Dari dulu lagi ini memang soalan ni hot. Ramai tanya apesal aku bagi En Wan pegang duit-duit aku.
Actually, tak payah bagi duit korang kat suami pegang pun. Sebab dalam Islam dah cakap duit isteri, hak isteri. Even nafkah yang suami bagi pada isteri pun isteri boleh nafkahkan (bagi) pula pada sesiapa yang dia suka. Apetah lagi duit gaji isteri. Dah tentu 100% hak isteri. Jadi, pegang ajelah duit sendiri, takyah bagi suami pegang pun tak apa.
Dulu masa awal-awal kawen, memang aku bagi En Wan pegang duit gaji aku. Sebab masa tu baru nak membina hidup. En Wan tau aku ni sejenis yang suka perabiskan duit aku untuk orang. Aku tak beli apa-apa untuk diri sendiri pun tak apa, janji aku dapat beli untuk En Wan and family aku sendiri. Disebabkan takut 'buang-buang' duit, aku sendiri yang serahkan duit gaji aku (termasuk kad ATM) kat En Wan. En Wan ni sejenis yang 'berkira'. Jadi aku yakin dia takkan buang-buang duit macam aku.
Kitorang tak mengamalkan konsep buat harta sendiri-sendiri. Alangkan aku nak balik rumah mak bapak aku sorang-sorang pun En Wan suruh tunggu dia. Balik sekali. Padahal Bangi tu sepelaung je dari rumah aku.
Kebanyakkan benda memang kitorang share. Rumah sewa yang kitorang duduk dulu pun share duit deposit. Beli kelengkapan rumah waktu tu, En Wan keluarkan duit sebab aku tak kerja lagi. Tapi bila aku dah start kerja, aku bayar balik half dari semua kelengkapan rumah. Aku taknak merasa 'menumpang' harta orang, walaupun itu duit laki aku. Aku nak merasa ada share dalam rumah tu jugak. Kalau kelengkapan rumah memang kitorang share. Tak semestinya 50-50. Asalkan share. Contoh kalau beli sofa set, kalau sama-sama berkenan, bayar sama rata. Kalau dia berkenan lebih, dia bayar 55%, aku bayar 45%. Tapi semua share, takde cerita "Sofa tu aku beli, meja makan tu dia beli". Ataupun "Kau yang nak, kau bayar la sendiri". Melainkan dia buat surprise, memang yang tu kau bayar la sorang kan. Contohnya surprise senyap-senyap book Star Cruise tahun lepas. Yang tu ko bayar sorang. Nak suprise sangat.
Lecturer aku pernah pesan "Biasakan esok kalau dah kawen, segala benda beli dengan kongsi. Selalunya bila kita berkongsi, peluang nak bergaduh sampai berpisah tu rendah. Sebab selalunya punca berpisah adalah bila pasangan start mengungkit sumbangan yang dia bagi lebih".
Walaupun Islam letakkan kewajipan sediakan tempat tinggal, pakaian, makan minum dan keperluan asas tu pada suami, tapi bergantung pada budi bicara isteri juga. Kalau isteri rasa nak kongsi, tak salah. Yang salah, bila isteri kongsi tapi lepas tu mengungkit. Jadi, aku pilih untuk kongsi duit gaji. Kalau bulan tu bil letrik tinggi, aku bayarkan bil air and astro. Kalau barang basah En Wan dah cover, nanti barang kering kat Giant aku bayar. Kalau En Wan top up minyak, aku top up TnGo. Tapi ni semua tak ada syarat. Maknanya tak semestinya bila dia isikan minyak kereta, aku mesti jugak bayar TnGo. Dah kalau kebetulan aku takde, takkan nak suruh aku transfer duit sekarang jugak supaya boleh beli TnGo kott. Not necessary macam tu. Kiranya, pandai-pandai sendiri ambik peranan.
Aku tak ada kumpul aset senyap-senyap. Yang aku kumpul senyap-senyap adalah savings saja. Itupun bermula dengan sangat sikit sebab gaji pun tak banyak mana masa tu. RM20 simpan ASB pun pernah. Dulu kan takde online saving. Sardin je aku masuk ASB hulur RM20 untuk simpan. Aku tak ada tabung. Sebab kalau ada tabung, besar harapan aku korek duit tabung. Jadi, nak taknak aku kena pi bank in sendiri saving walau RM20. Aku rasa En Wan sangat bijak handle duit-duit gaji kitorang. Memang guna duit gaji je, duit OT En Wan tak sentuh. Aku pun sama, kalau bulan tu ada komisyen RM300-400, yang ni simpan jangan sentuh. Betul-betul guna duit gaji. Kiranya, takde nak enjoy-enjoy bila ada duit lebih. Sebab ada misi besar - nak beli rumah. Rumah pertama kitorang beli masa tu gaji aku belum RM2K, gaji En Wan belum RM3K.
Aku start pegang duit sendiri masa aku run bisnes tahun 2008. Masa tu aku perlu kawal sendiri duit aku sebab masa tu gaji tak tetap. Aku cuma bayar duit kereta je. Yang lain-lain semua En Wan tanggung. Masa tu kena cut perbelanjaan. Tapi takde la beli nasik bungkus bahagi dua untuk makan pagi and petang. Tu melampau nau. Kitorang just kurangkan benda yang tak perlu macam beli baju, jalan-jalan overseas, makan luar, balik kampung (Tganu). Kitorang hanya balik Tganu kalau aku ada kerja di UMT saja so that aku boleh claim duit minyak and tol. Jimat dah kat situ kan. Tu pasal En Wan asik tanya je dulu "Awak takde keje kat UMT ke?". Nak aku cover kos balik kampung dia lettewwww.
Kalau nak beli harta sendiri memang boleh sangat sebab masa aku start run bisnes, aku kontrol duit sendiri. Tapi entahlah, tak pernah terpikir nak buat harta sendiri. Sebab, bila ada harta sendiri ni, aku takut aku akan hilang hormat dan develop perasaan tak perlu bergantung pada suami. Bila dah start rasa takde suami pun tak apa tu yang bahaya. Orang lain mungkin boleh. Aku takut aku tak boleh. Sebab aku sendiri nampak perubahan pada diri aku bila start pegang duit sendiri. Dulu masa duit aku kat En Wan, aku nak beli apa-apa aku akan tanya dia. Nak beli majalah pun call dia dulu tanya boleh ke tak. Sebab dia bagi aku RM10 je sehari. Kalau duit dah habis beli majalah nanti dia tak top up lagi. Sebab tu kena tanya dulu. Kalau dia kata boleh beli, maknanya nanti dia akan topup duit poket. Bila start pegang duit sendiri, apa aku nak beli aku beli je. Takde dah bincang-bincang or tanya pendapat dia. Aku dah pandai pi mall sorang-sorang bershopping.
Aku takut je esok lusa kalau bertekak, aku dengan selambanya keluar rumah lepak hotel. Sebab duit ada kat tangan kan, jadi rasa berani tu datang. Dan aku takut kalau aku bertekak, aku jadi keras hati sebab rasa 'i got nuthing to lose'. Lama-lama, aku bagi balik kad ATM aku untuk En Wan pegang. Tapi itu je la pun yang aku bagi. Company share tak bagi ya. Pujuk aku pun aku takkan bagi. Dah bagi jadi bos tu jadilah kan. Hahaha.
Kitorang sama-sama fokus kat menyimpan duit je. Dia simpan duit dia, aku simpan duit aku. Berapa masing-masing ada simpanan, tak pernah nak ambik tau. Kalau terasa nak gi jalan-jalan overseas, masing-masing keluarkan duit. In fact kalau duit raya sekalipun, share. Kalau tahun tu raya kampung dia, aku keluarkan saving 40%, dia 60% allocate for duit raya. Macam tahun ni turn Bangi, aku keluar duit raya lebih. Tapi macamana pun kena sama-sama share. Kalau ada plan nak buat new harta, tetap sharing basis. Bukan sendiri-sendiri.
Tak salah kalau isteri nak beli harta sendiri guna duit sendiri. Buat je. Tapi isteri kalau boleh jangan pentingkan diri sendiri. Ada isteri yang bila dia tau guit gaji sendiri adalah 100% milik dia, maka digunakan kesempatan tu untuk buat harta sendiri tapi hal-hal yang lain dia serahkan pada suami atas alasan itu tanggungjawab suami. Bila suami hanya boleh bagi sekadar yang mampu, mulalah mengungkit, terasa yang suami tak boleh sara isteri dan anak-anak, terasa suami tak boleh bagi kemewahan. Kat manalah bahagianya hidup kalau keluarga berantakan hanya kerana isu-isu macam ni yang sebenarnya boleh diselesaikan kalau masing-masing ada tolak-ansur. Nak buat harta sendiri silakan, tapi lebih baik apabila suami dan isteri saling terbuka tentang harta yang mereka nafkahkan atau harta yang beli untuk diri sendiri. Ini ada kaitan dengan ketenteraman keluarga yang dah jadi tujuan pernikahan.
"Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir," (Ar Rum: 21).
Isteri yang nak buat harta untuk sendiri, kalau boleh bincanglah dengan suami. Bukan apa, biar ada clear cut kat situ. Cuba bayangkan suami beli rumah senyap-senyap. Pastu kita dapat tau. Mesti dalam kepala kita terpikir laki kita ada bini lain. Betul tak? So, berlaku adil dengan pasangan. Nak beli atas nama sendiri, boleh. Tapi jangan rahsiakan. Karang penat je bertekak salah faham.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Fresh testimoni. 10 hari loss 1.9kg. Pinggang mengecil 1.5 inci. This customer dah range ideal weight pun. Jadi, penurunan berat memang slow bila dah cecah ideal weight tapi alhamdulillah masih boleh loss 1.5 inci. Terima kasih. Untuk this customer, memandangkan memang dah dalam range ideal weigh, kalau dah cecah 60kg esok, nak stop GC Plus pun bleh. Tapi pastikan kawal makan so that boleh maintain weight. Siapa nak try GC Plus, boleh whatsapp SINI.
p/s : Aku off widget box sebab dah banyak dah masuk komen. Kasi aku baca dulu komen satu-satu.