabung. Sebab kalau ada tabung, besar harapan aku korek duit tabung. Jadi, nak taknak aku kena pi bank in sendiri saving walau RM20. Aku rasa En Wan sangat bijak handle duit-duit gaji kitorang. Memang guna duit gaji je, duit OT En Wan tak sentuh. Aku pun sama, kalau bulan tu ada komisyen RM300-400, yang ni simpan jangan sentuh. Betul-betul guna duit gaji. Kiranya, takde nak enjoy-enjoy bila ada duit lebih. Sebab ada misi besar - nak beli rumah. Rumah pertama kitorang beli masa tu gaji aku belum RM2K, gaji En Wan belum RM3K.

Aku start pegang duit sendiri masa aku run bisnes tahun 2008. Masa tu aku perlu kawal sendiri duit aku sebab masa tu gaji tak tetap. Aku cuma bayar duit kereta je. Yang lain-lain semua En Wan tanggung. Masa tu kena cut perbelanjaan. Tapi takde la beli nasik bungkus bahagi dua untuk makan pagi and petang. Tu melampau nau. Kitorang just kurangkan benda yang tak perlu macam beli baju, jalan-jalan overseas, makan luar, balik kampung (Tganu). Kitorang hanya balik Tganu kalau aku ada kerja di UMT saja so that aku boleh claim duit minyak and tol. Jimat dah kat situ kan. Tu pasal En Wan asik tanya je dulu "Awak takde keje kat UMT ke?". Nak aku cover kos balik kampung dia lettewwww.

Kalau nak beli harta sendiri memang boleh sangat sebab masa aku start run bisnes, aku kontrol duit sendiri. Tapi entahlah, tak pernah terpikir nak buat harta sendiri. Sebab, bila ada harta sendiri ni, aku takut aku akan hilang hormat dan develop perasaan tak perlu bergantung pada suami. Bila dah start rasa takde suami pun tak apa tu yang bahaya. Orang lain mungkin boleh. Aku takut aku tak boleh. Sebab aku sendiri nampak perubahan pada diri aku bila start pegang duit sendiri. Dulu masa duit aku kat En Wan, aku nak beli apa-apa aku akan tanya dia. Nak beli majalah pun call dia dulu tanya boleh ke tak. Sebab dia bagi aku RM10 je sehari. Kalau duit dah habis beli majalah nanti dia tak top up lagi. Sebab tu kena tanya dulu. Kalau dia kata boleh beli, maknanya nanti dia akan topup duit poket. Bila start pegang duit sendiri, apa aku nak beli aku beli je. Takde dah bincang-bincang or tanya pendapat dia. Aku dah pandai pi mall sorang-sorang bershopping.

Aku takut je esok lusa kalau bertekak, aku dengan selambanya keluar rumah lepak hotel. Sebab duit ada kat tangan kan, jadi rasa berani tu datang. Dan aku takut kalau aku bertekak, aku jadi keras hati sebab rasa 'i got nuthing to lose'. Lama-lama, aku bagi balik kad ATM aku untuk En Wan pegang. Tapi itu je la pun yang aku bagi. Company share tak bagi ya. Pujuk aku pun aku takkan bagi. Dah bagi jadi bos tu jadilah kan. Hahaha.

Kitorang sama-sama fokus kat menyimpan duit je. Dia simpan duit dia, aku simpan duit aku. Berapa masing-masing ada simpanan, tak pernah nak ambik tau. Kalau terasa nak gi jalan-jalan overseas, masing-masing keluarkan duit. In fact kalau duit raya sekalipun, share. Kalau tahun tu raya kampung dia, aku keluarkan saving 40%, dia 60% allocate for duit raya. Macam tahun ni turn Bangi, aku keluar duit raya lebih. Tapi macamana pun kena sama-sama share. Kalau ada plan nak buat new harta, tetap sharing basis. Bukan sendiri-sendiri.

Tak salah kalau isteri nak beli harta sendiri guna duit sendiri. Buat je. Tapi isteri kalau boleh jangan pentingkan diri sendiri. Ada isteri yang bila dia tau guit gaji sendiri adalah 100% milik dia, maka digunakan kesempatan tu untuk buat harta sendiri tapi hal-hal yang lain dia serahkan pada suami atas alasan itu tanggungjawab suami. Bila suami hanya boleh bagi sekadar yang mampu, mulalah mengungkit, terasa yang suami tak boleh sara isteri dan anak-anak, terasa suami tak boleh bagi kemewahan. Kat manalah bahagianya hidup kalau keluarga berantakan hanya kerana isu-isu macam ni yang sebenarnya boleh diselesaikan kalau masing-masing ada tolak-ansur. Nak buat harta sendiri silakan, tapi lebih baik apabila suami dan isteri saling terbuka tentang harta yang mereka nafkahkan atau harta yang beli untuk diri sendiri. Ini ada kaitan dengan ketenteraman keluarga yang dah jadi tujuan pernikahan.

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir," (Ar Rum: 21).

Isteri yang nak buat harta untuk sendiri, kalau boleh bincanglah dengan suami. Bukan apa, biar ada clear cut kat situ. Cuba bayangkan suami beli rumah senyap-senyap. Pastu kita dapat tau. Mesti dalam kepala kita terpikir laki kita ada bini lain. Betul tak? So, berlaku adil dengan pasangan. Nak beli atas nama sendiri, boleh. Tapi jangan rahsiakan. Karang penat je bertekak salah faham.

.
.
.
.
.
.
.
.
.



Fresh testimoni. 10 hari loss 1.9kg. Pinggang mengecil 1.5 inci. This customer dah range ideal weight pun. Jadi, penurunan berat memang slow bila dah cecah ideal weight tapi alhamdulillah masih boleh loss 1.5 inci. Terima kasih. Untuk this customer, memandangkan memang dah dalam range ideal weigh, kalau dah cecah 60kg esok, nak stop GC Plus pun bleh. Tapi pastikan kawal makan so that boleh maintain weight. Siapa nak try GC Plus, boleh whatsapp SINI.

p/s : Aku off widget box sebab dah banyak dah masuk komen. Kasi aku baca dulu komen satu-satu.