2015-07-12

Tahun ni baju raya tak siap lagi.



Semalam pagi-pagi aku dah blow.
Tapi takde la blow sangat, sepoi-sepoi bahasa je.
Mungkin sebab memang tahun ni aku tak berapa nak selera ada baju baru, beli kain kat Jakel tu hari pun buat syarat sebab laki aku dah bising aku tak buat baju raya.
Tapi sebab dah pi tempah tu kan, agak berbulu jugak la bila baju yang ditempah 3 bulan lepas tak siap lagi.

Aku ni sengaja la taknak folow up ngan tailor sebab baju tu kurung pesak je. Simple nau. Tak kritikal mana, lagipun aku tempah bulan April, nak pakai raya. Takde keperluan aku nak kejap-kejap call tanya progress. Tu pun patutnya last week aku gi ambik, entah macamana lupa. Gi ambik baju melayu budak-budak ni je.
Semalam En Wan ajak gi ambik.
Excited la jugak nak tengok hasilnya kan sebab aku mintak pasang lace sikit and tabur pearls.
Pearls tu pun tailor sebenarnya yang suggest. Dah dia suggest, aku iye kan je lah.

Kitorang sampai depan pintu, staff dia macam terperanjat aku datang.
Pastu dia tanya "Ni yang baju tambah lace tu ke?"

Wow!
Dia ingat baju aku.
Mesti baju aku yang paling cun ni.

NAN ADO!

Rupanya baju aku la yang tak siap.
Patut la dia ingat.
Aku syak dia pun baru teringat baju tu belum bersiap, tu pasal dia boleh agak akulah tuan punya baju tu. Gamaknya orang lain semua dah collect baju raya.

Bila dia kata "Tak siap lagi, tengah letak lace..", terus aku redah masuk kedai.
Memang dia baru tengah nak susun pearls and lace pun tak habis jahit, baru jelujur je.

Dah la dia persoalkan apesal aku nak ambik awal sangat, balik kampung awal sangat.
Banyak kau punya awal.
Aku hantar kain gila bapak awal, 3 bulan kau peram, semalam nak ambik pun tak siap lagi.
Bukan tau nak minta maaf, dia pi questioned pulak aku nak balik kampung awal.
Takkan nak suruh aku collect malam raya.

Pastu dia salahkan pulak tailor yang bertanggungjawab "Patutnya dia yang jahit lace and manik ni tapi dia pi Singapore kejap, pakcik dia sakit".

Aku tanya balik "Dia pi tengok pakcik dia sakit dari 3 bulan lepas ke??"

Cakap je la korang memang lupa kain aku.
Ni nak kona sana kona sini.

En Wan tanya boleh collect esok tak?
Sardin je jawab "Esok kitorang cuti".

Dah tau baju customer tak siap lagi, customer pulak dah nak balik kampung, dare kau cakap besok kau cuti. Takde lansung rasa tanggungjawab nak siapkan order customer.
Kau yang beria ambik order, bila tak siap, lagi mau cerita pasal cuti?

Pastu En Wan kata, "Ok saya datang Isnin tengahari ambik. Sebab malam saya nak balik kampung dah".
Tau dia jawab apa?
"Kami akan call"

Tu maknanya apa?
Ada potensi baju tu takkan siap tengahari Isnin kan?

Aku sebenarnya tak kisah pun kalau tak pakai baju tu pagi raya sebab aku boleh je rembat jubah yang aku jual or baju-baju tahun lepas. Tahun lepas kan aku beraya Bangi, boleh je nak ulang tayang baju tahun lepas, takde hal.
Yang aku bengkek tu bila dia putar-belit and masing-masing taknak bertanggungjawab.
Nak lagi best, baju kurung aku tu takde lining.
Padahal kain tu jenis kain yang bersulam benang glitter, kalau tak pakai lining memang berlengas.
Aku dah bagitau tailor pakai lining, alih-alih takde.
Aku suruh dia bukak habis,
No need lace, no need pearls. Janji ada lining. Tak kuasa aku nak peram baju aku lama-lama kat situ.
Aku tak highlite nama kedai kau dah cukup bagus.

Kita wait and see je la Senin sok nampak bayang tak baju aku.

Disebabkan kita dah kes pagi tu, jadi kita jadikan kes tu sebagai reason untuk berbuka kat luar.
Balik rumah, terus book Absolute Thai kat Main Place USJ.
Takyah jauh-jauh, malas aku nak redah jem semata-mata nak bukak puasa.




Kitorang sampai Main Place lagi 20 minit nak berbuka.
Saje keluar lambat sebab dekat nau dengan rumah.
Sebenarnya agak risiko kalau keluar lambat sebab walaupun kitorang dah order makanan siap-siap, dorang hanya akan masak bila kita dah sampai kedai.
Tapi Absolute Thai ni selalunya makanan memang cepat sampai pun.
Alhamdulillah, by the time azan, 2 lauk dah sampai - tomyan and ikan.
Tak sampai 15 minit, semua lauk yang di-order dah ada atas meja.


Stir fried minced chicken with basil leaves.


Glass noodle with seafood.
Ni sedap gila!


Tomyam seafood melecet bontot namanya ni.
Berapi pedas dia.


Ni appetiter, tapi sampai paling last.
Thai fishcake.


Siakap 3 rasa


Crispy squid




En Wan dan zombie-nya.
Lemau sebenarnya time ni. Tapi sebab nak makan kan, maka gagahkan jugak la.
Kang tak pi makan kena masak lak. Lagi aku tak larat.
Mengantuk gila, Kang goreng ikan, ikannya kat luar, aku pulak yang dalam kuali tu.

Tido pukul 2am, bangkit kul 4am pastu terus tak tido-tido dah, maunya tak muka jadi cenggini?

Masa kitorang nak gi bayar kat kaunter rupanya ramai lagi beratur kat entrance tunggu giliran.
Mesti belum berbuka lagi dorang tu, dok telan air je.
Sementara nak tunggu En Wan settlekan bill, aku keluar dulu ngan budak-budak.
Tau-tau Rayyan hilang.
Aku syak dia 'hilang' dalam Toys R Us.
Betul pun.
Kemain pandai lagi terus masuk kat area Lego.
Jangan jarap aku nak beli lagi. Tiap-tiap bulan nak Lego, pe kes.
Dah la mak kau takde baju raya ni. *tetiba*




Senang je nak senyapkan Rayyan ni
Dia ni asalkan bawak balik barang je.
Tak kisahlan walau Kinderjoy sekalipun, janji dia pegang satu barang.
Keluar dari Toys R Us nampak mesin ni.
Masukkan RM5 dapat la satu keychain Cars.

Selamat RM119 aku.


2015-07-09

Caras bisnes orang






Orang-orang yang nak berbisnes perlu bersedia hadapi persaingan.
Kalau bisnes kira nak untung je, nak berjalan lancar je, semorang pun taknak makan gaji macam ni. Semua nak bisnes.

Mana ada bisnes yang takde turun naik?
Mana ada bisnes yang takde persaingan.
Perlu faham dan bersedia untuk ada competitor.
Kalau pun dalam dunia hanya ada satu je produk seumpama yang kau jual, tunggulah. Tahun depan mesti ada orang lain jual similar product.

Hidup ni memang penuh dengan persaingan.

Anak sulong yang dah hidup 6 tahun sebagai anak tunggal, tup tup mak beranak lagi, pun akan wujud persaingan untuk dapatkan perhatian mak bapak.

Lumba lari pun melibatkan persaingan.

Pulun study sebab nak dapat nombor 1 dalam kelas pun namanya persaingan.

Takyah tunggu berbisnes.
Hidup kita ni dari kecik memang penuh dengan persaingan.
Cuma harus bersaing dengan sihat lah.
Tapi kalau kita nak kaya sorang, nak hidup mewah sorang, taknak orang lain buat bisnes yang sama semata-mata taknak untung yang sikit, memang silap lah kau jadi peniaga.
The moment kau berniaga dan orang lihat impak positif disebabkan perniagaan kau, konfem orang pun start untuk buat bisnes yang sama.
Sebab secara tak sedar kau dah tunjukkan pada umum dengan menjual kuih raya, kau sukses dan berjaya, boleh hidup senang.
Of cos akan ada orang yang nak try bisnes yang sama.

Sebab tu peniaga tak boleh selesa dengan apa yang dah ada.
Ini bukan soal tamak.
Tapi soal memperbaiki dan mengupgrade diri.
Takkan lah nak jual kuih tat gulung selama 10 tahun.
Paling tak pun, lepas 2-3 tahun jual pulak kuih tart cheese (contoh).
Tak pun buat pelbagai jenis tart. Ada tart gulung, ada tart menonggeng, ada tart tertangkup, tart telentang. Tak kisah la. Janji ada pembaharuan atau 'new product'.

Dalam kes reader ni, tindakan dia jual kuih di pejabat yang sama bukanlah caras bisnes orang.
Caras ni contohnya, kita dah tau A dapat tender supply hamper kuih, tapi kita bodek pembuat decision supaya ambik kita punya.
Itu namanya caras.
Tapi kalau dalam satu pejabat, akak A jual kuih tart nenas, akak B jual tart stoberi, akak C jual tart blueberry - ini masih lagi bukan namanya caras.
Apetah lagi jual kuih yang sah-sah berbeza rasa. Itulah yang dinamakan persaingan.

Kalau aku jual A, kau pun jual A dinamakan caras, maka kesianlah orang yang berniaga kat bazaar Ramadhan.
Dalam satu bazaar tu tak boleh ada orang jual ayam golek. Dia sorang je jual. Kalau aku jual, maknanya aku caras dia.
Eh, gila perasan.
Kalau aku tak berniaga, sale kau tinggi sangat ke?

Situasi bergaduh sebab berebut sale ni selalunya jadi kat agen-agen yang menjual produk yang sama.
Kalau dah satu negara ada 300 agen jual produk A, situasi berebut sale ni memang berlaku TAPI, boleh dielakkan sekiranya peniaga tu sendiri bijak buat sale.
Ada sesetengah agen, dia nak berniaga, tapi dia tak buat persediaan bagaimana dia nak marketkan produk tu.
Dia tengok orang tu berjaya jual produk A sampai jadi jutawan, maka dia pun nak buat.
Tapi dia takde ilmu bagaimana nak menjual, bagaimana nak cari customer, bagaimana nak plan strategi berniaga.
Jadi, bila dia tak berjaya, maka salahkan orang lain.
Orang lain caras katanya.

Ada sorang pengusaha produk kecantikkan pernah approach aku last year.
Dia call aku, dia kata dia dapat nombor aku dari co-founder Ephyra.
Dia nak aku endorse produk dia pulak. Masa tu dia ajak jumpa kat Bangi.
Dia bagi FB Page produk dia untuk aku study.
Aku sempat la jugak tengok apa jenis produk dia - basically produk skin care.
Nak gak aku tengok kot dia ada buat produk whitening ke apa kan, boleh sangat la aku nak endorse.
Tapi last-last senyap macam tu je.
Aku anggap dia busy, ye la kan bisneswoman.
After half a year, aku tergerak nak bukak FB page dia.
Dah bersawang dah pun.
Jenama produk tu pun aku tak pernah nampak timbul kat FB.

Sayang.

Nak berbisnes, tapi takde plan yang kukuh and strategi pemasaran.
Kan ke rugi namanya.
Nak buat produk sendiri memang senang.
Dan tak mahal mana.
Less than 30K dah boleh buat produk sendiri.
Some, can go as low as 15K, depending on bahan yang digunakan.
Tapi ramai tak sedar, yang banyak guna duit bukanlah kat produk, tapi kat marketing.
Kalau modal kau RM100K, 30K je untuk produk, lagi 70K memang untuk marketing.
Tang marketing ni yang selalu orang tak boleh pegi, sebab banyak gunakan duit, banyak consume masa untuk fikir marketing plan, banyak guna masa untuk prepare marketing material.
Tu belum lagi tok nenek miscellaneous cost like sponsor event-event tertentu.

Sama la macam kes akak tadi.
Akak tadi bukan tak boleh buat sale. Dia dah buktikan sebelum ada competitor dia boleh jual.
Tapi disebabkan dia bergantung kepada existing network (bank), bila ada competitor masuk line, dia jadi bengang.
Tak boleh la macam tu.
Peniaga perlu bijak merangka marketing.
Cari jalan macamana nak kembangkan bisnes. Jangan hanya bertumpu pada customer yang sama tiap-tiap tahun, lama-lama market kau tepu. Takkan nak tunggu orang bukak bank baru?
Why not kita propose hamper kita ke hotel-hotel pulak, ke pejabat-pejabat kerajaan, ke universiti.
Dorang ni pun ada peruntukan cuma kadang-kadang tak tau nak guna peruntukan tu.
Peniaga kena bijak la, buat proposal and bentangkan.
Pi la suggest kat pihak hotel, bulan Ramadhan ni kalau encik buat buffet apa kata sediakan gift untuk customer yang buat booking 1 meja penuh (10 orang). Setiap booking untuk 10 orang ke atas, kita bagi hadiah hamper. (contohnya)
Pihak hotel akan consider benda-benda ni semua sebab dia pun nak promosikan buffet Ramadhan dia.
Dorang pun ada bajet untuk marketing.

Kan ke boleh carik jalan lain macam tu untuk kembangkan bisnes.
Apsal nak bertumpu pada customer yang sama tetiap tahun. Bila tahun kau nak jadi kaya kalau macam tu.
Mungkin akak tu mengandaikan, kalau tahun lepas dia buat 100K, tahun ni dia cuma buat 60K, maka dia rugi.
Sebenarnya salah kalau kita buat penilaian untung rugi berdasarkan total sale semata-mata.
Kalau tahun ini kita masih boleh buat 60K dalam keadaan dah ada competitor, itu dah dikira bagus.
Sebab kita masih lagi boleh buat sale.
Bukan lansung tak terjual.
Tapi mungkin tak banyak macam tahun lepas.

Yang harus dikira bukanlah total sales, tapi untung bersih!
Jangan lupa kira sekali faktor competitor, faktor harga barang mentah yang mungkin naik, faktor orang kurang membeli disebabkan ekonomi tak berapa baik, etc.
Itu semua kena kira.
Kalau dalam keadaan gawat, tapi masih lagi boleh buat untung bersih RM5K, apa lagi yang nak dirungutkan?
Mungkin untung tak banyak, tapi sekurang-kurangnya tak rugi.

Kalau kita nak berbisnes, kita tak boleh selesa dengan satu-satu tahap je.
Kita tak boleh terus-terusan mengharapkan customer yang sama beli kat kita tetiap bulan.
Kita tak boleh sit and wait customer carik kita.
Kalau baru jual produk tersebut less than 5 years, kita belum lagi boleh sit and wait.
Kita kena bangun and carik customer.
Caranya adalah melalui marketing.
Sebab tu duit untuk marketing kena ada - banyak.
Bila the trend of purchase tu dah stabil, time tu baru kita can sit and manage.
Selagi belum selesa, jangan feeling-feeling manager.

Kalau kita menjual produk orang lain sebagai dealer/distributor di mana dalam satu negara mungkin ada 3-4 orang co-distributor produk yang sama, jangan asik attack existing customer.
Ini melalui pengalaman aku sebagai distributor kelengkapan makmal.
Kita mudah rasa selesa dengan customer yang sama.
Which is wrong.
Customer yang dah pernah beli dengan kita, insyallah akan patah balik pada kita.
Jangan habiskan masa untuk melobi customer yang sama. Dia dah ada history of purchase dengan kita, kita hanya perlu keep in touch to keep the relationship warm.
Yang perlu kita habiskan masa adalah mencari new customer.
Kaedah ni terpakai kalau kau and co-distributor menjual produk yang sama.
Tak berbaloi habiskan masa melobi customer yang sama untuk beli dengan kau sebab barang yang kau and co-distributor jual adelah barang yang sama. Nak compete apa nya kalau benda yang sama brand yang sama? Kalau boleh compete pun dari segi harga je.
Berapa sangat untung kau nak compete dari segi harga sebab harga sesama distributor tak jauh beza. Kebanyakkan distributor akan dapat harga yang sama.

Melainkan kau jual produk yang sama tapi brand lain.
Kalau aku, aku suka compete macam ni.
Kau dan aku sama-sama jual microsope, tapi kau jual brand A, aku jual brand B.
Kita compete dari segi teknikal. Anatar 2 produk, produk mana lebih menguntungkan customer.
Harga mungkin beza banyak, tapi kalau dari segi technical-nya bagus, mahal pun orang akan beli.

Macam tudung Ariani dengan tudung pasar malam (contoh).
Sama-sama namanya tudung.
Dari segi harga, Ariani kalah.
Tapi masih boleh menang dari segi kualiti fabrik, kualiti jahitan, and design.
Orang akan kata, ala tudung je pun.
Betul tu.
Tapi kenapa bila time Ariani buat sale, yang tak penah masuk Ariani pun sama-sama berbondong masuk? Why?

Sendiri pikir.

Untuk sesiapa yang nak berbisnes, modal tu satu hal.
Tapi ada yang lebih besar dari modal yang perlu dirancang terlebih dahulu.
Jangan seronok-seronok nak bisnes ikut-ikut orang tapi pastu modal pun hangus.
Bila tak berjaya salahkan orang lain.
Cakap orang tu jual benda yang sama dengan kita, orang tu caras maras segala.

Yang berjaya dalam bisnes pun, jangan ingat segala kejayaan anda tu atas usaha dan kederat sendiri.
Bila kita rasa kita berjaya disebabkan diri sendiri, kita jadi mudah menyalahkan orang lain bila kita jatuh (atau kurang untung).

Dunia dan makhluk takkan berdaya melainkan segalanya dibantu oleh Allah.
Adekah akan sampai rezeki kepada kita kalau tanpa izin Allah?

Jangan anggap customer datang pada kita sebab dia suka.
Customer datang kepada kita kerana Allah yang menggerakkan hatinya untuk berurusniaga dengan kita.
Kita buat baik dengan customer bukan untuk memancing dia membeli, tetapi supaya Allah suka. Kerana yang datang tu (customer) belum tentu bawa rezeki buat kita.
Jadi jangan anggap bisnes kita maju kerana usaha kita, tapi kerana rahmat Allah.
Role kita cuma buat bisnes dengan betul, berakhlak dalam urusniaga dan buat sehabis baik.

Semoga bermanfaat.



2015-07-07

Perlu faham konsep Ihsan.


Entah bila dan apa lah puncanya, menjak dua menjak ni ada aje orang share artikel yang boleh menjurus kepada ketidakpuashatian suami isteri.

Ya, aku faham, kita semua nak share sesuatu yang baik, sesuatu yang dahulunya tak pernah diwar-warkan kepada umum, dan apabila kita mendapat ilmu baru, pulak tu ilmu yang bagi kelebihan pada diri sendiri, maka kita share.

Bagus.

Yang tak bagusnya bila kita tak benar-benar memahami apa yang dimaksudkan tapi ambik surface je. Yang surface ni je pulak yang dok dicanang-canangkan.
Intipati sebenar tak pulak dikupas dan cuba difahami.
Dan akhirnya, lately ni ramai isteri-isteri dah mula pertikaikan tugas yang dahulunya dibuat dengan rela hati, now dah dipersoalkan pulak.
Seronok rasanya hati bila masing-masing BARU TAHU yang tugas-tugas isteri selama ni rupanya tanggungjawab suami.

Suami yang sepatutnya kemas rumah.
Suami yang patutnya jaga anak.
Suami yang patutnya masak.

Gila tak seronok dengar??

Nafkah cuma ada 2.
Zahir dan batin.

Tugas suami yang disepakati dalam Al-Quran ialah memberi nafkah zahir kepada isteri mengikut kemampuan dan nafkah batin.
Ulama bersepakat nafkah zahir melibatkan makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Nafkah zahir mengikut konsep kontemporari pulak menyediakan perubatan isteri dan anak-anak. Nafkah batin pulak bukan hanya seksual tetapi emosi dan kerohanian.

Tapi kebanyakkan isteri lebih berminat nak bincang pasal nafkah zahir.
At least itulah yang obvious di sosial media.
Jarang nampak orang share artikel or buat status tentang keluhan isteri yang mempersoalkan tentang nafkah kerohanian.

Nafkah ni luas.

Betul, kalau kita dilahirkan dari keluarga yang senang, mak bapak pun senang, maka suami mesti sediakan sekurang-kurangnya sama seperti apa yang makbapak isteri ni bagi.
Itu benchmark-nya.

Kalau boleh, suami bagilah lebih tinggi.
Kalau tak mampu, dan terpaksa bagi lebih rendah dari apa yang makbapak isteri pernah sediakan, maka harus dengan persetujuan isteri.
Bahasa paling mudah, macamana yang makbapak isteri sediakan kat anak perempuan dia, macam tu la suami kena bagi sekurang-kurangnya.
Kalau suami tak dapat sampai ke tahap tu, suami tolong terus-terang bagitau diri tak mampu, mintak isteri tolong halalkan.
Yang suami pun dah tau tak mampu, biarlah ada budi bahasa.
Bagitau la kat isteri baik-baik yang diri tak mampu nak bagi macam makpak dia bagi.

Itu bukan manusia punya undang-undang ya, ini dalam Islam dah cakap.
Tujuannya adalah supaya kehidupan isteri itu tak teraniaya selepas berkahwin.

Masalahnya sekarang, yang kecoh-kecoh pertikaikan kenapa suami tak sediakan rumah 3 tingkat, tak pernah bawak pi makan hotel 5 star segala - cuba tanya diri balik. Dulu mak bapak korang sediakan ke semua ni?
Kalau diri sendiri pun asalnya duduk rumah kampung jamban kat luar, tolong ada rasa segan sikit nak mintak suami sediakan banglo.
Suami bagi rumah kampung upgrade jamban kat dalam rumah pun masih dikira patuhi benchmark tau tak.

Mintak la yang patut padan sikit.
Jangan ikut orang sangat.
Ukur baju kat padan sendiri.
Kalau minta yang bukan-bukan sangat pun salah. Tak patut.

Dah sebut dah dalam Islam nafkah zahir mengikut kemampuan suami.
Bukan mengikut kehendak isteri.

Pakaian, makanan dan tempat tinggal.
Ni je nafkah zahir yang dituntut.
Mana ada sebut nafkah aksesori?
Henbeg bukan pakaian ya. Sebab takde henbeg pun boleh hidup, boleh berjalan. Sebab tu letaknya under aksesori.
Mekap pun bukan pakaian, itu aksesori. Takde mekap pun boleh hidup.
Barang kemas sah-sah lah aksesori.

Nafkah zahir pertama, pakaian.
Pakaian yang dimaksudkan adalah sepersalinan - baju, tudung, kasut.
Ada ulama' cakap setahun suami patut belikan 2-4 pasang.
Kalau mak bapak biasa belikan anak perempuan dia baju raya setahun 2 pasang, suami kena bagi yang sama. Tu benchmark.
Tapi semua tu ada toleransi.
Baju raya pun ada yang RM100, ada yang RM1000.
Murah pun baju baru, mahal pun namanya tetap baju baru. Nak baju Rizalman, belilah sendiri.
Dah kalau suami mampu bagi sepasang je, beli pun kat bazaar Ramadhan, maka berundinglah dengan isteri.
Suami pun jangan konfiden je isteri accept kau belikan sehelai.
Tanya, bincang, runding.

Yang kedua, makanan.
Makanan kena cukup makan.
Jangan sampai anak isteri berlapar.
Tak mewah takpe, janji makan.

Yang ketiga, tempat tinggal.
Tempat tinggal yang selamat. Bukan bawah kolong.
Komuniti baik, jiran baik. Itu baseline.

Kalau tiga-tiga ni boleh comply, patutnya takde timbul isu dah.

Dalam hidup sekarang, perubatan dah dikira accessories berat.
Sebab tu ulama' klasifikasikan perubatan sebagai nafkah kontemporari.

Mana ada nafkah barang perhiasan?
Mana ada nafkah barang mekap?
Mana ada nafkah henbeg?
Itu semua aksesori.
Aksesori ni bukan keperluan asas. Kalau takde pun boleh hidup.
Tapi kalau mak bapak pernah bagi, suami kena bagi juga. Itu baseline-nya.
Contohnya kereta. Kalau zaman anak dara dulu mak bapak bagi, maka suami kena sambung bagi.

Tapi tak menjadi kewajipan untuk suami belikan aksesori (henbeg, mekap, perfume, jewellary) melainkan dia nak tengok isteri dia pakai.
Tapi suami juga harus ada perasaan segan bila melihat isteri keluar rumah dalam keadaan kurang cantik. Belikan lah setakat yang termampu.
Yang isteri pun jangan la mengarut sangat mintak tak sepadan ngan diri.

Kalau suami tak bagi duit untuk beli mekap, tapi isteri nak beli jugak, maka isteri kena beli pakai duit sendiri.
Kalau yang bekerja legalah, boleh guna duit gaji beli barang mekap.
Yang tak bekerja camne?

Sebab tu lah suami kena bagi duit pada isteri.
Makan, pakai and tempat tinggal tu lain.
Duit bagi kat tangan isteri lain.

Yang isteri pun, top up-top up lah duit yang suami bagi tu kot ye pun nak beli Prada.
Takkan semua nak harap laki bayar.
Lain la kalau laki kau memang mampu.

Heran juga kenapa selama ni semua ikhlas jalankan tanggungjawab mengemas, memasak, jaga anak, tup tup now sibuk nak pertikaikan tugas and tanggungjawab.
Adekah dulu kita tak ikhlas?
Buat hanya kerana nak pikat suami, bukan kerana mencari redha Allah?
Sebab tu la, ujung-ujung terserlah ketidakikhlasan tadi. Akhirnya mengungkit, berkira.

Dan suami-suami pun kena consider, isteri penat bekerja, balik rumah terus bersilat dengan anak, dengan memasak dengan membasuh.
Kalau tak mampu sediakan maid, ringankanlah tulang tolong apa yang boleh.

Stigma kerja rumah adalah tugas mutlak isteri dah tak relevan.
Apetah lagi sekarang susah nak dapat maid.
Ada isteri yang keluar rumah pukul 6.30 pagi, balik rumah dah nak pukul 7 malam.
Balik rumah bukan boleh duduk sesaje, terus sambung buat keje-keje kat rumah santak ke 12 malam.

Memang penat,
Boleh terkehel tulang belikat kalau camni keje hari-hari.
Kalau dah terlampau penat pun boleh menyumbang kepada faktor kesihatan.
Dah la pujian tak pernah ada, tambah sakit badan pulak.

Isteri pun, janganlah pendam.
Melainkan kau bercita-cita nak jadi isteri mithali.
Tapi kalau rasa-rasa diri tu belum mampu jadi ikhlas, maka isteri perlu ringan mulut untuk mintak suami tolong. Ada suami yang jenis ringan tulang, tapi ada juga yang ego yang merasakan tugas kat rumah ni tugas isteri.
Sebab tu isteri perlu bercakap lebih-lebih lagi isteri yang sama-sama bekerja.
Ni tak.
Beria semua benda nak buat sendiri. Nak mithali sangat.
Ujung-ujung mengungkit. Dah kau yang nak sangat buat sorang sape suruh.

Janganlah ikut sangat orang.
Orang kata tugas mengemas tugas suami, kita pun kalau boleh taknak buat.
Orang kata bangun malam, bancuh susu, mandikan anak, basuk berak anak, semua tu keje suami, kita pun taknak ambik tau dah semua tu lagi.
Nak dilayan macam princess kekdahnya.

Jangan berkira sangatlah dengan suami,
Kalau suami tak mampu nak beli itu ini, kita ada duit sikit, kita gunalah duit kita.
Ni kang, suami tak belikan susu anak, dia punya bising mengunkit sampai satu row rumah boleh dengar.
Padahal sendiri ada duit tapi kemut. Kononnya nak ajar suami biar bertanggungjawab.

Aku tak tau la orang lain punya pendirian macamana.
Setiap orang ada penerimaan berbeza.
Tapi aku selalu ingat kisah perempuan yang bagi anjing minum.
Dan Tuhan ganjarkan pahala buat dia.

Alangkan buat baik dengan anjing lagikan Tuhan ganjarkan pahala.
Takkan la seorang isteri (ibu) yang keluarkan duit sendiri untuk belikan anak makanan Allah tak kira?

Tuhan ni sifatnya tak kejam.
DIA bukan nak pekena orang.
Jangan tanya apesal Tuhan buat aku macam ni, suami ada pun takleh pakai, balik-balik aku jugak kena keluar duit belanja.

Ada sebab kenapa kita diuji macam tu.

Perumpamaannya macam kita ada 2-3 orang anak.
Tapi balik-balik yang satu tu la yang kita asik mintak dia ulang-alik pi kedai, tolong basuh periuk, tolong angkat kain, tolong siram pokok.
Yang anak ni pulak mengeluh "Apesal balik-balik aku?"
Padahal ibu pilih anak ini kerana dia tau anak ni saje yang boleh diharap.
Dan dalam tak sedar selalunya anak ni la yang ibu paling sayang, tapi ibu tak tunjuk dia sayang.

Begitu la jugak bagaimana Allah tunjuk sayang DIA pada kita.
DIA uji kita.
Walaupun pada kita nampak semua ni macam menyusahkan.
Tapi cara Allah menilai tu halus.
Kita orang biasa-biasa ni susah nak paham dan selalunya takkan nampak.



Ini aku snap dari buku Shahih Muslim.
Bagaimana Rasulullah saw juga pernah alami perkara yang sama, dimana isteri-isterinya minta wang belanja sedangkan Rasulullah tak punya apa-apa waktu tu.

Masalah isteri mintak sesuatu yang suami tak mampu bukan masalah baru.
Masalah sejak zaman Rasullulah saw lagi.
Memang orang perempuan ni banyak sangat kehendaknya.

Suami-suami jangan kecik ati kalau dapat isteri yang perangai macam-macam.
Tapi jangan pulak buat tak reti, buta kayu sampai taknak perbaiki keadaan.
Isteri tu kadang-kadang bukannya nak sangat henbeg Prada, tapi sebab bengkek yang disimpan bertahun-tahun menyebabkan dia cari jalan nak sakitkan hati suami.
Isteri nakkan perhatian, nakkan bantuan. Bukan dia nak kau tolong from A to Z pun sebab dia tau kalau harapkan laki buat semua benda mau kang rumah tu macam nak terbalik suami kejekan.
Takat buangkan sampah, tengokkan anak main sementara isteri masak, dah kira ok dah ni.

Cuba suami pi duduk sebelah, usap-usap sikit belakang isteri tanya "Cuba cakap kat abang, kenapa marah-marah ni. Abang ada buat salah ya? Kalau ada, abang minta maaf".

Kalau camni gayanya suami cakap, isteri mana yang tak lembut hati, cakap! Isteri mana?
Cair terus okeh.
Takyah beli henbeg Prada la bang.
Abang belikan henbeg jenama Brada kat pasar malam pun ai pakai.



2015-07-06

Balik kampung mertua



Sape ada masalah ni kalau balik kampung mertua?

Takde sape nak ngaku keeeeee.

Kalau takde, meh aku mengaku dulu lah.

SAYA!!! *angkat tangan tinggi-tinggi*

Dari menjak awal lagi balik kampung En Wan, sampailah dah beranak dua ni, everytime balik Tganu, masalah utama aku adelah kepanasan.
Rumah tu kalau duduk kat hall, ok je.
Even dapur pun ok lagi.
Yang panas tu adelah bilik En Wan.
Bilik-bilik lain semua ok takde hal. Bilik En Wan je yang panas.
Even anak-anak sedara dia yang pernah tido kat dalam tu pun kata bilik tu panas berdenting.
Aku tak tau la arkitek mana yang design rumah tu, tapi bilik En Wan memang fail kaw-kaw sebab takde ventilation lansung.

Bilik dia hanya ada satu tingkap, dan tingkap tu kat arah melawan angin.
Memang kau takkan rasa angin lansung dalam bilik dia.
Baru lepas mandi, masuk bilik En Wan, takyah pakai towel pun takpe. Air kering sendiri kat badan.
Itupun aku pelik camana dia boleh tido dalam bilik siap berselimut. Aku ni dah berkuap celah ketiak celah kangkang segala nak menunggukan siang, dia boleh berkelubung dalam selimut sampai ke dahi.

First time aku datang rumah En Wan lepas bertunang.
Masa tu tak tido sebilik lagi, jadi aku tido bilik Kak Ngah.
Bilik Kak Ngah besar, tingkap mengadap laluan angin. Memang menggigil aku pagi-pagi kesejukan.
Bila dah kawen pindah masuk bilik En Wan, ya ampunnn, hazabullah aku nak tido.
Bukan aku nak ekzejeret la kan, tapi kalau ko solat dalam bilik dia, rakaat kedua je kau dah hilang khusyuk. Fokus kau memang nak abiskan solat tu cepat. Lepas bagi salam je tak sempat berdoa terus aku cabut telekung, Menjejes peluh kat leher. Berkuap!

Redza memang taknak tido sekali kalau balik kampung.
Dia rela tido sorang kat hall. Nama dia nak tido sebilik ngan kitorang memang tak la. Dari kecik sampai ke besar dia bawak diri ambik bantal bentang tilam tido depan TV.
Aku selalu tanya En Wan dia tak panas ke dalam bilik ni.
Dia cakap sebab dah biasa, dari kecik sampai ke tua memang tu je la pun tempat dia tido, jadi dah sebati ngan kulit. Aku syak peluh dia pun dah givap nak keluar.

Penah la jugak aku terfikir nak pasang aircond kat bilik tu.
Tapi En Wan kata kang bila kitorang dah balik KL, ntah sape-sape guna bilik tu pasang aircond sampai pagi ke petang, alih-alih ujung bulan mak jugak kena bayar.
Pastu aku cakap nak beli air cooler, tapi En Wan tak kasi jugak. Dengan alasan yang sama.
Penyudahnya everytime balik Tganu, aku menggelepar kepanasan.
Takyah pegi sauna aku cakap kau.
Memang garing kau kat dalam bilik En Wan.

Sejak mengandungkan Rayyan, kitorang dah tak tido dalam bilik En Wan lagi.
Everytime balik kampung, kitorang tido kat hall.
Bergelimpangan la anak-beranak kat depan TV.
Cuma yang tak bestnya bila tido kat hall ni, kau kena hadap segala kebisingan, nak-nak lagi malam raya bila semua dah berkumpul, sape la yang nak tido awal kan.
Masing-masing berborak bergelak sakan sampai pukul 1-2 pagi macamkan baru pukul 4 petang je gayanya.
Dah kita yang tido kat hall tu terpaksa la buat-buat pejam mata konon tido padahal tak pun.
Dah cemana kau nak tido kan kalau lampu tv semua terpasang. Pasrah berserah je la.
Eh tapi laki aku elok je membuta.
Kau bertempik la tepi telinga dia pun, dia boleh berkeroh lagi.

Tapi kalau kitorang balik bukan musim raya, memang aman la tido kat hall tu.
Dengan tenangnya, dengan sejuknya, wuiiiii, nak mandi pagi memang bercinta! Dia tolak dia, dia tolak dia, punyalah masing-masing taknak mandi dulu.
Dan everytime tido hall, esok paginya mesti kitorang mandi air panas. Tak tahan oiii macam air batu kesejukkannya sebab rumah En Wan pakai air tanah, sendiri tebuk tanah pakai pam, tak pakai air dari syarikat air.
Cuba kalau tido bilik En Wan. Takyah jerang air ni semua. Aku bangun Subuh terus mandi okeh. Tak terasa sejuk lansung. Punyalah berlengasnya badan.

Now, bilik En Wan tu hanya port nak salin baju  and letak beg je.

Dulu, ada satu lagi masalah aku kalau balik Tganu, iaitu hose.
Dorang ni semua pakat mandi air kolah.
Cebok pun guna gayung.
Memang sembelit je aku everytime balik Tganu.
Kalau 3 hari kat Tganu, 3 hari la aku tahan berak.
Bukan sengaja tahan pun. Tapi bontot aku ni dah macam boleh detect hose takde kat bilik air, jadi dia pun terbantut selera.

Pastu aku tengok dah ada peningkatan.
Tahun seterusnya, bilik air tu dah ada hose tapi pendek hose dia.
Dah la jamban cangkung kan, mana sampai hose tu kat bontot.
Aku lak kalau boleh hose tu biar betul-betul depan bontot aku.
Aku bagitau En Wan aku takleh berak 2 hari dah sebab hose tak panjang.
Stress laki aku dengarkan masalah dunia aku ni.
Terus dia geledah stor ke hape ntah. Tau-tau dia masuk bilik and cakap "Dah, abang dah pasang, Gi tengok panjang ke tak"

Aku masuk bilik air, gila bapak sampai 3 meter hose dia bawak masuk.
Pastu aku dengar dari luar dia gelak-gelak "Cukup panjang tak? Cocok terus dalam bontot".

Aku sebenarnya takde hal jamban cangkung ke, jamban duduk ke, jamban terlentang ke, jamban kat luar sekalipun takde hal. Yang penting ada hose. Aku tak selera la pakai gayung ni semua.
Alangkan gayung pun tak jalan, apetah lagi cebok pakai gelas macam kat hotel tu, Gila tak puas.

Yang bersyukurnya, bilik air kat rumah tu ada more than 2.
Jadi takdela berebut bilik air.
But sometimes, kalau dah sekaligus semua berkumpul, memang berkuap la jamban tu pagi-pagi.
Tapi belum pernah terjadi kitorang kena mandi berjemaah.

Dulu masa awal-awal kawen, masa arwah nenek Tampin masih tinggal kat kampung, kalau hari raya semua akan balik.
Mak Aji je dah 4 beranak (time tu Ima tak kawen lagi), Busu Noi aku lagi ramai 8 orang, Andak 6 orang, Mummy 4, Mamot 4, tu belum lagi kadang-kadang ada anak-anak yang lain yang jarang balik tetiba nak balik raya. Memang akan ada famili yang kena tido kat A Famosa.
Tapi kitorang kekal tido kat kampung, Tak feel tido hotel.

Rumah nenek cuma ada 2 bilik.
Satu bilik dah tentu Busu Noi aku ambik sebab dia paling ramai.
Pastu Mak Aji, Andak, and Mummy akan tido hall.
The anak-anak dara tido kat bilik nenek.
Sometimes, the bujangs tido kat porch.

Itu takde hal.

Yang jadi hal bila nak pakai bilik air.
Just imagine ramai-ramai macam tu berkumpul, tapi bilik air 1, jamban 1.
Kalau mangkuk jamban tu boleh bercakap dah lama dia mintak nyawa.
Lepas sorang, sorang masuk memerut, Tak benti-benti dia keje.

Masa tu jamban ngan bilik air pun dah takde beza.
Mandi kat jamban pun jalan. Sebab kalau nak tunggu bilik air clear, besar harapan kau mandi pagi kul 2 petang.
Jadi, apekah solusinya?

Mandi berjemaah.

Laki bini masuk bilik air serentak.
Mandi sekali.
Maka, aku ngan En Wan memang selalu la mandi jemaah.
Tapi jangan mandi lama-lama, kang kena sergah ngan makcik pakcik.
Makcik-makcik aku sound direct je. Agak-agak kau lama sikit dalam bilik air tu, dia pekik "Oii, apa yang lama sangat ni. Kira bulu ke?"

Kalau dah balik ramai-ramai ni, jangan sembang pasal selesa tak selesa.
Keselesaan tu memang takkan sama dengan selesa tido rumah sendiri.
Tapi dia punya seronok tu lain macam. Nak pulak kalau giliran beraya kampung sendiri.
Tido kat dapur pun jalan.

Tahun ni giliran beraya kat Tganu.

Takde hal.

Takde bilik kalu, kita tido hall.
Hose jamban pun dah panjang.

So, nikmat mana lagi yang kamu dustakan, Diana?



2015-07-05

Janganlah sibuk hal orang


Kelmarin kecoh kejap kat internet kes laki bini bergaduh.
Kes curang ke hape ntah.
Tak kuasa pulak aku nak kelebet balik.
Tapi impaknya kat social media sangat lah 'laku keras'.
Maka ramai la jugak yang terbabas menghamun orang bulan-bulan puasa ni.

Ya, aku pun simpati dengan apa yang jadi kat laki bini tu.
Tinggal lagi, setiap apa yang berlaku ada puncanya.
Dan puncanya kita tak tau. Hanya mereka je yang tau, jadi biar la dorang je selesaikan.
Itu ujian yang Allah bagi kat dia, bahagian dia.

Dan dalam tak sedar, sebenarnya itu jugak ujian yang Allah turunkan untuk kita dibulan puasa ni.
Samada kita boleh kawal diri atau tak bila berdepan dengan masalah tu.
Dari situ kita boleh nilai diri kita.
Alangkan masalah orang lain yang takde sangkut-paut dengan diri pun kita over react memaki hamun beria, bayangkan bagaimana kita bertindakbalas kalau ia benar-benar menjadi masalah kita.
Jauh lebih teruk reaksi agaknya.

Sebagaimana Allah memberi rezeki dalam pelbagai cara, begitu juga dengan ujian.
Kita sangkakan itu ujian buat dia.
Padahal tu ujian buat kita, untuk melihat bagaimana kita berdepan dengan provokasi persekitaran.

Setiap ujian yang Dia turunkan, ada kebaikan yang terkadang kita terlepas pandang, atau tak mahu berfikir.
Dalam setiap musibah dan ujian yang melanda, ada dosa yang sedang dihapuskan.
Dan Allah nak mengganjari sesuatu.

Jangan sampai nanti dosa mereka berdua tu terhapus akibat dari ujian ini, kita yang takde kena-mengena ni pulak bertambah-tambah dosanya.

Tapi itulah keseronokkan manusia.
Suka menyibuk hal orang.
Suka menyibuk pada perkara yang dia sendiri tak tau hujung pangkal.
Suka mengapi-apikan.
Suka melaga-lagakan.
Kalau bulan tak puasa tu paham la jugak kenapa, setannya bersepah.
Ni bulan puasa kot.
Bulan puasa ni setan-setan semua kena kurung.
Tapi macam takde beza lak puasa ngan tak puasa.
Konfius pulak aku sepatutnya yang kena kurung bulan puasa ni setan ke manusia.

Bukan nak kata bertuah bila diuji dengan masalah rumahtangga.
Mana ada orang yang nak rumahtangganya musnah. Takde.
Tapi bila itu berlaku, apa cara untuk kita bantu?
Tolong sama maki hamun tu membantu menjernihkan keadaan ke?
Sedangkan semua tau meruntuhkan masjid tu berdosa.
Kita kata orang ketiga berdosa meruntuhkan masjid.
Tapi dalam kita tak sedar, bila kita sibuk mengutuk sebelah pihak, sibuk menyimbah api, kita juga sebenarnya contribute kepada runtuhnya masjid tu.
Sedar ke tak?
Tak sedar kan.

Kalau tak boleh membantu menjernihkan keadaan atau kalau situasi dah tak boleh diselamatkan lagi, maka lebih baik kita diam.
Kita pun orang awam saje. Bukan siapa-siapa.

Kita manusia.
Yang dibekalkan dengan nafsu yang kadang-kadang susah nak dikawal.
Tapi kita juga diberikan akal.
Akal ni boleh mengimbangi kehendak nafsu dari terus bertindak membabi buta.
Pujuklah hati sikit.

Daripada sibuk hal orang, lebih baik sibukkan kumpul bekal nak bawak balik jumpa Tuhan.
Akhirat makin hampir.
Kalau terasa kiamat tu masih lambat, sedar-sedarkan diri bahawasanya kematian sangat dekat.



2015-07-03

Koleksi Raya Fleur by Mrs Him : Batch 3


Pada yang nak beli kukis Mak Aji, minta maaf, yang nak ambik setakat 1-2 botol pun Mak Aji dah tak terima. Now dia dok pulun belen-belen yang order. Jadi, kalau sesape nak boleh contact agen.
Cuma agen yang bagitau aku untuk promote kat blog ada 2 orang je :

1. Mujahidah : mujahidah_rosdi@yahoo.com
Ini aku tak sure dia area mana tapi kalau tengok dalam rekod Mak Aji macam area Negeri Sembilan and Melaka.

2. Shazwani : shazwani0707@gmail.com
Yang ni area Selangor - Shah Alam, Subang Jaya and maybe yang jauh-jauh she can consider too.

Yang agent lain aku consider kukis habis dijual.


Ok, delivery Ephyra and Kurung Adwa.

AMPUN BANYAK-BANYAK.

Aku tau ada yang dah terima order semenjak Isnin lagi.
Ada yang belum.
Semalam 3 trip Pos Laju datang collect.
Trip yang pertama and kedua, aku request datang dengan van kosong sebab takkan muat kalau van tu dah ada barang orang lain.
Mungkin ada yang terima parcel hari ni, ada yang tak.
Sebab semalam paling huru-hara sekali packaging sebab stok Ephyra sampai lambat, jadi terpaksa mintak Pos Laju datang collect a few times. Jadi aku tak sure if they sempat to key in all data.
Tapi rasanya semua yang tau their order akan masuk delivery batch semalam, dah terima tracking number.

RUNTUH 1.0 aku lancarkan 5 hari je, masa ni first time aku lancarkan RM500 untuk 3 kotak.
Disebabkan RUNTUH 1.0 tu dah cukup huru-harakan hidup aku, jadi RUNTUH yang seterusnya, aku ambik masa bertenang sikit.

RUNTUH 4,0 (baru-baru ni) aku lancarkan 15 days, tempoh masa yang sangat bertenang.
Sebab aku taknak serabut kepala.
Tapi aku silap bila aku ter-launch sekali Koleksi Raya.
Nasib baik la admin sangat baik hati sanggup bersengkang mata respond to all enquiries sampai 12 malam.
Aku pulak kebetulan ada sebutharga and some quotations, memang aku tawakal je la pandang enquiry yang masuk.

Until semalam aku rasa aku telah berdoa dengan satu doa yang agak kelakar.
Lepas Isyak, aku doa "Ya Allah, aku penat"
Itu je aku dok ulang-ulang. Kepala aku dah tak ingat nak cakap benda lain, just nak bagitau aku penat.
Series, aku keletihan. Semalam pulak cuaca gila bapak punya panas, lagi la rasa lemau badan.

Aku minta maaf sebab pecahkan delivery kepada banyak batches, tak salah aku batch terakhir RUNTUH akan dihantar Isnin depan. Rasanya mana yang order and namanya masuk dalam list next week delivery, dah tau. Insyallah, Isnin depan semua settle.







Ini jubah Awliya, koleksi raya seterusnya dari Fleur by Mrs Him, and koleksi yang last.
Aku dah launch kat website, boleh klik sini.

Labuh jubah 57 inci.
Tak cukup panjang lagi?
Dah habis panjang aku buat ni.

Nursing and wudhu' friendly seperti selalu.

Silakan ke website untuk place order.
Order akan terbatal sekiranya tiada payment dalam tempoh 48 jam.

Untuk recap, di bawah ni aku kasik cuci mata semua Koleksi Raya Fleur by Mrs Him 2015 :













Nampak macam pelik


Kelmarin ada reader whatsapp aku a few gamba jubah 2015 untuk lelaki.
Sebenarnya aku nampak lama dah orang dok share gamba tu kat newsfeed cuma malas nak ambik port sangat.
Tapi dah ada orang mintak aku share thoughts, boleh la kot aku view balik gamba-gamba tu.

Kebetulan semalam lepas aku solat Maghrib, En Wan yang tengah lepak atas katil sambil tengok henfon tunjuk kat aku satu gambar "Smart la baju melayu ni..".

"Mana?"

Dia tunjuk aku pesen baju melayu lebih kurang macam gamba bawah ni :



Boleh tahan smart.
Samada baju tu yang memang smart atau sebab model yang smart ni pakai, menjadikan baju tu nampak smart.
Tapi ok jugak la design ni.
2 in 1 konsepnya.
Boleh pakai as baju melayu sekali dengan seluar, ataupun boleh pakai as baju formal ke pejabat.
Tapi sebab baju melayu ko pun dah tempah bang, jadi tunggu tahun depan je la pakai gini.



Yang ni lebih kurang macam design atas tu je cuma pada pandangan mata aku design ni too modern la untuk dipakai di pagi raya, especially kalau kau nak pakai baju ni semayang raya kat kampung berdiri sebelah-menyebelah pakcik-pakcik kat Manir tu, aku tak rasa baju ni sesuai.
Tapi mungkin sesuai kalau kau adelah Dato' Aznil Haji Nawawi yang nak hoskan Salam Syawal.

Mungkin baju melayu ni di-designed untuk tujuan itu.
Lebih kepada ke majlis-majlis formal, atau event-event yang crowd-nya di kalangan orang muda-muda, orang stylo-mylo, celebriti....agaknya la.
Tapi aku tak rasa baju macam ni sesuai kau nak pakai beraya kat kampung-kampung. Aku dok bayangkan laki aku pakai camni keluar masuk beraya kat Manir jumpa orang kampung. Gila over.



Yang ni walaupun aku nampak ada orang dok kutuk kaw-kaw baju melayu hipster, tapi aku rasa still ok lagi ni.
Boleh dipakai, tapi kena tengok gak mana tempat kau nak pakai ni.
Entahla, aku ni mungkin too conventional, traditional, typical, common-type of person kalau cerita bab-bab hari raya ni.
Sebab menjak kecik lagi aku dah diajar kalau pagi raya pertama tu lebih manis pakai baju kurung pesak. Hari besoknya kau nak pakai jubah colderoy pun sukati kau lah.
And kalau kebetulan balik kampung, dan kampung kau adelah real kampung (bukan macam aku yang kampungnya kat Bandar Baru Bangi), aku rasa lebih elok pakai yang simple-simple je.
Pak Aji always ingatkan kitorang dulu (everytime balik beraya kat Muar), pakai baju raya yang paling tak cantik time beraya rumah orang. Katakanlah tahun tu ada 2 pasang baju kurung, pilih yang kurang cantik antara dua tu. Kalau boleh, takyah pakai kasut, pakai selipar atau sandal je.

Tapi time kita kecik-kecik mana la nak terima nasihat-nasihat macam ni.
Tak nampak apa sebab pagi raya aku kena pakai baju yang less cantik.
Apa sebab beli kasut baru tapi takleh pakai time beraya.
Why? Why? Whyyyyyy???
Abis tu beli kasut tapi peruk je dalam kotak.
Sebab tu la keje aku adik-beradik asik la bukak tutup kotak cium kasut baru. Sebab takleh pakai.

Pak Aji kata, kesian orang kampung, nanti dia rendah diri bila nampak baju kita cantik, baju dia tak.
Kasut kita cantik, dia entah ada entahkan tak kasut baru.

Dalam pada aku sentap tu, tetap la ikut jugak cakap Pak Aji.
Ye lah, kau nak pi beraya naik keta dia kan.
Dah kalau tak ikut cakap dia, camne nak pi beraya.
Tak gi beraya, camne nak dapat duit raya. Gitu.

Tapi sekarang ni kebanyakkan orang kampung pun dah pandai bergaya.
Takde la kata yang susah sangat sampai takde baju baru sebab adik-beradik ramai yang dah bekerja boleh tolong belikan. Cuma kat sesetengah tempat masih ada lagi yang susah.

Baju melayu hipster ni sebenarnya cantik, provided kau pakai kat tempat yang sesuai la.
Try la pakai time semayang raya kat kampung-kampung yang majoriti dalam masjid tu pakcik-pakcik yang pakai kain pelikat, tetiba kau sorang je pakai macam ni.
Pastu kau tengok sape yang malu.
Pakcik tu yang malu sebab takde baju baru or kau yang malu sebab dah macam alien masuk kampung.



THIS!!!

....aku tak berapa nak faham camne konsep baju ni.
Samada ini adelah baju melayu yang dimodenkan atau sebenarnya baju moden yang dimelayukan.
Tapi, takleh salahkan designer.
Sebab mungkin designer tak reka baju ni untuk kita-kita yang seronok pakai baju melayu.
Mungkin baju ni direka untuk orang-orang yang tak suka pakai baju melayu unless baju tu dimodernkan macam ni.

Sebab memang ada orang-orang yang liat nak sarung baju melayu.
Dia rasa cam gila tak in pakai baju melayu.
Kalau dah dimoden macam ni, mungkin dorang nak pakai.
Cuma aku tak berapa nak dapat lagi konsep rabak kat tangan tu.
Dia rabak bahagian atas je, bawah masih cover lagi.
Okey lah, bawah tu tutup sebab nak cover bulu ketiak berselirat, ok fine.
Tang rabak kat atas tu aku masih lagi tak nampak apa tujuannya.
Nak kata bagi boleh tunjuk tattoo, lojik akal yang pakai baju melayu ni orang melayu. Dah kalau melayu, secara lojiknya, mestilah Islam. Mana pakai tattoo tattoo ni semua.

Nak bagi tunjuk parut BCG agaknya.
Barulah ganas parut BCG guwa timbul. Lu ada?



Kalau macam ni tahan lagi la. Cuma tak suai pakai songkok. Mesti pakai tanjak.
Tang duduk kat penjuru ni dan cantik dah.
Tinggal carikkan tombak satu suruh dia pegang.



Dah macam baju Polo yang dilabuhkan.
Tapi not bad, cantik jugak.
Kita yang tak biasa, memang la tak minat.
Tapi, mesti ada golongan yang minat pesen macam ni.
Aku rasa kalau jubah ni ada pair dengan jubah for kids, mesti cantik sebab kids sebenarnya yang lebih cantik pakai jubah moden like this.





3 gambar kat atas ni selalunya bila di-share kat FB akan ada caption "WHAT WERE THEY THINKING??"

Ye, sebetulnya aku pun tak berapa paham design ni.

Tapi, kita takleh salahkan pereka.
Sebab designer ni orang seni.
Orang seni cara dia nampak sesuatu benda tu berbeza dengan kita yang kurang berseni ni.
Again, maybe dia pun tak cipta baju ni untuk dipakai pada hari-hari biasa.
Ce ko tengok jubah tu. Kan ke ada tempias coat tu. Mana ada orang pakai coat kat sebarang tempat. Mestilah dia target jubah ni untuk dipakai pada certain waktu and tempat.
Hagaknya laaaa...

Baju yang pelik-pelik camni kalau nak nampak cantik, ko jangan bagi muka-muka cam aku ni pakai.
Kau kena bagi Ungku Aziz pakai, Aaron Aziz pakai, Keith Foo pakai, Zul Ariffin pakai, barulah orang nampak cantik. Tak caya kau buat. Laju habis, konfem!

Men-design baju adelah satu perkara yang best.
Dan perkara biasa kalau ada orang yang tak suka dengan design kau.
Orang ni tak suka, mungkin ada orang lain yang suka.
Cuma biasa la kan, kalau kita tak biasa nampak, kita akan rasa pelik.
Toksah kata jubah ni la, baju melayu yang kotak-kotak macam kain pelikat tu sampai sekarang aku masih tak berkenan.
En Wan pernah kata nak try buat baju melayu macam tu. Aku cakap, kalau nak pakai macam tu, besar harapan tahun tu takkan ada gamba raya sefamili.
Mata aku ni masih lagi takleh accept baju melayu fabrik kotak-kotak kain pelikat.
Padahal baju tu masih lagi baju melayu cuma guna kain bercorak je.
Tapi sebab kita tak biasa tengok dari kecik, bila perubahan tu berlaku, penerimaan pun jadi slow.

Semua ni bergantung pada penerimaan individu je.
Sama la macam konsep anak lelaki pakai blue, anak perempuan pakai pink.
Apesal pulak lelaki takleh pakai pink??



Who says guys can't wear pink?
Kemain gojes lagi Fahrin carry pink.
Okeh apa.



Today 3pm, aku akan launch batch terakhir Koleksi Raya Fleur by Mrs Him.
Jubah Awliya.

3pm.