2015-07-06

Balik kampung mertua



Sape ada masalah ni kalau balik kampung mertua?

Takde sape nak ngaku keeeeee.

Kalau takde, meh aku mengaku dulu lah.

SAYA!!! *angkat tangan tinggi-tinggi*

Dari menjak awal lagi balik kampung En Wan, sampailah dah beranak dua ni, everytime balik Tganu, masalah utama aku adelah kepanasan.
Rumah tu kalau duduk kat hall, ok je.
Even dapur pun ok lagi.
Yang panas tu adelah bilik En Wan.
Bilik-bilik lain semua ok takde hal. Bilik En Wan je yang panas.
Even anak-anak sedara dia yang pernah tido kat dalam tu pun kata bilik tu panas berdenting.
Aku tak tau la arkitek mana yang design rumah tu, tapi bilik En Wan memang fail kaw-kaw sebab takde ventilation lansung.

Bilik dia hanya ada satu tingkap, dan tingkap tu kat arah melawan angin.
Memang kau takkan rasa angin lansung dalam bilik dia.
Baru lepas mandi, masuk bilik En Wan, takyah pakai towel pun takpe. Air kering sendiri kat badan.
Itupun aku pelik camana dia boleh tido dalam bilik siap berselimut. Aku ni dah berkuap celah ketiak celah kangkang segala nak menunggukan siang, dia boleh berkelubung dalam selimut sampai ke dahi.

First time aku datang rumah En Wan lepas bertunang.
Masa tu tak tido sebilik lagi, jadi aku tido bilik Kak Ngah.
Bilik Kak Ngah besar, tingkap mengadap laluan angin. Memang menggigil aku pagi-pagi kesejukan.
Bila dah kawen pindah masuk bilik En Wan, ya ampunnn, hazabullah aku nak tido.
Bukan aku nak ekzejeret la kan, tapi kalau ko solat dalam bilik dia, rakaat kedua je kau dah hilang khusyuk. Fokus kau memang nak abiskan solat tu cepat. Lepas bagi salam je tak sempat berdoa terus aku cabut telekung, Menjejes peluh kat leher. Berkuap!

Redza memang taknak tido sekali kalau balik kampung.
Dia rela tido sorang kat hall. Nama dia nak tido sebilik ngan kitorang memang tak la. Dari kecik sampai ke besar dia bawak diri ambik bantal bentang tilam tido depan TV.
Aku selalu tanya En Wan dia tak panas ke dalam bilik ni.
Dia cakap sebab dah biasa, dari kecik sampai ke tua memang tu je la pun tempat dia tido, jadi dah sebati ngan kulit. Aku syak peluh dia pun dah givap nak keluar.

Penah la jugak aku terfikir nak pasang aircond kat bilik tu.
Tapi En Wan kata kang bila kitorang dah balik KL, ntah sape-sape guna bilik tu pasang aircond sampai pagi ke petang, alih-alih ujung bulan mak jugak kena bayar.
Pastu aku cakap nak beli air cooler, tapi En Wan tak kasi jugak. Dengan alasan yang sama.
Penyudahnya everytime balik Tganu, aku menggelepar kepanasan.
Takyah pegi sauna aku cakap kau.
Memang garing kau kat dalam bilik En Wan.

Sejak mengandungkan Rayyan, kitorang dah tak tido dalam bilik En Wan lagi.
Everytime balik kampung, kitorang tido kat hall.
Bergelimpangan la anak-beranak kat depan TV.
Cuma yang tak bestnya bila tido kat hall ni, kau kena hadap segala kebisingan, nak-nak lagi malam raya bila semua dah berkumpul, sape la yang nak tido awal kan.
Masing-masing berborak bergelak sakan sampai pukul 1-2 pagi macamkan baru pukul 4 petang je gayanya.
Dah kita yang tido kat hall tu terpaksa la buat-buat pejam mata konon tido padahal tak pun.
Dah cemana kau nak tido kan kalau lampu tv semua terpasang. Pasrah berserah je la.
Eh tapi laki aku elok je membuta.
Kau bertempik la tepi telinga dia pun, dia boleh berkeroh lagi.

Tapi kalau kitorang balik bukan musim raya, memang aman la tido kat hall tu.
Dengan tenangnya, dengan sejuknya, wuiiiii, nak mandi pagi memang bercinta! Dia tolak dia, dia tolak dia, punyalah masing-masing taknak mandi dulu.
Dan everytime tido hall, esok paginya mesti kitorang mandi air panas. Tak tahan oiii macam air batu kesejukkannya sebab rumah En Wan pakai air tanah, sendiri tebuk tanah pakai pam, tak pakai air dari syarikat air.
Cuba kalau tido bilik En Wan. Takyah jerang air ni semua. Aku bangun Subuh terus mandi okeh. Tak terasa sejuk lansung. Punyalah berlengasnya badan.

Now, bilik En Wan tu hanya port nak salin baju  and letak beg je.

Dulu, ada satu lagi masalah aku kalau balik Tganu, iaitu hose.
Dorang ni semua pakat mandi air kolah.
Cebok pun guna gayung.
Memang sembelit je aku everytime balik Tganu.
Kalau 3 hari kat Tganu, 3 hari la aku tahan berak.
Bukan sengaja tahan pun. Tapi bontot aku ni dah macam boleh detect hose takde kat bilik air, jadi dia pun terbantut selera.

Pastu aku tengok dah ada peningkatan.
Tahun seterusnya, bilik air tu dah ada hose tapi pendek hose dia.
Dah la jamban cangkung kan, mana sampai hose tu kat bontot.
Aku lak kalau boleh hose tu biar betul-betul depan bontot aku.
Aku bagitau En Wan aku takleh berak 2 hari dah sebab hose tak panjang.
Stress laki aku dengarkan masalah dunia aku ni.
Terus dia geledah stor ke hape ntah. Tau-tau dia masuk bilik and cakap "Dah, abang dah pasang, Gi tengok panjang ke tak"

Aku masuk bilik air, gila bapak sampai 3 meter hose dia bawak masuk.
Pastu aku dengar dari luar dia gelak-gelak "Cukup panjang tak? Cocok terus dalam bontot".

Aku sebenarnya takde hal jamban cangkung ke, jamban duduk ke, jamban terlentang ke, jamban kat luar sekalipun takde hal. Yang penting ada hose. Aku tak selera la pakai gayung ni semua.
Alangkan gayung pun tak jalan, apetah lagi cebok pakai gelas macam kat hotel tu, Gila tak puas.

Yang bersyukurnya, bilik air kat rumah tu ada more than 2.
Jadi takdela berebut bilik air.
But sometimes, kalau dah sekaligus semua berkumpul, memang berkuap la jamban tu pagi-pagi.
Tapi belum pernah terjadi kitorang kena mandi berjemaah.

Dulu masa awal-awal kawen, masa arwah nenek Tampin masih tinggal kat kampung, kalau hari raya semua akan balik.
Mak Aji je dah 4 beranak (time tu Ima tak kawen lagi), Busu Noi aku lagi ramai 8 orang, Andak 6 orang, Mummy 4, Mamot 4, tu belum lagi kadang-kadang ada anak-anak yang lain yang jarang balik tetiba nak balik raya. Memang akan ada famili yang kena tido kat A Famosa.
Tapi kitorang kekal tido kat kampung, Tak feel tido hotel.

Rumah nenek cuma ada 2 bilik.
Satu bilik dah tentu Busu Noi aku ambik sebab dia paling ramai.
Pastu Mak Aji, Andak, and Mummy akan tido hall.
The anak-anak dara tido kat bilik nenek.
Sometimes, the bujangs tido kat porch.

Itu takde hal.

Yang jadi hal bila nak pakai bilik air.
Just imagine ramai-ramai macam tu berkumpul, tapi bilik air 1, jamban 1.
Kalau mangkuk jamban tu boleh bercakap dah lama dia mintak nyawa.
Lepas sorang, sorang masuk memerut, Tak benti-benti dia keje.

Masa tu jamban ngan bilik air pun dah takde beza.
Mandi kat jamban pun jalan. Sebab kalau nak tunggu bilik air clear, besar harapan kau mandi pagi kul 2 petang.
Jadi, apekah solusinya?

Mandi berjemaah.

Laki bini masuk bilik air serentak.
Mandi sekali.
Maka, aku ngan En Wan memang selalu la mandi jemaah.
Tapi jangan mandi lama-lama, kang kena sergah ngan makcik pakcik.
Makcik-makcik aku sound direct je. Agak-agak kau lama sikit dalam bilik air tu, dia pekik "Oii, apa yang lama sangat ni. Kira bulu ke?"

Kalau dah balik ramai-ramai ni, jangan sembang pasal selesa tak selesa.
Keselesaan tu memang takkan sama dengan selesa tido rumah sendiri.
Tapi dia punya seronok tu lain macam. Nak pulak kalau giliran beraya kampung sendiri.
Tido kat dapur pun jalan.

Tahun ni giliran beraya kat Tganu.

Takde hal.

Takde bilik kalu, kita tido hall.
Hose jamban pun dah panjang.

So, nikmat mana lagi yang kamu dustakan, Diana?