2015-07-09

Caras bisnes orang






Orang-orang yang nak berbisnes perlu bersedia hadapi persaingan.
Kalau bisnes kira nak untung je, nak berjalan lancar je, semorang pun taknak makan gaji macam ni. Semua nak bisnes.

Mana ada bisnes yang takde turun naik?
Mana ada bisnes yang takde persaingan.
Perlu faham dan bersedia untuk ada competitor.
Kalau pun dalam dunia hanya ada satu je produk seumpama yang kau jual, tunggulah. Tahun depan mesti ada orang lain jual similar product.

Hidup ni memang penuh dengan persaingan.

Anak sulong yang dah hidup 6 tahun sebagai anak tunggal, tup tup mak beranak lagi, pun akan wujud persaingan untuk dapatkan perhatian mak bapak.

Lumba lari pun melibatkan persaingan.

Pulun study sebab nak dapat nombor 1 dalam kelas pun namanya persaingan.

Takyah tunggu berbisnes.
Hidup kita ni dari kecik memang penuh dengan persaingan.
Cuma harus bersaing dengan sihat lah.
Tapi kalau kita nak kaya sorang, nak hidup mewah sorang, taknak orang lain buat bisnes yang sama semata-mata taknak untung yang sikit, memang silap lah kau jadi peniaga.
The moment kau berniaga dan orang lihat impak positif disebabkan perniagaan kau, konfem orang pun start untuk buat bisnes yang sama.
Sebab secara tak sedar kau dah tunjukkan pada umum dengan menjual kuih raya, kau sukses dan berjaya, boleh hidup senang.
Of cos akan ada orang yang nak try bisnes yang sama.

Sebab tu peniaga tak boleh selesa dengan apa yang dah ada.
Ini bukan soal tamak.
Tapi soal memperbaiki dan mengupgrade diri.
Takkan lah nak jual kuih tat gulung selama 10 tahun.
Paling tak pun, lepas 2-3 tahun jual pulak kuih tart cheese (contoh).
Tak pun buat pelbagai jenis tart. Ada tart gulung, ada tart menonggeng, ada tart tertangkup, tart telentang. Tak kisah la. Janji ada pembaharuan atau 'new product'.

Dalam kes reader ni, tindakan dia jual kuih di pejabat yang sama bukanlah caras bisnes orang.
Caras ni contohnya, kita dah tau A dapat tender supply hamper kuih, tapi kita bodek pembuat decision supaya ambik kita punya.
Itu namanya caras.
Tapi kalau dalam satu pejabat, akak A jual kuih tart nenas, akak B jual tart stoberi, akak C jual tart blueberry - ini masih lagi bukan namanya caras.
Apetah lagi jual kuih yang sah-sah berbeza rasa. Itulah yang dinamakan persaingan.

Kalau aku jual A, kau pun jual A dinamakan caras, maka kesianlah orang yang berniaga kat bazaar Ramadhan.
Dalam satu bazaar tu tak boleh ada orang jual ayam golek. Dia sorang je jual. Kalau aku jual, maknanya aku caras dia.
Eh, gila perasan.
Kalau aku tak berniaga, sale kau tinggi sangat ke?

Situasi bergaduh sebab berebut sale ni selalunya jadi kat agen-agen yang menjual produk yang sama.
Kalau dah satu negara ada 300 agen jual produk A, situasi berebut sale ni memang berlaku TAPI, boleh dielakkan sekiranya peniaga tu sendiri bijak buat sale.
Ada sesetengah agen, dia nak berniaga, tapi dia tak buat persediaan bagaimana dia nak marketkan produk tu.
Dia tengok orang tu berjaya jual produk A sampai jadi jutawan, maka dia pun nak buat.
Tapi dia takde ilmu bagaimana nak menjual, bagaimana nak cari customer, bagaimana nak plan strategi berniaga.
Jadi, bila dia tak berjaya, maka salahkan orang lain.
Orang lain caras katanya.

Ada sorang pengusaha produk kecantikkan pernah approach aku last year.
Dia call aku, dia kata dia dapat nombor aku dari co-founder Ephyra.
Dia nak aku endorse produk dia pulak. Masa tu dia ajak jumpa kat Bangi.
Dia bagi FB Page produk dia untuk aku study.
Aku sempat la jugak tengok apa jenis produk dia - basically produk skin care.
Nak gak aku tengok kot dia ada buat produk whitening ke apa kan, boleh sangat la aku nak endorse.
Tapi last-last senyap macam tu je.
Aku anggap dia busy, ye la kan bisneswoman.
After half a year, aku tergerak nak bukak FB page dia.
Dah bersawang dah pun.
Jenama produk tu pun aku tak pernah nampak timbul kat FB.

Sayang.

Nak berbisnes, tapi takde plan yang kukuh and strategi pemasaran.
Kan ke rugi namanya.
Nak buat produk sendiri memang senang.
Dan tak mahal mana.
Less than 30K dah boleh buat produk sendiri.
Some, can go as low as 15K, depending on bahan yang digunakan.
Tapi ramai tak sedar, yang banyak guna duit bukanlah kat produk, tapi kat marketing.
Kalau modal kau RM100K, 30K je untuk produk, lagi 70K memang untuk marketing.
Tang marketing ni yang selalu orang tak boleh pegi, sebab banyak gunakan duit, banyak consume masa untuk fikir marketing plan, banyak guna masa untuk prepare marketing material.
Tu belum lagi tok nenek miscellaneous cost like sponsor event-event tertentu.

Sama la macam kes akak tadi.
Akak tadi bukan tak boleh buat sale. Dia dah buktikan sebelum ada competitor dia boleh jual.
Tapi disebabkan dia bergantung kepada existing network (bank), bila ada competitor masuk line, dia jadi bengang.
Tak boleh la macam tu.
Peniaga perlu bijak merangka marketing.
Cari jalan macamana nak kembangkan bisnes. Jangan hanya bertumpu pada customer yang sama tiap-tiap tahun, lama-lama market kau tepu. Takkan nak tunggu orang bukak bank baru?
Why not kita propose hamper kita ke hotel-hotel pulak, ke pejabat-pejabat kerajaan, ke universiti.
Dorang ni pun ada peruntukan cuma kadang-kadang tak tau nak guna peruntukan tu.
Peniaga kena bijak la, buat proposal and bentangkan.
Pi la suggest kat pihak hotel, bulan Ramadhan ni kalau encik buat buffet apa kata sediakan gift untuk customer yang buat booking 1 meja penuh (10 orang). Setiap booking untuk 10 orang ke atas, kita bagi hadiah hamper. (contohnya)
Pihak hotel akan consider benda-benda ni semua sebab dia pun nak promosikan buffet Ramadhan dia.
Dorang pun ada bajet untuk marketing.

Kan ke boleh carik jalan lain macam tu untuk kembangkan bisnes.
Apsal nak bertumpu pada customer yang sama tetiap tahun. Bila tahun kau nak jadi kaya kalau macam tu.
Mungkin akak tu mengandaikan, kalau tahun lepas dia buat 100K, tahun ni dia cuma buat 60K, maka dia rugi.
Sebenarnya salah kalau kita buat penilaian untung rugi berdasarkan total sale semata-mata.
Kalau tahun ini kita masih boleh buat 60K dalam keadaan dah ada competitor, itu dah dikira bagus.
Sebab kita masih lagi boleh buat sale.
Bukan lansung tak terjual.
Tapi mungkin tak banyak macam tahun lepas.

Yang harus dikira bukanlah total sales, tapi untung bersih!
Jangan lupa kira sekali faktor competitor, faktor harga barang mentah yang mungkin naik, faktor orang kurang membeli disebabkan ekonomi tak berapa baik, etc.
Itu semua kena kira.
Kalau dalam keadaan gawat, tapi masih lagi boleh buat untung bersih RM5K, apa lagi yang nak dirungutkan?
Mungkin untung tak banyak, tapi sekurang-kurangnya tak rugi.

Kalau kita nak berbisnes, kita tak boleh selesa dengan satu-satu tahap je.
Kita tak boleh terus-terusan mengharapkan customer yang sama beli kat kita tetiap bulan.
Kita tak boleh sit and wait customer carik kita.
Kalau baru jual produk tersebut less than 5 years, kita belum lagi boleh sit and wait.
Kita kena bangun and carik customer.
Caranya adalah melalui marketing.
Sebab tu duit untuk marketing kena ada - banyak.
Bila the trend of purchase tu dah stabil, time tu baru kita can sit and manage.
Selagi belum selesa, jangan feeling-feeling manager.

Kalau kita menjual produk orang lain sebagai dealer/distributor di mana dalam satu negara mungkin ada 3-4 orang co-distributor produk yang sama, jangan asik attack existing customer.
Ini melalui pengalaman aku sebagai distributor kelengkapan makmal.
Kita mudah rasa selesa dengan customer yang sama.
Which is wrong.
Customer yang dah pernah beli dengan kita, insyallah akan patah balik pada kita.
Jangan habiskan masa untuk melobi customer yang sama. Dia dah ada history of purchase dengan kita, kita hanya perlu keep in touch to keep the relationship warm.
Yang perlu kita habiskan masa adalah mencari new customer.
Kaedah ni terpakai kalau kau and co-distributor menjual produk yang sama.
Tak berbaloi habiskan masa melobi customer yang sama untuk beli dengan kau sebab barang yang kau and co-distributor jual adelah barang yang sama. Nak compete apa nya kalau benda yang sama brand yang sama? Kalau boleh compete pun dari segi harga je.
Berapa sangat untung kau nak compete dari segi harga sebab harga sesama distributor tak jauh beza. Kebanyakkan distributor akan dapat harga yang sama.

Melainkan kau jual produk yang sama tapi brand lain.
Kalau aku, aku suka compete macam ni.
Kau dan aku sama-sama jual microsope, tapi kau jual brand A, aku jual brand B.
Kita compete dari segi teknikal. Anatar 2 produk, produk mana lebih menguntungkan customer.
Harga mungkin beza banyak, tapi kalau dari segi technical-nya bagus, mahal pun orang akan beli.

Macam tudung Ariani dengan tudung pasar malam (contoh).
Sama-sama namanya tudung.
Dari segi harga, Ariani kalah.
Tapi masih boleh menang dari segi kualiti fabrik, kualiti jahitan, and design.
Orang akan kata, ala tudung je pun.
Betul tu.
Tapi kenapa bila time Ariani buat sale, yang tak penah masuk Ariani pun sama-sama berbondong masuk? Why?

Sendiri pikir.

Untuk sesiapa yang nak berbisnes, modal tu satu hal.
Tapi ada yang lebih besar dari modal yang perlu dirancang terlebih dahulu.
Jangan seronok-seronok nak bisnes ikut-ikut orang tapi pastu modal pun hangus.
Bila tak berjaya salahkan orang lain.
Cakap orang tu jual benda yang sama dengan kita, orang tu caras maras segala.

Yang berjaya dalam bisnes pun, jangan ingat segala kejayaan anda tu atas usaha dan kederat sendiri.
Bila kita rasa kita berjaya disebabkan diri sendiri, kita jadi mudah menyalahkan orang lain bila kita jatuh (atau kurang untung).

Dunia dan makhluk takkan berdaya melainkan segalanya dibantu oleh Allah.
Adekah akan sampai rezeki kepada kita kalau tanpa izin Allah?

Jangan anggap customer datang pada kita sebab dia suka.
Customer datang kepada kita kerana Allah yang menggerakkan hatinya untuk berurusniaga dengan kita.
Kita buat baik dengan customer bukan untuk memancing dia membeli, tetapi supaya Allah suka. Kerana yang datang tu (customer) belum tentu bawa rezeki buat kita.
Jadi jangan anggap bisnes kita maju kerana usaha kita, tapi kerana rahmat Allah.
Role kita cuma buat bisnes dengan betul, berakhlak dalam urusniaga dan buat sehabis baik.

Semoga bermanfaat.